Surat Permohonan Pengesahan Kesetaraan Btp-Hasnah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mahathir Fansuri bin Azizan,

D/A Hamid bin Kawi,


Km 29, Kampung Batu Gajah,
Merlimau, Melaka.
016-2789885
kurt_fansuri@yahoo.com

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok 2251, Bangunan Mustapha Kamal,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor.
(UP: Encik Ahmad Zulkifli bin Saad: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)

14.03.2014

Tuan,
PERMOHONAN KESETARAAN BIDANG PENGAJIAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya, Mahathir Fansuri bin Azizan, No Kad Pengenalan 810731-06-5225 telah mendapat
tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Peringkat Kedoktoran Kementerian
Pendidikan Malaysia Tahun 2014 untuk mengikuti bidang pengajian LD_A387 Educational
Change and Management.
3.
Untuk makluman pihak tuan, saya telah mendapat tawaran mengikuti pengajian Ijazah
Doktor Falsafah (Pendidikan) di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia tidak menawarkan bidang Educational Change and
Management secara khusus tetapi antara bidang kepakaran fakulti adalah Educational Change and
Management.
4.
Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan Surat Tawaran Kemasukan Universiti, Surat
Pengesahan Kesetaraan Bidang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Surat Tawaran
Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014 untuk rujukan pihak tuan.
5.
Besarlah harapan saya agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari
pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
..
(MAHATHIR FANSURI BIN AZIZAN)

You might also like