Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Epik Melayu: Satu Kajian Naskhah

PENULIS / PENYELENGGARA: Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim


PENERBIT: DBP
NO. KK: 899 1065651
ISBN: 9836284850
TAHUN TERBITAN: 2004
HALAMAN: 308

sastera Hikayat
Sastera hikayat dibahagikan kepada tiga kelompok yang meliputi hikayat
berunsur Hindu, berunsur campuran Hindu dan Islam serta Hikayat berunsur
Islam.
Hikayat berunsur Hindu ialah sastera yang menerima secara kuat pengaruh
Hindu terutama dari Hikayat Ramayana dan Mahabharata. Contoh karya ialah
Hikayat seri Rama dan Hikayat Pendawa Lima.
Hikayat berunsur campuran Hindu dan Islam kerana mempunyai unsur-unsur
Hindu dan juga unsur-unsur Islam. Contoh karya ialah Hikayat Ahmad
Muhammad dan Hikayat Si Miskin.
Hikayat berunsur Islam pula ialah hikayat yang menerima kuat pengaruh Islam
dalam karya. Contohnya ialah Hikayat 1001 malam dan Hikayat Abu Nawas.
Ciri-Ciri Umum Sastera Hikayat

Latar tempat dalam cerita mencakupi alam nyata dan juga di alam ghaib seperti
di kayangan, istana raja-raja jin, dewa-dewi dan juga alam hantu syaitan. Cerita
Hikayat Pendawa Lima bertempat di istana Maharaja Gatotkaca dan istana
Maharaja Baladewa. Cerita Hikayat 1001 malam pula di istana Raja Syahriar
dan Raja Syah Zaman.

Watak dalam cerita meliputi manusia biasa, raja-raja, dewa-dewi, para jin, hantu
syaitan dan juga binatang. Contoh dalam Hikayat Pendawa Lima melibatkan
anak-anak raja iaitu dewa-dewa seperti Dewa Krisyna. Dalam hikayat Ahmad
Muhammad melibatkan permaisuri dan Datuk Syahbandar. Sementara dalam
Hikayat 1001 Malam melibatkan watak jin ifrit dan juga binatang seperti anjing,
kuda dan lembu.
Tema dan persoalan dalam cerita biasanya melibatkan unsur percintaan,
pengembaraan dan juga peperangan. Dalam Hikayat Ahmad Muhamad, keduadua watak telah lari dari istana kerana dikejar oleh 500 orang hamba Hambsyi
yang diupah untuk membunuh mereka. Dalam Hikayat Pendawa Lima pula,
sang Bimanyu telah keluar mengembara untuk mencari isterinya.
Plot cerita biasanya bersifat kronologi iaitu mengikut urutan masa dari awal
sampai akhir cerita. Peringkat awal ialah peringkat pra pengembaraan, semasa
pengembaraan dan selepas pengembara. Cerita berakhir secara happy ending.
Dalam Hikayat Pendawa Lima, Sang Bimanyu telah memperolehi semula
isterinya. Dalam Hikayat 1001 malam, Raja Syahriar dan Syahzaman telah
berjaya membunuh semua isteri dan dayang yang telah berlaku curang.

Unsur luarbiasa dalam cerita. Termasuk dalam kategori ini ialah kuasa luarbiasa
para dewa-dewi dan juga kepahlawanan watak utama dalam menghadapi
musuh. Dalam hikayat Pendawa Lima, watak Sang Bimanyu digambarkan
sangat berani, contohnya semasa berhadapan dengan hulubalang Maharaja
Gatotkaca. Begitu juga keupayaan Ahmad dan Muhammad dalam menghadapi
500 musuh yang mengejar mereka.

Cerita kesusasteraan adalah ditulis untuk tujuan hiburan. Gambaran kecantikan


puteri-puteri raja dan kehebatan atau kepahlawanan para putera raja berjaya
menarik hati para pendengar.

SASTERA HIKAYAT

Definisi :
Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan
bahasa Melayu lama dengan langgam bahasa dan stuktur yang tertentu,
membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan
fantasi pengaeangnya.
Pembahagian/penggolongan :
3 golongan :
i. Sastera Hikyat Berunsurkan Hindu
ii. Sastera Haikayat Berunsurkan Hindu-Islam
iii. Sastera Hikayat Berunsurkan Islam
Sastera Hikayat Berunsur Hindu
Definisi :
Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur
secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian
tertentu daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu :
i. Mahabharata
ii. Ramayana
Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur atau
terjemahan bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai sebagai Pendawa dalam
kesusasteraan Melayu ialah;
Hikayat Pendawa Lima
Hikayat Pendawa Jaya
Hikayat Panca Kelima
Hikayat Pandawa
Hikayat Sang Boma
Daripada Epik Ramayana : Hikayat Melayu yang disadur dari epik Hindu ini
ialah :
Hikayat Seri Rama
Hikayat Maharaja Rawana
Ciri-ciri Hikayat Berunsur Hindu :

1. Struktur isi terbahagi kepada 3 bahagian :


i. Bahagian Awal
- Cerita asal usul keturunan watak wira dan wirawati
- latar belakang keluarga
- latar tempat / negeri
- kisah wira/ wirawati sebelum keluar mengembara
ii. Pertengahan / Pengembaraan
- bahagian cerita yang terpanjang
- kisah sewaktu mengembara
- tumpuan kepada watak utama wira / wirawati
- rintangan dan halangan yang dihadapi seperti percintaan, peperangan dan ujian
hidup
- berhadapan dengan watak-watak penghalang
(iii) Akhir / Penyelesaian Cerita :
- berhasil atasi halangan
- berjaya mengalahkan watak jahat
- mendapat kemenangan / terbukti kebenaran
- perrbuatan baik mendapat perbalasan yang baik dan perbuatan yang jahat
mendapat balasan yang setimpal.
2. Watak dan perwatakan :
i. Watak baik / protagonis
- lambang kebaikan
- sifat keperwiraan, gagah berani, bersemangat waja dan dapat atasi halangan
- miliki alat-alat tertentu atau senjata
- mencapai kejayaan
ii. Watak Jahat / Antagonis
- lambang kejahatan
- sifat-sifat jahat dan buruk (moral negatif)
- penghalang kepada watak utama
- banyak menimbulkan masalah
- menerima balasan
3. Latar Cerita
Meliputi alam yang luas dan tidak terbatas seperti alam kayangan, di bumi dan di lauatan.

4. Kaya dengan unsur-unsur Hindu


i. Falsafah agama Hindu seperti keagungan kepada dewa-dewa Hindu sebagai makhluk yang
menduduki tempat yang mulia dan tinggi. Misalnya Dewa Agni dalam Hikayat Seri Rama , penjaga
api telah menyelamatkan Sita Dewi daripada hangus terbakar.
ii. Unsur sayembara untuk mendapatkan isteri. Contoh Seri Rama terpaksa mengadu kecekapan
bermain panah sebelum berjaya mendapatkan Sita Dewi
iii. Unsur Sakti seperti senjata sakti, panah sakti, binatang-binatang sakti seperti gajah, kijang dan
burung jentayu
iv. Unsur falsafah pengajaran Hindu seperti unsur Karma dan Darma, pembalasan kepada yang
melakukan kejahatan, kejayaan akan dicapai setelah mengalami berbagai-bagai kesusahan dan
kesengsaraan.

You might also like