Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JAWI,

14200 SUNGAI JAWI,


SEBERANG PERAI SELATAN,
PULAU PINANG.

Rujukan tuan:
Rujukan kami:
Tarikh
:

Kadet Bomba & Penyelamat,


SMK Jawi,
14200 Sungai Jawi, SPS
Pulau Pinang.
________________________________________________________________________________________
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi,
14200 Sungai Jawi, SPS.
Tuan,
MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGUTIP YURAN KEAHLIAN BAGI PASUKAN KADET BOMBA &
PENYELAMAT
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam
Peraturan (4) dalam Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, dengan ini memohon untuk mengutip
yuran keahlian bagi Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi berkuatkuasa
mulai 2 Jan 2014 hingga 31 Dis 2014.
3.
Bersama-sama dengan ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan yuran
yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.
3.1
Yuran sebulan sebanyak RM 3.00 sahaja.
4
Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

................
(MOHD FAISAL BIN JAAFAR)
Guru Penasihat,
Kadet Bomba & Penyelamat,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi
s.k.

1.
2.

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

3.
4.

Fail Peribadi
Fail Persatuan/Kelab/Pasukan Beruniform/Kelab Sukan dan Permainan

Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan


Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan
kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan
kebangsaan dengan baik.
Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke
semasa.

You might also like