Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Satu Malaysia theme song was composed, sung and arranged by Limkokwing Sound and Music

Design Academy students and staffs and produced by Limkokwing University.

Singers
1. Ronnie
2. Ernie
3. Limkokwing Choir

Lyrics
Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
KABINET MENGUTAMAKAN RAKYAT  
  PERKASA NEGARA SEJAHTERA RAKYAT »

SATU MALAYSIA
Setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat
resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama.
Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat
bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat.

Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan
bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum,
agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran
terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan
menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat
menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin  dan
memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai
kestabilan politik dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang
pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama membelenggu fikiran
dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd
Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan
negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi
dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara
ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan
diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam
perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan
rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana
setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan
menganuti  agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu
menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia,
bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping
sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.
1MALAYSIA DALAM 'BAHASA RAKYAT'

Oleh MOHAMMAD ISMAIL

KONSEP 1Malaysia atau Satu Malaysia yang berteraskan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi

Diutamakan' jelas menunjukkan betapa kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan transformasi yang meletakkan rakyat

sebagai keutamaan. Namun begitu konsep ini tidak akan sampai menusuk ke dalam hati dan jiwa

setiap rakyat sekiranya konsep ini tidak dapat mereka fahami mengikut cara masing-masing.

Terdapat ramai rakyat yang mungkin masih tertanya-tanya dan keliru dengan konsep Satu

Malaysia. Rakyat pastinya akan tertanya-tanya dengan gagasan Satu Malaysia, transformasi dan

liberalisasi, akhirnya rakyat dapat apa? Rakyat mesti faham Malaysia merupakan satu-satunya

negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama tetapi dapat mengekalkan

kemakmuran sejak 52 tahun merdeka walaupun diusik oleh segelintir mereka yang mempunyai

agenda tersendiri. Kejayaan ini dikecapi hasil daripada usaha pemimpin-pemimpin terdahulu

yang menjadikan kemajmukan rakyat sebagai sumber kekuatan untuk kesejahteraan dan

perpaduan di kalangan rakyat. Gagasan ini merupakan satu ramuan utama ke arah perpaduan,

kebersamaan, kekitaan dan saling tolong-menolong tanpa mengira warna kulit ibarat berteduh di

bawah satu rumah dalam sebuah keluarga yang besar. Walaupun disogok dengan pelbagai

tafsiran oleh pihak pembangkang rakyat harus mengakui bahawa kemajmukan yang ditanam

sejak sekian lama adalah hakikat yang harus diterima oleh semua tanpa mengira ideologi politik.

Kesungguhan kerajaan terutamanya Perdana Menteri begitu ketara sekali namun jika rakyat tidak

memahami, menerima dan merasainya, konsep ini hanya tinggal sebagai konsep sahaja yang

hanya difahami oleh pemimpin-pemimpin dan sebahagian daripada kita sahaja. Ternyata
bebanan ini amat bergantung kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim atau lebih tepat Kementerian

Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memikul amanah bagi memastikan setiap

warga Malaysia memahaminya. Adakah cukup sekadar membina laman blog untuk memberi

penerangan atau kempen melalui televisyen dan radio? Pastinya rakyat perlu diceritakan konsep

ini mengikut 'bahasa rakyat'. Jika hendak memenangi dan memberi kefahaman kepada rakyat,

kita perlu menjadi 'rakyat', tinggal, duduk dan bersembang mengikut cara mereka. Jika terdapat

segelintir daripada masyarakat yang gemar berbincang di warung-warung kopi, maka dalam

memberi penjelasan konsep ini, wakil-wakil kerajaan yang bertanggungjawab perlu bersama-

sama orang kampung di sana. Jika perlu beralih kepada cara lama iaitu menggunakan wayang

pacak, wayang kulit, dikir barat, rodak dan boria sebagai wadah untuk mengajak orang kampung

berkumpul maka lakukanlah, asalkan mesej dan kefahaman yang jelas tentang konsep Satu

Malaysia dapat disampaikan. 1


Jika sukan boleh dijadikan wadah untuk mendekati golongan belia yang berjumlah 12 juta orang

untuk menerangkan konsep ini, maka agensi yang berkaitan perlu melaksanakan tanggungjawab

dalam memberi kefahaman ini. Jika golongan profesional memerlukan pendekatan yang

profesional, maka kerajaan perlu segera mendekati mereka agar tidak ada rakyat membuat

tafsiran dan kefahaman sendiri tentang konsep Satu Malaysia. Ini bukan masanya untuk kita

bergegar berdebat membincangkan isu tentang konsep Satu Malaysia tetapi rakyat ternganga-

nganga membuat kesimpulan mengikut kefahaman mereka. Waima apa jua yang direncanakan,

apa yang rakyat mahukan adalah pemimpin atau lebih tepat lagi wakil rakyat mereka yang

sentiasa berada bersama mereka ketika susah dan senang bukannya masa hampir pilihan raya

atau jika ada liputan media. Apa yang mereka mahukan jika ada kematian, Yang Berhormat

(YB) mereka datang mengunjung, jika ada kenduri YB mereka datang bertandang, jika ada jalan

rosak, rumah dipukul ribut, YB datang menghulurkan bantuan dan membuat penyelesaian

segera. Rakyat mahukan pemimpin yang mengota apa yang dikata, cakap serupa bikin dan bikin

serupa cakap. Tidak cukup sekadar berkobar-kobar ketika berdebat tetapi longlai ketika berdepan

masalah rakyat. Dalam mengharungi proses transformasi ini, rakyat mahukan pemimpin yang

bukan sahaja mengetahui dan memahami kesusahan mereka, tetapi pemimpin yang dapat

'merasai' kesakitan mereka. Misalnya apabila lif rosak maka terpaksa mereka memerah keringat

dan bertongkat untuk sampai ke rumah masing-masing di tingkat atas, ada pemimpin yang dapat

membuat penyelesaian segera. Jika ini dapat dirasai oleh para pemimpin rakyat, pastinya hasrat

dan aspirasi kerajaan lebih mudah untuk mereka terima dan fahami. Dekati, fahami, selami dan

menjiwai setiap kesusahan rakyat. Rakyat perlu diberi kefahaman yang jelas kerana konsep Satu

Malaysia ini begitu menarik dengan matlamat antaranya setiap rakyat yang berkelayakan dan

memerlukan pertolongan akan dibantu oleh kerajaan. Kerajaan juga akan memastikan tidak akan
ada mana-mana pihak yang tercicir. Kerjaan mengutamakan setiap warganegara mempunyai hak

dan tanggungjawab masing-masing seperti mana yang digariskan oleh Perlembagaan

Persekutuan. Namun matlamat murni ini tidak akan tercapai seandainya rakyat tidak dapat

menghayati, memahami dan merasai kesungguhan kerajaan untuk meletakkan rakyat di hadapan.

Konsep Satu Malaysia perlu difahami oleh setiap rakyat dengan kefahaman yang betul. Ini

kerana dalam konteks masyarakat majmuk, jika fikiran rakyat disogokkan dengan kefahaman

yang salah, maka fikiran mereka akan berkecamuk. Natijahnya pilihan rayalah tempat mereka

'mengamuk'. Satu Malaysia perlu sampai ke telinga rakyat dengan satu kefahaman yang jelas dan

ikhlas. Jangan jadi seperti mengalunkan lagu kepada si pekak, irama dan melodinya lunak merdu

2
tetapi tidak dapat dinikmati dengan jelas, tetapi jika kena alunannya, si pekak dapat

menghayatinya walaupun iramanya perlahan.

PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Perlis.

Utusan Malaysia, Khamis 27/5/2009

3
Yayasan Angkasawan mula operasi tahun depan

BANTING: Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) yang dilancarkan hari ini, dijangka
memulakan operasi dan programnya tahun hadapan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, penubuhan yayasan itu yang mendapat kelulusan Kabinet Ogos lalu adalah untuk
memastikan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai sains, teknologi dan angkasa
dapat diteruskan dengan lebih berkesan dan meluas.

"Kementerian kini dalam proses melantik kakitangan termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO)
yayasan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan YAM yang dibuat sempena ulang
tahun kedua Program Angkasawan Negara di Pusat Angkasa Negara, Kampung Sungai Lang di
sini hari ini.

Ongkili berkata, penubuhan yayasan dengan peruntukan awal sebanyak RM5 juta itu akan
memudahkan pengutipan dana daripada pihak awam dan swasta dalam usaha membangunkan
program angkasawan negara.

Beliau berkata, kedua-dua angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar
Dr Faiz Khaleed serta calon-calon program Angkasawan Negara akan menyumbangkan tenaga
bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran awam mengenai sains, teknologi dan angkasa di
kalangan orang awam terutama pelajar sekolah.

"Penubuhan Yayasan ini juga diharap dapat menamatkan isu dakwaan angkasawan mengutip
bayaran semasa memberi ceramah kerana selepas ini yayasan akan membayar mereka melalui
dana yang diperoleh," katanya.

Mengenai Program Angkasawan Negara Kedua, Ongkili berkata Dr Faiz akan melanjutkan
pelajaran di Peringkat Sarjana dalam bidang aeroangkasa di Rusia melalui Biasiswa Sains
Negara serta terus menjalani latihan tertentu bagi misi kedua itu.

Dr Faiz, ketika ditemui pada majlis itu, berkata beliau dijangka memulakan pengajian di Institut
Bio Medical Research di Rusia awal tahu depan.

Sementara itu, Ongkili ketika ditanya mengenai cadangan penubuhan Persatuan Angkasawan
Malaysia yang ditolak Pendaftar Pertubuhan, berkata ia mungkin disebabkan nama persatuan itu
kerana di negara ini hanya terdapat dua angkawasan iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz.

"Untuk menubuhkan persatuan mengikut peraturan Pendaftar Pertubuhan ialah ia memerlukan


12 orang tetapi di Malaysia hanya ada dua orang angkasawan," katanya.
Akhbar baru-baru ini melaporkan mengenai hasrat sekumpulan 57 calon Program Angkasawan
Negara menubuhkan persatuan yang dinamakan Persatuan Angkasawan Malaysia tidak tercapai
walaupun hampir sembilan bulan berusaha.

Jurucakap persatuan itu, Kpt Mohammed Faiz Kamaludin, mendakwa kegagalan itu berpunca
daripada masalah nama persatuan yang ditolak pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan.

Pada majlis itu, Ongkili melancarkan buku "coffee table" Program Angkasawan Negara yang
memuatkan secara terperinci setiap detik program itu dari fasa perancangan, pelaksanaan,
pemilihan calon, latihan, misi pelancaran, pendaratan dan program kesedaran awam.

Beliau turut melancarkan Mes Pusat Angkasa Negara untuk penginapan dan kegunaan pegawai
yang bertugas mengendalikan operasi satelit negara.

Mengenai satelit Razaksat yang dilancarkan baru-baru ini, Ongkili berkata ia dalam proses
pelarasan kamera dan dijangka selesai bulan depan. - Bernama

You might also like