KK Semantik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

[SEMANTIK] March 22, 2014

1.0 Pengenalan Semantik


1.1. Definisi Semantik

Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada


kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang
membawa makna penting atau bererti
Daripada segi etimologi: kata semantik berasal
daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan
lambang.

kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang


makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
perkataan

Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik


ialah Kajian tentang makna lingustik untuk morfem,
perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia
(OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)
DEFINISI
Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz,

SEMANTIK

kajian linguistik yang menganalisa makna baik


pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau
wacana dan hubungannya dengan idea, konsep
dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud,
idea

atau

konsep

yang

boleh

dipindahkan

daripada fikiran oenutur mengujarkan kata dan


mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan
daripada pendengar.

Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu


II: kajian tentang makna yang diaplikasikan pada
aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya,
khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu
bentuk lojiknya.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014

Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos
yang membawa makna penting atau bererti.

Semantik pula, secara ringkas, dapat

dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam
bahasa.
Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti
tanda dan lambang. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang
menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa
serta ertinya.
Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya
semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif).
Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu perkataan.
Menurut Radiah Yussoff, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah Kajian tentang makna
lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200,
224, Fromin et al 2003.173).
Dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 semantik dapat ditakrifkan sebagai
kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai
kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.
Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semanti ialah kajian linguistik yang
menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan
hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau
konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran Penutur mengujarkan kata dan mendapat
gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.
Sperber dan Wilson (1980), Buku Bahasa Melayu II mendefinisikan semantik ialah kajian
tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya,
khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk lojiknya.
Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian
daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan
makna dalam sesuatu bahasa.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


1.2 Fitur makna
FITUR MAKNA

LEWAH
DALAM
MAKNA

SIFAT
MAKNA
KELAS
MAKNA
Makna
emotif

Makna
piktorial

Makna
denotasi

Makna
kognitif
Makna
konotasi

Makna
referensial

. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masingmasing mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya.

Makna

perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih dan
ditentukan lebih dahulu suapaya jangan ada yang sama dengan fitur lain. Walaupun ada
dalam kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita menentukan makna semua fitur
yang perlu bagi menentukan makna sesuatu perkataan itu.
Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda tersebut
mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud
fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda
bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya kita mempunyai
fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa,
dan bagi benda seperti batu kita berikan fitur bernyawa. Oleh yang denikian, kita tentukan
semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan.
1.2.1. Sifat makna

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


Sifat makna ialah makna bersifat dinamis dan evolusi.Dinamis iaitu boleh berubah-ubah
danEvolusi boleh berkembang .Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna.
Pertama Ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan
tersebut adalah tidak bermakna. Kedua budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan
bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur
secara betul melalui konteks budaya. Ketiga makna juga ditentukan bergantung kepada
situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Keempat
makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa
makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa faktor perubahan sifat
makna

seperti perkembangan bahasa itu sendiri,.tanggapan penutur ,perluasan makna

,pembatasan/penyempitan makna dan tujuan simbolik dan stilistik


1.2.2. Kelas Makna
Kelas makna terbahagi kepada beberapa iaitu:
1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya
anggota badan)
2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)
3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa
yang didengar (cth;hei,lembu!)
4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen
(pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi)
5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara
6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan
pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing.
1.2.3 Lewah dalam makna
Lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata.
contohnya seperti :

mereka semua ,kasut boot , papa kedana, demi untuk. Terdapat

beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna:


a. pengulangan - contoh mereka-mereka, ibu bapa ibu bapa,
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


b. Penambahan imbuhan yang tidak diperlukan contohnya-memperbesarkan, sepatutnya
memperbesar ,dipersetujui, sepatutnya disetujui dan diperhalusi, sepatutnya dihalusi .
c.kata sendi yang berturut-turut contoh demi untuk dan selain daripada itu
1.3 Makna Leksikal

ANTONIM
SINONIM

MAKNA
LEKSIKAL

HIPONIM

POLISEM

HIMONIM

Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan
subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau
dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya , perkataan
dapat digunakan untuk memberikan makna kepada sesuatu benda atau sesuatu perkara.
Kata juga menggambarkan sesuatu konsep yang bergantung pada pemilihan kata dan
semantik lesikal yang digunaka
Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna
perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat.

Kamus menjadi

pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut.


2.3.1.Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang
sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti ,
misalnya perkataan kereta dan motokar, sejuk dan dingin, suka dan gemar, ganggu
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


dan kacau, lupus dan luput, loncat dan lompat dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu,
terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling
kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis Tolong
jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini. Di perpustakaan pula,
terdapat kata-kata yang berbunyi Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual.
Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun
tidak terdapatperkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama
secara tepat.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman,

konteks, laras sosial, dan kolokasi.


1.3.2. Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang
tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya
sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya
rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan
mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi
tidak kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya
perkataan lena lawannya tidak lena ataupun mati bermaksud tidak hidup. . Terdapat
beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan
darjah (c)

Antonim hubungan bertentangan

2.1.2.1

Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling


melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, dudukbangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.
1.3.3 Hiponim
Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara

umumnya,

hiponim

merupakan

kata

umum

yang

mempunyai

hubungan

kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum
yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
1.3.4. Homonim
Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih
yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.
Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


disebutka

tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan

kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepada kereta api.
kepada manusia dan kepala surat. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat
boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini
kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi
makna.
1.3.5 Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada
secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa
yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai
contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara. Ada masanya
perkataan tentang boleh membawa maksud lawan, seperti dalam ayat Kita tentang habishabisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh.
Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan
perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan bisa bervariasi
maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
1.4 Makna Ayat

Makna Terselindung

Makna tekanan

Makna
Makna gaya

Tersurat

(DENOTATIF)
Makna ayat
Makna afektif

Makna sempit

Makna emotif
Makna luas

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca
sesuatu yang ditulis.
Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan
satu makna. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah
disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergantung pada makna perkataan yang
terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada
juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan
tanpa membawa apa-apa makna.
Dalam kita berbahasa, adakalanya kita tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan
kerana kita menganggap pendengar atau penulis dapat memahami makna yang kita
sampaikan. Begitu juga dalam bahasa Melayu, sering kali apa yang kita ucapkan atau
tuliskan tidak serupa dengan apa yang kita maksudkan.
Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut.
1.4.1.Makna Konotatif ( Tersirat)
Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau
makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat melayu kerana timbulnya
keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain.
Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif
( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti
mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita
mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai
rasa yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai
nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.
Selain daripada itu makna konotatif ( tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa.
Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna
walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan.. Misalnya buah tangan, naik angin,
kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi.
Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan katakata terkadang didalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara
kiasan.
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak
spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan
muzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti
produk yang diilustrasikan.
Kedua ialah makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan
pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan
berpengalaman

menjadikannya

berbeza

pendapat

apabila

melihat

sesuatu

atau

memberikan pendapat.
Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat keterbukaan.Penggunaan kata-kata
halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas
oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan
minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja
(makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas
perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan
tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus
Dewan,2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.
1.4.2.Makna Tersurat (DENOTATIF)
Makna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna
yang diujaran sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Makna denotatif
lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut
penglihatan, pendengaran, perasaan atau pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004).
Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif,
maka ia juga disebut makna sebenar , makna asal , makna mutlak atau makna dasar.
Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana
sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Jesteru itu binaan ayat atau ujaran
seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan
contoh-contoh berikut;
(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.
(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.
(3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik
(4) Pekerja-pekerja akan mulakan kerja mereka bila hujan berhenti.
(5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

[SEMANTIK] March 22, 2014


(6) Ayah menghadaihkan saya jam tangan.
Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam
ayat-ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan
semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di mana ianya tidak diperlukan.
Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada
bapa Ali atau kedua-dua ibu dan bapanya yang meninggal dunia. Sementara itu dalam ayat
(3) , perkataan merasa membawa makna mengalami sesuatu menggunakan indera dan
bukannya mengalami sesuatu dengan hati.Perkataan berdukun pada ayat (5) maknanya
agak kabur kerana berdukun boleh membawa dua makna, iaitu orang yang berubat atau
orang yang mengubati orang lain. Ayat (6) perlu diperbetulkan menjadi Ayah
menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah
jam tangan, kerana dalam ayat ini yang dihadiahkan bukanlah jam tetapi saya.Selain itu
kata penjodoh bilangan merupakan salah satu keistimewaan bahasa Melayu namun jika
penggunaannya tiodak tepat ia dapat menimbulkan kekeliruan makna. Perhatikan contoh
yang berikut:(7).Saya mahu pergi ke pasar membeli dua ekor kambing.
Ayat (7) mengandungi dua makna. Makna yang pertama bermakna bahawa saya memhu
membeli kambing dua ekor dan yang kedua bermakna bahawa saya mahu membeli ekor
kambing dua. Perhatikan pula contoh yang berikut:1.4.3.Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung sesuatu ayat kerana perkataannya tidak
dihadirkan. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi dapat dikesan oleh pendengar
(1) Siti di rumah Mak Cik Bibah.
Dalam ayat (1) tidak dihadirkan kata kerja, namun si penerima ( pendengar atau pembaca)
memahami bahawa siti ada ( berada) di rumah Mak Cik Bibah. Kata sendi nama ke memberi
maklumat makna terselindung pergi manakala kata sendi nama di memberi maklumat
makna terselindung ada atau berada.
Berdasarkan huraian dan contoh, ini membuktikan bahawa dalam bahasa Melayu kata sendi
memiliki tugas yang penting dalam binaan ayat

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

10

[SEMANTIK] March 22, 2014


1.4.4. Makna afektif
Makna ini muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan
kata.Penggunaan perkataan teratak,pondok , rumah yang tidak sepertinya dalam makna
afektif orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.
1.4.5. Makna emotif
Makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya.Perkataan meninggal dunia,
mangkat, wafat, mampus ,kojol bermaksud makna emotif. Kesemua contoh kata tersebut
mendukung maksud mati
1.4.6. Makna Luas
Makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan menunjukkan lebih luas daripada maknas
sebenar.Contoh, sekolah menggambarkan institusi pengajian tempat mempelajari pelbagai
bidang ilmu.Makna luas sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti guru besar, guru,bilik
darjah dan murid.
1.4.7.Makna sempit
Makna yang terkangdung dalam perkataan tersebut semata-mata.Contoh, jari budak itu
berdarah terkena pisau.Hanya anggota jari sahaja yang kena dan bukan pada keseluruhan
anggota.
1.4.8.Makna gaya
Perkataan khas yag selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya.Contoh
, gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali ,misalnya beliau gemar menggunakan
dialek kedah dalam penulisannya.
1.4.9.Makna Tekanan
Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran.Perkataan itu mewakili makna utama
dalam keseluruhan ujaran tersebut.Contoh, Amira melahirkan bayi perempuan. Amirah
melahirkan bayi perempuan.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

11

[SEMANTIK] March 22, 2014


2.0 ULASAN DAN ANALISIS TEKS CERPEN
Bahagian ini memerlukan saya untuk mengkaji secara kritikal mengenai kata singkatan,
antonim dan akronim di dalam cerpen atau teks yang telah saya kaji.Sebelum itu saya akan
menerangkan definisi definisi bagi kata singkatan, antonim dan akronim.
Kata singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan.. Menurut Mansoer
Pateda (1995:168) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur mewujudkan satu
bentuk kata. Proses singkatan tidak melibatkan gabungan.
Kata singkatan sebenarnya melibatkan pembuangan huruf yang terdapat dalam beberapa
perkataan. Singkatan terbahagi kepada beberapa jenis yang melibatkan pembuangan huruf
antaranya adalah singkatan perkataan yang melibatkan enam perkataan seperti bilangan
disingkatkan menjadi bil, dan perkataan yang tidak boleh disingkatkan sehingga satu huruf
dan telah utuh dalam penggunaannya seperti perkataan halaman disingkatkan menjadi h.
Walau bagaimanapun, kata singkatan ini sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kata
singkatan kerana kata-kata yang telah disingkatkan ini lebih kepada bentuk tulisan. Katakata ini ditulis dalam penulisan novel, majalah, komik dan sebagainya untuk menjimatkan
ruang dan masa..
Di dalam cerpen ini, kata singkatan yang digunakan melibatkan menggugurkan vokal atau
konsonan atau suku kata yang disingkatkan.Di Antara perkataan yang disingkatkan yang
digunakan di dalam cerpen ini adalah seperti ini menjadi ni, itu menjadi tu, dekat menjadi
kat, tahu menjadi tau dan sudah menjadi dah. Penggunaan singkatan ni dan tu paling
banyak digunakan di dalam teks. Ini mengambarkan bahawa penulis ingin menyatakan
mengenai watak dalam cerpen menginginkan sesuatu.Sebagai contoh .Hoi! Apa lagi tu?
Tercongok macam tunggul kayu mati, Along tak nak beli ke bunga ke? Belilah
sejambak.Ayat ini jelas membuktikan penulis ingin menekankan penggunaan kata
singkatan yang kerap digunakan di dalam teksnya memberi makna yang begitu besar.
Seterusnya di dalam teks atau cerpen ini, penggunaan kata singkatan representasi
perasaan atau perbuatan juga digunakan. Misalnya singkatan seperti Hoi,Amboi,Eh, dan
Aik. Melalui kata singkatan reprepsentasi bunyi yang disenaraikan jelaskan bahawa penulis
mengaitkan pelbagai emosi dalam cerpen beliau.Kata singkatan Hoi mengambarkan
perasaan marah contohnya di dalam ayat ini . Hoi, kalau nak cepat pun, beradablah
sikit. Manakala singkatan Amboi; mengambarkan perasaan kagum disebabkan sesuatu
perkara. Ini dapat dlihat melalui ayat ini Amboi! Gembira nampak. Kena nombor loteri
ke?. Selain tu juga penggunaan singkatan Eh dan Aik mengambarkan perasaan terkejut,
seperti di dalam ayat Eh, May, marilah sini. Suraya menarik tangan Maisarah. dan
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

12

[SEMANTIK] March 22, 2014


jugaAik, tak guna punya adik, sindir Along ye Izlan membaling bantal ke arah
Maisarah. Jelas di sini pengguaan kata singkatan representasi bunyi ini amat membantu
penulis menguatkan lagi cerpennya. Sekiranya tiada penggunaan kata singkatan jenis ini
sudah tentu teks cerpen yang dihasilkan begitu hambar dan lemah kerana tidak
menekankan perasaan pembaca.
Seterusnya di dalam cerpen ini , penggunaan antonim ada digunakan. Di dalam teks
yang saya kaji penggunaan antonim sebagai mengayakan bahasa di dalam cerpen agar
cerpen yang dihasilkan lebih menarik. Kata antonim selalunya difahamkan sebagai merujuk
kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Kamus Dewan
Edisi Keempat (2007: 69) memberi maksud antonim ialah kata yang berlawanan maknanya
dengan kata lain, misalnya tinggi lawan rendah. Perkataan antonim berasal daripada
perkataan Yunani kuno, iaitu anoma yang bererti nama dan anti yang bererti
melawan (Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2004 dlm. BML3083). Oleh itu, antonim
bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada
perkataan lain.
Di dalam teks yang saya kaji, terdapat beberapa perkataan antonim yang digayakan di
dalam cerpen ini.Terdapat antonim berpasangan di dalam teks ini seperti ayat berikut Hoi,
kalau nak cepat pun, beradablah sikit. Ingat jalan ni bapa engkau punya ke? Lagak
macam jantan. Tak sedar diri tu perempuan?
Antonim jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa. Antonim
berpasangan ini juga disebut sebagai komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa
item-item leksikal ini saling melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu, apabila ia
dilihat secara teliti, ia lebih dianggap sebagai pasangan. Item-item yang kita lihat dalam teks
ini adalah seperti pasangan lelaki lawannya perempuan. Seterusnya penggunaan antonim
di dalam ayat di dalam cerpen yang saya kaji ialah Akhirnya, gadis itu jadi miliknya
walaupun hampir kehilangannya. Terima kasih, Tuhan.Antonim yang dapat kita lihat di
dalam ayat ini ialah miliknya lawannya kehilangannya, ia merupakan pasangan antonim
yang menggunakan kata sifat.
Selain itu juga penulis menggunakan antonim berperingkat. Antonim jenis ini juga
dipanggil sebagai antonim tafsiran (Redible Antonimy). Antonim berperingkat sering
dikaitkan dengan kata adjektif. Ini dapat dilihat di dalam ayat berikut. Maisarah terus
mengayuh basikalnya dengan selaju-lajunya, walaupun dia merasakan seolah-olah
basikalnya bergerak perlahan. Di sini dapat diperhatikan antonim berperingkat digunakan
seperti perkataan selaju-lajunya lawannya perlahan..

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

13

[SEMANTIK] March 22, 2014


Di samping itu juga antonim berhubung yang mempunyai berlainan makna seperti ayat
Maisarah semakin resah ,tetapi cuba menenangkan perasaannya.Perkataan

resah

lawannya tenang meggambarkan perasaan yang digambarkan oleh penulis yang


menunjukkan gambaran bertentangan.Begitu juga di dalam ayat ini .Oh, nak pergi jumpa
Kak Long. Patutlah wangi mengalahkan bau belacan,busuk!, usik Maisarah.Antonim
di dalam ayat ini ialah wangi lawannya busuk.Penulis cuba mengambarkan bau wangi pada
watak dalam cerpen

dan busuk yang digunakan sebagai satu gurauan yang

mengambarkan kemesraan watak dalam cerpen.


Seterusnya adalah analisa penggunaan akronim di dalam cerpen.Jika dilihat di dalam
cerpen terdapat beberapa penggunaan akronim yang digunakan oleh penulis.Akronim ialah
kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta
dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke
dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam
sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah
perkataan. Pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang
lain.
Di dalam cerpen yang saya kaji terdapat Kata akronim dibentuk melalui percantuman huruf
awal beberapa perkataan kebanyakkannya terdiri daripada nama-nama khas tertentu.
Perkataan seperti Universiti Putra Malaysia diakronimkan menjadi UPM. UPM merupakan
nama khas yang mengambarkan pusat pengajian tinggi. Selain itu Sijil Pelajaran Malaysia
diakronimkan menjadi SPM.Penulisan singkatan akronim ini dapat menjimatkan masa dan
singkatan akronim ini telah diterima secara formal di dalam Buku Tatabahasa Dewan.Kata
akronim ini banyak digunakan secara meluas di dalam media cetak danelektronik.
Di dalam cerpen yang saya kaji juga terdapat Kata akronim cantuman huruf dan suku
kata perkataan sesedap sebutan. Ini dapat di lihat pada perkataan MARA dan
PROTON. MARA merupakan singkat kepada Majlis Amanah Rakyat manakala
PROTON bermaksud Perusahaan Otomobil Nasional. Kata akronim jenis ini terhasil
daripada cantuman huruf dan suku kata jumlah perkataan berdasarkan sebutan sedap
tanpa urutan tertentu. Di dalam di dalam teks ini juga terdapat kata akronim cerpen yang
bermaksud cereta pendek. Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata
awal sejumlah perkataan.Jesteru itu jelaslah terdapat beberapa penggunaan akronim di
dalam cerpen yang dikaji di mana penulis ingin menggambarkan tentang tempat,jenis
kenderaan yang digunakan dan sebagainya.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

14

[SEMANTIK] March 22, 2014


Kesimpulannya, pada keselurhan teks cerpen ini , penulis banyak menggunakan kata
singkatan , menggunakan akronim dan antonim dalam penghasilan cerpen. Penggunaan
kata singkatan banyak digunakan kerana penggunaan dialog di dalam cerpen. Penulis dapat
menulis dan membawa pembaca menghayati cereta yang ditulis dengan adanya singkatan
representasi

yang

mengambarkan

perasaan

dan

emosi.Apabila

penulis

banyak

menggunakan kata singkatan , sebenarnya penulis dapat menerapkan unsur santai dalam
teks bacaan cerpen. Penggunaan antonim di dalam cerpen dapat menjadikan cerpen begitu
menarik dengan gaya bahasa yang tidak membosankan pembaca. Penulis juga
menggunakan akronim untuk mengambarkan tempat dan jenis kenderaan yang digunakan
di dalam teks cerpen.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

15

[SEMANTIK] March 22, 2014

3.0 PERLAMBANGAN DALAM SIMPULAN BAHASA.


Masyarakat Melayu Tradisional suatu ketika dahulu amat mementingkan penggunaan
peribahasa dalam percakapan seharian. Hal ini demikian kerana pada mereka peribahasa
merupakan bahasa yang halus serta indah digunakan. Selain itu, peribahasa juga
melambangkan yang bahasa Melayu adalah bahasa yang sarat dengan kata kiasan tetapi
pada

masa

yang

sama

peribahasa

turut

menitikberatkan

kesantunannya

ketika

dituturkan.Salah satu fungsi penggunaan peribahasa adalah menyindir atau menegur


tingkahlaku seseorang tanpa menyinggung perasaan orang yang ditegur itu. Inilah
kesopanan masyarakat Melayu tradisional dalam berbahasa. Antara peribahasa yang
digunakan untuk menyindir atau menegur seseorang dengan cara yang halus.ialah simpulan
bahasa.
Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa
merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa
terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya.Di
dalam tugasan ini saya akan menkajitentang penggunaan perlambangan di dalam simpulan
Bahasa.Terdapat beberapa simpulan Bahasa yang saya akan kupaskan satu persatu.
Bunga Dedap membawa maksud perempuan cantik yang mempunyai perangai yang
buruk. Kata "bunga" bukan sahaja mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri.. Bunga
dianggap sesuatu yang cantik dan indah terutamanya sewaktu sedang berkembang mekar.
Dari segi konteks masyarakat Melayu, bunga sangat berkait rapat dalam kehidupan
mereka.. Sifat fizikal bunga yang cantik, berbau harum dan berkembang mekar dikaitkan
dengan keadaan fizikal wanita yang cantik, bersopan santun dan lemah lembut
kelakuannya..Dedap pula merupakan sejenis pokok.

Pokok Dedap adalah sejenis

tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia .Pokok Dedap merupakan sejenis pokok
beracun.Simpulan Bahasa bunga dedap ini adalah diberikan secara sinis bagi perempuan
cantik yang tidak mempunyai adab yang baik.
Kambing keramat membawa maksud orang yang ditakuti dan bebas membuat
sekehendak hatinya Pada pandangan masyarakat Melayu, kambing dikatakan dan
disimbolkan sebagai orang yang ditakuti. Selain itu, kambing juga dijadikan simbol kepada
orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak
senonoh, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah
kerana sifat kambing itu sendiri. Simpulan Bahasa yang menunjukkan perlambangan sifat
atau keadaan.
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

16

[SEMANTIK] March 22, 2014


Simpulan bahasa menggunakan perkataan ayam, antaranya cakar ayam, kaki ayam,
ajak-ajak ayam, tidur ayam dan sebagainya. Meskipun ayam merupakan haiwan yang amat
rapat dengan masyarakat Melayu, namun mereka tidak meletakkan haiwan tersebut sebagai
haiwan yang yang melambangkan sifat rajin atau tabah mencari rezeki.Contohnya kaki
ayam yang bermaksud tidak memakai alas kaki. Ini mengambarkan sifat ayam itu sendiri
yang berjalan ke sana sini dengan kaki yang kotor dan tanpa sebarang alas.Simpulan
Bahasa ni menunjukkan perlambangan dalam bentuk sifat atau keadaan.
Simpulan bahasa sekangkang kera dalam masyarakat Melayu adakalanya
digunakan untuk maksud jarak yang tidak jauh bagi sesuatu tempat. Simpulan Bahasa ini
mengambarkan tentang ukuran jarak atau luas sesuatu tempat. Bagi mengambarkan
keluasan yang kecil perlambangan sekangkang kera digunakan bagi mengambarkan
keluasan tanah atau kebun yang merka miliki.Keluasan tanah atau kebun yang dimiiki
digambarkan hanya sebesar kangkang kera bagi menunjukkan betapa kecilnya keluasan
tanah tersebut.Simpulan Bahasa ini menunjukkan perlambangan ukuran.
Penggunaan simpulan bahasa reban ayam pula merujuk kepada bentuk rumah
yang dibina oleh seseorang yang bukan tukang rumah. Hasil kerja daripada seseorang yang
tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang itu tentunya mempunyai kelemahan atau
kekurangan dalam pelbagai aspek. Dengan ini mereka menggunakan reban ayam sebagai
lambang untuk menggambarkan ketidaksempurnaan hasil binaan rumah tersebut.
Penggunaan simpulan bahasa ini hampir sama dengan analogi yang digunakan dalam
masyarakat Melayu bagi menggambarkan keadaan rumah yang kecil, buruk dan tidak
sempurna

dari

pandangan

mata

iaitu

teratak

usang,

dangau

usang

dan

sebagainya.simpulan Bahasa ini menyentuh tentang perlambangan bentuk.


Simpulan-simpulan bahasa yang merujuk kepada keadaan seseorang pula ialah
nyawa-nyawa ikan yang membawa maksud hampir-hampir mati ,kebanyakan masyarakat
Melayu pula tinggal di kawasan kampung-kampung berhampiran sungai, paya atau sawah
padi yang menjadikan mereka lebih biasa dengan ikan sebagai hasil tangkapan .Jadi ikan
dijadikan perlambangan bagi mengambarkan keadaan. Nyawa-nyawa ikan digambarkan
keadaan seseorang yang hampir mati,
Simpulan bahasa suara katak yang menunjukkan perlambangan bagi maksud pancaindera
dengar ialah suara katak yang membawa maksud seseorang yang mempunyai suara yang
tidak sedap atau sumbang untuk didengar. Simpulan bahasa ini mereka gunakan untuk
menyatakan perihal suara seseorang yang tidak merdu atau sumbang semasa menyanyi ini
bersesuaian dengan bunyi katak berbunyi yang tidak enak didengar terutamanya pada
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

17

[SEMANTIK] March 22, 2014


waktu hari hujan. Bunyi katak yang begitu nyaring menganggu ketenteraman keadaan di
sesuatu tempat.
Simpulan Bahasa yang melambangkan ikatan kasih sayang yang mendalam di dalam
keluarga. Simpulan Bahasa Anak emas mengambarkan orang atau anak yang
disayangi.jika di dalam keluarga atau disayangi oleh majikan.Anak emas merupakan anak
yang

paling

disayangi

oleh

ibu

atau

bapa.Juga

pekerja

yang

disayangi

oleh

majikan.Penggunaan emas di dalam simpulan Bahasa ini bagi menggambarkan benda yang
berharga. Bersesuaian dengan sifat emas yang begitu bernilai. Jadi sesuatu yag bernilai
amat disayangi terutamanya emas. Jadi ungkapan anak emas digunakan bagi
mengambarkan betapa perasaan sayang yang begitu tinggi terhadap seseorang anak itu
dan ia akan dijaga dengan begitu baik.
Simpulan bahasa telinga kuali, tidak bermaksud menggambarkan telinga yang
dimiliki oleh kuali. Orang yang dikatakan mempunyai atau bertelinga kuali adalah merujuk
kepada sifat seseorang yang tahan hati walaupun dimarahi dan dimaki hamun oleh orang
lain. Orang seperti ini dianggap tahan kepada segala cemuhan dan kejian orang di
sekelilingnya.Bersesuaian dengan sifat kuali itu yang tahan panas atau tahan lasak.Jadi
perlambangan kuali itu digunakan bagi menunjukkan sifat ketahanannya terhadap keadaan
sekitar.
Simpulan terakhir ialah tangkai jering yang membawa maksud seseorang yang
kedekut. Di sini perlambangan buah jering itu digunakan kerana buah jering itu sifatnya yang
mempunyai tangkai yang sukar diputuskan daripada pokok. Keadaan yang liat itu dikaitkan
dengan orang yang kedekut. Perlambangan itu dkaitkan dengan sikap seseorang yang
dikaitkan denga sikap yang kedekut.
4.0 RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang
mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang
mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai
makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,
hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna
daripada hubungan semantik. Sebagai pengguna Bahasa Melayu, kita bukan sahaja
mengetahui morfemnya tetapi juga makna perkataan yang terbentuk. Pengetahuan kita
tentang makna membolehkan kita menggunakan kata-kata itu dalam ayat dan memahami
ayat-ayat yang kita dengar atau yang kita baca.

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

18

[SEMANTIK] March 22, 2014


5.0 REFLEKSI
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan izin Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan
lengkap dalam tempoh yang diberikan. Sebelum ini saya agak kabur berkaitan dengan
semantik. Alhamdullah selepas menyiapkan tugasan ini saya dapat mencari definisi makna
semantik dan makna-makna ayat.Di dalam tugasan ini saya perkara pertama yang saya
lakukan adalah mencari maklumat tentang definisi semantik, fitur makna, makna lesikal dan
makna ayat.Di dalam mencari maklumat mengenai definisi semantik , perbincangan dengan
rakan-rakan , mencari maklumat di perpustakaaan dan merujuk intenet melalui blog-blog
individu dan modul .Melalui pembacaan di intenet saya dapat maklumat dengan lebih jelas
dan mudah.Di dalam tugasan ini juga saya menggunakan grafik untuk menerangkan secara
ringkas berkenaan makna-makna ayat tersebut dengan lebih jelas dan mudah.Di sini juga
saya dapati Apabila kita menganalisis fitur semantik kepada perkataan- perkataan maka
teori tatabahasa generatif dapat mencakupi bidang semantk. Dengan adanya fitur-fitur
tersebut, maka makna perkataan atau ungkapan yang dihasilkan melalui tatabahasa
generatif dapat dijana.
Bagi soalan kedua saya mengkaji mengenai teks cerpen yang dipilih.Soalan kedua ini agak
mudah sebab saya menkaji tentang singkatan yang digunakan. Kebanyakkan singkatan
yang digunakan terdapat di dalam dialog.Selain itu juga saya dikehendaki mencari antonim
di dalam tes cerpen. Kebanyakan antonim susah dijumpai kerana tidak semua cerpen
terdapat antonim iaitu kata berlawan. Alhamdulliah saya dapat mencari lima perkataan
antonim di dalam cerpen tersebut. Selain itu juga terdapat perkataan akronim iaitu singkatan
dari awal perkataan seperti UPM di dalam teks, singkatan suku kata MARA dan PROTON.
Seterusnya bagi soalan ketiga saya mencari pperlambangan yang digunakan di dalam
simpulan bahasa. Mulanya amat sukar untuk saya memahami perlambangan dalam
simpulan bahasa.Setelah membuat kajian maka dengan mdah saya dapat mengungkaikan
perlambangan yang dibuat dalam masyarakat melayu, Kebanyakan perlambangan yang
digunakan dalam simpulan bahasa ini adalah terdiri daripada unsur alam. Ini kerana
masyarakat melayu membuat perlambangan itu mengikut persekitaran mereka. Contohnya
menggunaan perlambangan haiwan seperti ayam, kera, anjing dan sebagainya. Setiap apa
yang dianalisa saya lakukan dengan teliti agar tidak lari dari maksud sebenar.
Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi saya banyak input yang tidak pernah saya
ketahui selama ini.Banyak maklumat-maklumat mengenai makna ayat yang saya perolehi
daripada pencarian di dalam intenet. Ilmu yang saya perolehi amat berguna kepada saya
sebagai seorang guru.
MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

19

[SEMANTIK] March 22, 2014

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1987). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Aminuddin, Drs. (1988). Semantik: pengantar studi tentang makna. Bandung: Penerbit C. V Sinar
Baru.
Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Kridalaksanan, Harimurti. (1984). Kamus Linguistik. Ed ke 2. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.


http://www.slideshare.net/chekgeeszuan/semantik-22363039
http://pusatbahasaalazhar.wordpress.com/hakikat-hakiki-kemerdekaan/semantik/

MASNI MOHD ARIS | PPG AMBILAN JUN 2011 / SEM 6

20

You might also like