Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Apakah itu Goods & Services Tax?

GST : Cukai Barangan & Perkhidmatan (Goods & Services Tax).


1. Masakini kita membayar dua cukai atas setiap barangan/perkhidmatan yang kita
beli/guna iaitu:
o

Cukai jualan (6%)

Cukai perkhidmatan (10%)

2. Ia akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.


Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
1. Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai
perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas
pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport
dan isu-isu harga pindahan.
2. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna
dan kerajaan.
Berapakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan
negara-negara ASEAN: 10% di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina, dan Laos. Manakala, 7%
di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan
perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
1. Tidak semestinya. Harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST
hanya 6% berbanding cukai sebelum ini 16%.
2. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (Beras, gula, garam, tepung,
minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan,
dan lain-lain).

Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

Perkhidmatan

yang

disediakan

oleh

kerajaan:

kesihatan,

perkhidmatan

pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.


o

Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya.

Jual beli dan sewa rumah kediaman.

Perkhidmatan kewangan terpilih.

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?


1. Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakan oleh kerajaan.
2. Pertama, kerajaan akan memberi bantuan tunai RM300 kepada penerima BR1M, diikuti
oleh menakisma lain kelak.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
1. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua
pembayar cukai.
2. Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai
pendapatan individu akan dikaji.
3. Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:
o

Melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%,
24.5% dan 25%.

Bagaimana pula dengan perniagaan?


1. Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24%
mulai tahun taksiran 2016.
2. Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai
tahun taksiran 2016.
3. Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
4. Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015.

5. Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran
2014 dan 2015.
6. Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan.
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya
masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini
menunjukkan bahawa GST terbukti ialahtelus, berkesan dan sistem cukai yang adil.
Adakah harga barangan naik?
1. Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
2. Perubahan

harga

barang

atau

perkhidmatan

amat

minimum

apabila

GST

dilaksanakan. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah
bergantung sama ada ianya adalah barangan asas ataupun tidak.
Apa Yang Penting?
1. GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini,
rakyat membayar dua cukai itu.
2. GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan serta
keperluan asas tidak dikenakan cukai.
3. GST bukan kos kepada perniagaan.
4. IHP (Indeks Harga Pengguna) akan turun bagi sesetengah barangan/perkhidmatan
seperti pakaian, kasut, hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, komunikasi, dan lainlain.
5. IHP akan meningkat untuk barangan/perkhidmatan seperti minuman beralkohol &
tembakau, pendidikan swasta, restoran dan hotel.
6. GST diperkenalkan bagi menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini.
o

Seperti cukai bertindih, ketirisan, dan lain-lain.

7. GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma
akibat penambahbaikan sistem cukai ini, peniaga tidak terlepas dan terpaksa bayar itu
yang dikatakan meningkat agaknya.
o

Setiap peringkat pengedaran

Atas nilai tambah

Atas baragan dan perkhidmtan yang diimport

Atas jualan barang dan perkhidmatan di Malaysia

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.
GST (VAT)
1. Cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktviti nilai tambah pada setiap peringkat
rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmtan melainkan yang dikecualikan
oleh kerajaan.
2. Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi
menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien
dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:
o

Cukai terselindung.

Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos
kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam
pengiraan margin keuntungan.

Cukai bertindih. Berlaku dalam dua keadaan.

Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada cukai jualan atau
cukai perkhidmatan.

Kesan: pelanggan terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai


perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian kos menyediakan
perkhidmatan kepada pelanggan.

Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan
dikenakan cukai barangan serta perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga
jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan prkhidmatan
kepada pelanggan.

Pandangan mereka yang sekarang tidak bayar cukai penggunaan terutama golongan
berpendapatan rendah terpaksa bayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan.
1. Sebenarnya rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai
jualan dan perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
2. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois
atau resit kerana ia terselindung di dalam harga barangan.
3. Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan berpendapatan rendah,
sebanyak RM 2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilksanakan dan dikenakan
pada 4% beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini
merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.
Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?
1. IHP akan menurunkan mengalami penurunan sbnyk 0.10 peratus. Harga bagi lapn
komponen turun:
o

Pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Restoran dan hotel.

Komunikasi.

Pengangkutan.

Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan.

Perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api.

Pakaian dan kasut.

Minuman alkohol dan tembakau.

Apa peranan pengguna?


1. Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja.
2. Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
3. Melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang
berwajib sepertiKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) atau persatuan pengguna.
4. Berbelanja secara berhemah.
Berikut adalah penulisan yang ditulis oleh Shah Sovi dan diolah sedikit oleh saya. Konklusinya,
pandangan peribadi saya, saya amat menyokong perlaksaaan GST yang akan menggantikan

SST (Sales & Services Tax) dan GST (Government Services Tax). Namun, ada beberapa
persoalan dan langkah yang perlu diambil kira, antaranya:
1. Integriti kerajaan dalam melaksanakan GST kelak dalam senario ketirisan serta
pengurusan kewangan yang lemah (dibuktikan oleh Laporan Audit Negara). Tindakan
undang-undang yang tegas hendaklah diambil di atas sebarang salah laku, sama ada
syarikat, kementerian, mahupun ahli politik.
2. Jika

perihal

GST

mahu

segera

dilaksanakan kerana

mahu majoriti

negara

melaksanakannya, bagaimana pula dengan bab kebebasan media kita yang masih di
tahap kurang memuaskan, cukai kereta yang masih tinggi, dan gaji minimum yang
masih di tahap rendah? Bilakah langkah proaktif mahu diambil oleh pihak kerajaan dan
kementerian serta agensi berwajib?
3. Pencerahan secara proaktif dengan membuat roadshow di setiap bandar, daerah, dan
negeri harus diperkasakan agar setiap lingkungan rakyat dapat memahami apa itu GST,
mekanismanya, serta manfaatnya.
4. Saat GST dilaksanakan pada April 2015, pihak berwajib harus memantau dengan aktif
setiap perniagaan agar tiada kes mereka yang menaikkan harga barangan sesuka-hati
akibat perlaksanaan GST.

You might also like