20140217170218unit 1 Pengenalan Kepada Penyelididkan Sekolah Rendah PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 1
PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menyatakan definisi penyelidikan dalam pendidikan.
2. Mengenal pasti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam
pendidikan.
3. Menghuraikan isu dan etika dalam penyelidikan pendidikan.
4. Mengenal pasti prosedur penyelidikan dalam pendidikan.

PETA KONSEP
Reka Bentuk Kajian
Rancangan
Kajian

Populasi & Sampel Kajian


Soalan & Data Kajian
Membina Alat-Alat Kajian

Penyelidikan
Pendidikan

Alat-Alat
Kajian

Kebolehpercayaan &
Kesahan Alat-Alat Kajian
Kajian Rintis
Pengukuran & penaksiran
Variabel Kajian

Analisis
Data

Analisis Data Kuantitatif


Analisis Data Kualitatif

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

PENGENALAN
Unit ini memperkenalkan secara ringkas apa itu penyelidikan pendidikan sekolah
rendah. Definisi, konsep penting seperti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam
pendidikan juga dibincangkan bersama isu dan etika dalam penyelidikan agar
menjadi panduan kepada penyelidik. Prosedur penyelidikan diberikan satu persatu
agar penyelidik jelas akan tertib dalam mengendalikan penyelidikan dalam
pendidikan.

ISI KANDUNGAN
Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?

Penyelidikan bermula apabila sesuatu masalah dirasai.Masalah yang dihadapi


merupakan rangsangan kepada penyelidikan. Akal yang dirangsang oleh masalah
akan berfikir dan menimbang sama ada sesuatu masalah yang dihadapi merupakan
masalah sebenar dan memerlukan penyelesaian.Akal akan mengenalpasti dan
menganggarkan sejauh mana masalah itu perlu dikaji dan akal juga akan
menentukan sebanyak mana faedah yang boleh diperolehi daripada penyelidikan
terhadap masalah. Tanpa masalah akal tidak akan dirangsang dan sekaligus
penyelidikan tidak akan berlaku.

Sejarah penyelidikan pendidikan bermula apabila munculnya tamadun


manusia. Masalah yang dihadapi oleh manusia seperti masalah pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan manusia mengkaji dan terus mengkaji cara untuk
memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai
mengikut peredaran zaman. Dengan kata lain, perkembangan penyelidikan berkait
rapat dengan perkembangan tamadun manusia.

Berdasarkan beberapa sumber pengetahuan, manusia akan terus menyelidiki


sesuatu masalah yang dihadapi untuk memperbaiki kehidupan mereka.Menjalankan
penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara,
menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

mendalam.Kerlinger (1973) menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik


untuk membongkar fakta.Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?
Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir secara sistematik,
terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kait antara fenomena
semulajadi yang boleh diperhatikan.

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesis


2. Mereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesis
3. Mengumpul dan menganalisis data
4. Menjawab soalan kajian atau menerima atau menolak hipotesis
(John Dewey, 1859-1952)

Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah
pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal
fenomena

pendidikan.

Terdapat

beberapa

definisi

penyelidikan

antaranya,

penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam,


secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan
bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).

Helmstadtr

(1970)

pula

mendefinisikan

penyelidikan

adalah

aktiviti

penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru


dengan menggunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang diguna
pakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.Penyelidikan adalah suatu
penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan faktafakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan
penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai
semula (Woolf, 1975).Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa penyelidikan
sebagai satu aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan atau makna
kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berdasarkan sesuatu masalah
yang hakikatnya sudah dikenal pasti.

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

Tujuan Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan

Secara umum, penyelidikan pendidikan dijalankan adalah untuk mencapai satu


daripada empat tujuan utama (Gall, 1996), iaitu :
1. Untuk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam
bentuk suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu, contohnya fenomena
dalam kelas secara spesifik atau alam pendidikan secara keseluruhan. Dalam
kategori ini, tujuan penyelidikan adalah untuk memerihalkan fenomena yang
berlaku, misalnya situasi pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan
atau aktiviti pengenalan kaedah pengajaran baharu di dalam kelas.
2. Untuk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan situasi masa kini. Contohnya, kejayaan pelajar pada masa
hadapan diramal berdasarkan prestasi mereka pada masa kini. Keputusan
peperiksaan calon-calon percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya
boleh digunakan untuk meramal keputusan sebenar mereka di dalam
peperiksaan SPM. Dalam konteks ini, tujuan kajian mungkin berkait dengan
kebolehtelahan ujian peramal yang dibina. Hal ini kerana penyelidikan
menekankan usaha memperkembangkan teori-teori yang baik atau usaha
menemui prinsip-prinsip am yang berguna untuk menelah sesuatu perlakuan
pada masa hadapan.
3. Untuk tujuan penambahbaikan berhubung dengan sesuatu fenomena yang
biasanya melibatkan aktiviti pencelahan (intervention). Tujuan penyelidikan
adalah untuk menambah baik aktiviti atau situasi yang wujud masa kini
melalui cara penyelidik menganggu fenomena berkenaan dengan cara
mewujudkan pencelahan. Melalui cara ini, penyelidik boleh menilai hasil yang
wujud daripada gangguan tersebut. Contohnya, sebelum melaksanakan satu
kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut dicuba terlebih dahulu
oleh penyelidik untuk melihat keberkesanannya.
4. Untuk tujuan menerangkan satu fenomena tertentu berdasarkan suatu teori,
model atau kesimpulan. Tujuan kategori ini serupa dengan kategori pertama.
Perbezaannya, bagi kategori ini

yang

ditekankan

ialah

penerangan

berdasarkan teori, model atau kesimpulan yang sudah wujud berdasarkan


kajian-kajian lalu. Contohnya, menerangkan tingkah laku kanak-kanak

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

semasa menyelesaikan masalah berayat Matematik menggunakan teori


perkembangan kanak-kanak Piaget.

AKTIVITI 1.1
Pada pendapat anda mengapakah sesuatu isu dalam pendidikan itu perlu
dijalankan penyelidikan?

Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan dan


penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu masalah atau
isu. Secara amnya, sesuatu penyelidikan melibatkan tiga langkah utama iaitu :

i.

Mengemukakan persoalan

ii.

Mengumpul data untuk menjawab persoalan

iii.

Mengemukakan jawapan kepada persoalan

Dengan kata lain, proses yang dilalui dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan
merupakan suatu proses penyelesaian masalah atau mencari jawapan kepada
sesuatu masalah atau tanda tanya. Oleh itu, maklumat atau data diperlukan sebagai
bukti atau asas kepada jawapan atau penyelesaian yang dikemukakan.Namun,
terdapat langkah-langkah lain yang tidak kurang pentingnya untuk menjadikan
sesuatu penyelidikan itu bersifat lebih ilmiah.Antaranya, persoalan, masalah atau isu
yang dikemukakan melalui data yang diperoleh daripada pembacaan atau
penyelidikan yang dilaksanakan dalam bidang yang berkaitan.Ini secara tidak
langsung menjadikan pembacaan dan pencarian maklumat salah satu aktiviti
penting dalam pelaksanaan penyelidikan.Namun begitu, penyelidikan tidak terhad
kepada pencarian dan pengumpulan maklumat semata-mata. Menurut Noraini
(2010), aktiviti penyelidikan ilmiah merupakan satu aktiviti yang menyumbang
kepada sesuatu yang baru, sama ada dari segi ilmu ataupun amalan.
Secara ringkasnya proses penyelidikan meliputi langkah-langkah berikut:
1. Ia bermula dengan satu persoalan di dalam pemikiran seorang penyelidik.

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

2. Ia memerlukan satu perancangan.


3. Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masalah.
4. Ia melibatkan permasalahan utama dengan permasalahan berkaitan.
5. Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan
6. Ia melibatkan fakta dan makna fakta.
7. Ia adalah berhubungkait menghimpun dan menganalisa data.
8. Availability (Sumber tersedia) penyelidik memastikan adanya sumber tersedia
seperti instrumen dan data dari kajian yang hampir sama.
9. Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data.
10. Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data sama ada mencukupi
bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan.
11. Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah
tepat dan sah.

Kepentingan Penyelidikan Pendidikan

Dalam penyelidikan pendidikan terdapat beberapa kepentingan yang signifikan


kepada penyelidik. Dengan mengetahui kepentingan ini seseorang itu akan
mengetahui betapa perlunya sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Antaranya ialah :

1. Penyelidikan menyumbang ke arah penambahbaikan amalan.


2. Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar.
3. Penyelidikan memperkaya pengetahuan sedia ada.
4. Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan
5. Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa.
6. Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat).
7. Meningkatkan

kemahiran

penyelidikan

(pengurusan,

analisis,

penulisan,

komunikasi interpersonal, pengucapan awam).

Jenis Penyelidikan Pendidikan

Kebanyakan

pakar

penyelidikan

pendidikan

berpendapat

bahawa

bidang

penyelidikan boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu penyelidikan asas
dan penyelidikan gunaan. Berikut adalah jenis-jenis penyelidikan dalam pendidikan:

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

1. Penyelidikan Asas
2. Penyelidikan Gunaan
3. Penyelidikan Penilaian
4. Penyelidikan Tindakan
5. Penyelidikan Pembangunan
6. Penyelidikan Kuantitatif
7. Penyelidikan Kualitatif

1) Penyelidikan Asas
a. Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan, ilmu atau teori
baru.
b. Penyelidikan asas menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk
pengetahuan.
c. Penyelidikan yang lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam
bidang pendidikan secara lebih mendalam.
d. Menerusi penyelidikan asas penyelidik memperoleh data empirikal yang boleh
digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.
e. Penyelidikan asas kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian
masalah praktis.

2) Penyelidikan Gunaan
a) Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk
menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.
b) Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai,
atau mengembangkan sesuatu teori baru.

3) Penyelidikan Tindakan
Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992).

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

4) Penyelidikan Kuantitatif
Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu
program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak
sesuatu program yang telah dijalankan.

5) Penyelidikan kualitatif
a. Kajian etnografi
Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya
mereka.

b. Kajian kes
Kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji,
berfokus kepada proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya
pengesahan

sesuatu

teori

atau

dapatan.

Melibatkan

seorang

individu,

sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah.

c. Kajian sejarah
Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa
lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada
masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.

d. Kajian naratif
Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana
manusia membina makna dalam kehidupan mereka.Ia memberi tumpuan kepada
makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan mereka.

6) Penyelidikan Kuantitatif

a. Kajian eksperimental
Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang
kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi keduadua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak


mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat
tiada

perbezaan

ini

ditentukan

dengan

cara

mengawal

pembolehubah-

pembolehubah kawalan.

b. Kuasi-eksperimental
Peserta-peserta

tidak

dibahagikan

secara

rawak.

Kedua-dua

kumpulan

diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian dijalankan


kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu kumpulan pertama menjalani
rawatan dengan kaedah pertama, sementara kumpulan yang satu lagi tidak diberi
apa-apa rawatan (kumpulan kawalan).Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan
mengambil ujian pasca.Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian
dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah
diberi.

c. Kajian tinjauan
Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat
statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau
tingkahlaku mereka. Analisis statistik deskriptif seperti min, mod, median, peratus
dan kekerapan biasanya dijalankan ke atas kajian jenis ini.

d. Kajian korelasi
Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan
nilai numerikal.

Isu Etika Penyelidikan

Isu etika penyelidikan sering ditimbulkan dan dibincangkan dalam seminar


penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku.Ini adalah
kerana penyelidikan yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang
mempunyai

perasaan

dan

pengalaman.Kaedah

pengumpulan

data

dalam

sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran
subjek kajian. Oleh sebab data yang dikumpul daripada responden mungkin
merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui

10

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

orang lain, atau yang diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada
pihak-pihak tertentu (subjek dan pihak-pihak lain), pengkaji perlu mengetahui etika
penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.Etika penyelidikan
merujuk kepada peraturan-peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai moral yang
berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik
perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan
penyelidikan.

a. Kod etika penyelidikan


Dalam etika penyelidikan beberapa elemen yang perlu diberi perhatian oleh
penyelidik seperti berikut:

i)

Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.


Informed Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah
memahami beberapa perkara berikut:

Matlamat dan tujuan kajian.

Apa yang dikendaki oleh responden.

Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam


penyelidikan.

Sekiranya fokus atau sampel berubah, perundingan semula perlu dibuat

Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk


memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak,
cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk
melindungi hak responden.

ii)

Penglibatan (Participation)

Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan


masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam


penyelidikan tersebut.

Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apaapa kesan negatif

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan


mengikut prosedur tertentu.

iii)

Kerahsiaan (Confidentiality)

Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsiaan


maklumat dijamin berkesan.

Perlindungan hak responden diutamakan.

Prosedur tidak terlalu rigid dan mengongkong responden.

Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam


komuniti penyelidikan

iv)

Anomiti
Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti responden.

v)

Rundingan (Negotiation)
Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

Mendapat kebenaran dari institusi

Mendapat kebenaran untuk aksesdata

Penggunaan data

Penulisan laporan

Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

b. Prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik


Berikut adalah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik:

Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk


menjalankan kajian.

Memberi

rangka

projek/cadangan/pelan

kepada

guru

besar/pengetua

sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.

Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang


akan diikuti untuk memudahkan data dibaca berkait dengan peserta seperti
transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam
laporan akhir atau teks umum.

Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

11

12

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau
draf laporan atau transkrip temubual.

Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.

Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.

Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.

Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

AKTIVITI 1.2
Berikan pandangan anda mengapakah sesuatu penyelidikan itu perlu ada kod
dan etika?

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

1. Menyatakan masalah kajian


Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau
persoalan pokok yang kita akan kaji.

2. Menetapkan objektif kajian


Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin
diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.Ia juga menggambarkan
pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

3. Membentuk soalan kajian


Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian.Soalan kajian mestilah jelas,
tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi hala tuju yang
jelas kepada proses penyelidikan dan memudahkannya menulis laporan
penyelidikan.

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

4. Menghasilkan hipotesis kajian


Bagi kajian kuantitatif, hipotesis digunakan untuk menentukan sama ada
sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan
sebagainya. (Kajian Eksperimental, kuasi-eksperimental, korelasi).

5. Melakukan tinjauan literatur


Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui
senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang
akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif
dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang
dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik
membincangkan dapatan kajiannya.

6. Merancang kaedah kajian


Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian.

7. Mereka bentuk kajian


Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif
yang akan digunakan, bentuk instrumen dan penyelidik juga perlu menentukan
apakah teknik pengumpulan data serta data akan dianalisis nanti.

8. Menentukan prosedur persampelan


Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan.Sampel yang betul
perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh
menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu
fenomena yang dikaji.

9. Membina instrumen kajian


Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau
membuat pengumpulan data.Instrumen yang sedia ada boleh digunakan.Jika
instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan.

13

14

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

10. Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian


Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat
beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan
konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga
perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi)
alat pengukuran.

11. Menentukan prosedur pengumpulan data


Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang
dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar
persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.

12. Mengumpul data


Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu
dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat
berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data
atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik
yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehpercayaan,
keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.

13. Menganalisis data


Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu
dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan
persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan
dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat
dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.

14. Membincang hasil kajian


Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan
teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan
menghasilkan
penyelidikan.

rumusan,

penambahbaikan,

cadangan

dan

implikasi

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

15. Melaporkan kajian


Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis
laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.
Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang
latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,
terangkan reka bentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang
dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab
masalah yang telah dikenal pasti.

RUMUSAN
Penyelidikan merupakan suatu perkara penting bagi pendidik kerana fenomenafenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan hanya dapat dijelaskan dengan
adanya penyelidikan. Dalam persekitaran pendidikan, pendidik sentiasa beraksi dan
berinteraksi dengan dengan orang lain terutamanya pelajar. Dalam interaksi
berkenaan, pelbagai fenomena akan berlaku. Antaranya ialah kejayaan dalam
pelajaran, masalah disiplin, globalisasi dalam pendidikan dan sebagainya.Setiap
yang berlaku ini perlu diteliti dari segi sebab-sebabnya, akibat sesuatu kejadian,
kesan terhadap individu atau masyarakat, cara-cara mengatasi sesuatu masalah
dan sebagainya.Semua fenomena ini hanya dapat dijawab dan selesaikan melalui
penyelidikan.Oleh itu amatlah penting seseorang penyelidik itu mengenalpasti
dahulu konsep seperti tujuan, ciri-ciri dan prosedur kajian sebelum sesuatu
penyelidikan itu dijalankan.

PENILAIAN KENDIRI
1. Berikan empat perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual?
3. Huraikan perbezaan antara kajian asas dengan kajian gunaan?
4. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini
termasuklahbahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi.
Bagaimanakah tinjauanliteratur dapat membantu seseorang pengkaji?
5. Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik.

15

16

Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing.
Amir Hasan Dawi(2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn.
Bhd.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan
( 2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gall, M. (1996). Educational Research: An Introduction concepts in human
behaviour, psychology, sociology. Thousand Oaks, CA:Sage Publication.
Helmstadtr, G. C. (1970). Research concepts in human behavior: Education,
sychology,sociology. New York:Appleton-Century-Crofts.
John P. Keeves (1997). Educational research, methodology, and measurement : An
International Handbook. Cambridge.
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa & Pustaka.
Neuman, W. L. (2000). Social Research Methods-Qualitative and Quantitative
th
Approaches. (4 ed). Boston : Allyn and Bacon.
Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

You might also like