Tarian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

KAE 3013 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK TUGASAN 1

TARIAN
KUMPULAN
E-LEARNING UPSI A11 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
MASLINAWATIE BT MAT HASAN

NO. ID

NO. TELEFON

D20102041573

019-4297872

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN AZILA BINTI ALIAS


TARIKH SERAH: 4 MEI 2012

LAMPIRAN 2
ISI KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN
1
PENDAHULUAN

Halaman
3,4

DEFINISI DAN PENGERTIAN TARIAN

5,6

TEORI PERGERAKAN TARIAN MENGIKUT MUZIK

7,8

BAGAIMANA BIDANG SENI KREATIF (TARIAN) DAPAT


MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

BAGAIMANA BIDANG SENI KREATIF (TARIAN) DAPAT


MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEPELBAGAIAN
BUDAYA DI MALAYSIA

RUJUKAN

LAMPIRAN: TARIAN-TARIAN DI MALAYSIA

9,10,11,12,13
14,15,16
17,18,19

20
21,22,23,24

PENDAHULUAN
2

Kanak-kanak sejak mula dilahirkan memang suka bergerak bebas. Sebenarnya,


melalui pergerakan ini, mereka ingin melahirkan pelbagai perasaan dan idea-idea yang
ada di dalam diri mereka sekaligus mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang
sesuatu yang lain demi mempelajari sesuatu konsep, isu dan masalah di persekitaran
hidup mereka. Kanak-kanak amat gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi
penghargaan ataupun berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri ataupun di kalangan
rakan sebaya.
Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama iaitu muzik,
pergerakan yang berirama yang dikenali sebagai tarian dan juga kemampuan kreativiti
semulajadi seseorang. Kanak-kanak juga dikenali sebagai individu yang suka bermain.
Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada sesuatu yang kreatif dimana ianya dapat
membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan
sosial yang seimbang. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah dirangka
berdasarkan ciri-ciri seorang kanak-kanak yang suka bermain. Ianya haruslah kreatif,
berirama dan penuh dengan kebebasan untuk mencurahkan perasaan dan idea agar ianya
memberikan keseronokan dan kepuasan kepada mereka.
Mengikut pendangan Dauer dan Prangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai
keinginan untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sentiasa aktif. Sebagai contoh,
mereka akan berlari-lari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata.
Aktiviti bermain bagi mereka adalah dunia kehidupan. Dauer dan Prangrazi (1983), telah
mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:
a. Keinginan untuk bergerak bebas.
b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.
c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat.
d. Keinginan untuk bersaing.
e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.
f. Keinginan untuk mengembara.
g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.
h. Keinginan untuk mengetahui.

Keinginan-keinginan yang ada pada peringkat awal inilah yang harus ditumpukan
kepada pergerakan-pergerakan kreatif yang dikenali sebagai seni kreatif tarian yang mana
ianya mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi, pertumbuhan
motor, perkembangan psikologi, perkembangan mental, emosi, rohani dan sosial.
Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali daripada murid-murid berkeperluan khas
seperti murid-murid OKU.

DEFINISI DAN PENGERTIAN TARIAN


4

Menurut C.Sachs, seorang ahli sejarah tarian dan pemuzik Jerman, mentakrifkan
definasi seni tari ataupun tarian sebagai satu gerakan yang berirama. Seni tari ini
merupakan satu pengucupan jiwa manusia yang lahir dari hati melalui gerak geri
berirama yang indah.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat memberi definisi tarian sebagai
satu gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah ataupun mengikut rentak muzik.
Kamus Bahasa Arab yang dikenali sebagai e - AlQamus menyatakan tarian adalah Rakso
ataupun
.
Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk
pendidikan gerak tari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung
di antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan di antara anggota
tubuh badan. Ini membayangkan bahawa cara seseorang individu menggunakan
pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari yang bertujuan
untuk menonjolkan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming, 1976).
Mengikut pendapat Margaret HDoubler; gerak tari kreatif ialah sejenis tarian
berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses ini
kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya
berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini bagi membolehkan seseorang individu itu
menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan (HDoubler,
1925).
Bentuk gerak tari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk kepada
daya ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan. Apa yang
dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau
mencetuskan sensasi tetapi adalah untuk mencurahkan perasaan dalaman yang terbuku di
dalam hati. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri yang disalurkan melalui aktivitiaktiviti pergerakan berirama iaitu seni kreatif tarian.
Oleh itu, dapatlah dinyatakan di sini bahawa tidak kira lah sama ada Pergerakan
Moden, Pergerakan Tradisional , Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan
Berirama, Tarian Kreatif dan Pergerakan Kreatif ini adalah di antara istilah-istilah yang
kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti di antara satu sama lain.

Ianya merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran (P&P) di


bilik darjah kerana di dalam dunia kanak-kanak, gerakan tidak boleh dipisahkan kerana
sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak bebas. Walau apa pun maksudnya,
ianya tetap menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh
badan, irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya
ekspresi dan kreativiti yang mana lebih dikenali sebagai TARIAN oleh kanak-kanak.

TEORI PERGERAKAN (TARIAN) MENGIKUT


MUZIK
Seperti yang kita ketahui, tarian amat berkait rapat dengan muzik. Ada muzik
mesti ada tarian Oleh itu perkembangan muzik amat mempengaruhi pergerakan tarian
kanak-kanak. Berikut adalah teori pergerakan ataupun tarian mengikut muzik.

Lahir- 4-8 bulan Kesedaran muzik dan tarian bermula. Bayi mula menunjukkan
kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik.
Ketika bayi tidur, muka dan mata bayi akan bergerak-gerak apabila mendengar
bunyi-bunyian. Setelah itu, bayi menjadi lebih aktif dimana bayi mula mengamati
semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan
pergerakan yang lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan
pergerakan kreatif terhadap kepala atau wajah ke arah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap gerakan tarian bermula. Bayi mula


menunjukkan jenis muzik yang paling disukai Pada usia ini, bayi lebih suka
bunyi yang muncul daripada alat-alatan dan jelas menunjukkan ketidaksukaannya
terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan
bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan 2 tahun Eksplorasi tarian ataupun gerakan meningkat dimana bunyi


muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang sedang bertatih. Kanakkanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobiliti untuk
mencari muzik yang paling disukainya. Mereka akan mula merangkakmerangkak, berguling-guling dan merengek-rengek mencari muzik tadi. Mereka
mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau
iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan
alat muzik.

2 - 3 tahun Kanak-kanak mula menari: Kanak-kanak pada peringkat ini berupaya


untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun,
menghayunkan tangan, berpusing-pusing dan menganggukkan kepala. Dia lebih
suka irama yang jelas seperti kumpulan muzik yang sebaya dengannya ataupun

lagu kanak-kanak. Kanak-kanak akan mula menunjukkan peningkatan dalam seni


tariannya.Pada usia ini, kanak-kanak boleh berbaring atau duduk, melompatlompat , menggoyangkan badan sambil menengar muzik.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui tarian meningkat. Pada tahap ini, perubahan
yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponenkomponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka
mendramatisasi lagu melalui tarian. Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai
menjana bentuk tarian, walaupun tidak semuanya tepat.

4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik dan tarian: Anakanak boleh bercakap tentang muzik dan tarian yang telah dicadangkan kepadanya,
dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap
pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik
dan membentuk pergerakan tarian akan meningkat.

5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula di mana kanak-kanak akan


meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang
serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula
melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan mereka boleh
melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tarian
berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk
belajar tarian seperti tarian ballet, tarian tradisional dan lain-lain

BAGAIMANA BIDANG SENI KREATIF (TARIAN) DAPAT


MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN
DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Pergerakan kreatif ataupun lebih dikenali sebagai seni tarian merupakan
satu pendidikan bagi seluruh individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalamanpengalaman kreatif yang lain, seni kreatif tarian merangsang pemikiran kreatif, imaginasi
dan sebagainya. Ia juga dapat mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin
dan pemahaman terhadap sesama insan berasaskan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang
luhur serta pemikiran yang kritis dan bebas. Aktiviti tarian ini juga bukan sahaja
menyeronokkan kanak-kanak mahupun orang dewasa malah ianya juga adalah salah satu
daripada tempat keluarnya jiwa dalaman kanak-kanak yang terdiri daripada perasaan dan
mood seseorang.
Melalui seni kreatif tarian, kanak-kanak akan memperolehi banyak
manfaat jika ianya berjaya dilaksanakan dengan teratur dan sistematik oleh guru-guru.
Untuk mengajar seni kreatif tarian, guru tidak memerlukan ilmu yang luas, cukup sekadar
minat dan rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang dididik. Di antara kebaikankebaikan yang akan diperolehi dengan seni kreatif tarian ialah murid akan dapat
mengekspresikan nilai ataupun potensi kreativiti mereka di dalam sesebuah tarian.
Seperti yang kita ketahui, kreativiti merupakan satu elemen dinamik yang tersirat di
dalam jiwa seorang kanak-kanak. Oleh itu, tarian menjadi perintis bagi membolehkan
kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan di dalam seni kreatif tarian
lah tempat mereka mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak adalah individu
yang amat unik. Sebagai contoh, dalam Tarian Inang ataupun Zapin, kanak-kanak boleh
meneroka dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Kanak-kanak
akan cuba membentuk pergerakan-pergerakan baru di dalam tarian Inang ini seperti
berpusing-pusing ataupun duduk sambil berpusing-pusing. Melaluinya, kanak-kanak
boleh bertindak dan menjana idea-idea tarian secara serentak, spontan dan tanpa
perancangan awalan. Apabila daya kreativiti semakin memuncak, maka tarian yang
ditarikan akan bertambah menarik kerana ianya telah dicampurkan dengan pelbagai

elemen lain yang amat kreatif. Apabila kreativiti mereka diterima pakai oleh semua
pihak, kita akan dapat melihat ekspresi wajah mereka yang penuh dengan kegembiraan
dan kepuasan.

Selain itu, seni kreatif tarian juga dapat membantu meningkatkan


kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. Seperti yang kita ketahui, tarian merupakan
satu pergerakan berirama. Apabila tarian ditarikan berulang-ulang kali, maka ianya akan
mengeluarkan peluh dan sekaligus menyihatkan badan serta merangsang sel-sel otak
untuk berfikir dengan lebih aktif lagi. Di dalam Tarian Singa, terdapat pelbagai langkah
yang perlu dibuat untuk melengkapkan tarian tersebut. Kanak-kanak terpaksa melompat
dari satu tiang ke satu tiang dan ini amat memerlukan tenaga kaki yang amat kuat. Bagi
mendapatkan tenaga itu, latihan yang kerap haruslah dilakukan. Walaupun terpaksa
membuat latihan yang kerap, akan tetapi kanak-kanak tersebut tetap seronok melakukan
Tarian Singa dan ini secara tidak langsung akan membina kecergasan fizikal pada diri
kanak-kanak tersebut. Tarian Singa yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan
kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan faktor penting dalam
mempelajari kemahiran-kemahiran motor. Tarian yang rancak ini juga menyebabkan
bebanan tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat
tulang-tulang berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya. Ini
dapat mengelakkan penyakit Osteoporosis. Melalui Tarian Singa, sel-sel otak juga dapat

10

dirangsang kerana tarian Singa menuntut seseorang untuk aktif berfikir dalam
menentukan koordinasi yang betul untuk melompat. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan
bahawa tarian memberi implikasi yang penting kepada kecergasan fizikal dan minda
seseorang kanak-kanak. Melaluinya, kanak-kanak akan mampu hidup dengan gaya hidup
yang paling efektif berdasarkan potensi yang ada dalam dirinya.

Tarian sangat berkesan sebagai terapi kepada kanak-kanak baik dari segi
emosi ataupun fizikal. Tidak kira lah sama ada kanak-kanak tersebut merupakan kanakkanak normal ataupun yang bermasalah dari segi fizikal mahupun mental. Tarian mampu
mendorong mereka menjadi lebih cergas dan efektif dari segi fizikal dan mental. Tarian
boleh mencapai matlamat sebagai alat terapi bagi kanak-kanak dengan meredakan
simptom emosi yang kurang stabil. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh melepaskan
perasaan amarah mereka menerusi tarian daripada mereka melepaskannya melalui
perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah seperti melakukan vandalisme. Tarian juga
mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan cara yang
efektif. Umpamanya Tarian Seni Tangan mampu meredakan ketegangan atau tekanan
emosi dan menyemai rasa riang dan gembira di dalam kehidupan seseorang individu, di
mana ianya bagus untuk dijadikan sebagai satu senaman yang lasak bagi menggalakkan
mereka menjadi lebih aktif dan cergas. Tarian ini juga mampu merangsang otot-otot
badan kanak-kanak dengan melakukan aktiviti seperti melompa-lompat, meregang,

11

berlari dan menggerakkan serta melentikkan tangan adalah di antara satu bentuk tarian
yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka yang lemah dari segi daya
koordinasinya.

Di samping itu, tarian juga merupakan satu usaha kerjasama di kalangan


penari-penari. Kanak-kanak akan menjalin rasa saling percaya dan memikul rasa
tanggungjawab bersama bagi menghadapi cabaran-cabaran, dan ianya wajar menjadi satu
pergaulan yang mana dapat mengembelingkan individu dalam dinamik berkumpulan.
Melalui tarian, kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti tarian dengan rasa girang dan
gembira. Mereka juga dapat menyemai minat-minat yang baru di samping meningkatkan
keupayaan untuk bergaul dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini akan membentuk
gaya diri, personaliti dan kematangan. Sebagai contoh, dalam tarian Kipas, pergerakan
yang sama amatlah diperlukan. Bagi melahirkan pergerakan yang sama ini, semua penari
iaitu kanak-kanak haruslah saling berkerjasama dan saling mempercayai antara satu sama
lain. Apabila kepercayaan diperolehi, maka koordinasi pergerakan tarian akan menjadi
sama dan seragam. Sehubungan dengan itu, tarian pun akan menjadi lebih menarik dan
dramatik.

12

Tarian juga dapat memupuk bakat seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak


boleh mengekspresikan bakat terpendamnya melalui tarian. Tarian akan membawa
mereka melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka. Jika seseorang kanak-kanak
mempunyai bakat dalam bidang tarian dan bakat tersebut diasah dengan baik,
kemungkinan kanak-kanak tersebut boleh mewakili sekolah beliau dalam pertandingan
tarian. Kita ambil tarian klasik India sebagai contoh. Pada zaman kini, kebanyakan
kanak-kanak enggan lagi belajar tarian tradisional seperti tarian klasik India. Kebanyakan
mereka lebih suka belajar tarian moden seperti hip hop, ballet dan sebagainya. Jika ada
seorang kanak-kanak yang berbakat belajar menarikan tarian klasik India, kemungkinan
besar bakat beliau akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Kanak-kanak ini juga
mungkin boleh mewakili sekolahnya ke peringkat yang lebih baik. Malah lebih
membanggakan jika beliau boleh mewakili negara dalam Pertandingan Tarian Peringkat
Dunia. Ini sudah tentu akan membanggakan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut di
samping dapat mengharumkan nama negara, Malaysia. Oleh itu, tidak syak lagi jika
dikatakan seni kreatif tarian juga dapat turut menyumbang kepada perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak.

Tarian juga memupuk kemahiran mendengar kanak-kanak. Untuk belajar


sebuah tarian, kanak-kanak harus menggunakan kemahiran mendengar mereka dengan
baik. Ini kerana sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kelas tarian, arahan guru adalah
perkara asas sekali yang harus diikuti. Tanpanya, tarian mungkin akan hilang arah tujuan.

13

Kanak-kanak harus mendengar arahan guru supaya mereka tahu apa yang ingin
disampaikan oleh seseorang guru. Selain itu, kemahiran mendengar tempo dan rentak
lagu juga memainkan peranan penting untuk menarikan sebuah tarian dengan baik.
Apabila kanak-kanak dapat mendengar dengan baik sama ada arahan guru ataupun tempo
lagu, pergerakan tarian akan menjadi selari dan seragam untuk semua penari. Ini akan
membuatkan tarian menjadi lebih menarik.
Selain itu, pada kebiasaanya seni kreatif tarian juga diiringi dengan
nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar ianya lebih menarik dan menambahkan
minat murid terutamanya murid pendidikan khas. Dengan adanya aktiviti tarian berserta
nyanyian ini, ianya akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran
fonologi. Ramai di kalangan murid pendidikan khas yang gagal menyebut perkataan
dengan betul. Mereka hanya menyebut hujung perkataan sahaja seperti lah, kan dan
sebagainya. Bagi mengukuhkan lisan para murid, tidak dapat dinafikan bahawa tarian
diiringi dengan muzik sangat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini kerana
menyanyi memerlukan sebutan yang jelas dan betul mengikut rentak, irama dan
disampaikan mengikut intonasi yang betul.Secara tidak langsung ia membantu murid
memperbaiki lisan.Walaupun demikian, ini juga tidak terbatas kepada murid pendidikan
khas sahaja, ianya masih boleh diaplikasikan kepada murid-murid normal juga. Sebagai
contoh, tarian Zapin yang menggunakan lagu Cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza.
Murid-murid yang menyanyikan lagu tersebut mungkin lebih mudah mengingati
pergerakan-pergerakan di dalam tarian tersebut disebabkan mereka menyanyikan lagu
tersebut. Sebutan yang jelas ini sekaligus membantu mereka mengingati rentak tarian
tersebut.

14

Perasaan dapat dilahirkan daripada aktiviti tarian juga. Semasa menari,


kanak-kanak akan dapat merasai perasaan yang pelbagai seperti gembira, sedih, marah,
sunyi dan sebagainya. Tidak kisahlah sama ada kanak-kanak tersebut boleh menari
dengan baik atau tidak, tetapi terapi melalui tarian mampu mendamaikan hati mereka.
Ringkasnya, tarian yang perlahan mempunyai kesan yang menenangkan terhadap jiwa
kanak-kanak. Manakala tarian yang rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak
menjadikan mereka lebih gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama
muzik. Sebaliknya, tarian klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan
kanak-kanak. Umpamanya, tarian perlahan seperti Tarian Kipas oleh kaum Cina mampu
membuatkan perasaan kanak-kanak menjadi tenang dan bersahaja sewaktu menarikan
tarian tersebut. Manakala tarian yang rancak seperti tarian hip hop mampu membuatkan
kanak-kanak menjadi lebih bersemangat dan lebih bertenaga. Ini kerana tarian ini
sememangnya menuntut tenaga yang lebih daripada kanak-kanak. Seperti yang kita
ketahui, kanak-kanak sememangnya seorang yang sangat bertenaga. Oleh itu, tarian yang
rancak akan menyebabkan kanak-kanak lebih gembira dan seronok apabila mereka
menari mengikut rentak tersebut. Tarian klasik seperti Tarian Sumazau amat memerlukan
ketelitian dalam menarikan tarian itu. Ini adalah disebabkan kerana pergerakan tarian
tersebut amat rumit dan kesilapan yang kecil boleh menyebabkan pergerakan tarian
menjadi sumbang. Oleh itu, daya penumpuan amat dituntut dalam menarikan tarian
klasik ini.

15

Tarian juga memainkan peranan penting dalam membentuk sifat kognitif


kanak-kanak. Tarian dijadikan medium sebagai latihan mereka untuk mengasah sifat
kognitif mereka di mana mereka lebih mudah mengingati pergerakan-pergerakan di
dalam sebuah tarian. Umpamanya, tarian klasik India mempunyai banyak pergerakanpergerakan yang rumit seperti posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan
pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta). Bagi mempelajari tarian ini, murid-murid
haruslah mengingati dan menghafal setiap pergerakan. Proses hafalan dan pengingatan ini
akan menajamkan lagi daya kognitif seseorang kanak-kanak. Minda kanak-kanak akan
mampu mengingati setiap langkah di dalam tarian ini sekaligus mempersembahkan tarian
ini dengan cemerlangnya. Penganjuran aktiviti seni kreatif tarian yang tersusun dan
terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah, mampu membuat penilaian yang munasabah dan bijak membuat sebarang
keputusan.
Di samping itu, tarian juga banyak membantu kanak-kanak dalam
melakukan pergerakan psikomotor. Melalui tarian, kanak-kanak banyak belajar jenisjenis pergerakan seperti melompat, mengenggam, membaling, melentikkan badan dan
tangan, dan sebagainya. Keupayaan pergerakan psikomotor kanak-kanak juga dapat
dilihat melalui kemahiran fizikal mereka iaitu bagaimana mereka mengkoordinasikan
pergerakan dari segi kepantasan, kekuatan dan kecekapan. Ini semuanya boleh didapati
daripada aktiviti seni kreatif tarian. Sebagai contoh, tarian

kuda kepang banyak

menggunakan pergerakan psikomotor dimana penari-penari haruslah menunggang kuda


ciptaan mereka, melompat, melentikkan tubuh badan mereka dan sebagainya mengikut
irama muzik yang dimainkan. Kadang-kala, penari juga dikehendaki bersilat semasa
menarikan tarian kuda kepang ini. Ini bukan sahaja membina pergerakan psikomotor di
kalangan kanak-kanak malah ianya juga turut membina otot, koordinasi mata dan tangan,
membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota badan dan sebagainya.
Pergerakan psikomotor yang lincah ini akan menjadikan kanak-kanak lebih sihat dan
perkembangan otak juga mampu berfungsi dengan lebih cerdas lagi.

16

BAGAIMANA BIDANG SENI KREATIF (TARIAN) DAPAT


MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEPELBAGAIAN
BUDAYA DI MALAYSIA
Negara kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk yang
berbilang kaum. Pelbagai kaum bererti pelbagai budaya yang telah diamalkan oleh
penduduk Malaysia. Budaya dalam konteks pendidikan boleh dilihat melalui budaya di
sekolah. Para guru memainkan peranan penting dalam menerapkan pendidikan
kebudayaan ini kepada murid-murid sekalian. Ini bagi membolehkan murid yang
dihasilkan oleh sekolah tersebut dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, satu mekanisma haruslah dicipta agar perpaduan
di kalangan pelbagai kaum ini dapat dikekalkan keharmoniannya.
Kebiasaannya, bidang seni kreatif tarian dipilih sebagai mekanisma yang
digunakan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian kebudayaan di
Malaysia. Ini kerana seni kreatif tarian dapat menyatukan rakyat Malaysia tidak kira
bangsa dan agama. Sebagai contoh, apabila murid-murid Cina dan India belajar tarian
Melayu seperti tarian Zapin, ini secara tidak langsung akan menyebabkan murid-murid
dapat mengetahui sejarah salasilah tarian tersebut. Murid-murid akan berminat untuk
mengetahui apa yang sebenarnya berada di sebalik tarian tersebut. Mereka akan bertanya
kepada guru dan juga murid-murid yang lain mengenai sejarah ataupun mitos yang
terdapat dalam tarian tersebut, asal-usul tarian tersebut, pergerakan-pergerakan di dalam
tarian tersebut dan sebagainya. Mereka akan cuba untuk mendalami maksud-maksud di
dalam tarian tersebut dan membuat kajian mengenainya. Ini bukan sahaja dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai sejarah tarian tersebut malah ianya
juga dapat meningkatkan kesedaran mereka mengenai budaya masyarakat Melayu.
Selain itu,

melalui tarian juga murid-murid juga dapat meluaskan pergaulan

mereka dengan kaum-kaum yang lain. Apabila seseorang kanak-kanak ingin mempelajari
sesuatu tarian, secara automatiknya, kanak-kanak tersebut akan bergaul dan
berkomunikasi dengan bangsa yang mendominasi tarian tersebut. Umpamanya, apabila
terdapat kanak-kanak atau murid-murid yang berbangsa Melayu ingin mempelajari Tarian

17

Singa, sudah tentu lah kanak-kanak tersebut akan pergi kepada kaum Cina. Ini kerana
kebanyakan tarian Singa dipelopori oleh kaum Cina. Murid-murid Melayu ini tadi akan
belajar tarian Singa dan ini akan mewujudkan pergaulan yang erat di antara murid-murid
berbangsa Melayu dan juga Cina. Mungkin kanak-kanak berbangsa Cina akan pergi
berkunjung ke rumah kawannya yang berbangsa Melayu. Dari situ, murid-murid
berbangsa Cina akan dapat mengetahui cara hidup masyarakat dan budaya kaum Melayu.
Ini dapat menambahkan lagi kefahaman mereka tentang budaya melayu di samping dapat
mengeratkan hubungan silaturahim. Tahap komunikasi juga akan bertambah baik di mana
mereka akan saling bergaul dan berkomunikasi bagi menjayakan persembahan tarian
Singa. Jika komunikasi di antara mereka gagal, maka tarian yang dipersembahkan juga
akan turut gagal. Oleh itu, setiap kaum haruslah tahu cara-cara berkomunikasi dengan
betul. Apabila komunikasi lancar, perpaduan dapat diwujudkan dan ini akan dapat
meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan kepelbagaian kebudayaan di Malaysia.
Tarian juga dapat membantu kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India
memahami perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik lagi. Ini adalah
disebabkan apabila murid-murid Cina dan India menari, mereka secara automatik akan
juga turut menyanyikan lagu tema tarian tersebut. Ini bukan sahaja dapat menambah
perbendaharaan kata orang Cina dan India. Malah ianya juga dapat membantu mereka
untuk bertutur dengan lebih fasih lagi dalam Bahasa Melayu. Ini juga boleh terjadi
kepada kaum Melayu yang ingin belajar tarian India ataupun tarian masyarakat lain.
Peningkatan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia juga boleh
berlaku apabila kita turut serta dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan.
Contohnya, apabila kanak-kanak berbangsa Melayu ingin mempelajari tarian klasik
India, sudah pasti lah dia akan memakai pakaian bangsa India. Ini bukan sahaja dapat
membantu memperkenalkan pakaian tradisional India kepada murid Melayu. Ianya juga
boleh terus mengekalkan kebudayaan India di Malaysia. Begitu juga dengan murid-murid
berbangsa Cina dan India yang ingin belajar tarian Melayu. Mereka akan memakai
pakaian masyarakat Melayu seperti Baju Kurung, Kebaya dan Baju Melayu. Ini dapat
membantu masyarakat Melayu mempromosikan pakaian tradisional mereka kepada
bangsa lain. Jelaslah di sini bahawa seni kreatif tarian dapat membantu meningkatkan
kesedaran terhadap kepelbagaian kebudayaan di Malaysia.

18

Pada kesimpulannya, setiap kanak-kanak dilahirkan dengan sifat semulajadi yang


baik dan diibaratkan sebagai kain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak kita
sebagai ibu bapa dan juga guru. Oleh itu, kanak-kanak mempunyai keistimewaan
tersendiri dan berhak untuk dikembangkan potensinya ke arah yang lebih optimum dan
terus maju. Aktiviti pergerakan kreatif ataupun lebih dikenali sebagai tarian jika
dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid.
Terdapat banyak kebaikan seni kreatif tarian kepada murid-murid baik dari segi fizikal,
emosi dan sosial. Bagi melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan
kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan adalah semangat yang cekal, keberanian dan
sikap positif serta inisiatif untuk mengajar mereka. Peranan guru ialah membimbing
murid-murid untuk menerokai, mencuba dan mengaplikasi tarian yang dapat dijadikan
sebagai perantaraan untuk motivasi kendiri. Hasilnya, kanak-kanak akan berkembang
menjadi manusia yang kreatif dan sekaligus mampu memartabatkan budaya Malaysia di
mata dunia.

RUJUKAN
19

1. Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanakkanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. .
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
2.

Mohamad bin Aman, Kasim bin Abd. Majid . (2003). Asuhan dan Pendidikan
Awal Kanak- kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd

3.

http//www.slieshare.net/mobile.guest4632988.muzikdanpergerakan

4. http://alqamus.moe.edu.my/ealqamus/v4/utama.aspx
5.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tari edisi4

6. http://mysoul-edukids.blogspot.com/2009/07/peranan-muzik-kepadakanak-

kanak.html
7.

http://olanzah.blogspot.com/2008/02/pentingnya-pergerakan-kreatif-kepada.html

8.

http://www.ilhamidrus.blogspot.com/

9.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Bharata_Natyam

10. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda_kepang
11. http://qalish.com/2010/12/dasar-kebudayaan-kebangsaan.html
12. http://kami5sahabat.blogspot.com/2009/03/sumbangan-individu-bagimengekalkan.html
13. http://kumpulan4a.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated
14. http://welcometomyzonearea.blogspot.com/

20

LAMPIRAN: TARIAN-TARIAN DI MALAYSIA

21

22

23

24

You might also like