Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan soal selidik perisian sumber terbuka & perisian asal dan berlesen

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,


Hasil daripada analisis data soal selidik yang telah dijalankan, kami dapat membuat
satu laporan penuh mengenai perisian sumber terbuka dan perisian asal dan berlesen.
Berdasarkan bilangan responden mengikut jantina menunjukkan jantina perempuan
merupakan jantina majoriti yang bertindak balas terhadap soal selidik ini iaitu sebanyak 80%.
Skop kawasan responden adalah bebas iaitu samada di dalam bandar mahupun di luar bandar.
Manakala peringkat umur yang memberi respon terhadap soal selidik

ini rata-ratanya

daripada lingkungan umur 18-20 tahun, serta program pengajian yang memberi tindak balas
terhadap soal selidik ini adalah daripada program pendidikan khas iaitu sebanyak 50%.
Tambahan pula, bilangan pengguna yang memberi respon tertinggi terhadap perisian
sumber terbuka (OSS) iaitu sebanyak 65% berbanding perisian berbayar. Kebanyakkan
responden yang menjawab soalan soal selidik ini mengetahui perisian ini adalah percuma iaitu
sebanyak 81%. Selain itu sebanyak 69% pelajar yang mengetahui bahawa OSS terdapat di
dalam E-pembelajaran dan mereka menggunakannya sebagai alat untuk berinteraksi bersama
pensyarah dan rakan-rakan. Pada masa yang sama, OSS memberi saingan yang sengit kepada
perisian berbayar dan hanya segelintir responden yang menidakkannya.
Berdasarkan analisis soal selidik kebanyakkan responden yang menjawab soalan ini
mengetahui tentang perisian asal dan berlesen adalah sebanyak 69%. Manakala majoriti
responden yang menggunakan perisian asal dan berlesen adalah di makmal komputer sekolah
iaitu sebanyak 38%. Selain itu, sebanyak 81% responden menjawab mereka mengetahui
tentang perisian asal dan berlesen ini daripada google. Di samping itu, responden yang
menjawab soal selidik ini lebih mengemari menggunakan perisian google iaitu sebanyak 77%.
Seterusnya, responden ditujukan soalan kenapa mereka harus menggunakan perisian
asal dan berlesen dan mereka menyatakan mereka menggunakan perisian asal dan berlesen
disebabkan perisian ini berkualiti iaitu dengan peratusan sebanyak 50%. Secara
keseluruhannya responden di minta untuk menyatakan penilaian mereka mengenai soal
selidik dan majoriti daripada responden mengatakan mereka berpuas hati terhadap soal selidik
ini iaitu sebanyak 65%.

You might also like