Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang

berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum
utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya
bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta
berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia
akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian
lama. Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik perlu dikekalkan untuk menjamin
keselamatan Negara.
Apabila kita semua bersatu padu, kita boleh mengelakkan rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969 agar tidak berulang. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan
kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai
ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh
melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan
ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan
boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan
menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini
akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana
sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan
aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan kaum juga akan
menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa
pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin
mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang
terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa
pertubuhan antarabangsa.

You might also like