Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tuesday, June 15, 2010

Kit pembelajaran sains

HASHIMAH (tengah), Nooraida (kanan) dan Abdul Rashid Mohamed menunjukkan kit pembelajaran sains yang
dibangunkan untuk kegunaan pelajar sekolah pedalaman di Sabah.

KESUKARAN guru-guru di pedalaman untuk mengajar mata pelajaran sains kini


dipermudahkan dengan adanya kit pembelajaran khas ciptaan sekumpulan penyelidik
Universiti Sains Malaysia (USM).
Kit berkenaan menumpukan aspek pembelajaran sains dengan cara lebih praktikal terutama
kepada pelajar yang lemah. "Modul kit pembelajaran sains sekolah rendah itu adalah hasil
kajian yang dilakukan selama setahun terhadap corak pembelajaran murid-murid di beberapa
sekolah di kawasan pedalaman Sabah," kata Ketua penyelidik, Dr. Hashimah Mohd. Yunus
pada satu sidang akhbar baru-baru ini.
Beliau turut dibantu oleh Dr. Nooraida Yacoob, Dr. Norizan Esa dan Dr. Nordin Abdul Razak
melalui geran serta peruntukan daripada Yayasan Sabah (YS) sebanyak RM2.7 juta serta
kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS).
Hashimah yang juga pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) berkata, kajian itu
meliputi pelajar luar bandar di kawasan pulau, persisir pantai, kaki bukit dan pedalaman
negeri itu untuk dijadikan kajian dengan kerjasama JPNS.
"Tahap pencapaian dan kebolehan murid di kawasan-kawasan ini amat berbeza,
kebanyakannya tidak mampu mengikuti sukatan pelajaran sains yang dibuat oleh
kementerian.

"Sehubungan itu, kita cipta satu kit mudah alih yang berupaya menarik minat mereka untuk
mengikuti subjek berkenaan menggunakan barang-barang yang biasa dilihat dan dekat
dengan diri serta persekitaran mereka," katanya.
Kit tersebut direka untuk disesuaikan mengikut kebolehan murid-murid tersebut dengan
memasukkan unsur-unsur persekitaran mereka sebagai elemen pembelajaran.
Kit pembelajaran tersebut juga telah dipertandingkan pada Ekspo Sains Malaysia 2010 di
Kuala Lumpur dan mendapat pingat gangsa bagi kategori Inovasi Penyelidikan.
"Berpandukan sukatan sains sekolah rendah, kita hasilkan kit yang di dalamnya mengandungi
empat komponen iaitu Panduan Guru, Aktiviti Murid, Penilaian Murid dan Kit Sains.
"Kit sains ini mengandungi pelbagai bahan mengajar untuk guru dan murid-murid misalnya
termometer, anak patung, tin kosong dan klip kertas mengikut tema subjek sains yang
dipilih," jelasnya.
Jjelas Hashimah, murid-murid akan diuji tahap kebolehan mereka terhadap mata pelajaran itu
sebelum menggunakan kit tersebut.
Sementara itu, Dekan PPIP, Prof. Abdul Rashid Mohamed pula menjelaskan, barisan
penyelidik terlibat mula mendemonstrasikan kit tersebut di sekolah-sekolah pedalaman Sabah
bermula Jun sebelum ia dikormesialkan.
Kit yang dianggarkan bernilai RM696 setiap satu itu dibangunkan dengan kerjasama penuh
Yayasan Sabah dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah.
"Perkembangan masa depan bergantung kepada pihak berkenaan (Yayasan Sabah dan JPN).
Namun sehingga kini kedua-dua pihak berbesar hati untuk tidak mengehadkan penggunaan
kit tersebut kerana ia bersifat universal dan boleh digunapakai oleh semua," katanya.

KIT PENGAJARAN

APA ITU KIT PENGAJARAN


- Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang sebagai bahan bantu mengajar
dipengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih mudah dan difahami oleh pelajar. kit ini
disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut
kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.

Kelebihan Kit Pengajaran.


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif


Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar
Memudahkan pengajaran guru
Proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan
Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat
Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah
CONTOH KIT PENGAJARAN

You might also like