Professional Documents
Culture Documents
Teks Ucapan GB Untuk Hari Anugerah 2014
Teks Ucapan GB Untuk Hari Anugerah 2014
Yang Berusaha barisan guru dan kakitangan SK Rantau Panjang selaku Jawatankuasa
Kerja Hari Anugerah Kecemerlangan 2014,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar yang cemerlang sekalian.
1. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya jua, kita semua dapat bersama-sama berada dalam
Majlis Hari
2. Terlebih dahulu saya dengan ini mengalu-alukan kehadiran semua tetamu, ibu
bapa serta penjaga murid-murid SK Rantau Panjang dalam majlis yang amat
bermakna ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan saya titipkan buat Cik
Izziantee Binti Izahan, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah
Selama
kerana sudi bersama- sama hadir dalam majlis ini seterusnya akan
merasmikan majlis yang cukup istimewa pada hari ini. Kesudian puan untuk
sama-sama memeriahkan majlis pada hari ini amat bermakna kepada seluruh
warga SK Rantau Panjang.
bersejarah dan amat bermakna bagi kita apabila anak-anak kita diberi anugerah
atas kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Acara tahunan
ini
5. Di sebalik peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah amnya dan para guru
khasnya
dinafikan peranan ibu bapa dan waris juga merupakan salah satu tunjang
terpenting dalam usaha ini. Kolabarasi para ibu bapa bersama pihak sekolah
sewajarnya
dikukuhkan
lagi
dengan
meningkatkan
usahasama
dalam
8. Antara yang menjadi impian dan hasrat kami ialah, yang pertamanya kami
berhasrat untuk membina sebuah pentas di tapak perhimpunan bagi memberi
suasana yang lebih berkesan semasa menjalankan perhimpunan mingguan dan
aktiviti-aktiviti lain di tapak perhimpunan SK Rantau Panjang. Keduanya, pihak
sekolah juga berhasrat membina sebuah garaj tambahan untuk kegunaan parkir
kenderaan para guru dan kakitangan. Selain daripada digunakan sebagai
ruangan parkir, garaj yang dibina nanti juga akan dapat digunakan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti murid yang bersesuaian contohnya semasa aktiviti
perkhemahan, hari keusahawanan dan sebagainya. Yang ketiga, kami juga
berhasrat untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan
bangunan utama dengan bangunan di bahagian tengah yang menempatkan
kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Bilik Akses. Laluan berbumbung ini diharapkan
dapat menyelesaikan masalah pergerakan guru dan pelajar terutamanya
sewaktu hari hujan. Laluan berbumbung ini juga diharapkan dapat meningkatkan
4
9. Berdasarkan apa yang telah kita kecapi dan perolehi pada hari ini, besarlah
harapan saya agar ibu bapa dan guru-guru serta semua pihak dapat bergabung
tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita agar mampu menghadapi
kehidupan mendatang sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif. Tanpa kolaborasi yang kukuh di antara semua pihak,
apa yang kita miliki pada hari ini mungkin tidak dapat diurus dan digunakan
semaksima
mungkin.
Tanpa
pelaksanaan
yang
mantap,
usaha
untuk
membangunkan modal insan yang cemerlang dan berjaya mungkin tidak dapat
kita capai. Jadi, marilah kita sama-sama berganding bahu dan menggembeling
tenaga dalam mencapai hasrat yang murni ini.
10. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada semua pihak atas
komitmen yang ditunjukkan. Kejayaan anak-anak kita pada hari ini adalah simbol
kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara guru, kakitangan
sekolah, ibu bapa dan semua pihak. Mudah-mudahan semangat dan komitmen
yang tinggi akan dapat ditingkatkan lagi supaya SK Rantau Panjang akan
mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa-masa yang
akan datang.
Sekian,
Wabillahi
Taufiq
Wal
Hidayah
Wassalamualaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh..
5