Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Sekolah Rendah

NAMA

: OOI KHIA SHENG

NO MATRIK

: M20141000722

KURSUS

: SARJANA PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

FAKULTI

: FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

TAJUK

: PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

NAMA
PENSYARAH : DR.NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

1.0 Pengenalan
Perkembangan era globalisasi masa kini memberi impak dalam dunia ICT. ICT
meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio,
televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Dunia pendidikan di Malaysia juga
tidak dikecualikan. Kesan ICT terhadap pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga fasa
iaitu fasa penggantian, peralihan dan perubahan (Iztkan, seperti dinyatakan dalam
Willems, Stakenborg, & Veugelers, 2000). Dalam fasa penggantian, guru akan
menggunakan ICT sebagai alat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa mengubah
kaedah pengajaran, manakala fasa peralihan melibatkan guru menggunakan ICT yang
dapat merangsang perubahan seterusnya membawa kepada kaedah pengajaran yang baru.
Fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas terhadap peranan pelajar dan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Sejak

dari

tahun

1995,

Kementerian

Pendidikan

telah

memperkenalkan

pengintegrasian komputer dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran


utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Selain itu, Mata
pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 1996 sebagai satu langkah mengaplikasikan ICT dalam pendidikan
terutamanya dalam bidang komputer (Zakaria Ahmad,2003).

Pada tahun 2003 pula dasar Kementerian Pendidikan dalam pengintegrasian Bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merancakkan lagi pengintegrasian
ICT dan komunikasi dalam dunia pendidikan di mana 5 bilion ringgit telah diperuntukkan
untuk melaksanakan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Ini
termasuk membekalkan alat ICT di sekolah seperti projector LCD dan komputer mudah
alih notebook kepada semua sekolah di seluruh Malaysia.

ICT telah menjadi satu komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam system pendidikan negara kita. ICT adalah satu pemacu atau pemangkin dalam
meluaskan peluang melakukan sesuatu yang jauh dan tidak boleh dilakukan oleh kaedah
tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran. ICT menyediakan kebolehan mencapai,
memproses, mengendalikan dan menyampaikan maklumat dengan cara yang paling
mudah. Semua guru-guru di Malaysia di sarankan menggunakan teknologi pendidikan,
kerana melalui kajian-kajian yang telah dibuat ia ternyata membantu dalam mencapai
objektif proses Pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Pada 2011, kerajaan Melaysia telah melancarkan kurikulum baru di seluruh Melaysia,
iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui Surat Pekeliling Iktisas
Bil.11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses
transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuhkan dan ditambah baik ini dikenali
sebangai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan
dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.
(sumber:Perkara 2,Surat Pekeliling Iktisas Bil.11/2010
bertarikh 14 Oktober 2010)
KSSR telah ditambahkan dengan beberapa mata pelajaran baru, salah satu ialah mata
pelajaran TMK. Ilmu pengetahuan asas tentang TMK telah dibekalkan kepada murid
sejak dari Tahun 1 lagi. Selain itu, pengintegrasian TMK semasa proses pengajaran dan
pembelajaran juga diutamakan untuk murid mendapat ilmu pengetahuan tambahan.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempekenalkan satu sistem


pentaksiran baru ,iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di seluruh Melaysia. Untuk
melancarkan lagi PBS di sekolah, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) telah dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan
murid secara atas talian (online). Pengintegrasian ICT bukan sahaja digunakan di dalam
kelas, malah dalam proses pentaksiran juga memerlukan pengetahuan ICT.

2.0 Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia


Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran
yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Pengintegrasian komputer
dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan
penguasaan kemahiran bahasa pelajar.
Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh ICT dan
komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran
bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa
isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut
termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Selain
itu, Kementerian Pelajarn Malaysia telah melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2011.

Untuk

melaksanakan dasar ini, makmal komputer telah dinaikan taraf dengan perkakasan dan
perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. ICT dimanfaatkan dalam
pengajaran dan pembelajaran BM melalui perisian yang sesuai.
Oleh hal yang demikian, pengintegrasian komputer dalam pengajaran BM dilihat
sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap dasar yang
dilaksanakan oleh kementerian. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya,
pengintegrasian komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar
terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai
keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun
terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan
pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran
lebih berpusatkan pelajar.

3.0 Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris


Bahasa Inggeris sememangnya penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
memajukan negara bagi mencapai Wawasan 2020 supaya setanding dengan negara lain.
Pengintegrasian dan penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah dititikberatkan kerana bahasa
Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas. Pengintegrasian
Bahasa Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus pada
seawal pendidikan pra-sekolah. Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib diambil oleh
semua pelajar dari darjah satu hingga darjah enam. Bahasa Inggeris juga merupakan
bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia.
Sejak dari perlaksanaan dasar MBMMBI, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
bertungkus-lumut menjalankan program-program dan kursus kepada pendidik. Salah satu
tujuan perlaksanaan dasar MBMMBI adalah untuk membina modal insan yang mampu
mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi
maklumat serta mempunyai minda yang kritis, kreatif dan inovatif. Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai
bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di
era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen satelit,
telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam
internet adalah dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil, 2002).
Oleh yang demikian, kerajaan telah memberi peruntukan untuk menaik taraf makmal
komputer di setiap sekolah dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi
sebagai makmal bahasa. ICT dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris melalui perisian yang sesuai. Prasarana yang lengkap dikendalikan dapat
memastikan ia diguna secara optimum oleh guru dan murid semasa proses pelajaran dan
pembelajaran.

4.0 Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Sains dan

Matematik
Bidang ICT dan komunikasi (ICT) memberi impak kepada peningkatan teknologi dan
inovasi dalam sistem pendidikan khususnya pendidikan Sains dan Matematik. ICT dilihat
berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai proses pengajaran dan
pembelajaran yang unggul. ICT dianggap berperanan sebagai alat untuk mengajar dan
belajar, sambungan serta media pertukaran. Justeru itu, peluang yang ada perlu diraih
melalui penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alat teknologi
pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran sains yang lebih berkesan. Laurillard (1992) juga menyatakan bahawa
pembelajaran berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep
teoritikal. Pengintegrasian simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap
pemahaman pelajaran dengan mudah.
Pengajaran dan pembelajaran Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan
mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, pengintegrasian pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai
dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira(Surif, Pendidikan, &
Bahru, 2012). Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan
perlaksaanaan dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003. Komputer dan segala alat teknologi dibekalkan
kepada semua sekolah di Malaysia. Pengintegrasian perisian pendidikan MY CD juga
mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kebanyakan perisian ini
dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP).
Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini
dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan
tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut
kemampuan sendiri. Menurut Pispa (1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran bermaksud pengintegrasian teknologi pembelajaran untuk memperkenal,


mengukuh dan menambah kemahiran.(Emas, n.d.)
Pengintegrasian internet semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains
semakin popular di kalangan guru dan murid setelah sistem 1Bestarinet diperkenalkan di
sekolah seluruh Malaysia. 1Bestarinet merupakan akses internet berkelajuan tinggi dan
platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi
serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Guru boleh
mencari maklumat tambahan bila-bila sahaja untuk murid tentang sesuatu topik.
Manakala murid juga boleh mencari ilmu pengetahuan tambahan mengikut minat diri
sendiri pada waktu lapang.
Selain itu, pengintegrasian teknologi elektronik kalkulator dan komputer adalah
alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian Matematik. Alatan ini
membekalkan imej visual bagi idea-idea Matematik ; ia juga mempermudahkan jalan
kerja untuk mengatur dan menganalisa data; serta menjalankan komputasi dengan cekap
dan tepat(Bakar & Hadi, 2011). Di samping itu, alatan teknologi dapat meyokong
penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek
Matematik, termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia
wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian
ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat
refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah.
Menurut Dunham dan Dick(1994), murid-murid dapat belajar lebih banyak
Matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi
yang sesuai. Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep
Matematik. Dalam program Matematik, teknologi patut digunakan dengan meluas dan
dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan
pembelajaran murid-murid di dalam Matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa
yang terkandung di dalam teknologi membolehkannya untuk menyemak semula
Matematik apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat
belajar dengan paling baik.

5.0 Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan
Teknologi yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan biasanya memberi persepsi kepada orang
ramai ia haya sesuatu mata pelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal sahaja. Sebenarnya
guru atau pendidik boleh mengintegrasikan teknologi dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan(Madya, Anizu, & Nor, n.d.).
Sebagai contoh, ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, guru boleh
menggunakan perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain
sesuatu permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan cadangan
penambahbaikan. Pengintegrasian model perakam video monitor LCD yang baru boleh
mendapat maklum balas dengan serta merta. Pengintegrasian teknologi ini adalah untuk
membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan bagaimana untuk
menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran mereka dari masa ke masa.
Manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk menunjukkan teknik yang
betul kepada pelajar, terutama apabila guru tidak mempunyai kepakaran.
Selain itu, sejajar dengan hasrat kerajaan membestarikan semua sekolah, penerapan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dengan
menggunakan internet menjadikan satu lagi langkah bagaimana memartabatkan mata
pelajaran ini dengan mengintegrasikan teknologi. Di sekolah, murid-murid boleh
melayari laman-laman web yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan untuk mencari maklumat tambahan yang berkaitan. Pengintegrasian internet di
kalangan murid-murid bukan lagi satu benda baharu pada masa kini, oleh yang demikian
pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran ini akan lebih menarik.

6.0 Cabaran dan kelemahan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran di sekolah
ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan
pendidikan. Guru perlu mengaplikasikan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang
dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara
bersama(Hofstetetter,

2001).

Tidak

dinafikan,

wujud

masalah-masalah

dalam

pengaplikasian pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha
mengatasi masalah-masalah yang timbul.
Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik
untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan
kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan
generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal
pengintegrasian ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk
memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan
Microsoft Word. Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk
mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut.
Selain itu, terdapat segelintir guru terutamanya guru lama tidak ingin menerima
pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dapat kita
perhatikan bahawa guru-guru yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan
mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada
pengintegrasian buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternative
kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan pengintegrasian kaedah
pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan di dalam bilik darjah.

Proses pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan


prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan
dengan pengintegrasian ICT, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang
mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan ICT di sekolah yang kurang cekap
menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak
mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan ICT di sekolah sekolah tertentu menjadi
salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.
Selain daripada itu, pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar atau
pedalaman. Pelajar di pedalaman kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam
kehidupan seharian. Hal inimenyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan
dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas
daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut
menggunakan gajet ICT.
Bagi menandangi masalah internet, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengambil langkah menyediakan perkhidmatan internet percuma dan kelajuan tinggi
untuk sekolah terutamanya sekolah bandar dan luar bandar. Tetapi timbul pula isu
penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah. Guru-guru dan
pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari lamanlaman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman
sosial Facebook, Twitter dan sebagainya. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu
meningkatkan jenayah intenet yang sukar dikawal.
Kerajaan telah menyediakan prasarana bagi sekolah untuk melancarkan
pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Tetapi banyak
sekolah menghadapi masalah kerosakkan alat-alat tertentu dan tidak dibaiki oleh syarikat
yang bertanggungjawab di atasnya. Sebagai contoh, peralatan seperti pemancar LCD di
dalam bilik darjah tidak diperiksa dari masa ke semasa dan menyebabkan kerosakkan. Ini
adalah satu pembaziran wang kerajaan.

7.0 Kesimpulan
Kemajuan teknologi moden adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi
pembaharuan pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin
dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran
dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah
memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat
tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan.
Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan
pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
bermakna. Yelland, N. et.all. (1997) mengatakan bahawa teknologi dapat memberi
kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran.
Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pelbagai pihak harus bekerjasama bagi memastikan
penggunaan ICT yang sedia ada tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak serta
memastikan keberkesanan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak
Kementerian Pelajaran harus mewujudkan dana khusus untuk penyediaan prasarana
berkaitan teknologi kepada guru dan pendidik serta menyediakan pusat latihan dalam
bidang tersebut agar mereka menjadi mahir dalam bidang tersebut. Akhir sekali, pendidik
serta pelajar haruslah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan
teknologi dengan lebih berkesan. Setiap individu harus tahu bagaimana untuk
menggunakan semua teknologi yang ada supaya tidak bergantung kepada orang lain
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

RUJUKAN
Bakar, N., & Hadi, A. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi, 2, 117.
Emas, J. M. (n.d.). Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah.
Hofstetetter, M. (2001). Keberkesanan Penggunaan Elemen Multimedia Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Fatimah Bte Hishamuddin, (1998).
Madya, P., Anizu, M., & Nor, M. (n.d.). Penggunaan Alat Berteknologi Kejuruteraan &
Teknologi Maklumat dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Sukan Prof. Madya Dr. Mohad Anizu bin Haji Mohd Nor, (2006), 18.
Surif, J., Pendidikan, F., & Bahru, J. (2012). TAHAP AMALAN DAN
PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SAINS, 110.

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran Sekolah Rendah

NAMA

: OOI KHIA SHENG

NO MATRIK

: M20141000722

KURSUS

: SARJANA PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

FAKULTI

: FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

TAJUK

: PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

NAMA
PENSYARAH : DR.NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

You might also like