Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BINCANGKAN REAKSI YANG DITUNJUKKAN TERHADAP DASAR SEKULAR YANG

DIPERKENALKAN OLEH KEMAL ATARTURK BERIKUTAN PEMBENTUKAN NEGARA TURKI


MODEN?

PENGENALAN

 Negara Turki moden ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik dan sekular. Sistem
politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas
kejatuhan Empayar Otoman, akibat Perang Dunia I.
 Republik Turki secara rasmi dipanggil Republik Turki, ialah sebuah negara EurAsia di Timur
Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia.
 Keluasan wilayah Turki adalah 567.536km yang mana 23.585km adalah terletak di Eropah dan
selebihnya di Asia.
 Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya
terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu
Bulgaria di Barat laut; Greece di Barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur;
dan Iraq dan Syria di tenggara.
 Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di Barat, dan Laut Mediterranean di
selatan. Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk
menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia. Turki merupakan sebuah negara rentas
benua.

APA ITU SEKULARISME?

 Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-
undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan.
 Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam
ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil
golongan sekularis.
 Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan
dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat
neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana
agama.
 Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan
yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta
bukannya pengaruh agama
 George Holyoake dalam "English Secularism" yang diterbitkan pada 1896 menerangkan
sekularisme sebagai “Sekularisme adalah aturan peraturan yang berkaitan dengan kehidupan,
berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan, dan disasarkan kepada mereka yang mendapati ajaran
agama tidak mencukupi, tidak boleh dipegang atau tidak dipercayai”.

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5
KEMAL ATATUK

 Kemal Atatürk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha
adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan
presiden Turki yang pertama.
 Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal
beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari
Tentera Ottoman.
 Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah
undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama
'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.
 Ataturk menyertai Akademi Tentera Ottoman di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di
Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya
di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet' (Tanah air dan Kebebasan).
Gerakan sulit ini aktif menentang regim autokratik Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.
 Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam
Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di
tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan
negara Turki.
 Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya
menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
 Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang
pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali
sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar
bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme".
 Konsep Kemalisme :
- Republikanisme --- pemerintahan tidak beraja
- Nasionalisme --- berdasarkan bangsa Turki
- Revolusionisme --- berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan
- Sekularisme --- memisahkan agama dengan kehidupan
- Etatisme --- ekonomi bebas/ pemilikan bebas
- Populisme --- pemilikan berdasarkan kuasa rakyat

 Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara
sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934.
Kemal Atatürk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.

SEKULARISME DI TURKI

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5
 Pada majlis kebangsaan yang diadakan pada bulan oktober 1923, di Ankara telah diputuskan
bahawa Turki adalah sebuah negara republik dan mengangkat Kemal Atatürk sebagai presiden
Turki. Ankara pula dijadikan ibu kota Turki yang mengantikan konstantinopel.
 Sekularisme di Turki diperkenalkan melalui Perlembagaan Turki 1924 dan kemudian oleh
pembaharuan Kemal Atatürk yang menggubal satu set syarat-syarat pengurusan dan politik untuk
mencipta satu negara yang moden, demokratik dan sekular sejajar dengan ideologi Kemalist.
 Setelah 13 tahun pengenalannya, (5 Februari 1937) dinyatakan dengan jelas dalam Artikel Kedua
Perlembagaan Turki. Perlembagaan Turki semasa tidak mengiktiraf agama rasmi ataupun
mempromosi mana-mana agama termasuk Islam walau pun sekurang-kurangnya lebih daripada
95% warganegara Turki adalah orang Islam.

LANGKAH MEWUJUDKAN REPUBLIK TURKI MODEN

1. Menghapuskan sistem kalifah yang dianggap tidak sesuai digunakn lagi dan dianggap jawatan
kalifah akan mencabar jawatan presiden.

2. Pada 1924, jabatan khalifah dan jabatan menteri syari’at dan wakaf dihapuskan.

Menghapuskan seluruh atau hampir semua institusi keagamaan yang ada dalam pemerintahan.
Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan
“bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan”.

3. Menghapuskan mahkamah syariah dan digantikan dengan mahkamah sivil

4. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

5. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam

6. Lembaga pendidikan dan sekolah-sekolah agama dihapuskan

7. Mengahapuskan syari’at islam dan digantikan dengan syari’at atiqat (hukum adat), dan
kemudianya digunakan undang-undang miden swiss.

8. Hari cuti digantikan daripada hari ahad kepada hari jumaat

9. Kelender hijrah digantikan kepada kelendar masihi

10. Kesamarataan hak antara perempuan dan lelaki.

11. Jumlah masjid dikurangkan dan dihadkan luas halaman masjid tidak lebih dari lima ratus meter.

12. Merubah kegunaan masjid sebagai tempat ibadat. masjid dijadikan muziam dan gudang
contohnya masjid aya sophia dan masjid raja al-fatih.

13. Melarang poligami yang disesuaikan daripada undang-undang swiss

14. Larangan memakai jubah, tudung dll kepada pemakaian ala Barat seperti topi dll. Beliau pernah
menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian
moden".

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5
15. Mengeluarkan undang-undang yang mewajibkan warganera menggunakan nama belakang (nama
keluarga)

16. Larangan mengadakan upacara spirituan seperti tariqat dan menutup tempat-tempat tersebut.

17. Para wanita dibolehkan bekerja

18. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan
seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

19. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

20. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-
unsur Arab dan Parsi.

21. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah
mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

22. Huruf Arab dihapuskan dan digantikan dengan huruf latin . didirikan sekolah-sekolah untuk
mengajar huruf latin yang dianggap bersifat nasional.

23. Fakulti-fakulti pendidikan bahasa Arab dan parsi dihapuskan.

24. Pencetakan buku dikawal dan hanya dibenarkan mencetak hurup latin sahaja.

25. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Ini dapat dilihat melalui satu peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut,
askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan
jawapan yang diberikan oleh askar itu.

REAKSI MASYARAKAT

 Pemberontakan suku kurdi (1925), yang dipimpin oleh syekh sa’id asyaikh al masyayikh. Gerakan ini
tidak senangkan dasar yang dipekenalkan oleh Kemal Atatürk. Seterusnya Kemal Atatürk telah
menangkap, membunuh dan membuang keluar negeri mereka yang menyokong pemberontakan ini.

 Guru –guru tareqat yang memperjuangkan agama islam dan menyokong pemberontakan Kurdis telah
di tangkap dan digantung dikhalayak ramai iaitu dihadapan masjid diyarbekir.

 Pada 23 disember 1930, syeikh mehmed dan pengikutnya telah bersyarah dibandar manema yang
mana telah mengajak umat islam kembali menutup aurat, berkopiah dan berbahasa Arab. Ajen Kemal
Atatürk telah menembak orang-orang dalam perhimpunan terbabit. Ajen tersebut akhirnya ditangkap.
Kemal Atatürk telah menghantar tentera dan menghukum gantung pengikut-pengikut tersebut.
Bandar tersebut dibakar dan kemudianya dibina semula.

 Kumpulan-kumpulan sufi yang mengadakan majlis-majlis zikrullah tareqat sufiah telah disekat melalui
akta-akta di parlimen. Pusat-pusat aktiviti mereka ditutup dan harta benda dirampas. Majlis maulidur
dan tahlil diharamkan. Mereka memperjuangkan kebebasan beragama dan mengembalikan
kebebasan beragama dalam masyarakat

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5
 Parti bebas ditubuhkan pada tahun 1930, oleh Fethi Okyar. Beliau bertindak menubuhkan parti
tersebut kerana menentang dasar autokratik yang diamalkan oleh pemerintahan kemal atatuk.
Namun akhirnya parti ini diharamkan kerana mengancam populariti CHP (Parti Republik Rakyat)
yang ditubuhkan oleh Kemal Atartuk.

 Sekumpulan ahli CHP dan beberapa orang panglima perang pembebasan turki seperti Rauf Orbay,
Kazim Karabekir, dan Ali Fuat Cebesoy bertindak keluar pasti dan menubuhkan Parti Republik
Progresif (Terakiperver Cumhuriyet Firkasi)

 Golongan yang berfahaman islam dan liberal tidak berpuas hati dengan dasar sekular yang
diamalkan oleh pemerintahan kamal atartuk. Mereka mahukan suasana politik yang liberal, bebas
dan setiap individu diberi kebebasan kepercayaan dan pegangan politik. Gerakan Nurcu ini dipimpin
oleh Bediuzzaman Said Nursi (1876/7-1960).

 Kumpulan yang lebih liberal dalam politik adalah Parti Demokrat yang dipimpin oleh Cecal Bayar dan
Adnan Menderes. Pada tahun 1950, parti ini telah mengambil kuasa dari CHP dan memberikan
kesan yang besar terhadap pelaksanaan islam dalam kehidupan harian di Turki.

 Pada 1960, tentera merampas kuasa kerana idea dari parti demokrat telah mencabar idea
sekularisme dan pengaruhnya semakin merosot.

KESAN-KESAN DASAR SEKULARISME

Pembaharuan yang dilakukan oleh Kemal Atatürk daripada sebuah negara Turki islam kepada dasar
sekular yang condong kepada Barat telah memberikan beberapa kesan terhadap negara, rakyat, ekonomi
dan sosial. Cita-cita dan hasrat Kemal Atatürk untuk memajukan Turki setaraf dengan negara Barat
seperti yang diimpikan tidak pernah berjaya.

1. Turki tidak dikenali dunia

- Daripada sebuah bangsa kuat dan pernah mempunyai empayar yang luas yang merangkumi
Eropah, timur tengah dan Asia tengah kini sudah berkecai dan menjadi bangsa yang lemah.

- Semasa empayar Uthmaniah masih memerintah, dunia islam sangat menghormati Turki
hingga di negara-negara Asia tenggara. Sultan-sultanya di doakan di dalam khutbah-khutbah
jumaat, tetapi kini dunia islam sudah melupakanya.

2. Kemunduran pembangunan material dan fizikal

- Pembangunan material pada zaman Kemal Atatürk dijangka lebih canggih dan hebat, namun
tidak terjadi malah hanya berlaku dari segi teori sahaja bukanya praktikal.

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5
- Pembangunana pada zaman Turki Uthmaniah lebih hebat dan agung yang tidak dapat
ditandingi era pemerintahan selepasnya. Contonya masjid Biru, masjid Sultan Sulaiman yang
lebih kukuh binaanya, indah dan besar.

- Begitu juga dengan pembinaan istana, istana Topkapi dan Dolmabahce di Istambul, adalah
sebuah istana yang serba lengkap dengan kemudahan. Kini Istana Dolmabahce telah
dijadikan sebuah hotel terkemuka.

- Pembinaan bandar yang berlaku juga memperlihatkan kegagalan Atatürk. Ankara dibina
sebagai model pembangunan bandar yang canggih tidak berjaya dan kini hanya menjadi
kawasan sosial untuk berpeleseran dan maksiat. Senibina bangunan Ankara juga masih
ketinggalan untuk bersaing dengan negara Barat dan tidak dapat menandingi kegemilangan
senibina era Turki Uthmaniah.

3. Ekonomi Turki semakin merosot

- Pada tahun 1929, Turki ditimpa kemelesetan ekonomi. Para petani mengeluh dan kesal
kerana tanaman mereka tidak menjadi

- Pada hari barangan Turki tidak dapat di pasarkan di Eropah dan menembusi negara-negara
yang lain. Tindakan Barat pula melonggarkan barangan mereka kepasaran Turki. Bantuan
daripada Barat tidak diperolehi dan menyebabkan Turki mengalami masalah penganguran dan
inflasi yang tinggi.

4. Hubungan dengan negara Arab rengang

- Sesetengah negara Arab renggang kerana masih ada sentimen yang menganggap negara
Turki penjajah yang mana pada era pemerintahan Turki Uthmaniah kawasan seperti hijaz, iraq,
mesir, dll adalah dibawah empayar Turki Uthmaniah.

- Turki juga telah memutuskan hubungan dengan islam dan timur sejak dasar sekular
diamalkan.

5. Sekatan dari sudut ketenteraan

- Di paksa Barat menganggotai NATO (pakatan atlantik utara) yang mana menyekat kuasa
ketenteraan Turki. Turki tidak boleh menambah jumlah tenteranya dan memodenkan
kelengkapan ketenteraan tampa keizinan NATO.

6. Kehilangan tenaga profesional

- Oleh kerana pendidikan sekular yang mana memburu kehidupan dunia dengan melupakan
akhirat, ramai cerdik pandai dan golongan profesional Turki telah berhijrah dan bekerja di
negara yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dengan tawaran gaji yang tinggi.

- Mereka ini juga turut menukar kewarganegaraan dan ini menyebabkan tenaga mahir tiada
untuk memajukan Turki. Perpindahan cerdik pandai Turki ke nagara Barat telah
menguntungkan Barat untuk memajukan negara mereka dengan perpindahan kemahiran dan
profesional Turki kenegara mereka.

7. Pemberontakan minoriti Kurdis di sempadan

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5
- Oleh kerana dasar Turki yang menghala keBarat, ini telah menambah kebencian bangsa
Kurdis yang tinggal di pinggir negara Turki. Mereka memusuhi pemerintahan Turki dan
menuntut membebasan dan kemerdekaan.

- Mereka ingin menubuhkan sebuah negara yang merdekan dan tidak mahu terpengaruh
dengan Barat. Jumlah bangsa Kurdis dianggap minoriti namun jumlah bangsa mereka 12 juta
orang daripada 60 juta penduduk Turki.

- Pemberontakan daripada bangsa ini sering berlaku. Askar Turki di sempadan kerap di serang.
Pada tahun 1992, kira-kira 2000 orang terbunuh yang dicetuskan oleh gerila Kurdis yang
menggelarkan diri mereka Parti Buruh.

8. Yahudi kuasai ekonomi Turki

- Yahudi sudah lama bertapak di Turki dan menguasai ekonomi Turki. Gerakan freemason
(yahudi dunnama@donmeh) telah menjadikan bidang ekonomi, politik, kebudayaan sebagai
target perjuangan mereka. Yahudi bukan hanya mahukan keuntungan ekonomi malah turut
merosakkan sosial dan budaya masyarakat Turki. Projek–projek kemaksiatan seperti
pelacuran di perbesarkan hingga cukai yang tinggi di perolehi daripada aktiviti pelacuran.

PENUTUP

Usaha dan langkah yang dilakukan oleh Kemal Atatürk ini telah memutuskan Turki dengan masa
lalunya (islam) dan telah memutuskan Turki dengan saudara seagamanya iaitu seluruh dunia islam.

Pada 1940 islam mula marak kembali di Turki, setelah Kemal Atatürk meninggal dunia.
Pemenrintakan ditaktur Kemal Atatürk terhadap keagamaan mulai berubah dan kalangan islamis Turki
mulai mendapat kembali peluang membina kehidupan beragama dikalangan bangsa Turki.

RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN (AEA060358)


5

You might also like