Ulasan Dasar Mbmmbi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ULASAN ISU 3 - NORLIYANA

ULASAN ISU:
PELAKSANAAN DASAR MBMMBI;
TAWARAN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan negara Malaysia telah melalui evolusi yang melibatkan satu tempoh
yang amat panjang. Bermula sejak tahun sebelum tercapainya kemerdekaan sehingga
tahun 2012 ini. Melihat kepada sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia khususnya,
banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan demi menghasilkan satu sistem
pendidikan yang mencakupi aspek-aspek yang digariskan dalam falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Najeemah Md. Yusof (2006)
menyatakan pendidikan dianggap sebagai proses dan hasil interaksi yang berterusan antara
individu dengan rangsangannya serta motivasi dalam persekitaran dan masyarakatnya.

Perubahan dan penambahbaikan sentiasa dilakukan terhadap program-program yang


ditawarkan oleh kementerian pelajaran Malaysia demi mencapai kualiti pendidikan yang
diimpikan. Perubahan merupakan satu tuntutan demi menjamin kelangsungan fungsi
pendidikan sebagai ejen pembangunan masyarakat dan negara. Oleh itu, tidaklah menjadi
satu yang luar biasa jika program yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seringkali berubah demi penambahbaikan kepada sebuah proses yang dinamakan
pendidikan.

Dasar pengajaran dan pembelajaran PPSMI yang telah dilancarkan oleh kerajaan sejak
tahun 2003 yang lalu telah melalui satu perjalanan panjang yang pastinya mempunyai kesan
positif dan negatif terhadap pembangunan pendidikan amnya serta pencapaian akademik
murid-murid khususnya. Namun, pelaksanaan dasar ini tidak dapat dilaksanakan dengan
baik dan pencapaian murid dalam matapelajaran Sains dan Matematik juga berada di tahap
yang rendah. Berkata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi jawapan beliau terhadap temu bual dalam program
Soal Jawab terbitan TV3 seterusnya menerusi paparan akhbar Berita Harian bertarikh 11
November 2011, beliau menyatakan bahawa kajian yang dibuat oleh beberapa badan
termasuk universiti dan pensyarah dan daripada kajian itulah kita dapati memang benar

berlaku dan PPSMI tidak berjaya dilaksanakan. Maka, dasar PPSMI secara rasminya telah
dimansuhkan secara beransur-ansur mengikut kohort persekolahan sekarang.

Berikutan pemansuhan PPSMI yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri
pada 8 Julai 2009 berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bil 2/2010: pelaksanaan dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), dasar
MBMMBI telah dilaksanakan bagi menggantikan dasar PPSMI di sekolah-sekolah.
Pelaksanaan dasar ini masih lagi dalam proses pelaksanaan secara berperingkat dan
kerjasama semua pihak diharapkan dapat membantu melaksanakan dasar pembangunan
pendidikan ini.

Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meilbatkan penggunaan Bahasa Melayu


sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah
serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa
Melayu. Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan
penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang
mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Christopher Bowring-Carr
& John West Burnham, Terjemahan Anuar Ayob (2009) menerusi buku Belajar secara
berkesan di sekolah menyebut kurikulum itu hendaklah dilihat dalam erti kata aktiviti dan
pengalaman, bukannya ilmu yang dicari dan fakta bagi diingat (Laporan Haddow, 1931)

Apakah yang dimaksudkan dengan dasar kurikulum MBMMBI? Menurut manual


pelaksanaan MBMMBI yang disiarkan melalui laman web rasmi Kementerian Pelajaran
Malaysia, MBMMBI terdiri daripada 2 bahagian iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris. Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan
Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai
bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152, perlembagaan Malaysia. Bahasa
Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan
1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penguasaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu
di peringkat nasional dan antarabangsa.

Setiap pelaksanaan sesuatu dasar mempunyai tujuan tertentu. Begitu juga pelaksanaan
dasar MBMMBI yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan utama
memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Tujuan utama
memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa
komunikasi antarabangsa yang

perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi

membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

2.0 Perkembangan

Merujuk kepada manual pelaksanaan dasar kurikulum Memartabatkan Bahasa Melayu


dan mengukuhkan Bahasa Inggeris yang disiarkan melalui portal Kementerian Pelajaran
Malaysia menggariskan pelbagai strategi yang telah dicadangkan dalam rangka
pelaksanaan dasar tersebut.

Lima strategi pelaksanaan dasar MBMMBI yang akan dibincangkan pada kali ini ialah
penambahan masa pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, pendekatan modular kurikulum Bahasa
Melayu dan transformasi kurikulum Bahasa Inggeris, asas berbahasa (back to basics), didik
hibur serta teknologi maklumat & komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

Melihat kepada strategi yang pertama iaitu penambahan masa pengajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang diperuntukkan oleh kerajaan berdasarkan jadual berikut:

Pengajaran Bahasa Melayu


SK

Pengajaran Bahasa Inggeris

SJK

SK

SJK

Tahap 1:

Tahap 1:

Tahap 1:

Tahap 1:

360 minit

300 minit

300 minit

150 minit

( 210 minit + 90 minit)

(210 minit + 90 minit)

(60 minit + 90 minit)

Tahap 2:

Tahap 2:

Tahap 2:

Tahap 2:

300 minit

240 minit

300 minit

150 minit

( 150 minit + 90 minit)

(210 minit + 90 minit)

( 90 minit + 60 minit)

Penambahan masa pengajaran ini dilaksanakan sebagai satu strategi bagi menambah
penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru bertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
waktu yang telah diperuntukkan. Kesannya, kemahiran berbahasa murid-murid akan dapat
dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Strategi yang kedua ialah pendekatan modular Bahasa Melayu bagi MBM dan
transformasi kurikulum Bahasa Inggeris bagi MBI. Strategi ini menekankan berkaitan
penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid. Strategi ini menggunakan
pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul pengajaran
dan pembelajaran. Manakala, transformasi kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah
menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui
pendekatan modular.

Strategi yang ketiga pula merujuk kepada asas berbahasa (back-to-basics). Strategi ini
merujuk kepada pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik.
Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul
pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen yang menyeronokkan dalam seni
bahasa. Asas berbahasa merupakan perkara asas dalam menguasai sesuatu bahasa.

Strategi yang keempat pula ialah didik hibur iaitu menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menarik menerusi penyediaan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa yang akan disulam dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

Manakala, strategi yang terakhir ialah teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disangkal lagi. Strategi ini dilaksanakan melalui
penggunaan teknologi malumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web bagi
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif dan

menghiburkan.

3.0 Implikasi

Setelah diperhatikan satu persatu strategi yang akan dilaksanakan melalui pelaksanaan
dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris, dapat difahami
bahawa setiap pelaksanaan sesuatu dasar itu mempunyai implikasi yang tertentu.

Implikasi yang dapat dilihat melalui pelaksanaan strategi-strategi yang telah digariskan
ialah penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Prof Dr Sidek Baba dalam
artikelnya yang bertajuk martabatkan Bahasa Melayu jadi bahasa ilmu dalam majalah
pendidik keluaran Februari (2009) menyatakan bahawa menginsafi Negara ini terdiri
daripada

masyarakat

berbilang

kaum,

penggubalan

Perlembagaan

Malaysia

memperuntukkan perkara 152 mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan


dan bahasa rasmi. Sejarah dan nilai budaya bahasa itu penting bagi menjadi bahasa
perhubungan antara kaum demi integrasi nasional. Pemerkasaan Bahasa Melayu yang
mendukung Akta Pendidikan 1966 menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa baku, ditutur
dan menjadi bahasa kajian dan penulisan dalam kalangan ahli akademik yang bukan
berbangsa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa universiti yang menjadi
teras memperkasa Bahasa Melayu dalam semua bidang dan kelulusan ini tidak mempunyai
masalah untuk melanjutkan pengajaran dan kepakaran dalam Bahasa Inggeris. Beliau juga
menyatakan sifat Bahasa Melayu yang dinamik terbuka menerima masuk ribuan istilah Arab
daripada sumber Al-Quran, istilah Bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan kaedah
sebutan dan ejaan Bahasa Melayu termasuk istilah sains dan matematik yang banyak
diterima daripada Bahasa Inggeris. Sebagai sebuah bahasa yang dinamik, Bahasa Melayu
boleh menjadi satu bahasa yang penting di dunia. Bahasa ini diucapkan oleh hampir 300
juta penduduk di Asia Tenggara. Memartabatkannya sebagai bahasa ilmiah, bahasa sains
dan teknologi amat penting supaya bahasa ini menarik minat orang luar untuk
mempelajarinya.

Implikasi lain yang wujud hasil pelaksanaan dasar MBMMBI ini ialah kepakaran guru
harus dipertingkatkan. Guru-guru yang berkhidmat adalah hasil keluaran institut pendidikan
guru yang memfokuskan kepada menguasai kemahiran mengajar dan pedagogi di sekolah
kelak. Menurut Tan Sri Muhyiddin dalam buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Isu,

kontroversi, pandangan serta harapan; sebuah wawancara keluaran Institut Terjemahan


Negara Malaysia Berhad (2011) ada menyatakan kita akan mewujudkan lima IPGM Kampus
Bahasa Inggeris yang akan berfungsi melatih guru-guru Bahasa Inggeris. Selain itu, guru
Bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru dari luar negara juga akan diambil dan ditempatkan
di sekolah kawasan luar bandar. Sebagai galakan, insentif khusus akan diberi kepada guruguru Bahasa Inggeris yang sedia berkhidmat di luar bandar. Kenyataan yang dikeluarkan
oleh beliau merupakan satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menghasilkan guru
yang mempunyai kepakaran dalam Bahasa Inggeris dalam rangka memperkukuhkan
Bahasa Inggeris. Kampus Bahasa Inggeris akan memberikan fokus terhadap penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang akan dihasilkan. Prof Dr Radin Umar
menyatakan dalam ruangan Interview dalam majalah The Teacher :daripada guru kepada
guru keluaran Ogos 2009, setiap pelajar dikehendaki menduduki Malaysia University English
Test (MUET) dan ia menggambarkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
Pengambilan ujian ini oleh para pelajar di peringkat pengajian tinggi memberikan
pengiktirafan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar tersebut.

Selain itu, ia juga memberikan implikasi terhadap penyediaan teknologi maklumat


dan komunikasi di sekolah. Kerajaan telah pun menyediakan peruntukan penggunaan
media dan teknologi maklumat dalam pengajaran melalui surat pekeliling ikhtisas bil.
6/2003: Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Surat pekeliling ikhtisas tersebut ada menyatakan seperti yang kita sedia maklum,
Kementerian Pendidikan telah membekalkan sekolah-sekolah dengan pelbagai jenis
teknologi (perkakasan dan perisian) dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi utama yang dibekalkan kepada
sekolah ialah komputer dan perantinya, Digital Multimedia Systems, rancangan TV
Pendidikan, dan perisian pendidikan (courseware). Pembekalan teknologi ini dibuat secara
berperingkat-peringkat. Maka, teknologi maklumat dan komunikasi yang disediakan
merupakan satu kelebihan yang perlu digunakan dengan cara yang sebaiknya. Pengajaran
menggunakan media, teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan suasana pengajaran
interaktif, seronok dan menghiburkan.

Seterusnya, dasar MBMMBI ini memerlukan guru untuk mempelbagaikan kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di dalam kelas. Bagi memenuhi
tuntutan

ini,

guru

hendaklah

sentiasa

mempelbagaikan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran supaya sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan objektif yang digariskan
dapat dicapai dengan jayanya. Menurut Noriati A.Rashid et al.(2009) menyatakan peranan
guru adalah untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar mengambil
bahagian dan berinteraksi dalam aktiviti bilik darjah atau penerokaan melalui internet.
Kaedah pengajaran ini mendedahkan murid dengan sesuatu yang mungkin tidak pernah
dipelajari sekaligus menyediakan murid untuk menjadi modal insan yang cemrlang selaras
dengan kemajuan pendidikan dunia masa kini. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
jawapan daripada Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menjawab persoalan bagaimana pula
dengan usaha memantapkan Bahasa Melayu. Beliau ada menyatakan pemantapan
penguasaan Bahasa Melayu perlu bergerak seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris.
Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi fokus kepada penguasaan
kemahiran asas Bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan
apresiasi bahasa. Selain itu, penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan
apresiasi

kesusasteraan

Melayu

bagi

murid

di

peringkat

sekolah

menengah.

Bahasa ibunda kembali sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik. Menurut Tan Sri Muhyiddin dalam buku yang dikeluarkan oleh Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad (2011) yang bertajuk Sudut pandang Muhyiddin
Yassin. Isu, kontroversi, pandangan serta harapan; Sebuah wawancara, ada menyatakan
kita berpegang kepada beberapa hasil kajian di peringkat antarabangsa, antaranya
termasuklah oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa ibunda yang mudah
difahami oleh murid adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya
di peringkat rendah. Beliau menambah, laporan trends in mathematics and science
study (2007) juga melaporkan bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik terbukti mencatatkan
prestasi lebih baik berbanding dengan negara-negara yang tidak menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua matapelajaran tersebut. Lebih daripada
itu, UNESCO juga memperakukan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
ibunda adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian matlamat education for
all, iaitu matlamat menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua
tanpa mengira bahasa, lokaliti, taraf sosioekonomi dan jantina. Keputusan pelaksanaan
dasar MBMMBI ini selaras dengan amalan pendidikan peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan dasar MBMMBI ini menuntut kesungguhan para pendidik untuk


melaksanakannya. Menurut Tan Sri Muhyiddin, tidak adil untuk kita melabelkan guru-guru
tidak cukup berusaha kerana apa yang berlaku ialah mereka sedaya upaya berusaha untuk
menyampaikan ilmu kepada murid. Tetapi disebabkan oleh penguasaan Bahasa Inggeris
yang amat rendah khususnya dalam kalangan murid luar bandar dan pedalaman, keadaan
memaksa guru untuk mengajar dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,
malah soalan peperiksaan juga terpaksa dibuat dalam dwibahasa bagi memastikan
kehendak soalan benar-benar difahami. Robiah Sidin (1994) menyatakan murid sukar
memahami konsep dalam matapelajaran Sains, Matematik dan lain-lain berpunca daripada
kelemahan dalam penguasaan bahasa. Walaupun fasih dan petah bercakap, pelajar tidak
semestinya cekap memahami konsep-konsep yang disampaikan dalam beberapa
matapelajaran di sekolah. Satu strategi utama yang perlu dilaksanakan ialah meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Maka, dasar ini diwujudkan bagi
meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid samada di peringkat
sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Justeru, guru berperanan besar dalam
proses pelaksanaan dasar ini, Robiah Sidin (1994) menyatakan komitmen guru dan
kesanggupan mereka untuk sama-sama bertungkus lumus dengan pelajar mestilah ada.
Banyak penyelidikan yang dibuat membuktikan bahawa dalam meningkatkan pencapaian
akademik pelajar, guru yang bersungguh-sungguh dan cekap adalah jauh lebih berkesan
daripada guru yang hanya berprestasi cemerlang. Selain itu, jika semua pihak komited,
ikhlas dan sentiasa bersedia melakukan penambahbaikan secara menyeluruh, maka
penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui dasar MBMMBI ini akan
meningkat dalam kalangan murid di negara ini.

4.0 Cadangan

Melihat kepada perbincangan isu ini, cadangan yang dapat dikemukakan ialah
dengan melaksanakan strategi-strategi yang telah dicadangkan dengan bersungguhsungguh sehinggalah tercapainya hasrat dan cita-cita dalam pelaksanaan dasar ini.
Komitmen daripada pelbagai pihak khususnya pihak pentadbiran, guru-guru, ibu bapa dan
juga murid-murid serta pelajar adalah penting dan amat diharapkan. Cadangan ini
merupakan jalan tengah terbaik setelah berlakunya konflik dalam pelaksanaan PPSMI
sepertimana yang disiarkan dalam Berita Harian, 26 November 2011 iaitu Langkah
pengenalan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) dilihat jalan tengah terbaik yang diambil Kementerian Pelajaran bagi

menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Ada beberapa kepentingan utama dasar MBMMBI yang harus mendapat perhatian
dan dokongan semua pihak. Pertama, dasar ini akan memberi ruang yang meluas kepada
Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dalam bidang-bidang penting dan
strategik. Kedua, ia memberi perakuan iaitu sekiranya cita-cita kita untuk melahirkan
generasi yang berdaya saing menerusi penguasaan bahasa Inggeris, maka usaha harus
ditumpukan kepada pembangunan di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa
tersebut secara khusus dan bukannya menerusi subjek-subjek lain seperti Matematik dan
Sains.

Atas kepentingan ini, kita merasakan debat tentang kewajaran penggunaan dasar
PPSMI tidak harus diteruskan lagi. Ini bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk
mula merancang dan fokus bagi menjayakan dasar MBMMBI secara lebih tersusun dan
memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Proses penambahbaikan secara berterusan ini
diperkukuhkan lagi dengan penubuhan enam Jawatankuasa Kecil yang telah dibentuk oleh
pihak kerajaan sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini dan mereka
dipertanggungjawabkan memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku
teks, logistik, personel dan penerangan. Dengan ini diharapkan sokongan dan usaha
berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan MBMMBI ini membolehkan kita
mencapai matlamat menambah baik kualiti pendidikan di Negara kita secara berterusan
demi kepentingan masa depan Malaysia.

5.0 Rumusan

Dasar ini memberi ruang yang cukup luas dalam usaha Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Bakal guru dan guru-guru yang sedang berkhidmat
berperanan besar dalam melaksanakan dasar ini sesuai dengan matlamat pelaksanaannya.
Usaha ini diharapkan dapat melonjakkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Semoga
setiap usaha yang dilakukan membuahkan hasil seterusnya melahirkan modal insan yang
seimbang, holistik dan berperanan besar dalam menaikkan nama Malaysia di persada
antarabangsa. Usaha ini merupakan satu cabaran besar. Namun, kita tiada pilihan lagi. Kita
ingin mengesyorkan Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan
bahasa dan seluruh institusi dan pergerakan sivil bagi merancang satu gerakan kesedaran

dan pembudayaan dasar ini. Ia boleh dirancang antaranya dengan menyemarakkan


kegiatan seperti penganjuran program pendidikan lanjutan di peringkat dewasa, belia,
remaja dan kanak-kanak bagi memberi peluang kepada mereka mendalami bahasa Melayu
dan Inggeris secara tidak formal dan berterusan.

RUJUKAN:
Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Isu, Kontroversi, Pandangan Serta
Harapan. Sebuah Wawancara. (2011). Kuala Lumpur. Institut terjemahan Negara Malaysia
Berhad.

Christopher Bowring-Carr & John West Burnham. Penterjemah Anuar Ayob.


(2009). Belajar secara berkesan di sekolah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara
Malaysia.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia, cabaran untuk masa depan. Kuala
Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Najeemah Md.Yusof. (2006). Konsep pendidikan. Selangor Darul Ehsan. PTS


Professional Publishing Sdn.Bhd.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid

dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Berita Harian. (2011, November 11). Sebahagian besar murid tak upaya ikuti PPSMI,
36 &37.

Berita Harian. (2011, Oktober 31). Minda pengarang: beri ruang, kesempatan
pelaksanaan dasar MBMMBI.

Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Memartabatkan Bahasa Melayu


& Memperkukuh Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: kementerian Pelajaran Malaysia.

Prof Dr Radin Umar. (2009, Ogos) . kerjasama mengukuhkan penguasaan Bahasa


Inggeris. The teacher: daripada guru kepada guru. 4&5.

Prof Dr Sidek Baba. (2009, Februari). Martabatkan Bahasa Melayu jadi bahasa
ilmu. Pendidik. 58, 59 & 60.

You might also like