Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012

ISBN 978-983-2063-59-9

KAJIAN ANTROPOMETRIK PELAJAR DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH


Norsazliyana binti Mohamad Ismail1 & Baseri Huddin bin Hussain2
1,2

Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris,


35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
1
zhfrn_ana4eva@yahoo.com.my
Abstrak

Satu kajian irisan lintang (cross-sectional study) data antropometrik dan profil persentil pelajar di sebuah sekolah
rendah di Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan telah dijalankan. Pelajar adalah berumur tujuh hingga sebelas
tahun. Responden terdiri daripada pelajar tahun satu sehingga tahun lima. 354 responden merupakan sampel yang
dibahagikan kepada kumpulan mengikut jantina dan tahun pengajian. Analisis data yang digunakan ialah statistik
deskriptif. Min berat, tinggi dan BMI telah diperolehi bagi setiap kumpulan pelajar. Taburan persentil bagi setiap
kumpulan pelajar telah dianalisis berasaskan populasi kajian. Taburan persentil telah dibandingkan dengan taburan
persentil daripadaUS Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Tiga tahap persentil telah digunakan; 5%,
85% dan 95%, masing-masing telah diterima sebagai titik potong untuk mengkategorikan kepada kekurangan berat
badan, berat badan ideal dan kategori berat badan berlebihan. Obesiti ditakrif apabila BMI seseorang berada lebih
daripada 95%. Terdapat perbezaan antara taburan persentil daripada kajian dengan taburan data yang diperolehi
daripada CDC. Peratusan pelajar yang mempunyai permasalahan kesihatan berasaskan persentil kajian juga berbeza
dengan peratusan yang diperoleh berpandukan carta CDC.
Kata kunci:Cross-sectional study, BMI, CDC, Data Persentil; 5%, 85% dan 95%.

Pengenalan
Peringkat pertumbuhan manusia yang kritikal ialah pada peringkat kanak-kanak dan pada masa ini
ia memerlukan perhatian yang sangat penting selepas peringkat bayi. Oleh kerana kanak-kanak
mengalami pertumbuhan yang pesat, keperluan kepada pengambilan makanan harus dipenuhi
dengan sempurna. Menurut Anderson (1991), kanak-kanak zaman ini telah diberi kebebasan untuk
memilih makanan yang disukai dan keadaan ini menyebabkan kanak-kanak memakan makanan
yang sesuai dengan selera dan citarasa mereka tanpa mengambil kira kandungan nutrisi di dalam
makanan tersebut. Kadangkala mereka mengambil makanan yang banyak kandungan kalori dan
tidak melakukan aktiviti atau latihan fizikal yang sepatutnya bagi mengimbangi penggunaan tenaga
di dalam badan. Kalori yang berlebihan ini jika tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak
dalam tisu-tisu adipos dan mengakibatkan masalah lebihan berat badan dan obesiti berlaku.
Dapatan kajian kesihatan yang diperolehi daripada World Health Organization (WHO)
menunjukkan peratus populasi di beberapa buah negara terhadap permasalahan obesiti.Peratus bagi
negara Malaysia berbanding negara-negara jiran adalah tinggi dan seakan-akan menghampiri negara
Perancis dan Jerman. World Health Organisation (WHO, 1983) mengumumkan kegemukan di
kalangan kanak-kanak bagaikan satu wabak di sesetengah kawasan dan semakin meningkat di
negara lain. Dianggarkan 17.6 juta kanak-kanak kurang daripada usia lima tahun di seluruh dunia
kini mengalami masalah kegemukan. Salah satu pengukuran yang biasa digunakan untuk
mengenalpasti seseorang berada pada tahap obesiti ialah Body Mass Index (BMI)-for-Age dan
beberapa teknik yang sesuai. Di negara USA, pengukuran yang mendapat iktiraf melalui US

185

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Department of Health and Human Services,
USA dan sentiasa dikemaskini data berdasarkan masa populasi.
Jadual 1.0: Peratusan Obesiti Jantina Berlainan Negara

Negara

Peratus (% ) populasi yang mengalami obesiti


Lelaki
Perempuan
31.1
33.2
13.9
18.8
6.7
4.7
3.3
10.2
1.1
3.6
16.1
17.6
20.5
21.1

USA
Malaysia
Singapura
Thailand
Indonesia
Perancis
Jerman
Objektif Kajian

Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di mana pelajar sekolah
merupakan generasi yang bakal menerajui masyarakat pada masa akan datang. Mereka seharusnya
sentiasa di dalam keadaan yang sihat bagi membolehkan proses pembelajaran berjalan dengan
lancar. Antara objektif yang terlibat ialah untuk:
i.
Mengumpul data pengukuran antropometrik pelajar sekolah rendah dari tahun satu
sehingga tahun lima.
ii.

Membuat perbandingan profil persentil (5%, 85% dan 95%) yang dikira berdasarkan
populasi kajian dengan profil persentil daripada carta CDC.

Tinjauan Literatur
Satu kajian berkaitan obesiti di kalangan masyarakat di Malaysia telah dijalankan oleh Bong dan
Safurah (1996). Mereka telah mengkaji pelajar-pelajar obes di dalam kumpulan tersebut.
Bagaimanapun kajian ini tidak mengambil kira takrifan seseorang pelajar terhadap maksud obes itu
sendiri. Amalan pemakanan sampel juga tidak dikaji. Objektif kajian ini adalah untuk
mengumpulkan data mengenai kekerapan obesiti yang berlaku kepada kanak-kanak sekolah rendah
di Malaysia, khususnya sekolah rendah sekitar kawasan perindustrian di Selangor Darul Ehsan.
Kajian ini merangkumi 9 daerah di Selangor dan pengumpulan data dilakukan oleh Kelab Kesihatan
Sekolah berkenaan. Sampel kajian pula dipilih daripada pelbagai daerah. Hanya 300 sampel dipilih
daripada sebuah daerah dan berat badan sampel diambil menggunakan skala yang terdapat di
sekolah itu sendiri. Walaubagaimanapun keputusan kajian ini berhasil menunjukkan bahawa
taburan obesiti adalah berbeza bagi pelajar bandar dan luar bandar manakala daerah luar bandar
iaitu Sabak Bernam cuma menunjukkan peratusan obesiti yang agak rendah iaitu 2.3% sahaja.
Daripada keputusan yang dianalisis didapati sebanyak 78.5% pelajar obes berasal daripada keluarga
yang berpendapatan kurang daripada RM 1,000 sebulan. Tambahan pula, satu kajian yang
dijalankan oleh Sumarni Mohd. Ghazali et al., (2006) di daerah Kuala Selangor bagi mengkaji
permasalahan obesiti di kalangan pelajar sekolah. Tujuan kajian ini dijalankan untuk menentukan
gejala obesiti di kalangan pelajar sekolah rendah darjah lima yang berumur 11 tahun di daerah
Kuala Selangor. Objektif kajian yang dijalankan untuk mengkaji hubungan obesiti di kalangan
pelajar sekolah rendah di daerah Kuala Selangor dan mencari faktor yang mempengaruhinya sama

186

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

ada faktor bandar ataupun luar bandar, etnik dan jantina. Daripada data yang telah dianalisis, 699
sampel yang terlibat; 471 pelajar sekolah bandar (67.4%) dan 228 pelajar sekolah luar bandar
(32.6%). Dari segi etnik pula, 60.2 % kaum Melayu, 10.9% kaum Cina, dan 28.9% kaum India.
Keseluruhan gejala obesiti ialah 7.2%(50 pelajar) di mana 14.6% (102 pelajar) adalah lebihan berat
badan. Prevalens obesiti bagi pelajar lelaki ialah 8.9% dan pelajar perempuan ialah 5.3%. Hanya
hubungan dari segi etnik yang memberi nilai signifikan iaitu p<0.001, jantina dan kawasan bandar
mahupun luar bandar tidak memberi nilai signifikan. Walaubagaimanapun, pelajar perempuan di
kawasan bandar lebih cenderung ke arah masalah obesiti. Daripada segi etnik, pelajar sekolah yang
berbangsa Melayu tiga kali ganda cenderung kepada obes berbanding bangsa India.
Bahkan hasil pengumpulan data yang diperolehi nanti dapat diteruskan oleh penyelidik pada
masa hadapan yang terlibat dalam kajian ini dan memberi manfaat maklumat kepada pihak sekolah.
Metodologi
Langkah-langkah metodologi:
i) Menjalankan satu kajian irisan lintang (cross-sectional study) di salah sebuah sekolah
rendah di Daerah Batang Padang, Tanjong Malim, Perak Darul Ridhzuan.
ii) Mengumpul data pengukuran antropometrik populasi 354 responden dengan
menggunakan penimbang berat dan pengukuran ketinggian yang sentiasa ditentukur
sebelum mengambil bacaan.
iii) Menganalisis data yang diperolehi menggunakan perisian SPSS versi 17.0 dan Microsoft
Office Excel serta menggunakan statisitik deskriptif dalam menganalisis dapatan data.
Dapatan Kajian
Persoalan Kajian (i):Apakah kuantiti yang diperolehi daripada data pengukuran antropometrik
pelajar sekolah rendah dari tahun satu sehingga tahun lima?
Berdasarkan kecenderungan memusat, tiga kuantiti (tinggi, berat dan BMI) yang telah dianalisis
daripada data antropometrik yang diperolehi adalah seperti dalam carta bar berikut:
Bilangan
Bilangan Bilangan
P, Tiga, 47 P, Empat, 45
L, Lima, 46
Bilangan
Bilangan
B
Bilangan L, Tiga, 36
Bilangan
L,
Empat, 34
Bilangan
P, Dua, 33
Bilangan
I
P, Lima, 32
L, Satu, 30
Bilangan
L P, Satu, 29 Bilangan
L
L, Dua, 24
A
N
G
A
N
TAHUN PENGAJIAN
Rajah 1.1: Bilangan Responden

187

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

Rajah 1.1 di atas mengandungi 354 responden kerana dua orang responden telah berpindah ke
sekolah lain. Carta ini memberi taburan responden yang mengambil bahagian dan menunjukkan
pelajar pada tahap tahun atas lebih ramai daripada pelajar pada tahun tahun rendah.

K
E
M
C
E
E
G M
N
A U
D
N S
E
A
R
T
U
N

MIN, TAHUNMIN, TAHUN


MIN, TAHUN
MIN,
TAHUN
LIMA, 139.6
EMPAT, 136.94
MIN, TAHUN
TIGA, 127.61
DUA,
124
SATU, 118.91

MIN
SISIHAN PIAWAI

SISIHAN
SISIHAN SISIHAN SISIHAN SISIHAN
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
SATU, 5.97 DUA, 6.75 TIGA, 6.35EMPAT, 8.97 LIMA, 8.44
TAHUN

Rajah 1.2: Ketinggian Responden

Rajah 1.2 menunjukkan min ketinggian pelajar bagi setiap kumpulan tahun pengajian dengan nilai
sisihan piawai masing-masing. Keseluruhannya menunjukkan tren yang sesuai iaitu min ketinggian
meningkat bagi setiap peningkatan tahun pengajian. Sisihan piawai bagi tahun empat adalah
tertinggi (8.97); bermakna, homogen ketinggian pelajar tahun empat mempunyai darjah yang paling
rendah.

K
E
C
E
N
D
E
R
U
N
G

A
N
M
E
M
U
S
A
T

MIN, TAHUN
MIN, TAHUN
LIMA, 36.06
EMPAT, 33.8
MIN
MIN, TAHUN
MIN, TAHUN
MIN, TAHUNDUA, 24.68TIGA, 27.13
SISIHAN
SATU, 22.02
PIAWAI
SISIHAN SISIHAN
SISIHAN SISIHAN SISIHANPIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
EMPAT, 11.31
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
LIMA, 10.72
SATU, 5.88 DUA, 7.83 TIGA, 7.14

TAHUN

Rajah 1.3: Berat Responden

Rajah1.3 menunjukkan min berat pelajar bagi setiap kumpulan tahun pengajian dengan nilai sisihan
piawai masing-masing. Keseluruhannya menunjukkan tren yang sesuai iaitu min berat meningkat
bagi setiap peningkatan tahun pengajian.

188

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

MIN, TAHUNMIN, TAHUN


MIN, TAHUNEMPAT, 18.06LIMA, 18.29
MIN, TAHUNMIN, TAHUN
DUA, 15.87 TIGA, 16.49
K
A SATU, 15.37
E
MIN
N
C
SISIHAN
SISIHAN SISIHAN
SISIHAN
E
SISIHAN
PIAWAI, TAHUN
M
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI,
TAHUN
PIAWAI, TAHUN
PIAWAI, TAHUN
N
DUA, 4.07 TIGA, 3.35 EMPAT, 4.35LIMA, 4.06
E
SATU, 2.94
D
M
E
U
R
TAHUN
S
U
A
N
T
G
Rajah 1.4: BMI Responden

Rajah1.4 menunjukkan min BMI pelajar bagi setiap kumpulan tahun pengajian dengan nilai sisihan
piawai masing-masing. Keseluruhannya menunjukkan tren yang sesuai iaitu min BMI meningkat
bagi setiap peningkatan tahun pengajian.
Dari ketiga-tiga carta, pelajar tahun empat menunjukkan darjah homogen yang paling
rendah bagi semua kuantiti. Kadar pertambahan min bagi semua kuantiti dari tahun satu ke tahun
lima akan diselidiki.
Persoalan Kajian (ii):Apakah perbandingan profil persentil (5%, 85% dan 95%) yang dikira
berdasarkan populasi kajian dengan profil persentil daripada carta CDC?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, data-data yang diperolehi dianalisis dan dibahagikan kepada
dua kategori iaitu kategori perempuan dan kategori lelaki. Data persentil dikira secara manual dan
dibandingkan hasilnya dengan dapatan data piawai CDC. Daripada hasil pengiraan secara manual
bagi mendapatkan data-data eksperimen persentil, maka terdapat perbandingan yang dapat dilihat
seperti dalam Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 dalam hasil perbincangan.

189

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

Jadual 1.1: Persentil (%) BMI Lelaki

Persentil
(%)
BMI
Data
Kekurangan
Berat Badan
Normal
Lebihan
Berat Badan

Tahun Satu
(Tujuh
Tahun)

Tahun Dua
(Lapan
Tahun)

Tahun Tiga
(Sembilan
Tahun)

Tahun
Empat
(Sepuluh
Tahun)
Exp. CDC. Exp. CDC Exp. CDC Exp. Int.
12.3 13.7 11.8 13.8 12.5 13.9 12.8 14.2

85
95

17.8
24.4

20.2
22.8

21.2
22.8

17.4
19.2

18.0
20.0

18.6
21.5

26.3
28.3

Tahun
Lima
(Sebelas
Tahun)
Exp. CDC
12.7 14.6

19.4 22.7
22.5 25.7

20.2
23.2

Jadual 1.2: Persentil (%) BMI Perempuan

Data
Kekurangan
Berat Badan
Normal
Lebihan
Berat Badan

Persentil
(%)
BMI

Tahun Satu
(Tujuh
Tahun)

Tahun Dua
(Lapan
Tahun)

Exp. CDC
12.2 13.4

Exp.
9.4

85
95

17.1
19.2

18.6
22.8

17.6
19.6

Tahun Tiga
(Sembilan
Tahun)

Tahun Lima
(Sebelas
Tahun)

CDC Exp.
13.6 11.8

Tahun
Empat
(Sepuluh
Tahun)
CDC Exp. CDC
13.8 13.4 14.0

Exp.
14.5

CDC
14.4

18.2
20.6

19.5
21.8

23.4
27.8

20.8
24.0

18.9
22.4

20.0
23.4

20.0
23.0

Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan corak pola peningkatan profil persentil bagi eksperimen dan
CDC terhadap peningkatan umur responden.

P
E
R
C
E
N
T
I
L

30

5% eks p.

25

5% C DC
85% eks p.

20
85% C DC
15

95% eks p.

10

95% C DC

5
0
7

UMUR 10

11

Rajah 1.5: BMI Kategori Perempuan

190

12

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

Berdasarkan Rajah 1.5 berlaku kenaikan bagi data eksperimen persentil 85% bagi kategori normal
dan data eksperimen persentil 95% bagi kategori lebihan berat badan terhadap peningkatan umur
responden perempuan.
Rajah 1.6: BMI Kategori Lelaki
30
P
E
R
C
E
N
T
I
L

25
5% eksp.

20

5% CDC
15

85% eksp.
85% CDC

10

95% eksp.

95% CDC

0
7

10

11

12

UMUR

Berdasarkan Rajah 1.5 berlaku kenaikan bagi data eksperimen persentil 85% bagi normal dan data
eksperimen persentil 95% bagi kategori lebihan berat badan terhadap peningkatan umur responden
dan berlaku sedikit penurunan tidak seragam pada data eksperimen persentil 5% bagi kategori
kekurangan berat badan sewaktu responden berumur lapan tahun.
Perbincangan Dan Kesimpulan
Tujuan kajian ini adalah mengumpul data pengukuran antropometrik pelajar sekolah rendah dari
tahun satu sehingga tahun lima dan membuat perbandingan profil persentil (5%, 85% dan 95%)
yang dikira berdasarkan populasi kajian dengan profil persentil daripada carta CDC.
Secara amnya, terdapat perbezaan bagi setiap data persentil kiraan yang dibandingkan
dengan data persentil CDC bagi kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan seperti dalam Jadual
1.1 dan Jadual 1.2 akan tetapi Jadual 1.2 menunjukkan persamaan cut-off point (titik potong)
persentil bagi data normal terhadap responden yang berumur sepuluh tahun. Cerapan daripada Graf
1.1 mendapati bahawa persentil eksperimen 5% berada di bawah bacaan persentil CDC, akan tetapi
persentil eksperimen bagi 85% dan 95% berada tinggi daripada persentil CDC. Begitu juga dari
Graf 1.2, persentil eksperimen 5% berada di bawah pesentil CDC terutamanya ketika responden
berumur lapan tahun. Manakala, persentil 85% dan 95% berada tinggi daripada persentil CDC.
Perbezaan corak pola graf bacaan data eksperimen yang diperolehi berkemungkinan berlaku
disebabkan oleh populasi sampel yang kecil dalam kajian berbanding dengan sampel populasi yang
besar bagi CDC.
Hasil daripada analisis statistik dan perbincangan, dapatlah disimpulkan kajian harus
diperluaskan untuk mengumpul sampel daripada populasi yang lebih besar. Ini boleh dilakukan

191

Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2012


ISBN 978-983-2063-59-9

dengan melibatkan lebih banyak sekolah. Daripada kajian sedemikian, satu carta dan profil persentil
yang dibina berasaskan kuantiti antropometrik penduduk setempat dapat dibina. Kuantiti
antropometrik orang Asia berbeza dengan antropometrik orang Eropah. Dengan itu pergantungan
carta dan profil dari Negara Eropah dikhuatiri tidak menepati piawaian rujukan pelajar di negara ini
dalam menentukan tahap permasalahan kesihatan fizikal mereka.
Bilangan pelajar mempunyai permasalahan kesihatan fizikal, ideal dan berat badan
berlebihan berasaskan profil persentil kajian adalah lebih rendah atau tinggi daripada bilangan yang
didapati berpandu kepada profil persentil CDC. Dalam dapatan kajian ditunjukkan jadual bilangan
pelajar mempunyai permasalahan kesihatan masih di peringkat awal lagi. Oleh itu, usaha
pencegahan perlu dilakukan terutamanya oleh kanak-kanak itu sendiri dengan bantuan ibu bapa
bagi mengurangkan risiko ini daripada semakin berlarutan mengikut tahap tumbesaran mereka.
Keadaan ini boleh menyumbang kepada risiko permasalahan kesihatan.
Penghargaan
Ucapan terima kasih dirakamkan atas kerjasama Guru Besar dan En. Amizan Bin Mohamed Nasir,
guru sekolah rendah yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Rujukan
Anderson J.J.B. (1991), the status of adolescent nutrition. Nutrition Today. 26 (2). 7-10. World Health Organization.
(1983). Measuring Changing in Nutritional Status, Guideline for Assessing the Nutritional impact of
Supplementary feeding Programmers for Vulnearable Groups, Geneva.
Bong A.S.L, and Safurah Jaafar. (1996), Obesity Among Year 1 and Primary School Children in Selangor Darul Ehsan.
Malaysian Journal of Nutrition. 2: 22-27.
Childrens
Growth
Charts.
Diperoleh
27
September
2011
daripada
http://pediatrics.about.com/od/growthcharts2/Childrens_Growth_Charts.htm
Sumarni Mohd. Ghazali, Muhammad Amir Kamaluddin, Ibrahim Md. Said, Mohd. Rosdi Isa, Izzuna Mudla Mohamed
Ghazali, And Nurziyana Idris(2006).Obesity Among School Children In Kuala Selangor: A Cross-Sectional
Study, Tropical Biomedicine 23(2) : 148-154
Saifulizam Mohamad, Mohd. Khuzairi Ismail & Syukri Shaari (2011, November 15). Obesiti: Malaysia Nombor Satu.
Kedudukan Pertama di ASEAN, Keenam di Rantau Asia Pasifik-Rosnah. Utusan Malaysia, 10.

192

You might also like