Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah telah menyampaikan ucaptama di majlis

'Dailog Kongres Kepentingan Bangsa' peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Sekreteriat


Kongres Kepentingan Bangsa dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu
Wilayah Persekutuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Jumaat 22 September, 2006.

Berikut ialah teks penuh ucaputama Tengku Razaleigh Hamzah di kongres itu.

Saya terlebih dahulu ingin mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari yang


datang dari jauh dan dekat ke Kongres kita hari ini. Sokongan dan galakkan
saudara-saudari akan terus memberi semangat dan dorongan kepada setiap
usaha untuk menambahkan kesedaran dan keinsafan terhadap nasib dan masa
depan umat Melayu tercinta.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang
terlibat menganjurkan kongres yang sebegini besar maknanya kepada
perjuangan bangsa kita. Kepada Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Wilayah
Persekutuan yang menjadi tuan rumah kepada kongres ini., saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih dan syabas.

Saya percaya golongan seperti saudara-saudari adalah orang yang paling


banyak merasakan pahit dan getirnya perjalanan orang Melayu yang ingin
bertapak dalam bidang perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa
mengharungkehidupan di kota yang penuh dengan cabaran.

Sejarah Kuala Lumpur ini sendiri adalah sebahagian daripada rentetan sejarah
penjajahan yang telah mengekalkan kuasanya berabad-abad melalui dasar
pecah dan perintahnya. Melalui dasar itu, penjajah telah meminggirkan
masyarakat di kawasan luar bandar untuk terus hidup kais pagi makan pagi
sebagai petani dan nelayan. Manakala kaum pendatang berada di kawasan
bandar yang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan.

Perniagaan dan lain-lain aktiviti yang boleh menghasilkan kekayaan dijauhkan


daripada orang Melayu. Kalau pun ada orang Melayu yang dilihat sebagai
golongan berada, hanyalah dikalangan pemilik tanah dan penjawat jawatan
awam yang tidak sebegitu besar jumlahnya. Di zaman penjajah, masyarakat
Melayu hanya berfungsi sebagai pengeluar makanan untuk menampung
keperluan bukan Melayu di luar bandar.

Ketika itu,golongan penjaja dilihat hanyalah sekadar perantara yang membawa


hasil ke bandar-bandar dan menjualnya di pasar-pasar ataupun di kaki lima.
Modal yang kecil dan peluang terbatas, meletakkan mereka dilapisan terbawah
dalam komuniti perniagaan negara kita.

Peristiwa 13 Mei 1969, menjadi titik kepada banyak perubahan yang berlaku
selepas itu. Orang Melayu digalakkan berhijrah ke bandar bagi mengimbangi
bilangan penduduk kota. Modal asing ditarik bagi membangunkan sektor
perindustrian kita. Dari kehidupan sebagai petani dan nelayan di desa, orang
Melayu diajak datang ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina.
Kestabilan politik, dasar kita yang tidak menyebelahi negara-negara komunis di
zaman perang dingin, dan kadar upah pekerja kita yang murah, menjadikan
Malaysia syurga pelabur asing dalam industri yang berintensifkan buruh.

Ketika itulah kita melihat masyarakat penjaja Melayu berkembang pesat. Bukan
lagi sebagai pembekal barangan keperluan untuk orang bukan Melayu di bandar-
bandar, tetapi untuk memenuhi keperluan orang Melayu sendiri yang sedang
membanjiri kota. Ramai membuka warung makanan, berniaga di pasar malam
dan tani, ataupun menjaja dari rumah ke rumah menjual pakaian, ubat-ubatan
dan lain-lain keperluan.

Perkembangan ekonomi ketika itu juga melahirkan wajah baru bandar-bandar


kita. Rumah-rumah kilat dibina dipinggir-pinggir bandar. Perkampungan
setinggan mewarnai wajah Kuala Lumpur dengan pemandangan hodoh.

Kemiskinan bandar membawa pelbagai masalah dan penyakit baru masyarakat.


Semuanya dikaitkan dengan orang Melayu. Hasrat pengstrukturan kembali
masyarakat bagi melihat keseimbangan dalam kependudukan di bandar hanya
pada angkanya tetapi tidak pada kualitinya. Ertinya, walaupun ramai Melayu
sudah dibandarkan, namun kedudukan mereka tidak banyak bezanya dengan
kampung.

Masa telah banyak mengubah keadaan ini. Kini,perkampungan-perkampungan


setinggan tadi lenyap satu persatu. Terima kasih kepada pelbagai program
perumahan kerajaan yang membersihkan bandar kita daripada pemandangan ini.
Keadaan kelihatasn bertambah baik dari dulu. Kawasan perumahan kos murah
yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan sekurang-kurangnya memberi wajah
yang lebih menarik.

Namun oleh kerana perancangan tidak dibaut untuk memenuhi keperluan masa
panjang, kita melihat bentuk baru kesesakan di kawasan-kawasan ini semakin
menjejaskan kualiti hidup mereka. Inilah yang terpaksa dialami oleh kebanyakan
orang Melayu yang dahulunya penghuni kawasan-kawasan setinggan.

Perkembangan ekonomi yang pesat, turut menarik pendatang asing ke negara


kita. Perkampungan setinggan tumbuh kembali dalam bentuk baru. Ia dipenuhi
oleh kumpulan yang datang tanpa kawalan dan membawa masalah baru kepada
masyarakat setempat. Mereka menjadi pesaing kepada penjaja dan peniaga
kecil kita yang baru belajar berniaga.Penjaja dan peniaga Melayu semakin hilang
penguasaannya di warung-warung di Chow Kit, Kampung Bharu, Ampang,
Kampung Pandan dan yang bersekitaran dengannya.

Ini tidak bermakna penjaja Melayu yang meninggalkan kawasan ini sudah
diangkat martabatnya berniaga di Plaza Sungai Wang, Mega Mall ataupun Suria
KLCC. Tempat yang berprestij seperti itu tetap dikuasai oleh peniaga bukan
Melayu tanpa memperlihatkan tanda-tanda usaha mengatasi masalah
ketidakseimbangan akan berlaku.

Dulu, UDA, MARA dan Pernas ditubuhkan untuk mengatasi masalah seperti ini
dan merangka program bagi memenuhi hasrat sebenar dasar membandarkan
orang Melayu tadi. Membandarkan orang Melayu bukan untuk meletakkan
mereka dipinggiran dan hidup sebagai buruh murah.
Membandarkan orang Melayu bukan sekadar untuk melihat orang Melayu terus
menjaja di pasar malam dan di kaki lima. Membandarkan orang Melayu ialah
untuk melihat orang Melayu sebagai bangsa yang mampu bersaing dengan
sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Sepatutnya perlambangan ini dizahirkan
melalui lebih banyak pencakar langit baru, bangunan atau ruang niaga baru
ditempat berprestij adalah milik Melayu. Sekiranya ia tidak berlaku, maka hasrat
membandarkan orang Melayu menjadi kosong dan tidak bermakna.

Dulu, itulah misi UDA. Ia tidak berkesampaian kerana program


menswastakannya gagal. Saya menaruh harapan, UDA yang diberi nafas baru
kini akan memberi harapan baru, agar misi asal kita dahulu akhirnya tercapai jua.

Sekiranya kita tidak berjaya, kita akan terus menyanyikan lagu lama. Kemiskinan
Melayu di Pulau Pinang sudah lama dinyanyikan dan kini dinyanyikan lagi. Kalau
pun baru, mungkin penyanyinya sahaja yang baru. Senikatanya tidak berubah.
Bahkan iramanya pun sama seperrti dahulu.

Masalah di sana sudah sekian lama berlarutan. Mudah kita menyalahkan pucuk
pimpinan kerajaan negeri itu kerana ia bukan Melayu. Namun kalau diperiksa di
dalam komposisi kerajaan negeri itu sendiri, suara Melayu tidak kurang
bilangannya. Kenapa suara ini tidak cukup lantang, atau kita semua sudah
ketandusan idea dalam menghadapi kemelut kemunduran orang Melayu yang
tidak dapat diselesaikan?

Walaupun begitu, kita patut bersyukur sekurang-kurangnhya hari ini, isu ini tidak
lenyap begitu sahaja. Masih ada segelintir yang ingin meneruskan agenda
Melayu di Pulau Pinang. Namun agenda Melayu bukan sekadar agenda di Pulau
Pinang sahaja, ia adalah masalah nasional yang menuntut penyelesaian
menyeluruh.

Isu Kampung Bharu ditengah-tengah Ibu Kota terus ditunggu-tunggu


penyelesaiannya. Melayu di sana terus dilihat seperti malukut ditepi gantang.
Pandangan daif di sana terus menyakitkan mata memandang. Dalam masa yang
sama, sedikit demi sedikit tanah rezab Melayu di bandar dibatalkan statusnya
tanpa sebarang gentian. Sekali pun Perlembagaan Negara menuntut mereka
yang berkuasa berbuat demikian, namun tuntutan ini semakin tidak dihiraukan.
Semuanya atas nama pembangunan.

Dulu, Perlembagaan Negara dilihat sebagai dokumen mulia yang mesti dipatuhi.
Ia dokumen kontrak sosial yang menjadi benteng terakhir kepada perjuangan
orang Melayu. Kini ramai yang melihatnya sebagai bebanan yang menyusahkan.
Sebab itulah walaupun perlembagaan kita menjelaskan setiap anak Melayu dan
Bumiputera yang ingin belajar setinggi-tingginya berhak mendapat biasiswa, kita
sendiri menganggap ini adalah tuntutan yang menyusahkan dan tidak
munasabah. Sedangkan ini hak kita yang tak sepatutnya dipertikaikan oleh
sesiapa.

Tidak dinafikan kerajaan pusat terpaksa mengeluarkan belanja berbilion ringgit


setahun untuk menampung kos pendidikan. Kos ini semakin hari semakin tinggi
kerana kita terpaksa membina lebih banyak sekolah, kolej dan universiti. Ibu
bapa atau pelajar itu sendiri diminta untuk berkongsi kos dengan turut
menyumbang melalui yuran yang dikenakan. Kata mereka, zaman segala-
galanya percuma sudah lama berlalu. Lagi pula barang percuma mungkin tidak
dinilai oleh mereka yang mendapatkannya.

Fikiran begini sudah tentu bercanggah dengan semangat perlembagaan yang


meletakan pendidikan sebagai asas terpenting kepada kemajuan orang Melayu.
Semangat perlembagaan ialah untuk mempastikan tidak seorang pun anak
Melayu ketinggalan dalam pelajaran. Perlembagaan kita tidak membenarkan ada
seorang pun anak Melayu cicir keranan kekurangan wang. Ertinya antara asas
terpenting idealogi negara ialah pemerintah wajib memberi pendidikan terbaik
kepada orang Melayu kerana pendidikanlahkunci kepada masa depan orang
Melayu.

Kita sendiri pernah berusaha untuk membantu melaksanakan usaha ini dengan
merancang penubuhan Tabung Pendidikan Melayu sebagaimana yang
diputuskan dalam Kongres Pendidikan Melayu Pertama dulu. Malangnya
permohonan kita untuk mendapatkan pengecualian dari BAFIA bagi
membolehkan kita mengumpul dan menyimpan simpanan ibu bapa untuk
pendidikan ditolak oleh Bank Negara.

Bagi kita, memberi biasiswa dan lain-lain kemudahan terbaik untuk pendidikan
orang Melayu, sepatutnya dilihat sama pentingnya dengan membina masjid,
surau dan menganjurkanpelbagai kegiatan keagamaan. Asasnya bukan soal
untung rugi, tetapi ini adalah hak yang tidak ada kompromi dalam
perlaksanaannya.

Isu wang sepatutnya tidak dilihat sebagai bebanan. Ia lebih kepada pengurusan
dan cara kita memilih keutamaan. Sebuah kerajaan negeri akan bersungut untuk
memberi biasiswa kepada anak negerinya kerana kerajaan negeri tidak ada
wang. Banyak negeri hidup atas belanjawan kurang dari RM1 bilion setahun.
Sudah tentunya ianya terlalu kecil berbanding dengan kos membina sistem
penyuraian lalulintas di Kuala Lumpur yang menelan belanja berbilion ringgit bagi
beberapa kilometer jalan yang dibina.

Kos ini akan terus meningkat kerana kawasan lembah Kelang akan terus sesak
keran kita terus membawa segala-galanya kesini. Kita hanya cuba menyuraikan
masalah yang kita sendiri buat dan kita semakin terjerut dengan masalah ini.

Sebab itulah program membandarkan orang Melayu secara mengajak mereka


beramai-ramai datang ke Kuala Lumpur harus dikaji semula. Sebaliknya,
semangat yang pernah diusahakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk
membandarkan kawasan luar bandar harus diberi pertimbangan baru dan
pendekatan baru dalam perlaksanaannya. . Dulu, usaha ini dibuat dengan
memberi tanah kepada orang Melayu melalui rancangan Felda. Bandar-bandar
baru dibina dikawasan berhampiran dengan harapan ia mejadi kawasan
pertumbuhan baru yang berasaskan wajah-wajah melayu. Usaha ini
kemudiannya terbantut kerana pemimpin kerajaan selepas itu, menganggap
sektor pertanian adalah sektor yang meredup dan tidak ada masa depannya.
Keghairahan kita hanyalah kepada industri-industri berat. Ketika itu ramai yang
berpandangan mengeluarkan kereta dan memiliki kilang besi waja adalah lebih
berprestij dari mengeluarkan produk getah dan kelapa sawit.
Saya percaya hari ini ramai yang lebih yakin getah dan kelapa sawitlah yang
menyelamatkan ekonomi negara. Bahkah disaat kenaikan harga minyak
sekarang, beratus ribu keluarga melayu yang berada di sektor getah dan kelapa
sawit bergembira. Mereka berada diatas roda kehidupan kerana harga komoditi
ini terus meningkat.

Perhintungan masa lampau mungkin untuk memenuhi desakan semasa ketika


negara bergelut dengan isu-isu yang berkaitan dengan ketidakseimbangan
kaum. Kita mengasak orang kita ke bandar bagi memenuhi tuntutan mewujudkan
keseimbangan penduduk di bandar dan kita menganggap di bandarlah punca
rezeki terbesar. Kita mengaggap pernigaan yang menjadi asas kekayaan
hanyalah kedai dan bangunan yang menjadi lambing perbandaran.

Hinggakan kita lupa, banyak negara di dunia menjadi amat maju dan makmur
tanpa bandar-bandar besar. Holland, Switzerland dan New Zealand adalah
contoh negara kecil yang tidak ada bandar sehebat Kuala Lumpur tetapi
rakyatnya menikmati taraf hidup tertinggi di dunia. Kekuatan negara ini, ialah
kepada hasil pertanian yang digerakkan oleh banyak syarikat gergasi dunia yang
berpusat di negara-negara itu.

Sesetengah negara ini tidak ada pun tanah yang luas seperti negeri-negeri di
Malaysia. Namun mereka menggunakan setiap inci tanah mereka untuk
pertanian. Bahkan negara-negara besar Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis,
walaupun mereka adalah negara perindustrian, mereka sentiasa menganggap
pertanian adalah sektor strategik yang mesti dimartabatkan dan diberi kekuatan.
Wang banyak dilaburkan untuk memberi subsidi dan pelbagai kemudahan
pertanian.

Bagi mereka ia sama seperti perbelanjaan untuk pertahanan yang tidak


mengharapkan pulangan jangka pendek. Kesannya mereka melahirkan ramai
petani yang kaya raya, dan mereka mejadikan makanan sebagai senjata dalam
percaturan politik dunia.
Kita sedar, peruntukan yang agak besar turut diberikan kepada sektor pertanian
dan industri asas tani dalam Rancangan Malaysia ke 9. Ia harus dipuji. Namun ia
tidak akan kemana kalau kita masih melihat pertanian hanya dari sudut
membasmi kemiskinan, iaitu menaikan sedikit punca pendapatan dikalangan
mereka yang miskin di desa-desa. Lebih-lebih lagi kalau perlaksanaan program
pertanian masih dilihat terpaksa melalui pelbagai proses birokrasi antara
kerajaan pusat dan negeri yang merimaskan.

Pendekatan begini tidak akan melahirkan syarikat-syarikat baru pengeluar hasil


pertanian terutama makanan yang boleh disenaraikan di bursa saham, atau
mejadi syarikat multinasional. Ia tidak menarik golongan profesional kita untuk
menceburi sektor ini, kerana ia tidak mampu menjadi penjana kekayaan
sebagaimana yang diimpikan oleh generasi baru.

Tiada siapa yang berminat menjadi usahawan tani, kerana ia tidak


mencerminkan kehidupan bergaya. Apapun perancangan kita, mesti dikaitkan
dengan pembentukan citarasa masyarakat yang ingin kita corakkan. Kalau ianya
wujud di ibukota, maka berpusu-pusulah orang ke ibukota, kalau kita boleh
membawanya ke pecan-pekan yang lebih kecil maka orang perlu datang kesini.

Ramai yang mengharapkan pendekatan baru yang lebih redikal. Pemusatan


kuasa dalam pembangunan pertanian di tangan kerajaan pusat harus diagihkan
kepada kerajaan-kerajaan negeri. Ini disebabkan kuasa terhadap tanah terletak
di tangan kerajaan negeri. Mereka harus diperkasakan untuk merancang
pembangunan pertanian sendiri. Peruntukan harus diturunkan kepada kerajaan
negeri bagi memajukan produk masing-masing. Ini termasuk hal-hal yang
berkaitan dengan pembinaan infrastruktur pertanian, seperti sistem perairan,
mendalamkan muara-muara sungai dan lain-lain infrastruktur bagi kaum nelayan
kita. Kita mahu kerajaan negeri menaja syarikat dari kalangan anak-anak
negerinya dalam menerajui industri petanian ini.

Bahkan, diperingkat yang lebih kecil tetapi penting, kita patut memperbaiki sistem
kupon bagi para petani kita, supaya purata penanaman padi boleh mendapat
pendapatan melebihi satu ribu ringgit sebulan dan boleh hidup lebih selesa di
kampong daripada bersesak di bandar mencari pekerjaan.

Kita mesti menjadikan pekerjaan disektor pertanian, samada diperingkat


pengeluaran atau pasaran sebagai sektor yang menarik dan dibanggakan oleh
graduan kita. Kita mahu melihat setiap jabatan pertanian diperkasakan dengan
kelengkapan dan jentera pertanian moden yang mencukupi bagi menampung
setiap keperluan dalam membangunkan sektor ini.

Melalui pendekatan radikal ini sahajalah kita boleh mengawal pertumbuhan


kependudukan bandar yang semakin tidak terkawal. Tanpa berbuat demikian,
bandar-bandar kita bukan sahaja bertambah sesak, tetapi akhirnya kita akan
mengeluarkan belanja yang lebih besar bagi mengatasi masalah kesesakan ini
juga. Akhirnya daripada usaha mengatasi kesesakan itu, yang untungnya
hanyalah segelintir kontraktor.

Projek-projek besar yang diputuskan secara kilat bagi mengatasi masalah kilat,
termasuk banjir kilat sudah tentu akan dikilatkan oleh segelintir kontraktor.
Mungkin kontraktor utama itu terdiri dari bumiputra, tetapi yang mendapat kerja-
kerja dibawahnya terdiri daripada kalangan kontraktor bukan melayu yang lebih
berdaya saing di bandar-bandar tadi. Bahkan banyak projek kilat seperti ini
menimbulkan pelbagai persoalan yang menyentuh integriti pelaksana dan
kerajaan, kosnya tinggi dan sering dikaitkan dengan orang tertentu yang rapat
dengan orang tertentu.

Sekiranya pembangunan infrastruktur ini menjana pertumbuhan ekonomi, kita


melihat pertumbuhan di Puchong atau Cheras, dalam masa setahun, jauh
melebihi pertumbuhan bagi sebuah negeri seperti Kelantan, Kedah atau Perlis
dalam masa 10 tahun.

Sebab itulah saya berpandangan, cadangan memperkasakan kerajaan negeri


tadi bukanlah pandangan yang keterlaluan. Kerajaan negeri yang menjangkakan
anak-anak negerinya akan kembali ke negeri kerana peluang pekerjaan
bertambah baik akan terus melaburkan wang yang banyak untuk pendidikan
anak negerinya sendiri. Ini termasuk memenuhi tuntutan perlembagaan tadi
dengan mempastikan setiap anak melayu dari negerinya mendapat biasiswa
untuk pelajaran.

Bahkan adalah tanggungjawab kerajaan negeri juga untuk melihat


perkembangan pelajaran di negeri masing-masing menjadi yang terbaik dan
membawa pulang profesional yang dilahirkannya pulang ke negeri masing-
masing sebagai penjana pertumbuhan ekonomi negeri mereka pula. Ini termasuk
mereka yang mendapat kelulusan agama di Timur Tengah yang perlu diberi
latihan kemahiran untuk berkhidmat didalam sistem negeri masing-masing.

Saya melihat negeri Terengganu telah menunjukkan contoh yang baik. Mereka
membuktikan negeri yang dulunya miskin dan bersifat desa akhirnya melahirkan
keputusan peperiksaan terbaik setiap tahun dan melahirkan ramai pelajar melayu
terbaik tanpa perlu berhijrah ke bandar ataupun ke sekolah-sekolah berasrama
penuh. Walaupun pelajaran bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi melalui
peruntukan yang lebih besar mereka boleh melakukan sesuatu yang
mengkagumkan.

Ini juga bermakna sekiranya peruntukan besar diberikan kepada setiap negeri,
tidak mustahil kecermelangan akan turut dilahirkan disemua negeri-negeri kita
khususnya untuk anak-anak melayu. Bahkan sekiranya kuasa dan peruntukan
yang lebih besar diberikan kepada negeri-negeri dalam memajukan industri
pertanian mereka, saya percaya ia akan lebih berjaya daripada apa yang cuba
diusahakan oleh kerajaan pusat. Di negeri-negerilah tanah dan lain-lain sumber
yang berkaitan dengan pertanian dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Kalau kita mempunyai kesungguhan politik, kita akan mengubah trend


pembangunan negara. Pertumbuhan rancak di pusat-pusat bandar yang sedia
sesak boleh diperlahankan. Sumber yang ada diagihkan pula ke negeri-negeri,
terutamanya yang selama ini ketinggalan. Saya percaya, dengan adanya sistem
lebuhraya dan perhubungan yang moden dan efisien, orang tak perlu berlumba
datang ke kota-kota lagi mencari kehidupan yang baik.
Kita difahamkan terdapat lebih 50,000 graduan menganggur. Majoriti mereka
Melayu. Angka ini mungkin terus bertambah sekiranya pelabur lari untuk mencari
peluang yang lebih besar di negeri China, India ataupun negara-negara maju lain
yang lebih berdaya saing. Ertinya kata-kata pendidikan kunci kepada masa
depan, tidak semestinya benar kerana mereka yang sudah terdidik pun ternyata
tidak mempunyai masa depan. Kita ada oelbagai skim vokasional. Bukan sahaja
untuk melahirkan tenaga kerja mahir, tetapi melatih kembali graduan kita dengan
ilmu-ilmu kemahiran. Sekalipun begitu, angka pengangguran masih bertambah.
Kebayakkan mereka Melayu.

Semuanya ini akan menjadi igauan buruk bagi setiap ibubapa yang menyekolah
dan menghantar anak-anak mereka ke pelbagai institusi pengajian di negara ini.
Anak sudah lulus tetapi kelulusan tak menjanjikan pekerjaan. Memanjangkan
tempuh belajar dan menambahkan pelbagai jenis kursus untuk anak-anak kita
dilihat hanyalah sekadar untuk melengahkan waktu mereka ketika negara tidak
mampu menyediakan pekerjaan untuk semua.

Banyak kursus-kursus kemahiran lebih berorientasikan untuk anak-anak ini


mencari pekerjaan di bandar-bandar besar. Ia tidak menjuruskan kepada industri
pertanian yang sepatutnya selari dengan hasrat memajukan masyarakat desa
kita. Saya percaya semua ini dapat disesuaikan kembali sekiranya kita menukar
cara berfikir kita kearah manakah kemajuan negara hendak diutamakan dan
untuk siapakah kemajuan ini hendak diberikan.

Kita turut mendengar semakin ramai penagih dadah di negara kita. Anggaran
jumlah kesemuanya mencecah angka juta. Pembangunan projek pusat-pusat
serenti paling pesat dalam masa lima tahun terakhir ini. 90 peratus terdiri dari
lelaki. Hampir semuanya Melayu. Ertinya kita berhadapan dengan isu pertahanan
dan keselamatan sosial yang amat kritikal.

Pelbagai program pembangunan belia yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan


namun ia masih tidak menyekat pertumbuhan gejala ini dikalangan orang
Melayu. Banyak peruntukan untuk bersukan dicurahkan oleh pelbagai agensi
kerajaan, namun dibidang ini pun kita masih corot dibelakang. Saya percaya,
kehidupan kita yang tidak menentu ini akhirnya terpaksa bersandarkan kepada
kaum keluarga kita. Iaitu di kampong halaman kita. Hanya di kampung sahaja
institusi keluarga dan kejiranan masih kukuh. Itulah asas dan sandaran terakhir
orang Melayu. Oleh itu, menguatkan institusi desa pasti akan menguatkan orang
Melayu, kerana disitulah tempat terakhir orang Melayu berlindung.

Saya percaya, tidak ada jalan singkat untuk mengangkat martabat Melayu.
Banyak yang diusahakan tetapi adakalanya kita juga yang mempersiakan
peluang yang diberi. Isu menjual baja subsidi, pukat dan enjin nelayan dari
bantuan kerajaan, menjual kontrak, meng-alibabakan lesen adalah isu Melayu
yang tidak boleh dipandang remeh.

Manusia masih disenaraikan dikalangan negara yang tinggi amalan rasuahnya.


Sekiranya amalan ini tidak dikikiskan dikalangan orang Melayu, yang
menghancurkan orang Melayu ialah orang Melayu itu sendiri. Lebih-lebih lagi
sekiranya ia melibatkan kepimpinan kita. Bukan sahaja kepimpinan politik, tetapi
juga kepimpinan pelbagai kumpulan lain, termasuk persatuan-persatuan nelayan,
peneroka, dewan perniagaan dan diperingkat Jawatankuasa Kemajuan
Kampung.

Banyak kelemahan kita, masih berpunca kepada sikap dan budaya sambil lewa
kita terhadap peluang yang ada dan terhadap tanggungjawab yang diberikan
kepada kita sekiranya kita tidak mengubah sikap dan budaya ini apapun peluang
dan tanggungjawab yang diberi, ia akan menjadi sia-sia, seperti mencurah air ke
laut.

Saya percaya dalam usaha kita membina kekuatan ini kita perlu banyak
bermuhasabah dan saling mengingati satu sama lain. Mudah untuk kita
menyalahkan seseorang, tetapi lebih sukar untuk kita melaksanakannya sendiri.
Semakin kurangnya kumpulan-kumpulan cendiakawan atau penggerak
masyarakat Melayu yang berkesan dalam mencanangkan perjuangan Melayu
dalam semua bidang meresahkan kita. Apakah segala-galanya sudah baik dan
kita menyerahkan segala-galanya kepada pihak yang berkuasa? Atau kita sudah
menyerah kalah apabila memperjuangkan masalah Melayu. Atau apakah ada
dasar pemerintahan kita yang tidak gemar mendengar suara-suara lain yang
mungkin berbeza dengannya? Kelesuan cendiakawan dan golongan kelas
menengah sesuatu bangsa adalah petanda kelemahan bangsa itu. Kita tidak
mahu ia berlaku kepada orang Melayu.

Dulu kita ghairah bercakap tentang pencapaian 30 peratus penglibatan Melayu


dalam semua bidang. Kini, sasaran ini gagal, tetapi tidak ada sasaran baru
hendak dituju. Bahkan tak banyak lagi suara yang bercakap mengenai apa-apa
sasaran. Benar, jumlah anak-anak Melayu dalam bidang profesional dan
usahawan sudah meningkat, tetapi hakikatnya kita semakin jauh kebelakang.
Bangsa semakin jauh kedepan dan jumlahnya boleh menelan kita pada bila-bila
masa.

Sekiranya landasan sosial, ekonomi dan politik kita berada pada asas yang
rapuh, kita boleh dimusnahkan pada bila-bila masa. Kita mahu sasaran baru
ditentukan. Berapa ramaikah dokor dan jurutera Melayu dilahirkan dalam masa
lima tahun akan datang. Atau apakah mustahil untuk melahirkan 5,000 genius
Melayu dalam masa 15 tahun akan datang?

Saya yakin kongres ini bukan sahaja akan memperkukuhkan kesetiakawanan


kita, tetapi juga akan membuktikan suara Melayu masih kuat, lantang dan
bertenaga. Kita mesti meneruskan kelantangan kita dalam semua bidang.

Kita harus menjadikannya sebagai suatu pergerakan rakyat yang merangkumi


semua isu, termasuk budaya, bahasa dan agama kita. Kita tidak akan menyerah
kalah bukan sahaja dalam usaha kita menuntuk pelbagai hak yang sepatutnya
milik kita, tetapi juga untuk mengubah cara berfikir dan bertindak kita.

Mari kita teruskan perjuangan ini sehingga kita menjadi umat dan bangsa yang
benar-benar bermartabat, disegani oleh kawan dan lawan.

Semuga Allah memberkati kita dan menyatukan hati-hati kita sebagai umat yang
bertakwa dan diredhainya.

You might also like