Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SKPD 1053: KETRAMPILAN BERBAHASA DAN BERKOMUNIKASI

ESEI INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH
KOH KUAN WEI
A145146

PENSYARAH
PUAN SAADIAH BINTI MAALIP

SKPD1053
Ketrampilan Berbahasa dan Berkomunikasi

Arahan
Berdasarkan penulisan anda, sila jawab soalan-soalan yang berikut: (10 markah).
1. Nyatakan penyata tesis esei yang ditulis.

(1 M)

2. Nyatakan kaedah pengenalan yang digunakan dalam perenggan pendahuluan/pengenalan


anda.
(1 M)
3. Nyatakan pola perenggan bagi perenggan isi tiga dan perenggan empat.

(2 M)

4. Gariskan ayat topik/ayat judul, bulatkan judul dan gariskan ideal pengawalnya bagi
perenggan isi tiga.
(1.5 M)
5. Gariskan ayat topik/ ayat judul, bulatkan judul dan gariskan ideal pengawalnya bagi
perenggan isi empat.
(1.5 M)
6. Apakah kaedah pengembangan perenggan yang anda gunakan dalam perenggan isi tiga.
(1 M)
7. Apakah kaedah pengembangan perenggan yang anda gunakan dalam perenggan isi
empat.
(1 M)
8. Nyatakan kaedah perenggan penutup yang digunakan.

Penilaian III. Penilaian berasaskan teknik, bahasa dan isi.


Teknik
Bahasa
Isi

(1 M)

(10 markah)

(4 M)
(3 M)
(3 M)

Jawab soalan-soalan yang diberikan dalam halaman tersendiri dan jadikan sebagai
LAMPIRAN.
Setiap esei harus mengandungi sekurang-kurangnya 5 bahan rujukan yang ditaip mengikut
Gaya UKM di akhir setiap esei.
Tarikh Akhir Penghantaran Esei: Minggu ke-14 perkuliahan

Kertas Jawapan
Berdasarkan penulisan anda, sila jawab soalan-soalan yang berikut:

1.

(10 markah).

Nyatakan penyata tesis esei yang ditulis.

(1M)

Penyata tesis esei yang ditulis ialah faktor yang menyebabkan pencemaran sungai.

2.

Nyatakan kaedah pengenalan yang digunakan dalam perenggan pendahuluan/pengenalan


anda.

(1M)

Kaedah pengenalan yang digunakan dalam perenggan pendahuluan/pengenalan saya


adalah dengan menggunakan penyataan umum.
Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia.

3.

Nyatakan pola perenggan bagi perenggan isi tiga dan perenggan empat.

(2M)

Pola perenggan bagi perenggan isi tiga dan perenggan empat ialah deduktif yang ayat
judulnya terletak pada awal perenggan pola binaan perenggan.

4.

Gariskan ayat topik/ayat judul, bulatkan judul dan gariskan ideal pengawalnya bagi
perenggan isi tiga.

(1.5M)

Aktiviti perkilangan juga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran air,
khususnya di kawasan perindustrian.

5.

Gariskan ayat topik/ ayat judul, bulatkan judul dan gariskan ideal pengawalnya bagi
perenggan isi empat.

(1.5M)

Pemusnahan kawasan hutan dan belukar melalui aktiviti pembalakan dan pembangunan
juga boleh menyebabkan pencemaran air.

6.

Apakah kaedah pengembangan perenggan yang anda gunakan dalam perenggan isi tiga.
(1 M)
Kaedah pengembangan perenggan yang saya gunakan dalam perenggan isi tiga ialah
kaedah percontohan.
Aktiviti perkilangan juga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran air,
khususnya di kawasan perindustrian. Kilang-kilang yang mengusahakan industri
makanan, minuman, barangan kimia, tekstil, dan sebagainya memang megeluarkan
banyak sisa bertoksik. Sebagai contoh, pencemaran sungai yang berlaku di Hulu Bernam

pada tahun 2010 dipercayai kesan pembuangan sisa kilang berdekatan. Hal ini
disebabkan ramai pengusaha kilang masih enggan atau tidak mempu memasang alat
penapis dan alat pemprosesan bahan sisa, lalu mereka mengambil keputusan melepaskan
sisa tersebut ke longkang atau sungai. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan bahan
pencemar udara, seperti asap yang kotor dan wasap beracun terlarut di udara dan
apabila hujan, air yang turun itu turut tercemar. Keadaan ini dipanggil hujan asid dan
air hujan tersebut tidak selamat digunakan.

7.

Apakah kaedah pengembangan perenggan yang anda gunakan dalam perenggan isi
empat.

(1 M)

Kaedah pengembangan perenggan yang saya gunakan dalam perenggan isi empat ialah
hubungan sebab-akibat.
Pemusnahan kawasan hutan dan belukar melalui aktiviti pembalakan dan
pembangunan juga boleh menyebabkan pencemaran air. Lapisan daun dan pokok
menyediakan semacam tempat teduhan kepada tanah di bawahnya. Penebangan pokok
secara keterlaluan menyebabkan tempat teduhan itu musnah dan tanpanya tanah akan
terhakis dengan mudah oleh hujan. Tanah yang terhakis akan dibawa oleh air ke sungai.
Tanah-tanah yang dibawa masuk ke dalam sungai akan bertambah semakin banyak dan
hal ini akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan aliran air tersekat jika serpihan
pokok yang ditebang itu tidak dibersihkan dengan betul. Sungai yang sarat dengan
bahan sisa pepohon tersebut lambat-laun akan mengecil dan kehilangan fungsinya
sebagai sumber air bersih. Air sungai akan menjadi semakin kotor dan membawa kepada
pencemaran sungai yang serius.

8.

Nyatakan kaedah perenggan penutup yang digunakan.

(1 M)

Kaedah perenggan penutup yang digunakan ialah membuat penyata atau soalan yang
yang terbuka kepada perbincangan oleh pihak lain.
Kesimpulannya, disebabkan sungai merupakan punca air yang penting bagi penduduk
negara kita, langkah untuk mengelakkannya daripada terus tercemar perlu dilaksanakan
dengan segera. Sebagai pengguna air, kita perlu memberikan kerjasama yang
sepenuhnya terhadap apa-apa jua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan ini.
Kita perlu sama-sama berusaha memastikan sungai kita bersih dan bebas daripada
pencemaran. Tanpa air, tidak ada kehidupan dan kita akan berhadapan dengan masalah
yang tidak dapat dibaiki lagi.

LAMPIRAN ESEI

SKPD 1053: KETRAMPILAN BERBAHASA DAN BERKOMUNIKASI


NAMA

: KOH KUAN WEI

NO. MATRIK

: A145146
Faktor-faktor yang Menyebabkan Pencemaran Sungai

Pendahuluan
Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Kebersihan air harus dikawal untuk
menjamin kehidupan kita sihat, di samping bekalannya banyak dan berterusan. Secara
teorinya, air bersih di negara kita tidaklah menjadi masalah kerana kita mendapat hujan yang
banyak selain mempunyai rangkaian sungai yang juga tidak kurang banyaknya. Walau
bagaimanapun, hakikat yang terjadi amat memeranjatkan kerana terbukti kita masih
kekurangan bekalan air bersih. Daripada tinjauan yang sering dilakukan, didapati banyak
sungai di negara kita telah tercemar dan antara yang paling serius ialah Sungai Klang dan
Sungai Linggi. Kedua-dua sungai tersebut tidak dapat membekalkan air bersih kepada
penduduk setempat disebabkan keadaan airnya yang kotor, berwarna kekuningan dan kadangkadang berbau busuk. Tegasnya, pencemaran sungai di negara kita memang wujud dan
masalah ini amat membimbangkan semua pihak.

Faktor-faktor Pencemaran Sungai


Pembuangan sisa domestik yang tidak teratur menjadi punca utama masalah pencemaran
sungai. Kajian telah menunjukkan bahawa ketidakcekapan perkhidmatan pemungutan sampah
di sesetengah tempat di negara kita masih wujud. Hari dan waktu pungutan tidak tetap,
ditambah pula dengan kekurangan tempat membuang sampah memaksa penduduk di
kawasan tertentu membuang sampah ke tempat yang tidak sepatutnya, seperti di longkang,
saliran air, dan sungai. Keadaan ini biasanya berlaku di kawasan setinggan yang berdekatan
anak sungai. Mereka menjadikan anak sungai sebagai tong sampah mereka. Di samping itu,
terdapat juga peniaga makanan membuang sisa makanan mereka ke dalam longkang besar
yang akhirnya mengalir ke sungai. Di samping sisa makanan, bekas-bekas seperti kotak
polisterin dan beg plastik yang digunakan untuk mengisi makanan juga dibuang ke dalam
sungai. Hal ini demikian juga menyumbang kepada pecemaran sungai. Kesannya bertambah
buruk apabila haiwan-haiwan dalam air termakan beg plastik akan menyebabkan kematian
kerana tidak dapat bernafas.

Di kawasan luar bandar pula, aktiviti pertanian dan penternakan juga telah terbukti
menjadi penyebab berlakunya pencemaran sungai. Pengusaha tanaman kerap menggunakan
racun dan baja berlebihan dengan harapan akan mendapat hasil yang lebih lumayan. Bahan
kimia ini terserap ke dalam tanah apabila hujan dan akhirnya memasuki punca air dan
mencemarinya. Air sungai yang tercemar oleh bahan kimia seperti ini adalah beracun dan
individu yang menggunakannya akan mengalami gatal-gatal pada kulit. Binatang yang
diternak pula mengeluarkan bahan kumuh yang banyak saban hari. Sisa ini dialirkan ke
sungai, seterusnya menyebabkan air sungai kotor dan beracun. Selain para petani, penternak
binatang seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya juga merupakan penyumbang kepada
pencemaran sungai ini. Binatang ternakan yang mati biasanya dibuang terus oleh penternak ke
dalam sungai dan perlakuan ini memburukkan lagi keadaan.

Aktiviti perkilangan juga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran air,
khususnya di kawasan perindustrian. Kilang-kilang yang mengusahakan industri makanan,
minuman, barangan kimia, tekstil, dan sebagainya memang megeluarkan banyak sisa
bertoksik. Sebagai contoh, pencemaran sungai yang berlaku di Hulu Bernam pada tahun 2010
dipercayai kesan pembuangan sisa kilang berdekatan. Hal ini disebabkan ramai pengusaha
kilang masih enggan atau tidak mempu memasang alat penapis dan alat pemprosesan bahan
sisa, lalu mereka mengambil keputusan melepaskan sisa tersebut ke longkang atau sungai.
Bukan itu sahaja, malah kebanyakan bahan pencemar udara, seperti asap yang kotor dan
wasap beracun terlarut di udara dan apabila hujan, air yang turun itu turut tercemar. Keadaan
ini dipanggil hujan asid dan air hujan tersebut tidak selamat digunakan.

Pemusnahan kawasan hutan dan belukar melalui aktiviti pembalakan dan


pembangunan juga boleh menyebabkan pencemaran air. Lapisan daun dan pokok
menyediakan semacam tempat teduhan kepada tanah di bawahnya. Penebangan pokok
secara keterlaluan menyebabkan tempat teduhan itu musnah dan tanpanya tanah akan terhakis
dengan mudah oleh hujan. Tanah yang terhakis akan dibawa oleh air ke sungai. Tanah-tanah
yang dibawa masuk ke dalam sungai akan bertambah semakin banyak dan hal ini akan
menyebabkan sungai menjadi cetek dan aliran air tersekat jika serpihan pokok yang ditebang
itu tidak dibersihkan dengan betul. Sungai yang sarat dengan bahan sisa pepohon tersebut
lambat-laun akan mengecil dan kehilangan fungsinya sebagai sumber air bersih. Air sungai
akan menjadi semakin kotor dan membawa kepada pencemaran sungai yang serius.

Satu lagi faktor yang menjadi punca pencemaran sungai ialah ketidakcekapan langkah
penyenggaraan sungai. Aliran air sungai di kawasan hulu lebih deras dan aliran air seperti itu
akan menghakis tebing. Hasil hakisan itu pula akan mendak di kawasan hilir dan lamakelamaan menjadi cetek. Keadaan bertambah buruk lagi apabila sungai tidak dibersihkan dan
rumput-rumpai dibiarkan tumbuh di tebing sungai dan bahan lain yang mungkin juga
termasuk sampah sarap dibuang sehingga menyukarkan aliran air. Akhirnya, sampah yang
terperangkap bertimbun dan ini tentunya menyebabkan pencemaran sungai. Bahan tersebut
akan mereput dan menjadi tempat pembiakan pelbagai vektor penyakit. Apabila keadaan ini
berlaku, air sungai tidak dapat digunakan lagi, kecuali jika usaha pemuliharaan dan
penyenggaraan dijalankan dengan segera.

Kesimpulan
Kesimpulannya, disebabkan sungai merupakan punca air yang penting bagi penduduk negara
kita, langkah untuk mengelakkannya daripada terus tercemar perlu dilaksanakan dengan
segera. Sebagai pengguna air, kita perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap
apa-apa jua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan ini. Kita perlu sama-sama
berusaha memastikan sungai kita bersih dan bebas daripada pencemaran. Tanpa air, tidak ada
kehidupan dan kita akan berhadapan dengan masalah yang tidak dapat dibaiki lagi.

(812 patah perkataan)

Rujukan
A. Tresna, Pencemaran Lingkungan, PT Rineka Cipta, Jakarta, 2009.
Haliza Abdul Rahman, Repeah Suppian, Pencemaran Alam Sekitar dan Kesihatan Awam,
Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2013.
www.alamsekitar.weebly.com/polisterin.html
www.bharian.com.my/articles/Sentral_Angkarasisakilang/Article/
ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air

You might also like