Refleksi Jsu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya siapkan tugasan
individu iaitu menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Item Ujian yang
bercirikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ucapan penghargaan ini saya
tujukan kepada pensyarah kursus Pentaksiran dan Penilaian Dalam Sains iaitu Pn.
Hjh Khalida binti Ahmad selaku mentor DPLI-KDC-SABK. Pro Forma yang diberikan
banyak memberi panduan kepada saya untuk membuat tugasan pada jalan yang
betul.

Selain daripada itu, jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya Cik
Malyanah binti Mustapa kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini
jutaan terima kasih juga kepada rakan yang lain kerana banyak membantu saya
ketika mana kekeliruan dari segi pemilihan soalan dan aras yang mana ia harus
bercirikan KBAT membuat saya berbincang dan sentiasa menanyakan soalan
kepada mereka menerusi aplikasi Whatsapp. Tubuhnya group Whatsapp ini
membuat saya sentiasa update dari segi tugasan dan arahan yang diberikan kepada
pensyarah.

Semasa menjalankan kerja kursus ini banyak pengalaman yang saya dapat
semasa penyediaan JSU ini. Hal ini kerana sekolah saya tidak menggunakan JSU
dalam menghasilkan soalan akhir tahun, mereka lebih gemar memilih soalan akhir
tahun berdasarkan buku kerja yang sedia ada. Oleh yang demikian tunjuk ajar dari
Ketua Panitia Sains amat terhad. Namun begitu, saya mencari alternatif lain dengan
bertanyakan soalan kepada rakan yang mempunyai pengalaman mengenai JSU
seperti Panitia Matematik.

Dengan itu, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum menyediakan set
soalan yang bercirikan KBAT bersandarkan JSU. Aspek yang perlu dititik beratkan
semasa pembinaan JSU adalah seperti memastikan jumlah soalan bagi setiap
kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan dan sebagainya. Bilangan masa
mengajar juga perlu diambil kira untuk setiap topik. Hal ini kerana, pembinaan JSU

bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak boleh dibina secara sembarangan.
JSU yang baik dapat menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Masalah lain yang saya hadapi ialah mendapat item soalan ujian yang
bercirikan KBAT. Guru Sains kurang memberi respon terhadap soalan yang saya
kemukakan. Bahkan terdapat guru Sains yang masih tidak menitikkan hal berkaitan
KBAT. Ini menyebabkan saya menghadapi masalah dalam mendapatkan bahan
yang diperlukan. Bersyukur saya apabila Allah menggerakkan hati GKMP saya
untuk membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau memberikan beberapa
contoh soalan KBAT dan Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Menerusi buku ini saya mula memahami serba sedikit mengenai penyediaan JSU.

Berdasarkan buku ini, sedarlah saya akan perubahan reka bentuk


peperiksaan pada masa akan datang. Murid akan dilatih untuk berfikir secra kritis
dan mengaplikasikan pengetahuan dalam seituasi berbeza. Pada masa yang sama,
pentaksiran berasaskan sekolah akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran
berfikir aras tinggi (PPPM 2013-2015). Oleh itu, penyediaan JSU adalah sesuatu
yang baru dan saya tidak mengerti apakah maksudnya. Setelah melakukan kerja
kursus ini, barulah saya memahami maksud JSU ini. Selain ini, saya juga dapat
mengetahui

cara-cara

membuat

soalan

tatabahasa

mengikut

JSU

yang

sesuai. Semua perkara ini wajar kita fahami dan laksanakan dengan baik

Justeru, apa yang saya pelajari mengenai JSU, ia dapat membina dan
menyediakan soalan ujian secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan ia dapat menjamin kesahan
dan kebolehpercayaan soalan. Ini kerana JSU pada saya ia berdasarkan sukatan
pelajaran. Selain itu juga, pembinaan JSU, guru dapat menstabilkan taraf dan aras
kesukaran ujian dari semasa ke semasa. Walaupun soalan ini dibuat oleh pembuat
soalan yang berbeza, guru selepasnya dapat memastikan soalan berada pada aras
yang besesuaian dan cukup kriteria aras. Bahkan menerusi JSU, soalan ini dapat
memastikan guru tidak berulang topik soalan kerana JSU mengikuti taburan tajuk
secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran.

Sebagai kesimpulan, JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan


sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehkepercayaan yang tinggi. Oleh itu, cara yang baik
untuk merancang sesuatu adalah dengan menyediakan JSU sebagai perancangaan
persediaan item atau soalan. Guru perlu memandang JSU sebagai peranan yang
penting dalam menghasilkan set soalan yang mencapai aras pemikiran KBAT agar
murid tidak ketinggalan. Malahan tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai
seorang guru perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak murid supaya
murid mampu mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mebuat
enaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2003).

You might also like