Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Tajuk
Kemahiran Membahagikan Masa dalam Menjawab Soalan Kertas 2 Pengajian Am.
Oleh:
Shahifudin Bin Khanapi (D20101039209)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail,
Jalan Sekolah, 86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
Latar Belakang Kajian:
Pengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib bagi semua pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Pelajar yang layak
memohon ke pengajian peringkat ijazah sarjana muda juga perlu mendapatkan keputusan
sekurang-kurangnya gred C atau mata Gred 2.00.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
Sewaktu saya menjalankan latihan Bahagian 1: Mengalih Teks Linear kepada Bukan Linear
di dalam kelas Tingkatan 6 Atas Gemilang, saya dapati walaupun mereka sudah berada di
tingkatan enam tetapi mereka lemah dalam mengeluarkan data dan lambat dalam membuat
pengiraan dengan pantas bagi membina jadual bagi membina carta pai banding. Terdapat
sembilan orang pelajar yang kurang memahami teks apabila mereka diminta untuk
mengeluarkan data yang terdapat di dalam teks yang diberikan. Enam orang daripada
sembilan pelajar tersebut pula lambat dalam membuat pengiraan bagi mendapatkan data
untuk diisi di dalam jadual carta banding tersebut. Seramai lima orang pelajar pula melebihi
masa yang telah ditetapkan bagi menyiapkan carta pai banding walaupun sudah
memperolehi data yang diperlukan. Kemahiran ini amat penting untuk menyiapkan bahagian
ini dengan betul dalam masa yang dicadangkan agar ia tidak menjejaskan masa bahagianbahagian lain di dalam Kertas 2 Pengajian Am.
Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
Walaupun terdapat banyak masalah yang saya kesan yang dihadapi oleh pelajar saya,
tetapi saya hanya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah pengurusan masa. Hal ini

KAJIAN TINDAKAN PENGAJIAN AM (KERTAS 2)

kerana, mereka hanya dapat menyiapkan latihan apabila sudah melebihi masa yang di
peruntukkan/ dicadangkan. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:

Lemah mengeluarkan data

Lambat membuat pengiraan

Dengan membantu pelajar dalam mengeluarkan data dengan pantas dan betul, saya yakin
pelajar dapat menjawab soalan di dalam Kertas 2 Pengajian Am dalam masa yang
dicadangkan. Hal ini seterusnya diharap akan dapat membantu mereka lulus dengan
cemerlang dalam Kertas Pengajian Am STPM. Secara tidak langsung, keadaan ini akan
meningkatkan nilai GNP sekolah saya.
Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, para pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
Objektif Umum:
Meningkatkan pencapaian pelajar sama ada dalam peperiksaan penggal mahupun ujian
biasa. secara tidak langsung, membantu meningkatkan semangat pelajar untuk terus
berusaha untuk peperiksaan STPM 2013.
Objektif Khusus:

Membantu pelajar mengeluarkan data dan membuat pengiraan dengan pantas


terutamannya Bahagian I

Memperbaiki cara pelajar membahagikan masa dalam menjawab soalan Kertas 2


supaya tidak mengambil masa yang lama.

Meningkatkan peratusan pelajar yang mendapat markah cemerlang dalam Pengajian


Am.

Meningkatkan prestasi akademik khususnya Pengajian Am di sekolah dengan


mengatasi masalah pelajar yang masih lemah dalam menguasai kemahiran khasnya
di dalam Kertas 2 Pengajian Am ini.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 6 Atas Gemilang yang terdiri daripada 10
orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Pelajar kumpulan sasaran juga
merupakan kumpulan pelajar sederhana. Pelajar pelajar ini mengambil mata pelajaran
Ekonomi, Sejarah dan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran elektif STPM 2013.
KAJIAN TINDAKAN PENGAJIAN AM (KERTAS 2)

Walaupun hanya sebahagian sahaja yang bermasalah, saya merasakan bahawa pelajar lain
juga perlu terlibat sama di dalam kajian ini supaya kita dapat meningkatkan lagi kemahiran
mereka. Hal ini kerana, semasa P&P dijalankan, pelajar yang dikesan bermasalah hanya
sembilan orang sahaja tetapi berkemungkinan besar pelajar yang lain turut bermasalah
sekiranya mereka menerima soalan yang lain.
Pelaksanaan Kajian
i.

Pelaksanaan 1
Setiap minggu pelajar diberikan tajuk soalan graf dan carta pai. Pelajar akan berlatih

dengan mempercepatkan masa mereka mengeluarkan data dalam petikan atau jadual yang
diberikan supaya mereka akan mempunyai kelebihan masa dalam membina graf/ carta pai
nanti. Masa yang diberikan ialah selama 30 minit sahaja untuk menyiapkan graf/ carta pai
dan mengeluarkan data dari petikan.
ii.

Pelaksanaan 2
Selepas 4 minggu diberi tajuk untuk membuat graf/ carta pai dan mengeluarkan data,

pada peringkat ini guru akan memberikan soalan bahagian I dan II sekali. Ini bertujuan untuk
menguji kemahiran pelajar selepas menguasai pembahagian masa pada bahagian I.
iii.

Metod analisis data

Beberapa masalah yang dihadapi pelajar ialah, tidak mahir dalam mengeluarkan data dari
petikan dan mudah dikelirukan oleh soalan dan ayat dalam petikan yang menyebabkan
mereka asyik menukar jawapan dan mengambil masa yang lama.
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa, guru-guru
sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Pengajian Am.
Jadual Perlaksanaan Kajian
Bil

Perlaksanaan

Tarkih Cadangan

Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh sembilan

10 Januari 2013

orang pelajar.
2

Pengumpulan data awal kajian

10 Januari 2013

Menulis kertas cadangan proposal kajian

11 Januari 2013

Merancang tindakan (individu/kumpulan)

12 Januari 2013

Melaksanakan kajian (perlaksanaan 1)

15 Januari 2013

KAJIAN TINDAKAN PENGAJIAN AM (KERTAS 2)

Mengkaji hasil perlaksanaan 1

16 Januari 2013

Melaksanakan kajian (perlaksanaan 1)

22 Januari 2013

Mengkaji hasil perlaksanaan 1

23 Januari 2013

Melaksanakan kajian (perlaksanaan 1)

29 Januari 2013

10

Mengkaji hasil perlaksanaan 1

30 Januari 2013

11

Melaksanakan kajian (perlaksanaan 1)

05 Februari 2013

12

Mengkaji hasil perlaksanaan 1

06 Februari 2013

13

Melaksanakan kajian (perlaksanaan 2)

12 Februari 2013

14

Mengkaji hasil perlaksanaan 2

13 Februari 2013

15

Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar

19 Februari 2013

16

Menulis refleksi kajian

20 Februari 2013

17

Menulis laporan kajian

21 Februari 2013

18

Pembentangan dapatan kajian keseluruhan

25 Februari 2013

Jumlah Peruntukkan Yang Diperlukan


Bil

Jenis bahan

Kuantiti x Harga Seunit

Jumlah kos

Kertas graf

1 bungkus x 20 orang x

RM 30.00

RM 1.50
2

Buku Soalan

2 buah x RM 5.00

RM 10.00

Kertas Kajang

1 bungkus x 20 orang x

RM 30.00

RM 1.50
4

Photostat (sekolah)
Jumlah Keseluruhan

20 helai x 6 hari

RM 70.00

KAJIAN TINDAKAN PENGAJIAN AM (KERTAS 2)

You might also like