Professional Documents
Culture Documents
SPAD-media Advisory - Uber Volkswagen Charitable Drive Mhz12122014 v2.4
SPAD-media Advisory - Uber Volkswagen Charitable Drive Mhz12122014 v2.4
IBU PEJABAT
Block D, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 KUALA LUMPUR,
MALAYSIA
Tel
: +603 - 2726 7000
Faks : +603 - 2726 7100
Laman Web: www.spad.gov.my
IBU PEJABAT
Block D, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 KUALA LUMPUR,
MALAYSIA
Tel
: +603 - 2726 7000
Faks : +603 - 2726 7100
Laman Web: www.spad.gov.my
12 Disember - Merujuk kepada acara 'Charity Drive with the Stars' anjuran Uber dan
Volkswagen Malaysia pada hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ('SPAD'
atau 'Suruhanjaya') ingin mengeluarkan kenyataan dibawah bagi kepentingan orang
awam:
Walaupun SPAD memuji niat murni penganjur di dalam aktiviti amal bersama
selebriti, Suruhanjaya ingin menasihatkan orang awam, selebriti, semua yang
terlibat termasuk Uber dan Volkswagen Malaysia, bahawa sebarang kenderaan yang
digunakan sebagai teksi dan mengambil tambang daripada penumpang, mesti
mematuhi undang-undang sepertimana termaktub di dalam Akta Pengangkutan
Awam Darat, 2010. Ini bermaksud pemandu kenderaan diwajibkan mempunyai
Lesen Perkhidmatan Awam (PSV) dan kenderaan yang digunakan mesti didaftarkan
dengan SPAD lengkap dengan perlindungan insurans yang sesuai bagi perlindungan
penumpang yang membayar tambang.
SPAD juga memuji niat murni semua pihak yang terlibat; tetapi Suruhanjaya juga
ingin menasihatkan agar mereka mendapatkan pengesahan daripada SPAD bagi
menentukan pematuhan undang-undang yang berkaitan pengangkutan awam darat
ketika menjalan program-program sedemikian.