Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Kesatuan Melayu Muda

1.0 Pengenalan.
Banyak persatuan Melayu telah muncul pada akhir tahun 1930-an, antaranya termasuklah
Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu
Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Muda dan sebagainya. Namun, perjuangan politik yang mula jelas di
Tanah Melayu pada akhir tahun 1930-an dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun
1938 di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob.[1] Pemimpin-pemimpin lain dalam KMM ialah Ishak Haji
Muhammad dan Ahmad Boestamam serta beberapa orang rakan mereka dari Indonesia yang menetap di
Tanah Melayu. Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad,telah merancang untuk menubuhkan sebuah
parti politik yang progresif revolusioner pada 1937.Mereka mahu menuntut kemerdekaan dengan apa cara
sekali pun. [2]
Bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bangsa Melayu sangat berkurangan sama ada dari segi
kewangan mahupun ketenteraan.Dengan itu, rancangan itu tidak jadi dilaksanakan. Sementara itu,
Ibrahim Yaakob tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan Jepun dalam usaha membebaskan
tanah air daripada penjajahan Inggeris kerana dia mempercayai bahawa Jepun yang ketika itu sedang
berperang dengan China akan menjadi kuasa yang terkuat di Asia. Pada April 1938 baharulah mereka
dapat menubuhkan sebuah parti politik kiri yang bersifat nasional yang diberi nama Kesatuan Melayu
Muda (KMM). Pergerakan ini mempunyai cita-cita hendak menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia
dengan konsepnya 'Melayu Raya'. Gerakan ini juga bersifat pro-Jepun kerana mereka menolong
menyebarkan propaganda Jepun melalui akbar rasminya iaitu 'Warta Malaya'. [3]
Penubuhan Kesatuan Melayu Muda dirasakan perlu oleh Ibrahim Haji Yaakob dan rakanrakannya kerana Persatuan-Persatuan Melayu yang ada ketika itu seperti PASPAM dan persatuan Melayu
yang muncul di Perak, Pahang, dan Selangor tidak menunjukkan minat dan cita-cita politik. Perjuangan
Persatuan Melayu Muda boleh dilihat dalam tiga peringkat iaitu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah
Melayu, semasa pendudukan Jepun dan selepas pendudukan Jepun. Dasar perjuangan KMM juga berbeza

dengan persatuan-persatuan Melayu yang wujud pada waktu itu kerana persatuan-persatuan negeri ketika
dilihat lebih propenjajah dan bersifat kenegerian. KMM bersifat antipenjajah dengan memperjuangkan
kemerdekaan dan pembebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Parti ini berpusat di Kuala
Lumpur dan ia merupakan parti politik yang pertama ditubuhkan di negara ini kerana KMM dikatakan
sebagai pertubuhan politik yang pertama di Tanah Melayu yang mula menggunakan perkataan
merdeka.[4]
KMM juga merupakan sebuah pertubuhan politik Melayu yang radikal dan berhaluan kiri
kerana parti ini telah mengikuti dasar perjuangan yang tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan
Inggeris. [5]

2.0 Matlamat Penubuhan KMM


mMenurut Ruslan Zainuddin (2003), KMM ditubuhkan bertujuan untuk menggabungkan semua orang
Melayu, tanpa mengira negeri bersama-sama mempertahan, melindungi dan memperjuangkan hak serta
kepentingan bangsa Melayu.[6] KMM bermatlamat untuk menghindarkan orang Melayu daripada diperas
oleh bangsa-bangsa lain dan ingin melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. KMM
melihat persatuan-persatuan Melayu yang berasaskan kenegerian tidak banyak menguntungkan orang
Melayu. Oleh itu, KMM meletakkan matlamat memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan Tanah
Melayu daripada belenggu penjajahan. Ini disusuli pula dengan usaha menggabungkan bekas-bekas tanah
jajahan British dan Belanda untuk mewujudkan satu gagasan politik yang dikenali sebagai 'Indonesia
Raya' yang akan menjadi satu bangsa terbesar di Asia Tenggara. [7]
Walaupun KMM mahu menjalin hubungan dengan Indonesia, tetapi pertubuhan itu tidak
berminat kepada fahaman komunis, sungguhpun sesetengah dasarnya sama dengan beberapa buah parti di
Indonesia. Malah, KMM mendakwa tidak sedikitpun dipengaruhi oleh parti-parti dari Indonesia.[8]

Menurut K.Ratnam (1998) pula dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur, beliau mengatakan bahawa tujuan utama KMM ialah melindungi hak orang
melayu,mendapatkan kemerdekaan penuh daripada penjajah baik dari segi ekonomi, sosial atau politik
serta membentuk satu kesatuan politik dengan Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya atau Melayu
Raya supaya bangsa Melayu akan menjadi paling besar di Asia Tenggara[9]. Bagi Maswari Rosdi pula,
beliau mengatakan bahawa tujuan penubuhan KMM ialah untuk membebaskan orang Melayu daripada
cengkaman penjajah British dan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu serta menyatukannya dengan
Indonesia untuk membentuk Indonesia[10]. Melalui objektif yang diterangkan, jelaslah bahawa KMM
bukan sahaja ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British namun KMM juga berhasrat
untuk memerintah Tanah Melayu.[11]

3.0 Dasar Perjuangan KMM


Dasar perjuangan KMM sebagai sebuah parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah
Melayu amat berbeza jika dibandingkan dengan dasar perjuangan persatuan negeri-negeri yang lain.
Mustapha Hussein menerangkan bahawa dasar KMM bertentangan dengan dasar Persatuan Melayu
Perak, Selangor, dan Pahang yang pada masa itu dilihat lebih bersifat propenjajah dan berfahaman
kedaerahan. Dasar perjuangan persatuan-persatuan tersebut bertolak belakang dengan dasar KMM yang
lebih condong kepada dasar yang bersifat 'antipenjajah' dan enggan mengadakan kerjasama dengan pihak
penjajah British. [12]
Menurut Ibrahim pula,beliau menerangkan dasar dan matlamat perjuangan KMM yang lebih luas
menurutnya bahawa KMM adalah pelopor perjuangan nasional di Malaya secara berorganisasi yang
pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar 'non-coorporation' menuntut Malaya Merdeka atas
dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia
Raya agar seluruh suku bangsa orang Melayu (Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia
Tenggara. Mengikut Ibrahim Yaakob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia dan menjadi sebahagian daripada

sebuah negara besar, Indonesia Raya. Bagaimanapun, pada masa itu KMM tidak boleh menyatakan secara
terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan.[13]
Matlamat untuk menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan. KMM telah didaftarkan
sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India Selangor sebagai
perlembagaannya. Bagaimanapun,mengikut Roff, KMM yang ditubuhkan pada 1938 itu telah memohon
pengecualian daripada pendaftaran di bawah Undang-undang Pertubuhan dan berjaya memperolehnya
lebih dua tahun kemudian pada Disember 1940,tetapi pertubuhan itu tidak mengeluarkan apa-apa
manifesto,perlembagaan dan daftar pegawainya[14]. Selain itu,matlamat KMM juga ingin menggabungkan
semua

negeri

Melayu,memperjuangkan

kepentingan

hak

orang

Melayu,menggulingkan

Inggeris,memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu


dengan Indonesia di bawah konsep Melayu Raya.

4.0 Tokoh-tokoh Utama dan Ahli Jawatankuasa KMM


Ibrahim Hj Yaakob (lahir 1911 di Temerloh, Pahang dan meninggal dunia pada 1976 di Jakarta) adalah
presiden dan pengasas bagi Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu yang menentang
kerajaan penjajah British. W.R Roff, pengkaji awal Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah
bertanggungjawab menjadikan Ibrahim Haji Yaakob sebagai pendukung penting KMM. Menurut Roff,
Ibrahim Haji Yaakob telah mempunyai minat politik yang mendalam yang berorientasikan Indonesia
sejak 1929, semasa beliau belajar di Sultan Idris Trainning College (SITC). Beberapa pertubuhan pemuda
telah dibentuk seperti Belia Malaya[15] atau Ikatan Semenanjug Borneo[16] untuk mengumpul tenaga
pemuda dalam mendukung kebangsaan Melayu. Malah, lebih jauh lagi, Ibrahim Haji Yaakob telah
berbincang dengan golongan Marxist di Indonesia melalui Djamaluddin Tamin, orang kanan Tan Malaka
di Tanah Melayu. Pada 1928 atau 1929, Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa pelajar lain dikatakan telah
menjadi ahli Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Ir. Sukarno. Mereka juga dikatakan melanggan
akhbar parti itu, Fikiran Rakyat.

Minat Ibrahim Yaakob untuk menjadi pemimpin masyarakat Melayu bukanlah suatu yang baru.
Sejak beliau mengenal erti politik di SITC, beliau telah menawarkan diri untuk berkerja bagi orang
ramai.Dalam rencananya yang disiarkan dalam Majalah Majlis, beliau telah menawarkan diri dengan
mengatakan walaupun beliau "seorang yang tidak terkenal di sisi bangsaku", namun beliau "sedia
berkorban badan dan jiwa untuk guna bangsa, tanah air dan raja Melayu" dan "sanggup bersyarah di
hadapan penghulu-penghulu, guru-guru, di kelab-kelab, di balai polis dan di tempat-tempat lain, sekiranya
diizinkan oleh kerajaan British. [17]
Ternyata sekali Ibrahim haji Yaakob ialah seorang yang konservatif dalam pendekatan politiknya
pada tahun 1932, iaitu semasa beliau masih lagi menjadi guru sekolah di Bentong. Beliau menerima
kepimpinan raja Melayu, malah sangat akur dengan peraturan penjajah British. Tetapi keadaan ini
berubah selepas awal tahun kemudian, setelah beliau mendapat pengalaman tentang kegiatan politik
Melayu dalam PMS. Kepimpinan golongan itu ditolaknya atas alasan untuk kepentingan bangsa
Melayu.[18] Dengan itu Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap
penguasaan golongan aristokrat Melayu dalam kepimpinan politik masyarakat Melayu. Beliau mahu
kepimpinan politik masyarakat Melayu dikongsi bersama-sama golongan rakyat bawahan, seperti beliau.
Minat yang tebal ditanam dalam sanubarinya sejak 1932 telah cuba dijelmakan pada tahun 1938 melalui
penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). [19]. Semasa Perang Dunia Kedua, beliau menyokong Jepun
semasa pendudukan mereka di Malaysia. Dipenjarakan oleh British pada 1941, beliau dibebaskan oleh
pihak Jepun pada Februari 1942 akan tetapi Ibrahim ditangkap kembali oleh tentera British di Singapura
pada akhir tahun yang sama. Beliau meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979. [20]
Turut menjadi orang penting bagi Kesatuan Melayu Muda ialahAhmad Boestamam (lahir pada 30
November 1920 ). Nama asalnya ialah Abdullah Thani Bin Raja merupakan salah seorang aktivis politik
anti penjajah Inggeris. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika
menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini melekat sebagai nama yang
popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar

dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Selain daripada bergiat dalam politik, beliau juga
berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel.
Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad Boestamam adalah
seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang,
kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya
juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh
wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad.[21]
Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam
arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut
sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik
orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak
setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat
yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk
membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.[22]
Kepentingan Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya dalam Kesatuan
Melayu Muda (KMM) sebagai Penolong Setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhbar Majlis di
Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob. Walaupun beliau hanya menjadi orang yang
keempat penting dalam organisasi yang menjadi ejen Jepun, tetapi ini tidak dipandang ringan oleh
kerajaan British.[23] Ahmad dianggap sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar.
Penangkapan Boestamam pada tahun 1941 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong
KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik. Beliau telah menjadi lebih
terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap anti
penjajahannya. Ini menjadi salah satu kemungkinan kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam
politik.[24]

Selain daripada dua tokoh di atas, antara lain tokoh yang menjadi penggerak kepada perjuangan
Kesatuan Melayu Muda ialah seperti Mustapha Hussein yang bertindak sebagai Naib Presiden, iaitu
seorang yang berpendidikan dari Sekolah Pertanian Serdang, Hassan Manan, seorang pelajar lepasan
Sekolah Teknik Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Setiausaha Agung dan Idris Hakim sebagai
bendahari. Manakala, Abdul Karim dan Onan Haji Siraj menjadi ahli jawatankuasa bersama-sama dengan
Bahar bin Abik, Sulung bin Achik, Abdul Samad Ahmad, wartawan Majlis, Abdullah Kami dan Ishak
Haji Muhammad. [25]

5.0 Perjuangan KMM


Perjuangan KMM disebarkan melalui akhbar seperti Warta Malaya yang ditulis oleh Ibrahim Haji
Yaakob.[26] Beliau memilih akhbar Warta Malaya kerana akhbar tersebut merupakan sebuah akhbar yang
sangat berpengaruh di Selatan Tanah Melayu dan akhbar yang lebih tua yang telah diterbitkan sejak tahun
[27]

1930.

Cawangannya mula didirikan di Tanah Melayu selepas penubuhan KMM di Kuala Lumpur.

Dalam penubuhan cawangan KMM, pelajar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris yang menjadi guru di
sekolah-sekolah melayu memainkan peranan utama. Selain itu, guru-guru dan para pelajar sekolah agama
turut menjadi ahli dan menubuhkan cawangan KMM seperti di Madrasah al-Masyhor,Pulau Pinang dan
Maahad ll Ihya dalam KMM setelah mendapat galakan daripada tenaga pengajar ll Ihya,terutamanya
Ustaz Abu Bakar al-Bakiryang secara tidak langsung mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua
KMM tempatan. [28]
Kelangsungan daripada perhubungan tersebut, ramai pelajar llIhya dalam KMM bukan sahaja
setakat menjadi ahli tetapi ada antara mereka yang telah menjadi pemimpin apabila cawangan Gunung
Semenggol atau seluruh Perak Utara ditubuhkan. Antaranya ialah Osman Hamzah (Naib Yang Dipertua,
Sabri Abdul Kadir (Setiausaha) Ahmad Yusuf, Yahaya Nasir, Haji Abdullah, Abd Kaisar dan Kassim
Mohammad yang kesemuanya menjadi ahli jawatankuasa.

5.1 Perjuangan KMM melalui penulisan

Selain itu, perjuangan KMM juga banyak dibantu melalui penulisan karya-karya yang
menerapkan ideologi mereka. Ishak Haji Muhamad merupakan salah seorang tokoh KMM yang banyak
menyumbang memperjuangkan KMM dari segi penulisan. Salah satu karya beliau yang agak popular
diperkatakan ialah Putera Gunong Tahan.[29] Karya ini merupakan novel sindiran beliau yang pertama
yang mengkritik dan menyindir masyarakat Tanah Melayu, pemimpin tempatan serta penjajah. Sindiran
beliau dalam novel ini sebenarnya ingin menyedarkan masyarakat Tanah Melayu supaya bangkit
mempertahankan Tanah Melayu dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis penjajah ketika itu kerana
ia hanya bertujuan untuk terus menjajah Tanah Melayu.
Menurut

Ramlah

Adam,

walaupun

begitu,

ideologi

KMM

ini

yang

ingin

mempertahankan orang Melayu sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu tidaklah seperti yang
mereka janjikan. Sikap ahli-ahli KMM ini terus berubah apabila telah berjaya membantu Jepun
menguasai Tanah Melayu. Mereka berpuas hati kerana berkuasa dalam masyarakat Melayu dan
menjadi pemimpin baru orang Melayu.[30] Kata-kata mereka selalu ditunaikan oleh pemerintah
tentera Jepun dan keadaan ini telah mengubah sikap mereka menjadi angkuh dan sangat ditakuti
orang ramai. Keadaan ini ada diceritakan dalam novel Nyawa Di Hujung Pedang,[31] karangan
Ahmad Murad dan turut diceritakan dalam cerpen-cerpen karangan Arena Wati.[32]

6.0 Plot Perjuangan KMM


Pada 1940,Ibrahim Yaacob sebagai Presiden atau Ketua Umum KMM telah menjelajah ke
seluruh Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan rakyat.Sebagai hasil daripada lawatan beliau itu,
KMM telah ditubuhkan di beberapa buah negeri termasuk Singapura dan Patani.Abdul Samad telah
menyenaraikan nama 37 orang yang dianggapnya sebagai tokoh KMM di negeri-negeri tersebut
sementara

Mustapha

telah

menyenaraikan

nama

52

orang

ahli

KMM

yang

berdasarkan

ingatannya.[33] Senarai yang dikemukakan oleh Abdul Samad Idris dan Mustapha Hussein itu mungkin
merupakan senarai ahli KMM yang awal iaitu senarai ahli pada 1938 yang mengikut dugaan Roff
mungkin tidak lebih daripada 50 atau 60 orang dan kebanyakannya terdiri daripada guru sekolah

Melayu,kakitangan atau pelajar Sekolah Teknik Kuala Lumpur,Sekolah Pertanian Serdang dan SITC
ataupun wartawan.Senarai ahli pada 1940 dan selepasnya mungkin lebih ramai daripada itu walaupun
mengikut dugaan Roff tidak lebih daripada beberapa ratus orang sahaja.[34]
Dalam usianya yang singkat,sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun
1941,jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.Ia
bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar tetapi juga daripada golongan rakyat
bawahan yang kebanyakannya masih takut untuk berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional
seperti penghulu,datuk-datuk lembaga (di Negeri Sembilan) dan sebagainya.[35]Dalam hubungan ini,
KMM mengambil sikap bermusuhan dengan pembesar-pembesar tersebut. Pada pertengahan 1941,
beberapa bulan sebelum Jepun menyerang Malaya, Ibrahim Yaakob iaitu Ketua Umum KMM dikatakan
telah dihubungi oleh Jepun yang menawarkan wang untuk membeli surat khabar Melayu yang boleh
digunakan untuk melancarkan propaganda anti-British. Ibrahim menerima tawaran itu dan tanpa diketahui
oleh pemimpin KMM yang lain telah menjanjikan sokongan KMM kepada Jepun apabila Jepun
menyerang Malaya. Dengan wang pemberian Jepun itulah Ibrahim Yaakob membeli akhbar harianWarta
Malaya daripada satu keluarga Arab yang menjadi pemiliknya pada Ogos 1941.[36]

6.1 Peringkat awal pertubuhan KMM


Pada awal pertubuhan KMM sehingga awal pendudukan Jepun, KMM tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan di kalangan masyarakat melayu di Terengganu. Hal ini disebabkan masyarakat di
Terengganu belum mempunyai kesedaran dalam isu-isu politik. Manakala, dari segi penyertaan pula,
KMM tidak mendapat sambutan atau sokongan daripada golongan atasan dan pegawai tinggi kerajaan
termasuk kalangan para pemimpin agama. Pada masa pendudukan Jepun, cawangan KMM di Terengganu
berjaya meluaskan pengaruh kerana wujudnya hubungan baik antara KMM dengan pihak Jepun.
Walaupun KMM berusaha untuk memperluaskan pengaruh namun pertubuhan ini tidak berjaya
menarik lebih ramai pengikut, terutamanya di kalangan rakyat bawahan dan golongan pentadbir Melayu

yang berpendidikan Inggeris. Hal ini kerana mereka masih mengharapkan kepimpinan raja-raja dan
golongan bangsawan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemunculan KMM di
tengah-tengah orang Melayu yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat tani yang masih setia
terhadap hubungan sosial bersifat tradisional terutamanya dengan raja-raja Melayu dan para pembesar
Melayu sebenarnya tidak banyak membantu KMM meluaskan pengaruhnya.[37]Terdapat golongan yang
juga tidak menyokong KMM iaitu golongan Birokrasi kerana KMM bersikap anti birokrasi. [38]
Tanpa sebuah perlembagaan bertulis amat sukar ditentukan dengan tepat apakah ideologi yang
diperjuangkan oleh KMM. Tambahan pula, idea KMM untuk menyatukan Tanah Melayu dengan
Indonesia melalui gagasan Melayu Raya tidak berkesan untuk menarik perhatian orang Melayu. Sebelum
Perang Dunia kedua berlaku, KMM lebih banyak bergiat secara sulit dan bergantung kepada hubungan
ahli-ahli jawatankuasa pusat dengan rakan-rakan di beberapa buah negeri di Tanah Melayu, khususnya di
kalangan bekas pelajar SITC untuk mendapatkan ahli-ahli baru. Jelaslah bahawa KMM gagal
mewujudkan satu gerakan massa ataupun suatu pertubuhan politik secara besar-besaran yang berupaya
melibatkan penyertaan golongan rakyat bawahan dalam usaha menentang penjajah British di Tanah
Melayu.[39]
Namun,sejak awal penubuhannya, pihak British sentiasa mengawasi kegiatan KMM. British
mendapat maklumat mengenai rancangan para pemimpin KMM umtuk melancarkan gerakan senjata bagi
menghalau British keluar dari Tanah Melayu. Kebimbangan British semakin jelas apabila menyedari
tentang wujudnya hubungan rapat di antara KMM dengan para pemimpin Indonesia, teutamanya Parti
Komunis Indonesia (PKI) berikutan dengan kehadiran Sutan Djenain yang merupakan seorang pelarian
politik PKI yang menetap di Tanah Melayu.[40]
Bagi meredakan kebimbangan tersebut, pada akhir tahun 1941 pihak British telah menahan
Ibrahim Haji Yaakob dan beberapa orang pemimpin KMM seperti Ishak Haji Muhammad, Hassan Haji
Manan,Idris Hakim,Ahmad Boestamam, Mohd Isa Mahmud dan Sutan Djenain berserta 150 orang
anggota KMM ditangkap oleh Cawangan Khas Polis British. Walaupun pada mulanya mereka akan di

hantar ke India, namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan setelah kedatangan Jepun ke Tanah
Melayu. Pemimpin-pemimpin KMM telah di bebaskan oleh Jepun dan KMM telah meneruskan kegiatan
mereka dalam bidang politik. [41]

6.2 Kesatuan Melayu Muda Pada Era Pendudukan Jepun.


Pada tahap ini,kelihatan satu kegiatan nasoinalisme yang lebih matang dari kegiatan sebelumnya.
Peranan golongan radikal Melayu lebih menonjol sekali seperti Ibrahim Haji Yaakob, Dr. Burhanuddin
Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad merupakan tokoh-tokoh yang telah menggunakan pendudukan
Jepun sebagai satu peluang untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme itu. Sebagai perisik
Jepun ketika itu, mereka telah mendapat kedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun yang berjalan
selama tiga tahun setengah itu[42]. Mereka membantu Jepun dengan harapan Jepun akan memberi lebih
banyak kebebasan politik kepada orang Melayu, jika tidak merdeka sepenuhnya. Mereka berpendapat
bahawa penjajahan British di Tanah Melayu perlu dihapuskan.[43] Manakala bagi Jepun pula,mereka
mengharapkan ahli-ahli KMM dapat mempengaruhi orang Melayu supaya berkerjasama dengan tentera
Jepun semasa mereka menyerang British. Bantuan KMM ini banyak membantu tentera Jepun untuk
menakluki Tanah Melayu dengan lebih mudah.[44]
Namun, setelah kumpulan ini berkerjasama dengan Jepun dan membiarkan Jepun menekan
kegiatan mereka, sifat radikal mereka telah musnah. Tindakan Jepun mengharamkan KMM pada bulan
Jun 1942 iaitu enam bulan selepas penguatkuasaan pemerintahannya tidak dapat dibantah oleh Ibrahim
Haji Yaakob dan kawan-kawannya. Jepun mengharamkan KMM kerana tindakan sekumpulan pemimpin
KMM seperti Mustapha Hussein menuntut kemerdekaan dari Jepun sebaik sahaja Jepun menduduki
Tanah Melayu.[45] Selepas Ibrahim Haji Yaakob melihat insiden salah seorang ahli KMM iaitu Mustapha
Hussein ditempeleng dan diterajang, beliau terpaksa mengunci mulut dan tunduk terhadap Jepun. Beliau
sedar bahawa, kemenangan Jepun di Tanah Melayu bukanlah kemenangan bagi golongan radikal.[46]

Begitu juga dengan Dr.Burhanuddin yang telah dilantik sebagai Penasihat hal-ehwal agama Islam
dan adat istiadat Melayu di Taiping, Perak. Beliau cuba mengadakan persidangan masyarakat Islam
Sumatera dan Semenanjung bagi kali kedua telah ditahan oleh pihak Jepun. Hal ini kerana pihak Jepun
bimbang Islam akan menjadi jambatan kebebasan politik di antara kedua-dua buah daerah menentang
Jepun.[47] Ishak Haji Mohammad juga terpaksa membiarkan Jepun menyerahkan semula Kelantan dan
Terengganu kepada Thailand. Beliau dan kawan-kawannya juga terpaksa mmbiarkan pentadbiran negerinegeri utara Tanah Melayu disatukan dengan Sumatera dan Singapura diasingkan dari Semenanjung.
Beliau seperti juga rakan-rakannya, tidak dapat menyaingi penjajah baru ini.[48]

6.3 Pembubaran Kesatuan Melayu Muda


Pada bulan Jun 1942, KMM telah dibubarkan oleh Jepun kerana telah mendapati bahawa KMM mula
mengecam kedudukan mereka. Kemudian tentera Jepun telah meminta Ibrahim Haji Yaakob supaya
menubuhkan Badan Penasihat Bumiputera pada Pemerintahan Tentera Jepun bagi Tanah Melayu dan
Sumatera. Lantaran daripada pembubaran tersebut, ini juga bermakna bahawa perjuangan golongan
nasionalis kiri yang bergerak atas nama KMM sebagai sebuah pertubuhan politik di Tanah Melayu turut
berakhir.[49]

7.0 Analisis dan Kesimpulan.


Melalui analisis Mohamed Salleh Lamry (2006) dalam bukunya Gerakan Kiri Melayu dalam
Perjuangan Kemerdekaan mengatakan di Malaya Kesatuan Melayu Muda (KMM) adalah sebuah
organisasi politik yang terawal muncul dan penubuhannya banyak dipengaruhi olehperkembangan politik
di Indonesia dan berlandaskan fahaman nasionalisme Melayu yang luas tetapi hanya wujud sehingga
zaman Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua perjuangan KMM diteruskan oleh Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM).[50] Karya Firdaus Haji Abdullah (1985), Radical Malay Politics mengatakan
KMM adalah gerakan politik radikal Melayu yang terawal. Selain daripada itu beberapa tulisan oleh
Rustam A. Sani (1976,1983) dan Ahmat Adam (1983, 1996) juga mengkelaskan KMM merupakan

gerakan nasionalis kiri Melayu dan Rustam A. Sani (1975) telah menghuraikan asal usul sosial gerakan
nasionalis kiri Melayu, khasnya KMM.[51]
Jika dinilai perjuangan golongan nasionalis kiri Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru. Perjuangan
seperti ini sebenarnya telah dimulakan oleh pembesar tradisional, seperti Datuk Bahaman di Pahang,
Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan iaitu dengan sokongan kaum
tani, ketika Inggeris mula-mula campur tangan dalam politik dan pentadbiran negeri Melayu pada akhir
abad ke-19 dahulu. Jadi perjuangan golongan nasionalis kiri Melayu itu boleh dianggap sebagai
menyambung atau melanjutkan perjuangan pembesar tradisional yang telah dipatahkan oleh Inggeris.[52]
Kemunculan gerakan nasionalisme kiri di kalangan orang Melayu pula, sama ada secara langsung atau
tidak, banyak dipengaruhi dan didorong oleh perkembangan politik dan gerakan nasionalisme di
Indonesia. Bahan-bahan dari Indonesia, sama ada buku, majalah dan surat khabar telah sampai ke tangan
anak-anak muda Melayu yang belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Tujuan bahan bacaan itu dibawa
masuk ke Tanah Melayu terutamanya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan itu
mereka dapat mengikuti perkembangan di Indonesia, seperti Boedi Otomo, Sarekat Islam, Parti Komunis
Indonesia, Parti Nasional Indonesia serta peranan Soekarno. Dengan itu, kemasukan bahan bacaan itu
telah mendatangkan kesan yang tidak diduga pada mulanya, iaitu sedikit sebanyak telah mendorong
timbulnya kesedaran politik anti kolonial di kalangan mereka (Abdul Samad 1982, 310).[53]
Menurut Ibrahim (1957) yang menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin politik utama
gerakan nasionalisme Melayu kiri itu, tekanan politik dan ekonomi penjajah dalam waktu singkat telah
memberikan kesedaran baru kepada orang Melayu. Dengan itu, timbullah bibit-bibit kesedaran nasional di
kalangan masyarakat Melayu. Namun, Ibrahim (1957,20) mengakui adanya pengaruh dari Indonesia itu
dengan kata-kata seperti berikut :
Selanjutnya kesadaran ini bertambah besar sesudah terjadi Pemberontakan
melawan Belanda di Jawa dan Sumatera tahun 1926. Berita-berita pemberontakan di

Indonesia itu dengan diam-diam disambut oleh orang Melayu di Malaya yang satu
keturunan darahnya itu dengan sangat gembira, terutama oleh mereka yang mempunyai
hubungan darah langsung dengan suku-suku Bugis, Banjar, Sumatera, Jawa, Sunda,
Boyan dan lain-lainya, bahkan beberapa orang pemimpin pemberontakan dari Indonesia
itu yang lari ke Malaya diberikan perlindungan saudara kandung oleh orang-orang
Melayu, dari orang-orang pelarian ini ada pula yang bergerak di Malaya memberikan
kesadaran nasional melawan penjajah di antaranya ialah Djamaluddin Tamin, Tan
Malaka, Budiman, Sutan Jenain, Alimin, Mohd Arif dan lain-lainnya.[54]
Kenyataan Ibrahim itu telah diperkuat oleh Abdul Samad (1982, 311) yang turut berjuang dalam
politik sejak awal munculnya gerakan nasionalisme Melayu dengan merujuk kepada apa yang berlaku di
kalangan pelajar Sultan Idris Tranning College (SITC):
Dengan banyaknya bahan-bahan bacaan dari luar mencurah masuk ke SITC di
Tanjung Malim, bakal-bakal guru ini dapat mengetahui bagaimana gigihnya orang-orang
Indonesia menentang penjajah dengan serba kekurangan. Pemberontakan di Jawa dan
Pemberontakan di Sumatera telah menjadi inspirasi kepada mereka.[55]
Roff (1974) dalam Mohamed Salleh Lamry (2006), sebahagian daripada pelarian politik dari Indonesia itu
telah datang ke SITC untuk melanjutkan perjuangan mereka. Dengan itu bakal-bakal guru yang telah
sedia bersemangat itu bertambah semarak lagilah semangat mereka setelah mendengar kekejaman pihak
penjajah ke atas bangsa Indonesia. [56]Mengikut Ibrahim dalam Mohammed Salleh Lamry (2006)
menambah fakta penting tentang pengaruh dari Indonesia dengan penerangan berikut:
Sesungguhnya, kesedaran nasional di Malaya itu semakin cepat berkembang di Indonesia
(khususnya di Jawa)dan lahir Partai Nasional Indonesia (PNI) yang dipimpin oleh Ir. Sukarno yang
menuntut kemerdekaan Indonesia. Gerakan PNI ini disambut baik oleh orang Melayu Malaya dengan
perasaan bahawa orang Melayu adalah suku bangsa Indonesia. Dengan demikian sejak tahun 1928

timbullah perasaan nasional Indonesia di Malaya, dan ada pula yang menjadi anggota PNI, diantaranya
ialah Sdr. Ibrahim Yaacob yang memimpin perkumpulan mahasiswa di Sultan Idris Training College Tg.
Malim beserta kawan-kawannya.[57]
Ringkasnya pada tahun 1928 itu tumbuhlah kesedaran nasional di kalangan orang Melayu penduduk
Malaya. Dengan demikian pada tahun 1929 Ibrahim telah menubuhkan sebuah gerakan pelajar secara
haram yang diberikan nama Ikatan Pemuda Pelajar. Kemudian 1930 beliau menubuhkan Ikatan
Semenanjung Borneo (Abdul Samad Idris 1982, 312) atau Belia Malaya mengikut catatan Roff (1974,
225), yang merupakan pertubuhan haram juga. Gerakan ini dianggotai oleh kira-kira 35 orang pelajar
SITC . Antara mereka yang menjadi pemimpinnya ialah Ibrahim Haji Yaacob, Muhammad Isa Mahmud,
Hassan Haji Manan, Yaacob Muhammad Amin dan Abdul Karim Rashid (Abdul Samad 1982, 312).
Merekalah yang disebut oleh Ibrahim Yaacob turut menjadi ahli PNI yang dipimpin oleh Soekarno dan
melanggan akhbar parti tersebut Fikiran Rakyat (Roff 1974, 225).[58] Penubuhan gerakan sulit Ikatan
Semenanjung Borneo atau Pemuda Malaya ini jelas mengikut model gerakan pemuda yang wujud lebih
dahulu di Indonesia, seperti Jong Jawa dan Jong Sumatera, yang merupakan gerakan pemuda Jawa dan
pemuda Sumatera.[59]
Gerakan sulit nasionalisme Melayu di SITC itu mulai malap selepas 1932, setelah pihak Inggeris dapat
mencium

gerak-geri

para

pemimpinnya.

Pihak

Inggeris

telah

mengambil

langkah

untuk

menghancurkan gerakan nasionalisme yang bergerak secara sulit yang berpusat di SITC itu. Antaranya
ialah memisahkan Ibrahim Yaacob dari rakan-rakannya setelah menamatkan pengajian pada tahun
1931.[60]Ibrahim Yaacob dihantar mengajar ke Bentong, Pahang, sementara rakan-rakannya dihantar
mengajar ke merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu, sehingga mereka berjauhan. Di samping itu,
tenaga pengajar yang menanamkan semangat nasionalisme juga telah dipecah-pecahkan supaya mereka
sukar berhubung antara satu dengan lain.[61] Mereka dihantar sampai ke Borneo dengan alasan kenaikan
pangkat. Antaranya Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dijadikan Pemeriksa Sekolah-Sekolah Borneo, dan
Cikgu Harun Muhammad Amin (Harun Aminurashid) dijadikan Penguasa Pelajaran di Brunei.[62]

Bagaimanapun, langkah Inggeris menyekat gerakan nasionalisme di SITC itu tidak mematahkan cita-cita
dan perjuangan Ibrahim Yaacob. Dengan perpindahannya ke Bentong, Ibrahim memindahkan markas
Ikatan Semenanjung Borneo ke Bentong pula. Di Bentong, Ibrahim mendapat sokongan daripada Ishak
Haji Muhammad yang ketika itu menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah Bentong.[63] Aktiviti politik
Ibrahim dan Ishak dapat dihidu oleh penjajah Inggeris dan sekali lagi mereka bertindak menyekat
kegiatan politik di kalangan anak muda Melayu itu, Ishak telah ditukarkan ke Pejabat Daerah Rembau,
sementara Ibrahim pula ditukarkan mengajar ke Sekolah Latihan Polis di Kuala Lumpur.[64]
Setelah berada di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1934 dan awal tahun 1935, Ibrahim Yaacob
dapat berhubung semula dengan beberapa orang kawan lama di SITC dan bertemu dengan kawan baru
yang sama-sama mempunyai kesedaran nasionalisme dan semangat antikolonial. Antara mereka
terutamanya ialah Hassan Manan, Abdul Karim Rasid dan Isa Mohd. Mahmud semuanya dari SITC;
Mustapha Hussin, guru Sekolah Pertanian Serdang, dekat Kuala Lumpur serta Ishak Hj Muhamad, anak
muda dari Pahang yang baharu berhenti dari Perkhidmatan Tadbir Melayu (MAS) (Roff 1974, 226).[65]
Ibrahim Yaacob dan Ishak Hj Muhammad, mengikut Abdul Samad (1982, 314) telah merancang untuk
menubuhkan sebuah parti yang progresif revolusioner pada 1937.[66] Mereka mahu menuntut
kemerdekaan dengan apa cara sekalipun. Bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bangsa Melayu
sangat kekurangan sama ada dari segi kewangan mahupun ketenteraan. Dengan itu, rancangan itu tidak
jadi dilaksanakan. [67]Sementara itu, Ibrahim Yaacob tidak teragak-agak untuk mendapatkan sokongan
Jepun dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris, kerana dia mempercayai
bahawa Jepun yang ketika itu sedang berperang dengan China akan menang menjadi kuasa yang terkuat
di Asia.[68] Pada April 1938 baharulah mereka dapat menubuhkan sebuah parti politik kiri yang bersifat
nasional yang diberi nama Kesatuan Melayu Muda (KMM).
Mengikut Roff (1974, 222) dalam buku Mohamed Salleh Lamry penubuhan KMM adalah
mengikut model Jong Jawa dan Jong Sumatera yang wujud lebih awal di Indonesia walaupun dalam
Mustapha (1999, 195, 198) dalam memoirnya menyatakan bahawa pemuda-pemuda nasionalis dalam

KMM seperti beliau mahu mencontohi gerakan Muda Turki (Young Turks) dan tidak mengakui KMM
dipengaruhi oleh parti-parti politik dari Indonesia. Dalam hal ini, kenyataan Ibrahim mungkin lebih tepat,
kerana pada masa itu, pengaruh dari Indonesia, sama ada dari segi bahan bacaan dan hubungan secara
langsung dengan pejuang politik dari Indonesia, memang lebih ketara.[69]
Dengan itu, kita dapat membuat penilaian sendiri mengenai hubungan ini iaitu satu perkara yang menarik
yang mana dalam Majlis Penubuhan KMM turut dihadiri oleh Sutan Jenain, seorang kader komunis dan
pelarian politik dari Indonesia yang mana juga sebagai ahli PKM. Pendapat saya ini saya sokong dengan
petikan dari Mustapha (1999,197) yang mana Sutan Jenain sering menasihati beliau dan kawan-kawannya
supaya menubuhkan badan politik Melayu yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan. Mengikut Roff
(1974, 231-232) pula mengatakan Sutan Jenain memainkan peranan penting sebagai penghubung (liaison)
antara PKM dengan KMM.[70]
Tentang dasar dan matlamat perjuangan KMM mengikut Mustapha (1999, 198) ialah sebagai
sebuah parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu dan berbeza dengan dasar
Persatuan Melayu negeri-negeri, ini kerana Persatuan seperti Melayu Perak, Selangor dan Pahang baru
ditubuhkan dan persatuan ini bersifat propenjajah dan berfahaman kedaerahan tetapi KMM pula
antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman
penjajah British.[71]
Manakala Ibrahim (1957, 25) pula mengatakan KMM adalah pelopor perjuangan nasional di
Malaya secara berorganisasi yang pertama menentang penjajah Inggeris dengan dasar noncorporation menuntut Malaya Merdeka, atas dasar kesedaran nasional yang luas bertujuan mahu
mempersatukan Malaya kepada satu ikatan Indonesia Raya, agar seluruh suku bangsa orang Melayu
(Malay-races) menjadi satu bangsa yang besar di Asia Tenggara.[72]
Dengan Perkataan lain, mengikut versi Ibrahim Yaacob, KMM ditubuhkan sebagai alat untuk
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang akan disatukan dengan Indonesia menjadi sebahagian

daripada sebuah negara besar, Indonesia Raya.[73] Bagaimanapun pada masa itu KMM tidak boleh
menyatakan secara terbuka bahawa perjuangannya adalah untuk menuntut kemerdekaan. Matlamat untuk
menuntut kemerdekaan itu terpaksa disembunyikan.[74] Mengikut Mustapha (1999,199) KMM telah
didaftarkan sebagai sebuah badan sosial dengan mengambil peraturan-peraturan Liga Pemuda India
Selangor sebagai perlembagaannya.[75]
Dalam usianya yang singkat, sejak kelahirannya pada 1938 hingga kedatangan Jepun pada tahun
1941, jelas tidak banyak yang dapat dilakukan oleh KMM dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Ia
bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada golongan pembesar, tetapi juga daripada golongan rakyat
bawahan yang kebanyakkannya masih takut berpolitik dan lebih mematuhi pemimpin tradisional, seperti
penghulu, datuk-datuk lembaga (Negeri Sembilan) dan lain-lain. Dalam hubungan ini, KMM mengambil
sikap bermusuhan dengan pembesar-pembesar tersebut (Abdul Samad 1982, 317).[76]
Dalam konteks perjuangan nasionalis kiri Melayu ini timbul persoalan yang kami utarakan sebagai
kesimpulan sejarah KMM ini iaitu seperti berikut:
Pertama, di mana letaknya perjuangan golongan nasionalis kiri Melayu yang dikatakan radikal itu
dari segi sejarah? Setakat mana pentingnya perjuangan mereka?
Kedua, apakah sumbangan mereka kepada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu?
Ketiga, mengapa mereka sanggup bekerjasama dengan pihak Jepun?
Persoalan ini ada yang sudah terjawab dalam pembacaan dan penyelidikan kami seperti yang
dihuraikan dalam penulisan esei ini. Namun masih timbul pelbagai persoalan yang lebih menarik untuk
dikaji. Persoalan-persoalan kian bercambah dalam minda kami sewaktu mengkaji tentang sejarah KMM
ini yang mempunyai kesinambungan dengan sejarah sebelum, semasa dan selepasnya, hal inilah yang
menjadikan sejarah itu sesuatu yang unik; disebalik cerita ada persoalan-persoalan perlu dikaji barulah
lahir jawapan yang betul-betul benar, terselit nasihat dan pengajaran untuk generasi seterusnya. Ada satu

nasihat (advice) yang menarik dipetik di sini daripada Sutan kepada dua orang budak lelaki yang sedang
bertumbuk dalam tulisan Insun Sony Mustapha (2005, 134) Do not Fight. It is not good. You will never
hurt. We dont want children to get hurt by this. [77] Kalau dinilai dengan kritis nasihat ini merupakan
teguran,

peringatan

dan

juga

tanda

kasih

sayang.

Sejarah

mengajar

kita

erti

1 Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 453.
[2]

Abdul Rahman Hj. Ismail, 2006. Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia,
Pulau Pinang: USM, hlm.86

[3]

Ahmad Salleh Lamry,2006.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,Bangi:UKM,


hlm.37-38.

[4]

Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, hlm. 453.

[5]

Ibid.

[6]

Ibid.

[7]

Ibid.

[8]

Ruslan Zainudddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti,hlm. 453.

[9]

K. Ratnam, 1998. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Subang Jaya, Selangor
Darul Ehsan : Pustaka Sarjana Sdn Bhd, hlm.110.

[10]

Ibid, hlm. 93.

[11]

Ruslan Zainuddin, 2003. op.cit, hlm. 453.

[12]

Ahmad Salleh Lamry,2006.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,Bangi:UKM,hlm


.38-39.

[13]

Ibid.

[14]

Ibid, hlm. 39

[15]

W.R Roff, 1969. The Origins Of Malaya Nationalisme, Yala University Press, hlm. 222.

[16]

Ibid, hlm. 225.

hidup.

[17]

Ramlah Adam, 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia 1938-1965, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 5.

[18]

Ramlah Adam,2004, Gerakan Radikalimse Di Malaysia(1938-1965), Kuala Lumpur, DBP, hlm 6.

[19]

Ibid, hlm.6.

[20]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob

[21]

Ibrahim Mahmood, 1981.Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu,Kuala Lumpur:Penerbitan


Pustaka Antara,hlm.35.

[22]

Ibid.

[23]

Ibid.

[24]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Boestamam

[25]

Ibid.

[26]

Ruslan Zainudddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti,hlm. 453.

[27]

Ibid.

[28]

Ibid.

[29]

William R.Roff, Nasionalisme Melayu, Universiti Malaya, 2003, hlm.249.

[30]

Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), Kuala Lumpur:DBP, 2004, hlm.37.

[31]

Ibid.

[32]

Ibid.

[33]

Ahmad Salleh Lamry,2006.Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan,Bangi:UKM,


hlm.39-40.

[34]

Insun Sony, Mustapha Hussein, 1999. Pejuang Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.hlm 28.

[35]

Ibid.

[36]

Ibid.

[37]

Ruslan Zainuddin, op.cit, hlm. 455.

[38]

Ibid.

[39]

Ibid, 455.

[40]

Ibid, hlm. 457.

[41]

Ibid.

[42]

Ramlah Adam, 1998. Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 110.

[43]

Ruslan Zainuddin, op.cit, hlm. 456.

[44]

Ibid.

[45]

Ramlah Adam, op.cit. hlm 111.

[46]

Ibid

[47]

Ibid.

[48]

Ibid.

[49]

Mohamad Idris Salleh, 1994, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publication and
Distributors Sdn.Bhd. hlm.71.

[50]

Ahmad Salleh Lamry, op.cit, hlm. 36

[51]

Ibid.

[52]

Ibid. hlm. 37

[53]

Ibid.

[54]

Ibid. hlm. 38.

[55]

Ibid.

[56]

Ibid, hlm. 39.

[57]

Ibid.

[58]

Ibid.

[59]

Ahmad Salleh Lamry,2006, Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi:UKM, hlm.36.

[60]

Ibid.hlm.37.

[61]

Ibid.

[62]

Ibid.

[63]

Ibid.

[64]

Ibid.

[65]

Ibid.

[66]

Ibid.

[67]

Ibid.hlm.38.

[68]

Ibid.

[69]

Ibid.

[70]

Ibid.

[71]

Ibid.hlm. 39.

[72]

Ibid.

[73]

Ibid.

[74]

Ibid.

[75]

Ibid.

[76]

Ibid.hlm.40.
[77]

Insun Sony Mustapha, 2005. Malay National Before Umno (The Memoirs Of Mustapha

Hussain).Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd. Hlm.137.

Bibliografi.
Abdul Rahman Hj. Ismail, 2006. Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia,
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Boestamam, 2003. Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Ahmad Salleh Lamry, 2006. Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi,
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Insun Sony Mustapha, 2005. Malay National Before Umno (The Memoirs Of Mustapha

Hussain). Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Insun Sony, Mustapha Hussein, 1999. Pejuang Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

K. Ratnam, 1998. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan : Pustaka Sarjana Sdn Bhd.

Mohamad Idris Salleh, 1994, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publication
and Distributors Sdn.Bhd.

Ramlah Adam, 2004.Gerakan Radikalisme di Malaysia 1938-1965, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ramlah Adam, 1998. Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruslan Zainudddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
William R.Roff,2003. Nasionalisme Melayu, Universiti Malaya: Petaling Jaya, Selangor : Pelanduk Publications.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Boestamam

POSTED BY PROF.AMEY AT 10:03 AM

NO COMMENTS:
POST A COMMENT
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
ABOUT ME

PROF.AMEY

Mahasiswa Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah


dalam Bidang Pendidikan Dengan Sains Sosial.(Sejarah).Berasal dari Daerah Kota
Belud,Sabah.
VIEW MY COMPLETE PROFILE

You might also like