Case Stdy Uks Baru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

PENYATAAN MASALAH

PENCARIAN LITERATURE

PENEMUAN

PERBINCANGAN

PENYELESAIAN MASALAH

RUMUSAN

RUJUKAN

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

PENGENALAN
Antara jangkitan yang sering dibimbangi oleh masyarakat ialah serangan
pedikulosis dalam kalangan pelajar sekolah tabika, tadika, sekolah rendah dan juga
sekolah menengah. Perkara ini telah diambil serius dan pelbagai langkah untuk
membendung masalah ini juga telah diambil namun keputusannya masih gagal.
Pediculidae merupakan sejenis ektoparasit yang bermaksud parasit yang hidup di
permukaan badan hos seperti di kulit dan rambut. Pedikulosis adalah satu keadaan yang
disebabkan oleh infestasi kutu dari kumpulan pediculidae yang menyerang manusia.
Pedikulosis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pediculosis capitis iaitu kutu
kepala, pediculosis corporis iaitu kutu badan, dan pediculosis pubis iaitu kutu ari-ari.
Namun begitu, pedikulosis capitis adalah paling kerap menjangkiti manusia terutamanya
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Seperti yang kita ketahui kutu kepala ataupun Pediculosis Capitis adalah serangga
yang kecil dan ianya tidak mempunyai sayap. Kutu kepala ini biasanya membiak di kulit
kepala dan leher serta bertelur di rambut manusia. Panjangnya adalah kira-kira 24-30mm.
Selain itu, kutu kepala ini mempunyai struktur badan yang pendek menyebabkan ianya
tidak mampu untuk melompat. Parasit ini hidup dengan menghisap darah di tempat yang
dijangkiti. Semasa proses menghisap darah, kutu biasanya akan mengeluarkan najis.
Luka akibat gigitan serta najis yang dikeluarkan inilah yang biasanya menyebabkan
simptom-simptom dijangkiti pedikulosis iaitu gatal.
Kutu ini disebarkan melalui kontak erat dan juga melalui perkongsian sikat
rambut, hiasan rambut, dan bantal. Kutu kepala menyerang seluruh lapisan masyarakat
dan semua kelompok etnik. Jangka hayat hidup bagi kutu ialah selama satu bulan. Kutu
kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ataupun nit terlekat
dengan kuat pada pangkal rambut. Kemudiannya menetas dalam masa satu minggu dan
menghasilkan lebih banyak kutu. Kebiasannya, budak perempuan sering dijangkiti kutu
kepala kerana kutu ini mudah menyorok di helaian rambut mereka yang panjang.

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

PENYATAAN MASALAH
Kutu merupakan satu fenomena yang sering berlaku dalam kalangan murid-murid
sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah dan statistik di unit kesihatan
sekolah Kangar ada menunjukkan bahawa pelajar sekolah rendah dan menengah turut
mengalami masalah kutu. Kutu boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan
usia tetapi biasanya akan menyerang pelajar sekolah ataupun kanak-kanak.
Laporan dari unit kesihatan sekolah Klinik Kesihatan Pendang menyatakan
pelajar yang tidak mengamalkan kebersihan diri mudah dijangkiti kutu kepala serta
penemuan turut direkod berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan di sekolahsekolah di sekitar pendang. Berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap
pelajar sekolah, biasanya pelajar yang mengalami jangkitan kutu adalah kerana berjangkit
antara satu sama lain iaitu melalui perkongsian alatan yang berkaitan dengan rambut
sesama sendiri.

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

PENCARIAN LITERATURE
Menurut David H.Frankel ( 2006), telur kutu atau nit di rambut dapat dilihat
dengan mudah. Untuk menentukan diagnosis dengan lebih tepat, kanta pembesar boleh
membantu untuk mengenalpasti kehadiran telur kutu yang melekat kuat di rambut. Selain
itu, penggunaan sikat rambut juga boleh mengesan kehadiran telur-telur kutu.
Kutu boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau usia tetapi
biasanya akan menyerang pelajar sekolah atau kanak-kanak. Kehadiran kutu ini biasanya
disebabkan oleh kurangnya kebersihan ataupun sanitasi yang dilakukan oleh seseorang
pelajar dan kanak-kanak yang menyebabkan infeksi kutu mudah berlaku. George H.
McCracken, Jr., MD, (2000)
Kutu mudah diperoleh melalui hubungan head-to-head secara langsung dengan
rambut orang yang dijangkiti dan dipindahkan melalui sikat, topi, dan peralatan yang
berkaitan dengan rambut. Manakala golongan luar bandar mudah dijangkiti kutu
berbanding golongan yang berada di bandar. Ini disebabkan oleh kurangnya tahap
kesedaran diri tentang aspek penjagaan kebersihan diri. JOHN D. NELSON (June 2002)
Menurut National Health and Medical Research Council ( December 2005),
pedikulosis didefinisikan satu penyakit yang disebabkan oleh infestasi kutu. Terdapat tiga
jenis pedikulosis iaitu pediculosis capitis yang membiak di kulit kepala dan leher serta
bertelur di rambut, pediculosis corporis yang hidup di badan manusia tetapi bertelur di
linen dan pakaian, serta pediculosis pubis di mana ianya hidup di rerambut tubuh seperti
di kawasan pubik, dada, dan aksila.
Kutu kepala adalah bersaiz kecil. Kutu kepala yang dewasa berwarna kelabu atau
keperangan. Kutu kepala tidak boleh terbang, berenang dan melompat, tetapi boleh
bergerak dengan merangkak. Ia boleh bergerak dalam purata 9 inci per minit. Kutu
kepala adalah sejenis parasit. Kutu tidak boleh hidup lama tanpa hos. Kutu akan
menghisap darah dan akan mengeluarkan sedikit salivanya serta najis ke dalam darah hos
dan menyebabkan reaksi allergik berlaku. Weems, Jr., H. V.; Fasulo, T. R. (June 2007)

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

PENEMUAN

Mengikut kajian kes yang telah saya jalankan di Unit Kesihatan Sekolah di Klinik
Kesihatan Pendang, saya telah mengambil beberapa data dan statistik mengenai masalah
kutu di kalangan pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan tiga di
sekolah-sekolah sekitar Pendang. Jadual di bawah menunjukkan data masalah kutu
mengikut tahun

TAHUN

2010-2014.

2010

2011

2012

2013

2014

JUMLAH

BIL

BIL

BIL

BIL

BIL

DRJH 1

50

46

108

2.9

43

76

2.2

323

TING 1

49

294

5.9

67

1.4

84

2.3

45

539

TING 3

10

0.21

0.2

21

0.49

19

0.4

15

1.4

73

Jadual 1; Statistik infeksi kutu kepala di Unit Kesihatan Sekolah Klinik


Kesihatan Pendang dari tahun 2010-2014.

Hasil daripada analisis jadual berikut, menunjukkan bahawa pelajar tingkatan satu
lebih ramai dijangkiti kutu kepala berbanding pelajar tahun satu dan tingkatan tiga. Ini
mungkin terjadi kerana kurangnya pendedahan awal mengenai kutu kepada mereka.
Rawatan serta kaedah pencegahan telah diberikan kepada mereka yang berkenaan untuk
mengurangkan infeksi kutu kepala dan jangkitan kepada orang lain oleh pasukan
kesihatan sekolah.

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

PERBINCANGAN

Kitar hidup kutu kepala biasannya bermula apabila kutu kepala menyerang pada
kulit kepala. Parasit ini hidup dengan menghisap darah di tempat yang dijangkiti. Kutu
betina mampu menghasilkan 5-6 biji telur dalam masa sehari. Telur kutu ini akan
menetas dalam masa 8-10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu. Anak kutu
akan menghisap darah beberapa kali dalam sehari dan seluruh kitar hidup akan bermula
lagi. Kutu mempunyai jangka hayat hidup selama satu bulan.
Seseorang yang dijangkiti kutu kepala akan merasa sangat gatal pada kulit kepala
atau di belakang telinga dan leher akibat dari gigitan kutu. Kanak-kanak mungkin
menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka. Keadaan ini akan
menyebabkan seseorang itu sentiasa menggaru kepala sehingga boleh menyebabkan
terjadinya lesi berbentuk urtikaria dan benjolan kecil kemerahan di kawasan yang
dijangkiti. Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada
kawasan kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.
Kutu kepala juga mempunyai saiz yang kecil. Ianya masih boleh dilihat dengan
mata kasar melalui tanda-tanda adanya kutu seperti telur kutu yang kelihatan sangat
kecil dan berwarna coklat kekuningan sebelum ia menetas. Telur kutu senang dilihat
pada rambut kanak-kanak perempuan kebiasaanya.
Selain itu, kutu kepala sangat mudah berjangkit secara langsung dari kepala dan
boleh tersebar dengan cepat dari seorang individu kepada individu yang lain
terutamanya dalam kelompok yang ramai seperti di sekolah, tadika, aktiviti sukan,
perkhemahan mahupun penghuni asrama. Kebiasaanya, kutu akan menyerang seluruh
ahli keluarga. Kanak-kanak perempuan adalah lebih kerap terdedah kepada jangkitan ini
kerana ia mungkin disebabkan oleh keadaan rambut yang panjang dan lembap.

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

PENYELESAIAN MASALAH

Mereka yang dijangkiti kutu akan diberi rawatan segera untuk mengelakkan
jangkitan sekunder berlaku. Rawatan tersebut merupakan rawatan syampu berubat,
bilasan krim, atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh membunuh
kutu dengan segera tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa hari.
Pesakit perlulah mendapatkan nasihat perawat sebelum memulakan rawatan
kerana rawatan ini adalah beracun. Antara contoh ubat-ubatan yang selalu digunakan
untuk merawat pedikulosis ialah Cromiton, Gamma Benzene Hexacloride 0.1% dan
Malathion. Dua sudu besar syampu hendaklah diratakan pada keseluruhan rambut secara
berhati-hati agar syampu tersebut tidak memasuki mata. Kemudian, balutkan kepala dan
cuci selepas 4 minit. Gunakan sikat rambut bergigi rapat untuk menanggalkan telut-telur
yang melekat di rambut.
Sekiranya kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke bawah, mereka tidak sepatutnya
menggunakan rawatan tersebut tetapi perlu dibuang dengan tangan atau menggunakan
sikat kutu. Ibu bapa dinasihatkan supaya merendamkan dahulu sikat kutu dalam cuka
supaya telur-telur mudah dikeluarkan. Pastikan kesemua ahli keluarga mendapatkan
rawatan tersebut.
Barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut, perhiasan, sikat dan
sebagainya haruslah direndamkan di dalam losyen kutu selama beberapa jam dan dicuci.
Semua cadar dan barangan yang berkaitan dicuci dengan air panas dan dikeringkan di
bawah cahaya matahari serta gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, kusyen
kereta, alas kaki dan sebagainya. Bagi yang mendapat jangkitan sekunder, pesakit
disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti pedikulosis ini, elakkan daripada
berkongsi bantal, sikat dan aksesori rambut, tuala dan sebagainya. Jangan menghantar
kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka dirawat dengan sempurna.
Tingkatkan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak mahupun ibubapa. Pendidikan
kesihatan juga perlu diberikan untuk mengelakkan jangkitan daripada berulang semula.

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

RUMUSAN

Berdasarkan penelitian kes, dapatlah disimpulkan bahawa berlakunya jangkitan


kutu di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh masalah kebersihan diri yang
kurang terjaga. Keadaan ini lebih mudah berlaku dalam persekitaran yang kotor dan tidak
terurus. Selain daripada itu, kurangnya kesedaran mengenai jangkitan kutu dalam
persekitaran turut meningkatkan lagi risiko jangkitan dalam kalangan masyarakat
sekeliling yang mana khususkan kepada golongan kanak-kanak dan mereka merupakan
golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Namun begitu, berdasarkan pengkajian terperinci terhadap kes ini, risiko
jangkitan dapat dikurangkan dengan mengamalkan persekitaran yang bersih dan sentiasa
menjadikan kebersihan kawasan sekeliling dalam keadaan baik. Ini merangkumi kawasan
tempat tidur, ruang tamu dan sebagainya.
Kesan sampingan yang paling teruk boleh terjadi jika seseorang itu kerap
menggaru kepala dengan kuat akibat kegatalan. Jangkitan ini boleh menyebabkan
seseorang itu merasa tidak selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
kerjanya. Rawatan akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dijangkiti untuk
mengelakkan daripada menjangkiti orang lain. Langkah pencegahan juga perlu diambil
untuk mengurangkan kes yang sama berulang kembali serta dapat menjamin kebersihan
yang kondusif dan kesihatan yang sempurna.

Pedikulosis Dalam Kalangan Pelajar Sekolah


RUJUKAN

David H.Frankel. (2006). Field Guide to Clinical Dermatology. Shenzen, China.

George H. McCracken, Jr., MD, New York (2000) The Pediatric Infectious Deasease
Journal Augus(2002)
John Nelson MD Joure of Pediculosis http://www.hsph.harvard.edu/headlice.html
(12.10.2014)
David H.Frankel. (2006) : Field Guide to Clinical Dermatology. Shenzen, China.
Elain Landau. (2010) : Head Lice, Head-To-Toe-Health. Tonytown, New York.
Apa itu Pedikulosis . Diakses pada 16 Oktober , 2014 dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Pediculosis
Apa itu kutu . Diakses pada 17 Oktober, 2014 dari
http://www.hsph.harvard.edu/headlice.html

You might also like