Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

S0035

1
KAJIAN TRANSFORMASI MOTIF SONGKET PUCUK REBUNG DALAM
PAMERAN OBJEK SENI DAN ELEMEN REKABENTUK DALAMAN

Azizi Bahauddin. et.al (2 pengarang)


Bahagian Penyelidikan & Inovasi,
Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK
Seni tekstil Melayu songket amat kaya dengan falsafah budaya Melayu. Hal ini dapat ditonjokan
melalui pemahaman tentang maksud yang tersirat di sebalik motif-motif songket erkandugn
dalam peribahasa, pantun, pantang-larang, puisi dan sebagainya. Motif-motif songket terdiri dari
tujuh kategori yang merangkumi alam fauna terbahagi kepada tiga bahagian; alam pucuk rebung,
alam rempah ratus danalam bunga-bungaan; alam fauna; alam makanan; alam sekitar dan alam
benda. Motif songekt merupakan corak 2 dimensi. Kajian ini merupaka yang pertama dalam
siri-siri mendalami kesemua kategori motif-motif songket. Transformasi motif 2 dimensi pucuk
rebung kepada elemen rekabentuk dalaman yang berlandaskan objek seni 3 dimensi
memerlukan pengertian sesuatu motif yang tertentu sebelum jasadnya dijadikan bahan yang lebih
berfizikal. Pengetahuan ini jarang sekali diketengahkan. Malah ia diburukkan lagi dengan
kurang pemahaman tentang corak-corak tradisional Melayu dan kepupusan industri songket
terutamanya di negeri Terengganu. Transformasi objek seni 3 dimensi yang berasaskan ilmiah
Melayu lama dapat di perbaharui dan diolah secara bijaksana. Elemen rekabentuk dalaman
bolhe merupakan keperluan hiasan dalaman (tikar, lukisan, dsb) dan juga rekabentuk produk
(lampu, kerusi, dsb). Transformasi motif ini dapat dipamerkan dalam satu ruang yang penuh
dengan falsafah Melayu yang dapat dicungkil kembali untuk pengetahuan umum. Sedikit
seanyak identiti Melayu dapat difahami dan nilai etnik Melayu lebih dihargai. Kajian ini
merupakan kajian teori dan praktis. Kajian yang menyeluruh berkenaan pelbagaian motif pucuk
rebung dapat mengenengahkan arah tujuan transformasi motif pucuk rebung kepada objek seni
kontemporari yang lebih versatile untuk dipamerkan. Hasil kajian akan merupakan penulisan
dan pameran objek seni yang mendapat sokongan daripada pihak Muzium & Galeri Seni USM
dan juga MATIC (Malaysian Tourist Information Centre, Kementerian Kebudayaan, Kesenian &
Pelancongan, Kuala Lumpur).

You might also like