Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengenalan

Sabah merupakan salah satu daripada 14 buah negeri di Malaysia dan merupakan negeri
kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah terletak di utara pulau borneo. Negeri
sabah juga dikenali sebagai Negeri di bawah Bayu, selain itu sabah juga kaya dengan
keunikan pelbagai jenis kaum, adat dan agama. Populasi penduduk Sabah mencecah
sehingga 1.7 milion yang terdiri daripada 30 etnik dan kira-kira 100 dialek bahasa .
Suku kaum Murut merupakan kaum yang tinggal di Sabah dan kaum ini adalah suku
kaum ketiga terbesar di Sabah, selepas kaum Dusun atau Kadazan, dan bajau. Kaum
Murut menetap di kawasan pedalaman dan bahagian tenggara Sabah serta wilayah
perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. . Tempat tinggal mereka termasuk Tenom,
Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan
penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Kaum
Murut juga terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon, Sembakung,
Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Kaum Murut mewakili sebanyak
2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.
Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dari suku kaum Murut
yang lain. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah tradisi mereka iaitu rumah
panjang dan hidup harmoni dalam keluarga yang besar serta membina rumah
berhampiran dengan kawasan sungai. Suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya
dan kesenian yang telah mereka warisi sejak turun-temurun. Misalnya, suku kaum Murut
amat terkenal dengan motif dan pakaian tradisinya. Selain itu, kaum Murut pakar dalam
berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak.
Kebanyakan kaum Murut ialah petani, pemburu, dan penangkap ikan di sungai.
Selain itu , mereka juga menjalankan pemungutan hasil hutan seperti rotan, damar
dan madu lebah . Kaum Murut dahulunya mempercayai amalan animisme iaitu setiap
pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum
Murut majoritinya beragama kristian. Kaum Murut juga meraihkan Perayaan Pesta

Kalimaran.
Sesetengah daripada masyarakat kaum ini masih mengamalkan adat istiadat kaum
mereka. Contohnya adat adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Bagi kaum murut
tahol atau tagol mereka masih melangsungkan upacara perkahwinan di rumah panjang
Seterusnya, kaum ini juga masih mengekalkan tarian tradisional mereka. Tarian
Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom.
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Magunatip
biasanya ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Kaum ini juga
mempunyai adat yang diamalkan semasa upacara pengebumian.
Kesimpulannya, kaum ini mempunyai adat serta budaya yang unik dan menarik
untuk ditatap oleh generasi yang akan datang. Mengenali adat kebudayaan suku kaum
murut amatlah penting agar ia tidak tenggelam ditelan arus pemodenan. Terdapat banyak
lagi keunikan kaum ini yang harus dihayati oleh masyarakat.

You might also like