Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Air merupakan sebuah komponen yang amat penting kepada seluruh hidupan yang

berada di muka bumi. Air merupakan sumber semulajadi dan memainkan peranan yang
amat besar kerana kepentingannya. Sumber ini juga amat penting dalam pembinaan
sesebuah tamadun atau komuniti. Sebagai contoh, suatu masa dahulu Tamadun
Mesopotamia membuat penempatan diantara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq.
Selain itu, Tamadun Mesir juga terletak di lembah Sungai Nil. Terdapat juga tamadun
lain yang berhampiran dengan sumber air seperti Tamadun Indus, Tamadun China dan
Tamadun Rom. Dapat dikatakan bahawa pembinaan sebuah tamadun memerlukan
sumber air yang kekal sebagai pra-syarat pembinaan sebuah penempatan yang kekal.
Tetapi, jika sesebuah penempatan atau komuniti tidak menguruskan sisa cecair dan
pepejal dengan betul, sudah pasti hal ini akan mencemarkan alam sekitar. Semasa
tamadun primitif jika sesebuah kawasan itu tercemar, penduduk kawasan itu akan
berpindah ke kawasan yang baru. Hal ini kerana masyarakat dahulu merupakan
merupakan masyarakat nomad yang mengamalkan perpindahan ke kawasan yang baru.
Dalam era yang semakin maju kini, cara demikian sudah tidak sesuai kerana kehadiran
teknologi yang semakin canggih. Langkah-langkah menjaga sumber air mesti dijaga
untuk memastikan sumber air yang mencukupi disamping pengurusan pembuangan sisa
yang sistematik.
Sumber air ini perlu diuruskan dengan baik kerana air digunakan dalam pelbagai perkara
seperti kegunaan penduduk dan perkembangan industri. Semakin lama, permintaan untuk
sumber air semakin meningkat. Air digunakan dalam kegunaan harian manusia seperti
kegunaan domestik, untuk makanan dan minuman, mandi, masak dan banyak lagi. Air
memberikan banyak manfaat kepada manusia. Persoalannya, adakah sumber air ini
digunakan secara bijak oleh manusia dan adakah isu pencemaran air ini berpunca
daripada manusia sendiri?

You might also like