Professional Documents
Culture Documents
Sejarah An Bandaraya Ipoh
Sejarah An Bandaraya Ipoh
Nama Ipoh diambil sempena nama sejenis pokok. Ipoh dikenali sebagai
‘Bandaraya Bijih Timah Negara’ disebabkan oleh aktiviti perlombongan disini
suatu ketika dahulu.
Pada tahun 1890, bandar Ipoh mula menjadi bandar kedua terbesar di
Perak selepas Taiping. Kebangkitan bandar Ipoh ini dapat dilihat dengan
terbinanya rumah kelab, panggung wayang Cina dan pasar yang besar. Pada
tahun 1892, bandar Ipoh talah mengalami kebakaran besar dan telah
memusnahkan hampir satu pertiga daripada rumah-rumah yang ada di sini.
Namun begitu, pada tahun 1893, kemusnahan itu telah dibaiki dengan
terbinanya banyak rumah batu yang lebih baik sebagaimana yang dapat dilihat
dengan jelas kini. Pembinaan rumah kedai turut bertambah dengan pesatnya
kesan daripada pembinaan jalan keretapi Lembah Kinta di antara Ipoh dan Batu
Gajah yang digunakan untuk membantu industri perlombongan dan perniagaan
berjalan dengan lebih lancar.
Disebabkan kebanyakan aktiviti perdagangan dan perniagaan berlaku di
sebelah barat Sungai Kinta, maka kawasan berkenaan telah di rezabkan sebagai
kawasan bangunan pentadbiran dan institusi oleh kerajaan Inggeris dan
kebanyakan kesan peninggalan bangunan warisan masih dapat dilihat dengan
jelas di sekitar kawasan ini .
2.Faktor Sejarah
Terdapat sebanyak lebih kurang 100 buah bangunan warisan yang telah
dilawati oleh penyelidik di sekitar bandaraya Ipoh dan pemilihan bangunan
warisan ini dibuat berdasarkan kepada risalah panduan terhadap bangunan
dan tapak warisan bagi ibu negeri Perak sebagaimana yang telah dikeluarkan
oleh Kerajaan Negeri Perak.
Kebanyakan bangunan warisan yang terdapat di bandaraya Ipoh dibina
disekitar tahun 1880an hingga 1930a n iaitu sewaktu zaman pemerintahan
Inggeris di Malaysia.
3.Sumber mineral
Kawasan yang kaya dengan sumber mineral juga merupakan kawasan
tumpuan penduduk seperti Lembah Kinta yang kaya dengan sumber mineral
timah. Ipoh merupakan bandar yang padat penduduk akibat daripada aktiviti
perlombongan mineral timah.
5.Kegiatan sosio-ekonomi
6.Dasar kerajaan