Laporan Pendidikan Denggi 2014

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK (T) SUNGAI BESI, 57000, KUALA LUMPUR

_____________________________________________________________________________

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI 2014

Pada 22 Julai 2014 bersamaan hari Selasa, SJKT Sungai Besi telah mengadakan Perhimpunan
Khas untuk menyampaikan pendidikan pencegahan denggi dalam kalangan pelajar dan warga
sekolah. Pn. A. Kaithree, selaku Guru Penolong Kana Hal Ehwal Murid, telah menyampaikan
maklumat tentang nyamuk Aedes dan padah yang dibawa oleh nyamuk tersebut iaitu demam
denggi.
Beliau memberikan maklumat-maklumat yang harus diketahui oleh semua warga
sekolah. Beliau juga memberitahu cara-cara untuk melindungi diri kita iaitu dengan
menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah serta di tempat kediaman. Salah
satu cara yang dipraktikkan di sekolah adalah dengan membubuh ubat pembunuh jentik-jentik
(abate) . Beliau juga telah memberikan gambaran yang cukup jelas tentang nyamuk Aedes.
Pn. A. Kaithree telah mengambil kesempatan ini untuk memberitahu peranan yang
dimainkan oleh Skuad COMBI sekolah dalam menghapuskan nyamuk Aedes ini. Pada setiap
minggu hari Rabu, Skuad COMBI akan membuat pemeriksaan untuk memastikan sekolah bebas
daripada nyamuk Aedes. Di samping itu, beliau juga meminta setiap warga sekolah untuk
berganding bahu bersama Skuad COMBI dalam menghapuskan nyamuk Aedes.
Pada 25 Julai 2014, sekolah telah melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat
berisiko pembiakan nyamuk Aedes. Murid-murid dibahagikan kawasan mengikut kelas dan guru
kelas telah menjadi ketua kumpulan bagi membimbing murid-murid tersebut. Berikut adalah
kawasan mengikut kelas:

Tahun 1 Kambar Taman Permainan


Tahun 2 Kambar - Tempat Letak Kereta dan Pondok Bacaan
Tahun 3 Kambar Tandas Murid
Tahun 4 Kambar Kantin Sekolah
Tahun 5 Kambar Belakang Bilik Kemahiran Hidup dan kebun
Tahun 6 Kambar Belakang Prasekolah
Murid-murid telah diajarkan cara untuk membubuh ubat jentik-jentik semasa
melaksanakan pemeriksaan di kawasan-kawasan yang dinyatakan seperti di atas. Hasil
pemantauan mendapati SJKT Sungai Besi bebas daripada nyamuk Aedes. Walau bagaimanapun,
pihak Skuad COMBI akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.

DISEDIAKAN OLEH,

DISAHKAN OLEH,

_______________________

________________________

SHANTHINIE RAMALINGAM

PN.S.LETCHUMY

Guru Kesihatan

Guru Besar
SJKT Sungai Besi

Laporan disediakan: 19 OGOS 2014

LAMPIRAN

GPK HEM memberi ceramah

Murid-murid mendengar ceramah tentang Denggi

You might also like