Usaha Menceriakan Sekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

USAHA MENCERIAKAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan
sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah
pelajaran. Pelajar seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap
pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata
peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu
mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan
berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi
warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah
dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat
disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir
untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah
atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program
Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan
tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran
sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga
boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah.
Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan
serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat
untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit
yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat
bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk
datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku
syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh
menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan
sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding
sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak
serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai
untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui
aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk
membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan

mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai
kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam
perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.
Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada
petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan
mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud
mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak
sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan
selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan
dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian
Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan
memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya
diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan
sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersamasama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

You might also like