Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ADAT BERCUKUR

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas
kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum
lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

Endoi di Kedah;

Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.

ACARA
Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersamasama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.

Bacaan Barzanji atau Marhaban : satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi
Muhamad.

Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau
corek dan kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak-kanak.

Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di
ruang anjung rumah .

Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua


kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

ALATAN
Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

Sedulang bunga rampai;

Sebiji kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan
dikeluarkan;

Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;

Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);

Beras putih;

Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);

Bunga telur: untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi
keutamaan.

CATATAN
1. Sesetengah tetamu memberi wang kepada bapa atau ibu kepada bayi; contohnya
RM1, RM5 atau RM10.
2. Jika bayi banyak rambut di bahagian depan, akan dipanggil "jempolan".

You might also like