Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Pendahuluan

Keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang
bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya
hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak
melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan
kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang
diceburi sejak dahulu lagi. Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan
berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih
kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum
Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang
memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana
terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah
memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan
keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan
untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan
dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian
Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995.
Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada
dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan
perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluangpeluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.
Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi
kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak
pekerjaan

lain

yang

lebih

mudah

didapati.

Kebanyakan

berpendapat

bahawa

keusahawananadalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak
terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan.
Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan Bumiputera yang menceburi diri dalam
bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk
mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi usahawan terpaksa ini selalunya

tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan
dugaan dunia perniagaan.
Mereka biasanya belajar melalui kesilapan dan pengalaman. Jika mereka lambat belajar dan
tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya keusahawanan, maka sukar bagi mereka untuk
menjadi usahawan yang berjaya. Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam
pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah
melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula
menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan
sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula
memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati
bahawa lebih ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya
mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih meyakinkan.
Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan
bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita
dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi. Melihat kepada kegagalan yang
berlaku kepada sebilangan usahawan, kita tertanya apakah keusahawanan merupakan satu
kerjaya yang selamat? Untuk membuat kesimpulan kita perlu melihat secara terperinci apakah
pula ciri -ciri keusahawanan, faktor persekitaran luaran dan proses kreativiti.
Ciri-Ciri Keusahawanan
Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan
beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha
mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka.
Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti
perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan
orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang
yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih
seperti berikut:

Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.

Maklumat pasaran yang disasarkan.

Maklumat mengenai persaingan.

Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.

Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.

Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.

Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari
dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang
bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan
adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil
inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup
mengambilnya.
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen
membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.
Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan
yang mereka usahakan.
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau
strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka
menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam
mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan
melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap
peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang
yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala
risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri
didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan
usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan.
Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan
mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai

keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal
berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk
memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif,
inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan
perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya.
Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk
memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan
yang telah mereka lakukan.
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan
memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya
dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah
ertikan mengenai usahawan adalah wang menjadi satu keinginan yang kuat. Kepada
usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan
merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai.
Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai
visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan
mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan
berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk
menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara
berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri
mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka
sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang
mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami
kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari
peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari
kegagalan berbanding dengan kejayaan.

Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu
lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang
akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka
memulakan perniagaan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang
tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas
mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan.
Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan
tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan
untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan
ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada
kegagalan.
Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang perniagaan tertentu, bakal
usahawan seharusnya membuat kajian dan penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan.
Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah
disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut. Sebahagian daripada penyediaan
rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT(Strengths, Weaknesses,
Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal
usahawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak.
Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan
juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan.
Kita tidak nampak bagaimana seseorang usahawan akan berjaya tanpa ciri-ciri seperti berikut:

Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat.

Jujur dan ikhlas.

Berdaya kreatif.

Mahir berkomunikasi.

Berani menanggung risiko.

Bijak membuat penilaian dan keputusan.

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang
juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang
sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama. Kajian menunjukkan terdapat
beberapa faktor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang
keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:

Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.

Keinginan yang kuat untuk berjaya.

Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan.

Memberi tumpuan dalam perniagaan.

Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.

Membentuk jaringan perniagaan yang luas.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu
disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun
1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah
dikenalpasti adalah:
a.

Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi.

b.

Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan.

c.

Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan.

d.

Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah.

e.

Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi.

Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan


Rancangan perniagaan adalah bertujuan meneliti setiap aspek perniagaan. Rancangan
perniagaan membolehkan usahawan menganggarkan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk
mengharungi tempoh pelancaran dan pembangunan pasaran.
Rancangan perniagaan boleh diumpamakan sebagai sebuah peta perjalanan yang memberi
garis panduan tentang perjalanan untuk menuju ke destinasi tertentu. Ia menerangkan cara
bagaimana sesebuah organisasi boleh mencapai objektifnya atau bergerak maju ke tahap yang

lebih baik dari kedudukan sekarang. Ia memberi maklumat terperinci dan menerangkan setiap
langkah yang harus diambil.

Apabila perniagaan semakin berkembang dan mencatatkan keuntungan, rancangan untuk


memperbesarkan lagi perniagaan akan menjadi agenda utama. Dengan menggunakan
rancangan perniagaan yang sedia ada sebagai asas, usahawan dapat mengenalpasti bidang
perniagaan yang lain, dan membuat perkiraan sama ada perniagaan baru akan menyumbang
kepada pertumbuhan dan perkembangan yang diharapkan. Rancangan perniagaan juga sangat
berguna dalam usaha untuk mengagih sumber-sumber syarikat dengan lebih teratur. Sumbersumber yang ada dalam syarikat sama ada dari segi kewangan, sumber manusia, peralatan,
bahan-bahan dan juga masa adalah terhad dalam sesuatu jangka masa tertentu. Maka
pengagihan sumber perlu dilakukan dengan baik supaya memperoleh hasil yang optimum.
Rancangan perniagaan juga berguna kepada orang luar seperti bank dan juga bakal pelabur.
Rancangan perniagaan tersebut lebih merupakan dokumen sokongan untuk memperoleh
pinjaman daripada institusi-institusi kewangan atau medapatkan rakan kongsi untuk membuat
pelaburan. Rancangan perniagaan memberi jawapan kepada persoalan yang sering
dibangkitkan oleh orang luar, antaranya:
Apakah perniagaan dan idea yang dicadangkan ini berpotensi?
Apakah terdapat sesuatu yang unik tentang produk dan perkhidmatan yang dicadangkan
berbanding dengan apa yang ada dalam pasaran masakini?
Apakah pasarannya telah dikenalpasti?
Apakah pelunjuran kewangan boleh dipercayai?

Apakah pasukan pengurusan dan kakitangan teknikal mempunyai pengalaman yang


sesuai dan rekod yang baik?
Apakah rancangan perniagaan itu memperincikan bagaimana pinjaman itu akan
dilunaskan?
Latar Belakang Projek Penanaman Buah Naga

PENGENALAN
Pitaya atau 'dragon fruit' atau buah mata naga (Hylocereus undatus) adalah tanaman baru yang
diusahakan secara komersil di negara ini. Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk
ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke 19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan.
Buah daripada famili 'Cactaceace' ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang
kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa

ialah Pitaya/Kaew mang korn (Thailand); Than long (Vietnam), Strawberry pear; Pitahaya
(Latin America); Queen of the night (North America); Red dragon fruit; Fire dragon fruit
(Asia); Buah naga (Malaysia); Huo long guo/Hong long guo (Taiwan).
Kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protin, lemak, gentian, karotin,
kalsium, fosferus, besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, thiamine, riboflavin,
niacin dan abu.

Ciri-ciri Pokok
Pokok pitaya tergolong dalam keluarga kaktus. Pitaya hidup dengan tumbuh menjalar dan
disokong oleh akar-akar yang kuat. Akar ini juga berfungsi menyerap makanan daripada
bahan organik untuk pertumbuhan. Buah Pitaya berbentuk bujur, berkulit merah muda terang
dilindungi lapisan kelopak berwarna hijau serindit di hujungnya dan mempunyai rasa yang
lazat dan kaya dengan nilai pemakanan serta tonik penyembuh penyakit.
VARIETI PITAYA
Terdapat beberapa varieti pitaya yang diusahakan. Varieti ini berdasarkan kepada warna isi
buah pitaya iaitu warna putih, merah dan kuning.

Warna

Sari

Salut/Sisik

Varieti

Isi

Saiz Buah

Hylocereus

Merah

Sederhana Susunan

costa/Hylocereus
poly/

besar

pada buah matang

Berbentuk
pendek

lebih
lebar

buah

Gerigi Batang

rapat Bewarna hijau


danatau
hijau

sedikit

Pitaya

126

(300-500g)

perang

(Asal Taiwan)
Besar
Hylocereus undatus Putih

Susunan

(500-800g) Berentuk
panjang

jarang
Berwarna
tirus
dan
perang

KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM


Pitaya sesuai ditanam di kawasan yang mengandungi 10-30% pasir atau tanah gembur pada
cerun kurang dari 6o dan bersaliran baik. Walau bagaimanapun, kawasan tanah tinggi, tanah
baris mahupun tanah sawah boleh juga ditanam jika langkah-langkah pemuliharaan tanah
diambilkira. Di kawasan sawah ianya perlu ditanam di atas batas yang cukup tinggi dan
akarnya tidak digenangi air. Sistem'furrow' boleh digunakan di tanah sawah.
Tanaman buah naga bersifat 'long day plant' iaitu ia memerlukan cahaya matahari yang
panjang pada waktu siang. Selain itu, ia adalah dari golongan 'Crassulacean Acid Metabolic'
iaitu tumbuhan yang memproses makanannya pada waktu malam. Pokok buah naga juga
bersifat epipitik dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut serta
memanjat dan menjalar. Akar akan keluar dari batang yang menjalar di atas para untuk tujuan
pengambilan air dan pemakanan.
Iklim tropika dengan purata suhu antara 25-30 oC dan hujan antara 500-1500 mm adalah
sangat sesuai. Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga
atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk.
PEMBAJAAN
|font face="Arial" style="font-size: 11pt"> Pembajaan ialah satu akpiviti ladang yang sangat
penting dalam penanaman buah naga. Tanaman buah naga memerlukan baja organik untuk
pgrtumbuhan yang baik. Pen'apuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah rendah (masam).
Lubang tanaman dimasukkan baja organik CIRP dan juga kapur.

Baja hendaklah diberi

secara 'pemberian split' dengan kadar bulanan tertentu. Baja 'foliar' juga perlu disemburkan
pada batang supaya pokok lebih sihat. Apabila pokok telah membesar, baja kimia dan baja
organik perlu diberi dengan lebih kerap.

Kadar pembajaan adalah seperti berikut

Kadar

Jenis Baja

Umur Pokok

Rumpun
NPK

7 bulan dan seterusnya

Pokok

Selepas berbuah

2 bulan sekali

15:15:15

atau NPK 16:16:16500 g

2 bulan sekali, berselang seli

Organan

dengan baja kimia

berbuah: NPK

Masa berbuah

Kekerapan

15:15:15

Pokok muda (1-6 bulan) atau NPK 16:16:16100 g


Organan
NPK

13:13:21300g
500 g

Organan
NPK
Organan

Biasanya selang sebulan


antara baja pembesaran dan
baja buah

15:15:15300g
500 g

Penanaman
Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap
tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah
2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya
ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh
memanjang untuk membentuk batang utama.
Cantasan
Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di
atas para. Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja
mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa
supaya hasil tidak terjejas.

Ringkasan Eksekutif
Jumlah Pembiayaan

Tidak melebihi RM 6,000 sehektar


Komponen pembiayaan adalah merangkumi modal tetap dan modal kerja berkaitan dengan
tanaman buah naga
Pembiayaan boleh dipertimbangkan sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan
Tidak melebihi 10 tahun
Tempoh penangguhan bayaran pokok adalah tidak melebihi 4 tahun
Kaedah Pembiayaan & Kadar Keuntungan
Pembiayaan secara Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 4% setahun
Bayaran Balik
Secara ansuran bulanan
Cagaran/Jaminan
Tanah tapak projek
Jika tanah tapak projek tidak boleh dicagar, Bank boleh menerima lain-lain bentuk cagaran
Perlindungan Takaful
Pelanggan individu dikehendaki mengambil takaful gadai janji yang meliputi keseluruhan
pembiayaan
Deposit Sekuriti
Dikecualikan
Caj Memproses
2 hektar dan kurang RM 20
5 hektar dan kurang RM 50
10 hektar dan kurang RM 200
Jika lebih 10 hektar 0.5% daripada nilai kelulusan atau maksimum RM5,000
Caj Penyempurnaan Suratcara
Dikendalikan oleh BPM
o 2 hektar dan kurang RM 20
o 5 hektar dan kurang RM 50
o 10 hektar dan kurang RM 200
o Jika lebih 10 hektar 0.5% daripada nilai kelulusan atau maksimum RM5,000
Dikendalikan oleh Peguam Luar
Kadar bayaran adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh firma guaman dan kosnya
ditanggung oleh pemohon

Pengeluaran Wang Pinjaman


Pengeluaran wang dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan projek dan
disokong oleh dokumen tertentu seperti invois, resit, pengesahan kerja dan lain-lain
Pernyataan Misi
Misi usahawan buah naga ialah menjaga hasilan dari sebarang serangan kerana pokok buah
naga sangat sensitif kepada racun rumpai. Penggunaan racun rumpai dipangkal pokok tidak
digalakkan kerana sistem akar pitaya adalah cetek. Pokok dan batangnya mudah melecur dan
menggelupas apabila terkena racun tersebut. Rumpai di sekeliling pokok disyorkan
dipotong/dicabut. Amalan meletakkan bahan sungkupan/kompos di sekeliling pangkal
tanaman juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok. Bagi kawasan di
antara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2 bulan sekali. Kawalan rumpai
dibuat secara berkala mengikut keadaan ladang. Begitu juga dengan kawalan perosak dan
penyakit jika perlu. Penyakit yang sering dijumpai ialah kulat dan bakteria.
Serangan semut dan kulat boleh dikawal dengan menggunakan racun perosakan yang
disyorkan. Haiwan yang biasa menyerang tanaman ialah burung, tupai, tikus dan kelawar.
Siput juga boleh merosakkan batang buah naga. Haiwan-haiwan ini akan makan buah yang
telah masak.

Oleh itu, buah hendaklah dibungkus untuk mengelakkannya daripada

dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan. Perosak lain ialah kumbang Xylopetrus yang
perlu diawasi, walaupun tahap serangan adalah rendah. Selain itu, lalat buah (Dacus dorsalis)
juga sangat penting dikawal.
Selain haiwan perosak, penyakit reput batang (stem rot) yang disebabkan oleh bakteria
Xanthomonas campestris turut menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis menyebabkan
bintik berwarna coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat dapat mengawal penyakit ini
daripada merebak.

Profil Perniagaan dan Industri

Penggredan

Buah perlu digred dengan cermat mengikut kriteria-kriteria tertentu seperti varieti,
keseragaman saiz, keseragaman kematangan, bebas daripada bahan asing, kecacatan,
kecederaan dan jangkitan penyakit. Buah pitaya mestilah memenuhi keperlukan
minimum berikut:- mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki pasaran.
- kandungan jumlah pepejal larut melebihi 9% Bris.
- buah masih segar dan agak bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan.

Pembungkusan
Menggunakan bekas atau bahan pembungkusan yang sesuai dan boleh melindungi buah
daripada kecederaan mekanikal dengan baik semasa dikendalikan. Bahan yang digunakan
untuk mengalas mestilah dari bahan lembut, bersih dan bebas daripada kesan toksik. Bahan
pembungkus mempunyai cukup pengudaraan. Berat bersih bagi satu unit pembungkusan
ialah diantara 5 kg - 10 kg. Mempunyai label seperti nama dan alamat pembungkus,
perkataan 'Pitaya' dan juga varieti, negara asal, gred, kelas saiz dan bilangan buah.
Untuk pasaran tempatan, buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred dan juga di
dalam bakul plastik. Untuk pasaran jauh buah perlu dibalut dengan 'styrofoam' lembut dan
disusun di dalam kota beralas dengan carikan kertas. Buah disusun dalam keadaan berbaring
dan carikan kertas juga diletak antara buah-buah supaya ia tidak rosak semasa pengangkutan.
Bilangan

buah

sekotak

ialah

antara

12-14

biji

dengan

berat

kg

sekotak.

Simpanan Sementara
Bertujuan menurunkan suhu buah ke tahap paling rendah untuk membuang haba ladang (field
heat) dengan cepat supaya jangka hayat buah menjadi lebih lama. Elakkan perubahan suhu
yang mendadak kerana ini akan mempercepatkan proses buah rosak. Suhu simpanan yang
sesuai ialah 6-7oC dengan kadar kelembapan relatif 90-95% dimana kualiti buah dapat
dikekalkan sehinggga 3 minggu. Penyimpanan pada suhu yang lebih rendah (<5 oC) boleh
menyebabkan berlakunya kecederaan sejuk.

Pengangkutan dan Pengedaran


Digalakkan menggunakan bakul plastik atau kotak untuk memudahkan pengendalian.
Kurangkan tempoh pengangkutan dan pemunggakan. Gunakan pelet untuk mengurangkan

pengendalian. Gunakan lori sejuk atau lori yang bertutup kanvas yang mempunyai cukup
pengudaraan dan digalakkan untuk mengangkut pada waktu cuaca sejuk. Kebanyakan
pengusaha

menggunakan

kenderaan

pacuan

roda

atau

lori

kecil.

Menggred Buah
Buah mata naga digred mengikut berat buah:Gred A - berat lebih dari 450 gm
Gred B - berat antara 300-400 gm
Gred C - berat kurang dari 300 gm
Strategi Perniagaan
Penjualan buah naga ini tidak mempunyai saingan yang banyak kerana tidak ramai orang
yang menjalankan usahawan seperti ini. Ini kerana cara penjagaan penanaman buah naga agak
cerewet dan bermasalah. Oleh itu, usahawan buah naga hanya perlu menjaga kesihatan dan
serangan-serangan yang boleh menyebabkan penghasilannya berkurangan. Penjagaan yang
rapi akan menghasilkan buah yang baik dan berkualiti maka pendapatan juga akan lumayan.
Perihalan mengenai Produk
Kualiti keluaran hasilan buah naga adalah sangat penting dan ini kerana buah ini
mengandungi zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protin, lemak, gentian,
karotin, kalsium, fosferus, besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, thiamine,
riboflavin, niacin dan abu.
Strategi Pemasaran

Buah naga ini sangat popular kerana mengandungi zat makanan yang terdapat dalam buah
pitaya air, protin, lemak, gentian, karotin, kalsium, fosferus, besi, vitamin B1, vitamin B2,
vitamin B3, vitamin C, thiamine, riboflavin, niacin dan abu. Disebabkan itulah maka ramai
orang yang suka makan buah naga. Buah naga juga sesuai dimakan untuk orang-orang yang

mempunyai sembelit. Ini kerana buah naga dapat membantu kelancaran pembuangan air
besar.
Ditambah pula dengan keranuman buahnya yang menarik selera.
Analisis Pesaing

Tidak dinafikan setiap perniagaan tentu ada persaingan dan dari segi ini jugalah seorang
usahawan tahu apa yang perlu dilakukan terutama dari segi penjagaan kualiti buah naga dan
juga pengeluarannya. Usahawan hanya perlu menjaga produknya dan sentiasa membuat
pemantauan agar buah-buahan yang diniagakan dalam keadaan segar.
Maklumat Pemilik, Pengurus dan Pekerja
Pemilik adalah seorang usahawan yang mempunyai tanah sendiri dan para pekerja yang
mempunyai permit kerja yang sah. Pengurus perlu sentiasa membuat pemantauan dari masa
ke semasa apabila berada dalam pasar raya dan juga dalam kalangan peniaga-peniaga kecilkecilan.
Rancangan Operasi dan Pengeluaran
Bahagian operasi hendaklah menerangkan proses menghasilkan produk yang hendak
ditawarkan kepada pasaran sasaran. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana dan
apakah yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran. Pada amnya rancangan
pengeluaran bolehlah dipecahkan kepada tiga peringkat:
a. Bahan mentah Senaraikan jenis bahan mentah yang diperlukan, proses
perolehan dan pembekal, dan juga kos yang terlibat.
b. Proses pengeluaran Terangkan bagaimana bahan mentah itu akan diproses,
mesin dan tenaga pekerja yang diperlukan, aliran tugas dan pergerakan bahan
mentah dalam proses pengeluaran.
c. Barangsiap Terangkan bagaimana produk yang telah siap itu akan diuruskan
supaya selaras dengan pelan tindakan pemasaran.
Dasar pengurusan kualiti, logistik, kawalan inventori, kos pengeluaran, teknologi
pemprosesan dan pengurusan kakitangan yang terlibat hendaklah disediakan.
Rancangan Kewangan

Modal

Belian

RM 30000

Baja-RM5000
Benih-RM10000
Racun-RM2000

Jualan

Tuaian 1-RM 20000


Tuaian 2-RM 20000

Jumlah: RM17000
Jumlah:RM40000
Baki Modal: RM13000
Keuntungan : RM40000
Keseluruhan : RM53000

Penanaman Semula
Baja RM50000
Racun- RM2000
Jumlah: RM7000

Tuaian 3 - RM25000
Tuaian 4 - RM 20000
Keuntungan:RM45000

Kesimpulan
Rancangan perniagaan boleh diumpamakan sebagai peta perjalanan untuk kesuluruhan
organisasi untuk jangkamasa tertentu. Rancangan perniagaan merangkumi rancangan
pemasaran, rancangan operasi dan pengeluran, rancangan sumber tenaga manusia, rancangan
kewangan, dan rancangan penyelidikan dan pembangunan. Rancangan perniagaan disediakan
untuk kegunaan orang dalaman dan juga orang luar . Rancangan perniagaan untuk kegunaan
orang dalaman bertujuan menerangkan langkah-langkah pengembangan firma untuk masa
depan. Sementara itu rancangan perniagaan untuk bacaan orang luar bertujuan menarik minat
pelabur atau meyakinkan institusi bank dan kewangan untuk mendapat pinjaman. Jadi
kandungan rancangan perniagaan hendaklah disesuaikan dengan kehendak mereka yang akan
membacanya dan juga jenis perniagaan. Bagi perniagaan kecil, rancangan perniagaan dan
rancangan pemasaran itu adalah dokumen yang sama. Tetapi bagi firma perniagaan yang
bersaiz besar dan perniagaannya merentasi berbagai jenis produk dan pasaran, rancangan
perniagaannya tentulah lebih luas skopnya

Bibliografi

Creswell, J.W. (2005). Educational research Planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research. (3rd ed.). New Jersey: PEARSON Merrill
Prentice Hall.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi - MECD lahir 20,000 usahawan baru
pelbagai bidang. (2008, 1 Januari). Berita Harian, ms. 26.
Longenecker, J. G., Moore, C.W., Petty, J.W. & Palich, L.E. (2006). Small business
management: An entrepreneurial emphasis (13th ed.). Mason, OH: Thompson SouthWestern.
Madura, J. (2007). Introduction to business. (4th ed.). Mason, OH: Thompson South-Western.
Miles, M.B. & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis (2nd Edition). Thousand
Oaks: SAGE Publications.
Strauss, A. & Corbin, J. (1998). Basics of qualitative research Techniques and procedures
for developing grounded theory (2nd ed). Thousand Oaks: SAGE.
Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing individual level
enterprising competencies. Kertas kerja yang dibentangkan di 17th Global
Conference Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 11 July,
2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of Technology.
Gdansk: Poland.

You might also like