Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Info Nanas

Di Portugal pada masa dahulu, harga nanas adalah terlalu mahal dan hanya boleh
dinikmati oleh orang-orang bangsawan sahaja dan kerana itulah ia dikenali sebagai
Buah Di-Raja.
Ilustrasi nanas yang pertama dicetak adalah pada tahun 1535 oleh Fater Oveido di
dalam Universal of India. Beliau pertama kali melihat pokok nanas semasa
lawatannya ke Amerika pada tahun 1513 dan tertarik dengan keunikan buah nanas
lalu melakarnya.
Di Eropah pada suatu ketika dahulu, nanas adalah dianggap buah tropika yang unggul
dan merupakan simbol kepada semangat kekeluargaan, kasih sayang dan ucapan
selamat datang kepada tetamu.
Nanas kaleng (nanas dalam tin) mula diperkenalkan pada tahun 1901. Pada tahun
1911 seorang jurutera yang bernama Henry Ginaca telah mencipta mesin yang boleh
mengupas kulit dan empulur 100 biji nanas dalam masa satu minit. Sehingga kini,
Mesin Ginaca masih lagi digunakan dengan meluasnya.
Hutan Simpan Bukit Nanas mengambil nama sempena penanaman nanas ini yang
terletak di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan diwartakan sebagai
Hutan Simpanan Kekal pada 1906 dengan keluasan lebih kurang 17.50 hektar.
Menurut catatan sejarah, nama Bukit Nanas wujud selepas kawasan bukit itu ditanam
dengan tanaman nanas untuk dijadikan benteng pertahanan oleh Raja Asal.
Nanas juga tumbuhan asli kepada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Perkataan asalya,
ananas berasal daripada perkataan orang Tupi, iaitu kaum asal dari negara Brazil,
yang bermaksud buah yang sangat baik. Di serata dunia, terdapat pelbagai nama
tempatan untuk buah nanas seperti Pineapple bagi orang Inggeris kerana bentuknya
seperti pokok pain, Pina bagi orang Sepanyol, Na-na bagi orang asli Amerika yang
bermaksud harum-harum, Anana bagi orang Perancis, dan Ananaz bagi orang
Portugis.

You might also like