Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Salam dan salam sejahtera,

Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan
vokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil
apabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang
mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak
kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku
kata sahaja.Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.
Contoh :
Diftong
ai
au
oi

di depan
aising
aurat
oidium

di tengah
ghairah
saudara
boikot

di belakang
lambai
pisau
sekoi

Bunyi /i/ akan menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak
kelantangannya.Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/.

EJAAN Penyatuan sistem ejaan rumi antara Malaysia dengan Indonesia telah menghasilkan
system ejaan baharu. DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa
Melayu untuk rujukan masyarakat. MBIM dan kini MABBIM telah menghasilkan Daftar Ejaan
Baharu: Terdapat 26 huruf iaitu melambangkan 6 huruf bunyi vokal dan 26 bunyi
konsonan. Vokal a,i,e,o,u melambangkan 6 bunyi vokal yang mempunyai e-pepet dan etaling. Terdapat huruf diftong iaitu gabungan 2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu
bunyi. Huruf diftong sebutan contoh ai /ai/ aidilfitri, ghairah, pantai au /au/ aurat, saudara,
harimau oi /oi/ Boikot. sepoi
16. TATABAHASA Melibatkan penyeragaman dari segi morfologi dan sintaksis. contohnya,
dalam bidang morfologi imbuhan pen- + perkataan tolak = penolak Menerima imbuhan
asing seperti maha-,pra-,anti-, -wan, dan man Contohnya maha- + perkataan siswa =
mahasiswa Dalam bidang sintaksis Contohnya; akhbar itu dibaca oleh beliau. Ganti nama
diri ketiga hadir selepas kata kerja pasif. ISTILAH 1. Pembentukan istilah dilakukan oleh
Jawatankuasa Istilah (JKI) 2. Pembentukan istilah kemudiannya diletakkan di bawah
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) 3. JKTBM menghasilkan Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan dijadikan asas untuk menggubal istilah. 4. Antara
istilah yang dibentuk ialah bidang media, falsafah. sains sosial, sains asas dan
kesusasteraan. Contohnya; kajibumi Psychology Ilmu jiwa Mathematic Ilmu hisab
geomorphology
17. PERKAMUSAN Penyusunan kamus yang dilakukan oleh DBP
Salam Ukhuwah,
Syabas diucapkan atas kesungguhan cikgu dalam memberikan penjelasan berkaitan 3 jenis
huruf diffong. Saya bersetuju dengan hujah yang cikgu berikan. Izinkan saya memberikan
penambahan dan contoh huruf-furuf diftong yang saya perolehi melalui pembacaan

saya.Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal dalam satu suku kata)
jati yang hanya terdapat dalam suku kata terbuka, iaitu:

ai : kedai, pandai
au : kerbau, aura
oi : dodoi, amboi

Diftong /ei/ dari kata pinjaman, seperti Mei dan esei hanya disebut /e/. Ciri ini juga berlaku
terhadap /ou/ yang menjadi /o/.
Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam
dua suku kata, contohnya:

/a-i/: kain
/a-u/: laut

Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal rangkap
ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap dipisahkan
oleh huruf hamzah ( ;)contohnya: laut, huruf vokal diftong pula dibiarkan bersambung.
Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata, tetapi jika
dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.

/ia/: meriah
/iu/: liur
/ua/: luar
/ui/: kelui

Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal
tetapi diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokal-vokal
berkenaan, sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam
perkataan mengenai. Begitu juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata,
seperti saat /sa.at/.

Diftong
Bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua
huruf vokal yang berbeza.

Huruf diftong: ai, au, oi


Huruf Diftong

Salam Ukhuwah,
Tahniah, di atas usaha cikgu dalam memberikan hujah berkaitan diftong di mana saya
bersetuju dengan penjelasan yang cikgu berikan. Di sini saya ingin membuat sedikit
penambahan hasil dari pembacaan saya.
Huruf diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu
suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu
akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga. Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong
yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi

Huruf diftong

di depan

di tengah

di
belakang
pandai

/ai/

ai

aising

ghairah

petai
tirai

/au/

au

aurat

saudara

harimau

auto

gaulana

atau

audit

risau
amboi

/oi/

oi

oidium

boikot

sempoi
konvoi

Berdasarkan contoh di atas, perkataan auto disebut au-to (dua suku kata) dan bukannya
a-u-to (tiga suku kata). Bunyi a dan bunyi u digabungkan menjadi bunyi au .

5.5.1

Aktiviti
Senaraikan lima perkataan lagi selain dari perkataan-perkataan dalam contoh
di atas, yang mempunyai huruf difrong di akhir perkataan.

Salam Ukhuwah,
Terima kasih di atas info yang cikgu utarakan bersama contoh-contohnya sekali. Saya
bersetuju dengan pandangan yang cikgu berikan. Izinkan saya membuat sedikit
penambahan berkaitan maksuf huruf diftong dan sedikit contoh yang saya perolehi melalui
pembacaan saya.
Diftong ialah bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua
huruf vokal yang berbeza. Huruf diftong ada 3 jenis iaitu: ai, au, oi. Terdapat huruf diftong
iaitu gabungan 2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu bunyi. Huruf diftong sebutan
contoh ai /ai/ aidilfitri, ghairah, pantai au /au/ aurat, saudara, harimau oi /oi/ Boikot. Sepoi.
Terdapat lagi beberapa contoh huruf diftongseperti jadual di bawah:
Diftong
1

/ai/

Contoh perkataan
1. tirai
2. birai
3. serai

/au/

1. surau
2. berderau
3. atau

/oi/

1. amboi
2. sempoi
3. peroi

You might also like