HBSC4403 V2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS


DENGAN KERJASAMA
SURIATECH CORPORATION SDN BHD

SK. KUNAK 1
91207 KUNAK, SABAH

2014

PENDAHULUAN
Makmal Sains di sekolah merupakan tempat di mana murid - murid mendalami ilmu
sains di sekolah. Makmal Sains juga berfungsi sebagai sumber ilmu kepada murid - murid,
begitu juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber yang berkaitan dengan ilmu sains.
Walaubagaimanapun kemudahan makmal yang kian uzur, dan perlu pembaikan
menyebabkan penggunaan makmal sains ini dibawah kemampuan sebenar. Dengan erti kata lain,
banyak kemudahan yang perlu diperbaiki, ditambah juga menambah sedikit kecerian untuk
menjadikan makmal lebih kondusif untuk tujuan pembelajaran.
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan daripada SuriaTech
Corporation SDN BHD bagi membangunkan, membaik pulih serta menambah kecerian bagi
makmal sains SK. Kunak 1.

RASIONAL DAN OBJEKTIF

Program ini adalah untuk :A) Penyediaan dan penyenggaraan bilik makmal sains yang lebih luas bagi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif.
B) Penyediaan sistem pendawaian elektrik dalam makmal yang lebih selamat agar kejadian
litar pintas tidak sering terjadi.
C) Penyediaan perabot yang sesuai untuk murid dan guru.
D) Penyediaan sudut keceriaan dan info berkaitan sains
E) Mempunyai radas dan bahan sains yang mencukupi untuk PdP.

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang tahun.

PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN
SuriaTech Corporation SDN BHD

PENUTUP
Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangkan ini beroleh sokongan dari semua
pihak agar harapan kami untuk membangunkan, membaik pulih serta menceriakan makmal sains
ini tercapai hendaknya.

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS,
SK. KUNAK 1

PENASIHAT
En. Mohd Sattah Bin Abdul Rashid
(Guru Besar)
Pn. Hjh Maimunah Binti Zainal Gunong
(YDP PIBG)
PENGERUSI
Pn. Hjh Mumin Binti Haji Madia
(GPK Kurikulum)
SETIAUSAHA
En. Sulaiman Bin Musi
(Guru Penyelaras Makmal Sains)
AJK
En. Buhari Bin Abdul Rahman
(Guru Makmal Sains)

Disediakan Oleh:-

Disahkan Oleh:-

(Sulaiman Bin Musi)

(En. Mohd Sattah Bin Abdul Rashid)


Guru Besar

Setiausaha
Program Pembangunan Makmal Sains

SENARAI BARANG KEPERLUAN DI MAKMAL SAINS

Senarai Keperluan Awal


BIL

PERALATAN

KUANTITI

HARGA

JUMLAH

1UNIT
1

Penghawa Dingin

1500

3000

Grill Keselamatan

2000

1500

Cat & Border

500

500

Langsir

1000

1000

JUMLAH

6000

Senarai Keperluan Perabot


BIL

PERALATAN

KUANTITI

HARGA

JUMLAH

1UNIT
1

Meja Murid (Jenis A)

20

400

8000

Kerusi Murid

40

85

3400

Meja Guru

250

250

Meja Penyelaras

250

250

Kerusi Guru

100

100

Kerusi Penyelaras

100

100

Papan PutihMagnetik

500

100

Papan Notis

250

250

Rak Beg Murid

150

300

10

Meja LCD

200

200

11

Meja Pencetak

100

100

12

Stell Cabinet

400

400

JUMLAH

13,450.00

Senarai Keperluan Peralatan Makmal Sains


BIL

PERALATAN

KUANTITI

HARGA

JUMLAH

1UNIT
1

Mikroskop

20

250

5000

Kertas Litmus

30

10

300

Bahan Kimia

15

200

Buret

20

25

500

Tabung Uji

20

1.5

30

Penunu Bunsen

20

50

1000

Slaid Kaca

100

1.5

150

Rod Kaca

100

1.5

150

Spatula

100

1.5

150

10

Magnet pelbagai

100

25

2500

11

Rak Peralatan

150

150

12

Alat Penggera

350

350

JUMLAH

10,480.00

Senarai Keperluan Pendawaian


BIL

PERALATAN

KUANTITI

HARGA

JUMLAH

1UNIT
1

Pendawaian Elektrik

12

150

1800

Rangkaian Port

12

150

1800

Kotak Suis

400

400

JUMLAH

4000

ANGGARAN PERBELANJAAN
PEMBANGUNAN MAKMAL SAINS
SK. KUNAK 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1
2
3
4

PERKARA
Keperluan Awal
Keperluan Perabot
Keperluan Peralatan Makmal Sains
Pendawaian Elektrik
JUMLAH

CADANGAN PLAN LANTAI MAKMAL SAINS

RM
6000.00
13,450.00
10,480.00
4000.00
33,930.00

Laporan Awal Status Makmal Sains SK. Kunak 1

Gambar diatas menunjukkan keadaan makmal sains disekolah sekarang ini. banyak
kekurangan yang ada. Ianya seakan seperti bukan makmal tetapi kelihatan seperti sebuah kelas.
Dengan perabot yang kurang dan bahan sains yang amat terhad amat menyukarkan guru dan
murid untuk melakukan PdP di dalam makmal ini.
Untuk itu, setelah berbincang dengan syarikat SuriaTech Corporation SDN BHD, salah
sebuah syarikat yang amat terkenal dan mempunyai beberapa anak syarikat di beberapa buah
negeri, akhirnya impian untuk memiliki sebuah makmal sains sebenar akan terlaksana. Syarikat
ini berbesar hati untuk menaja keseluruhan projek pembangunan makmal sains ini, ini mungkin
atas dasar Pengarah Eksekutifnya sendiri merupakan orang tempatan di daerah Kunak ini, dan
beliau ingin melihat anak-anak tempatan sepertinya lebih ramai yang akan berjaya dengan
adanya makmal sains seperti yang dirancangkan.
Pengurusan Makmal Sains

Sebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains,kita perlu tahu apakah yang
dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya
merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada
peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan
universiti. Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau
segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini
dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan
dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.
Walaubagaimanapun,

bukan

semua

sekolah

terutamanya

sekolah

rendah

mempunyai makmal sains. Jika tidak adamakmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan di
sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang dipanggil bilik
sains untuk menggantikan makmal sains. Bilik sains ini mempunyai :

Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai

untuk melakukan eksperimen.


Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sainsdapat disesuaikan untuk P&P sains.
Bahagian belakang bilik sains almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak

berisiko tinggi (cth: bikar plastik)


Sekitar bilik sains poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.
Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.
Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.

Jika bilik sainsini digunakan, dimanakah kelas lain menjalankan sesi P&P sains? Masalah ini
boleh diselesaikan dengan menggunakan bilik sains bergerak, iaitu guru menggunakan troli,
dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains
ke bilik darjah yang lain supaya sesi P&P masih dapat dijalankan.

You might also like