Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEK. MEN. KEB.

PENGKALAN PERMATANG,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR.
Tel/ Fax: 03-32893611

Rujukan Kami : SMKPP/11/2010/(


Tarikh
: 21 Jun 2010

Pengurus,
SKYTREX SDN BHD
Management & Administration Office
C33-2-7 Block C Jaya One
No. 72A Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tuan,
PERMOHONAN SEBUT HARGA BAGI PAKEJ LITTLE ADVENTURE.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Pengkalan Permatang akan mengadakan
aktiviti kemahiran sosial ke Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam. Aktiviti
tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut :Tarikh : 28 Julai 2010
Hari
: Rabu
Masa
: 10.30 pagi 12.30 petang
Tempat
: Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam
3.
Murid Pendidikan Khas SMK Pengkalan Permatang yang menyertai aktiviti ini seramai
20 orang murid dan 5 orang guru. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid Pendidikan Khas
SMK Pengkalan Permatang terdiri daripada pelbagai kategori kecacatan seperti Down Sindrom,
Lembam, Autisma, Spastik, dan Pekak.
4.
Aktiviti ini merupakan salah satu dari aktiviti yang dirancang khusus bagi memberi
peluang kepada murid-murid istimewa menikmati keindahan alam sekitar dalam suasana
sebenar. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi sebut harga bagi pakej
little adventure serta aktiviti yang ditawarkan bagi memudahkan pihak kami merancang
aktiviti.
5.
Untuk sebarang maklum balas, pihak tuan boleh berhubung terus dengan Pn. Nor
Hanifah Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
KE ARAH KECEMRLANGAN PENDIDIKAN KHAS
..................................................

You might also like