Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SAFETY ALERT

Kebakaran Papan Litar Elektrik


Satu kejadian kebakaran papan litar telah berlaku pada 17 September 2012. Kejadian disedari oleh
pengawal bertugas yang kemudiannya memaklumkan kepada bilik gerakan Jabatan Keselamatan. Api
berjaya dikawal selepas kehadiran pasukan Bomba dan Penyelamat.Kejadian ini dianggarkan melibatkan
kerugian hampir RM 15,000 kepada Universiti.
Siasatan awal kejadian ini menunjukkan ianya berpunca dari bebanan elektrik yang berlebihan, dan
pengubahsuaian sistem pendawaian tanpa kebenaran dari Jabatan Pembangunan.
Selain itu juga didapati bahawa ketika kebakaran, penghuni bangunan lambat untuk respon kepada
arahan pihak keselamatan bagi proses mengungsikan bangunan. Namun pihak Jabatan Keselamatan
bertindak dengan baik dalam kejadian ini.

Safety Alert : Kebakaran Papan Litar Elektrik

Halaman 1 dari 2 Muka Surat

LANGKAH KESELAMATAN
1. Elakkan penggunaan wayar sambungan pada wayar sambungan yang lain, jika soket tidak
mencukupi.
2. Kenalpasti kesesuaian keperluan elektrik dengan sistem pendawaian yang sediaada.
3. Pastikan sebarang pengubahsuaian sistem pendawaian mendapat kelulusan dari Jabatan
Pembangunan (Unit Elektrik) UniMAP.
4. Pastikan terdapat ruang kelegaan bagi papan DB elektrik bagi memudahkan kerja-kerja
penyelenggaraan.

Disediakan Oleh :
Norazam Abdul Rashid
Pegawai Sains
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Safety Alert : Kebakaran Papan Litar Elektrik

Halaman 2 dari 2 Muka Surat

You might also like