8 Libre PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNlKASI

DALAM PENGURUSAN SEKOLAH


RAHMAD SUKOR AB SAMAD
MOHD SUBHI MARSAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Malqya

Abstract
Information Communication and Technology (leT) is a main element in the education field for the 21 st
century. In the era oj school management and administration, systematic appli cation of ICT will assist
in substantiating the goals oj schools effictive!y. This paper is focus on infusing lCT in school
management and administration which will be a quantum leap in the achievement of effective schools.
lCT will be emphasized as the tools in mobili zing the process oj change in schools, decision making,
simplifying information management and communication between school and society, integrating school
Mision with the Education Ministry encouraging innovation, and prepa ring precise and relevant
information at all times. The fun ction of ICT is pertinent in the challenging education system whilst
facing global competition. The borderless world in terms o f information mobility has given inspiration to
all schools to implement ICT without hesitation. In the long ron, ICT will become an important working
tool which is more effective than other plfysical tools. The application of let in management and
administration will be the pillar in achieving the vision o f Bestati School in the year 2010 and a
developed country in 2020.
PENGENALAN
Perkembangan IT dalam pendidikan elit Malaysia bermula apabila Kementerian
Penelidikan telah melakukan pelbagai usaha lebih awal antaranya pada awal tahun
1980an sekolah telah digalakkan untuk menubuhkan Kelab Komputer Sekolah.
Panduan penubuhannya telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu) pada tahun 1984. Program Pengenalan

Issues in Education, Volume 24,2001

110
Kepada Komputer telah dilaksanakan pada tahun 1986 dan program Sistem
Kebangsaan Pendidikan Database pada tahun 1989 (Ibrahim Ahmad Bajunid, 2001).
Beberapa program IT diteruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Projek
Literasi Komputer (1992), Pusat Sumber Pendidikan (1993), Projek Rangkaian
Pendidikan (1994), Arahan Sokongan Komputer (1994), Projek Komputer Dalam
Pendidikan (1994), Projek Rangkaian Munsyi (1995) dan Sistem Maklumat
Pengurusan Pendidikan (1995).
KEBERKESANAN APLlKASI DI SEKOLAH
a) Perubahan Organisasi Sekolah
Information Communication Technology (leT) 'memainkan peranan yang penting dalam
merubah suasana sekolah secara menyeluruh. Terdapat enam gaya perubahan yang
akan dihadapi oleh para pengetua dan guru besar.
Perubahan pertama ialah dalam sekolah itu sendiri yang melibatkan kerja membina
prosedur baru, aliran kerja, kumpulan kerja, asas pengetahuan, perkhidmatan dan
komunikasi.
Perubahan kedua berkaitan dengan struktur organisasi sekolah antaranya kewujudan
unit Information Technology (IT) yang akan memudahkan perhubungan maklumat
kepada pengguna dan memberikan laporan mengenai sekolah dengan tepat, cepat dan
lengkap.
Ketiganya ialah hubunganan tara sekolah dengan pihak luar seperti pelanggan baru,
hubungan dengan para pembekal, rakan kongsi dan persatuan atau persekutuan.
Perubahan keempat pula penting dalam bidang ekonomi yang melibatkan penggunaan
alatan elektronik, bentuk baru pasaran promosi sekolah dan pengiklanan, kos
urusniaga atau belanjawan sekolah dan gaya pentadbiran dalam hubungannya dengan
pelanggan dan pembekal.

Masa/ah Pendidikan, Jild 24, 2001

111
Seterusnya ialah perubahan penting dalam pentadbiran sekolah yang melibatkan
pelbagai unsur elektronik iaitu menggunakan persidangan video, mel elektronik,
mesyuarat secara elektronik, alat kumpulan (groupware) dan syarahan tamu elektronik.
Keadaan ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh serta keupayaan
untuk memudahkan membuat projek sekolah yang selalunya menghadapi kekangan
masa, kawasan dan jarak.
Perubahan keenam ialah dalam pembangunan nasional, lnstitusi sekolah akan
berhadapan dengan saingan nasional dan antarabangsa termasuk aspek kemudahan
awam. Sekolah akan menggunakan jumlah perbelanjaan yang besar dalam
membangunkan teknologi maklumat dan mendedahkan peluang untuk memperbaiki
perkhidmatan sekolah kepada orang awam.
Perubahan pengurusan sekolah yang menggunakan lCT akan kelihatan bukan sahaja
daripada aspek fizikal iaitu peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, tetapi juga
daripada aspek keadaan sekeliling termasuk motivasi dan kepentingannya kepada
pelajar. Dalam hal ini pengurusan mudah untuk ditentukan, madamatnya jelas yang
memfokus kepada cita-cita mernperolehi pencapaian persekolahan yang tinggi di
samping menyediakan arahan dan peraturan yang komprehensif dalam usaha
mendisiplinkan pelajar, serta membantu mengurangi kesilapan pada tahap paling
minima. Para guru juga mampu membina perubahan dengan cara menyediakan
metodologi pengajaran dan sistem pengajaran yang berkesan dalam membantu dan
menyokong pencapaian serta matlamat sekolah
b)

Membuat Keputusan
Membuat keputusan adalah antara tugas penting para pengurus pendidikan yang
terdiri daripada para pengetua, guru besar atau guru kanan sekolah, Dalam sistem
pendidikan moden hari ini mereka akan terdedah dengan pelbagai situasi atau
keadaan yang memerlukan mereka membuat keputusan pada peringkat sekolah.
Keadaan ini tidak bergantung kepada semata-mata keputusan daripada para pengurus

Issues in Education, Volume 24, 2001

112
atasan seperti para pegawai di pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri
atau kementerian pendidikan. Dengan maklumat yang ada dan data yang telah
diproses dan dianalisis pada peringkat sekolah, membolehkan para pengetua, guru
besar atau guru kanan membuat keputusan seperti menetapkan tugasan kakitangan,
kenaikan pangkat, pemilihan untuk berkursus, dan sebagainya.
Dalam hal yang demikian ini, pengetahuan dalam bidang lCT sangat berfaedah dalam
mencari penyelesaian bagi membuat keputusan yang terbaik, tepat dan lengkap. Oleh
itu pengetahuan lCT sangat penting dalam proses membuat keputusan pada pe1bagai
peringkat pengurusan sekolah sama ada oleh para kakitangan, guru, guru kanan,
pengetua atau guru besar,
Komputer merupakan salah satu peralatan teknologi maklumat yang paling berkesan
sebagai alat as as untuk membuat keputusan yang membantu sekolah, guru dan
pelajar. Kemudahan lCT juga memberi peluang kepada pelbagai individu pada
peringkat rendah seperti peringkat guru biasa dan guru yang memegang unit-unit
tertentu di sekolah untuk membuat keputusan dan tidak bergantung kepada keputusan
para pengetua, guru besar atau guru kanan. Hal yang demikaian ini bermakna, para
guru dan kakitangan akan berpeluang untuk terus membuat keputusan dan bukannya
bergantung kepada keputusan pengetua atau yang Iebih tinggi daripada pengetua.
Sebagai contoh untuk membeli peralatan eksperimen makmal sains, guru sains boleh
membuat pembelian tanpa merujuk kepada pengetua. Begitu juga dalam membuat
keputusan memilih pelajar yang layak untuk menerima bantuan biasiswa. Guru
biasiswa berkuasa untuk memilih pelajar sebagai penerima biasiswa itu berdasarkan
maklumat, prosedur dan peraturan yang telah ditcntukan tanpa merujuk kepada
pengetua atau pengurus terlebih dahulu,
Sesetengah masalah penggunaan lCT dalam membuat keputusan dihalang oleh
kesukaran untuk memperolehi maklumat yang boleh diperolehi dalam masa yang
singkat. Memperolehi maklumat yang

Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001

113
lengkap dan tepat juga menjadi masalah kepada pengurusan dan pentadbiran berciri
manual. Dengan adanya ICT, proses membuat keputusan menjadi lebih mudah. Yang
pentingnya ialah keputusan yang dilakukan itu berkesan, tepat dan lengkap.
MENYEDIAKAN MAKLUMAT TEPAT, MUDAH DAN RELEVAN
Penggunaan IT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjamin keadaan
eli mana maklumat yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan relevan.
Era masa ini digelar era maklumat. Kebolehan mengurus secara berkesan dan efisyen
adalah menjadi keutamaan bagi sesebuah sekolah. Kemampuan ini akan memberikan
imej mas a depan dan gambaran yang baik mengenai sekolah. Keberkesanan dan
efisyennya kaedah mengw:us itu sangat bergantung kepada bagaimanakah sekolah itu
memanipulasikan ICT untuk kepentingan organisasinya. Maklumat ten tang
organisasi mestilah tepat dan ketepatan itu hanya dapat dicapai melalui penggunaan
ICT atau komputer sebagai alat memproses data ten tang oraganisasi tersebut.
Penggunaan cara manual mungkin akan menyebabkan kesilapan pengiraan dan akan
terus menjejaskan keputusan. Maklumat tepat adalah bebas daripada kesalahan atau
kes.:ilapan atau bias. Maklumat melalui ICT juga mencerminkan maksud sebenar
data.
Melalui kemudahan ICT yang disediakan juga memberi peluang kepada pengguna
untuk memperolehi maklumat dengan cepat atau memperolehi maklumat dalam mas a
yang ditetapkan. Keadaan ini mengelakkan pembaziran masa dan juga twnpuan kerja
secara manual yang sukar. Selain itu pelbagai persoalan tentang permasalahan, kes
atau isu dapat dijawab dengan jawapan yang relevan rnelalui kemudahan ICT yang
ada. Kemudahan lCT juga dapat mengelakkan jawapan yang menyeleweng atau
tersasar.
Dalam dunia serba canggih hari ini, kepantasan memperolehi maklumat akan
menentukan kedudukan sesebuah sekolah di hadapan

Issues in Education, Volume 24, 2001

114
daripada barisan pesaingnya yang lain. Perhubungan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi mempercepatkan pergerakan maklumat sama ada dari
pelajar kepada guru, guru kepada sekolah, sekolah kepada pelajar, dan seterusnya.
Begitu juga peredaran maklumat lebih pantas dapat dilakukan daripada pelajar, guru
dan sekolah kepada ibu bapa, dan masyarakat umumnya. Kesukaran memperolehi
maklumat seperti ketiadaan perkakasan untuk aplikasi ICT mungkin menyebabkan
sekolah atau institusi pendidikan ketinggalan dan tidak dapat bersaing atau gagal
untuk meningkatkan produktiviti mereka.
MEMUDAHKAN PENGURUSAN DAN PENTADBlRAN
Dalam beberapa hasil kajian dalam bidang industri di Amerika Syarikat mendapati
bahawa penggunaan IT dapat meningkatkan kadar produktiviti pekerja antara 20
hingga 40 peratus. Peningkatan ini menyebabkan beberapa syarikat di sana membuat
pe1aburan yang besar untuk membangunkan ICT. Implimentasi ICT membantu
mencapai kejayaan syarikat pada kadar 20 peratus dan kemungkinan mencapai
sehingga 40 peratus. Tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan produktiviti syarikat
dan pencapaiannya yang tinggi adalah elisebabkan faktor ICT. Kemudahan ICT dan
penerapannnya dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah juga tidak mustahil
memperolehi peningkatan produktiviti yang sama kerana ICT sangat membantu
mempermudahkan tugas dan tanggungjawab di sekolah.
Dalam artikel ini eligariskan 15 aspek tugas penting dalam bidang pendidikan sekolah
dalam memperlihatkan betapa pentingnya sekolah mengaplikasikan ICT sebagaimana
diutarakan oleh Crawford R. (1995). Antaranya ialah:
a.

Maklumat Murid
Pengurusan maklumat peribadi pelajar dapat disimpan, diproses, dan dikeluarkan
pada bila-bila masa oleh sesiapa juga sama ada pelajar sendiri, guru, pengetua atau
para pegawai pendidikan yang lain (SMP).

Masalah Pendidikan,Jilid 24, 2001

115

Kedudukan kelas, jurnlah pelajar, senarai makanan, perkhidmatan perubatan, dan


lokasi tempat tinggal juga boleh dikenalpasti tanpa memanggil pelajar, ibu bapa,
doktor dan individu yang lain.
b.

Perancangan, Pentadbiran dan Penyimpanan Rekod Sekolah:


Penggunaan ICT juga boleh memasukkan input yang banyak tanpa sekatan sama ada
maklumat pelajar, guru, ke1uarga dan pelbagai maklumat lain dan maklumat tersebut
boleh dicetak ke1uar tanpa menaip semula, Dalam beberapa minit saja laporan atau
maklumat ini boleh diperolehi. Perancangan sekolah juga boleh diketahui sama ada
sebagai rujukan atau semakan,

c.

Rekod Peribadi Kakitangan


Maklumat berkaitan dengan peribadi kakitangan dapat direkod menggunakan
kemudahan ICT. Maklumat ini boleh diakses atau dikeluarkan, dicetak, disimpan atau
dimel secara e1ektronik. Contohnya maklumat tentang Sistem Maklumat Sekolah
boleh disimpan atau diekses pada bila-bila masa sahaja.

d.

Perancangan Hadapan Sekolah


Pihak sekolah boleh merangka rancangan hadapan (blue-print), contohnya rancangan
untuklima tahun akan datang. Apakah sasaran pencapaian sekolah, guru, murid, kelas
dan sebagainya. Sistem pengkalan data sekolah juga membantu untuk pengurusan
kurikulum. Para guru boleh menyelaraskan aktiviti sekolah termasuk subjek, kelas
tambahan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya dengan hanya k1ik dipanel
komputer
.

e.

Penilaian dan Pembangunan Kakitangan


Tugas membuat penilaian kakitangan sangat kompleks dan ada kalanya pengurus atau
pentadbir sukar membuat keputusan. Menggunakan statistik pencapaian, kursus,
kebolehan akademik, kecemerlangan peribadi dan sebagainya dapat membantu
keputusan

Issues in Education, Volume 24, 2001

117
yang tepat. Bcgitu juga dalam memilih kakitangan untuk berkursus, melanjutkan
pelajaran dan sebagainya.
f.

Jadual Waktu Sekolah


Jadual waktu dapat diseragarnkan dengan menggunakan sistem yang sesuai. Ia dapat
juga menyelaraskan penggantian guru dan memastikan tiada kelas yang tanpa guru
dalam waktu belajar.

g.

Sumber Maklumat Ketidakhadiran Kakitangan


Maklumat ini dapat membantu mengesan pergerakan kakitangan yang tidak hadir
sama ada berkursus, menjalankan aktiviti luar sekolah, rnenjalankan tugas di daerah,
negeri, atau nasional.

h.

Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan


Dalam urusan pentadbiran kewangan, ia juga boleh dikawal seperti urusan pembelian
dan penerimaan. Kawalan kos atau untuk memilih pembelian berdasarkan beberapa
alternatif juga boleh membantu memudahkan tugas pemilihan.
i. Pemeriksaan Dan Pcnyelenggaraan Premis
Di sekolah terdapat banyak barangan atau alat yang memerlukan penye1enggaraan.
Oleh itu setiap urusniaga rnasuk atau keluar barangan dan penyelenggaraan boleh
direkod untuk tujuan pernantauan pada masa hadapan.

J.

Inventori Sumber
Inventori sekolah boleh dikemaskini dengan rnenggunakan program tertentu. Cara ini
mernudahkan penye1enggaraan tersebut seperti pembaikan, pertukaran dan
pelupusan.

k.

Automasi Perpustakan
Sistem ini jika digunakan sangat meringankan kerja pinjaman, pengekodan,
perlabelan dan rnengesan kehilangan buku. Automasi ini juga menyediakan
kemudahan maklumat bukan buku yang boleh diperolehi daripada terminal komputer.

Issues in Education, Vo!ume 24, 2001

118
1.

Pengurusan Sukan
Aktiviti besar yang diadakan di sekolah seperti hari sukan tnemerlukan penyelarasan
kerana banyak kerja rutin yang perlu dilakukan terutamanya dalarn mengumpulkan
data keputusan sukan, Dengan menggunakan kemudahan ICT, proses tersebut
menjadi mudah. Bukan sahaja data semasa tetapi pelbagai data sebelumnya juga
boleh diakses.

m. Sistem Mesej Sekolah


Penggunaan lCT juga mernudahkan proses surat menyurat. Sarna ada surat tersebut
dicetak keluar melalui komputer atau boleh terus dihantar menggunakan mel
elektronik, Laman web juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat,
Penerangan tentang pelbagai hal sekolah termasuk prospektus, visi, objektif, piagam
sekolah dan sebagainya juga boleh diurus menggunakan kemudahan ICT sarna ada
terus melalui terminal atau dicetak keluar.
MENYEPADUKAN VISI ICT DAN PENDIDlKAN
Pelbagai masalah baru kerap timbul dalam sesebuah organisasi seperti institusi
sekolah. Cabaran baru bidang pendidikan terutamanya yang berada di persekitaran
sekolah seperti penambahan saiz sekolah, pembangunan, konsep pendidikan sejagat,
konsep pendidikan bertaraf dunia, perkongsian maklumat dan komunikasi sering
diperdebatkan. Dalam keadaan ini, sekolah yang masih rnengarnalkan pentadbiran
dan pengurusan secara manual tentu sekali tidak marnpu menangani situasi
berkenaan, Sebagai contohnya, dapatkah pihak sekolah memberikan maklumat segera
tentang butir pelajar yang ditahan oleh pihak polis dalam waktu sekolah kerana
meLakukan perbuatan pecah rumah?
Dalam situasi di atas, teknologi maklumat berupaya untuk mengesan atau
memperolehi maklumat dengan kadar yang cepat dan lengkap. Maklumat yang
diperolehi itu juga adalah maklumat terkini dan bukannya maklumat asas sahaja.
Disenaraikan di sini beberapa

Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001

119
perkara lagi dalam mengulas kepentingan ICT dalam pendidikan. Antaranya ialah:
a.

Mengatasi Kekurangan dan Penyebaran Maklumat


Kesukaran mendapatkan maklumat yang begitu banyak dalam konteks pendidikan
hari ini selalu dihadapi oleh sekolah. Kadang kala pelbagai data yang disimpan dalam
bentuk fail terbiar di atas meja, tidak kemas kini atau tidak lengkap dan tidak boleh
diproses menjadi maklumat, justeru, penerapan sistem maklumat yang bersepadu
seperti penggunaan Sistem Maklumat Sekolah Berasaskan Komputer dapat
membantu rnasalah menganalisis, melihat seeara menyeluruh pelbagai masalah
kompleks, mencari kaedah penyelesaian, mengeluarkan pelbagai prosedur bam yang
berkesan dan maklumat tersebut boleh dieetak keluar, dihantar melaui e-mel atau
faksimili dengan eepat dan lengkap.
Sekolah tidak dapat terlepas daripada berinteraksi dengan keadaan sekeliling
khususnya masyarakat dan terutamanya daripada ibu bapa. Sekolah juga perlu
sentiasa peka dengan kehendak pelajar, kehendak ibu bapa dan masyarakat tersebut.
Sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi sudah pasti tidak menghadapi
kesulitan menjawab panggilan telefon atau selalu menerima kehadiran ibu bapa dan
masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat. Mereka boleh memperolehi
maklumat terse but terus melalui laman web sekolah atau melalui talian elektronik.
Mereka tidak perlu datang ke sekolah, menunggu dan membuang waktu berbual
untuk memperolehi maklumat yang sedikit,

b.

Kemampuan Analitikal dalam Sistem Maklumat Sepadu


Kemampuan analitikal sistem maklumat sepadu ialah hubungan antara proses
outomasi dan proses pemaklumatan. Pengaplikasian komputer di sekolah pada masa
depan boleh menyokong pembuatan keputusan dalam bentuk bam. Contohnya, sistem
boleh digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara data kehadiran pelajar dengan
data ponteng, data jaduallatihan dan data pencapaian pelajar. Dalam

Issues in Education, Volume 24,2001

120
rnencapai visi tersebut beberapa langkah boleh dilakukan iaitu berrnula dengan
mereka bentuk sistern untuk kemasukan pelbagai input, seterusnya mengelaskan data
kepada pelbagi unit altenatif data dan akhirnya me1engkapi sistem rnaklumat dengan
pelbagai ciri dan bentuk data seperti taburan norminal, ordinal, nisbah interval,
kualitatif, biografik, sampel penulisan, jurnal pe1ajar, maklum balas ke1uarga dan
sebagainya. Dalarn perkara ini, lCT mernberikan ke1ebihan kepada sekolah untuk
menganalisis data yang hampir menyamai sebuah kajian atau penyelidikan.
Maklumat yang berupa hasil kajian itu sangat berguna kepada sernua pihak sarna ada
pe1ajar, guru, kakitangan, pengetua, ibu bapa dan masyarakat. Penggunaan lCT juga
akan memberi peluang memilih pelbagai proses analitik tersebut sebagai kaedah
membuat keputusan, menye1esaikan pe1bagai persoalan atau permasalahan di
sekolah. Akhirnya, sistem yang boleh disepadukan itu akan menyediakan pengguna
kepada pelbgai tahap untuk memperolehi semula data atau menganalisis data.
c.

Pembentukan Serentak Dalam Tahap Organisasi Berbeza


Dalam konteks pendidikan khususnya yang berkaitan dengan pembe1ajaran,
pembentukan serentak dalam tahap organisasi atau hubungan sekolah yang banyak
tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa dan jarak destinasi, Melalui penggunaan
ICT dalam pendidikan, cara baru dapat dilakukan supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilakukan oleh pusat dan semua sekolah boleh belajar secara serentak
menggunakan kecanggihan reT itu, Pelajar akan menjadi lebih aktif dengan kegiatan
memberi input, memproses dan mengeluarkan data atau maklumat daripada
pembelajaran secara terus (on-line) atau serentak itu,

Masalab Pendidikan Jilid 24, 2001

121
MENGHUBUNGKAITKAN PENDIDlKAN BERASASKAN
TEKNlKAL
Kesan penggunaan lCT dalam pendidikan mungkin menyebabkan kesukaran seperti
tugas rnemantau para guru yang banyak melakukan tugas yang tidak dapat dilihat
secara nyata atau terlalu banyak keputusan yang hendak dilakukan. Maksudnya,
organisasi atau sekolah boleh mencipta atau rnembangun sistemnya sendiri.
Pembangunan sis tern di sekolah dapat mernbantu guru dan pelajar mengakses
maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka. Sis tern
maklurnat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pernbelajaran pada setiap
minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain, sis
tern maklumat dapat rnenyokong pelbagai tugas asas teknikal dan rnemberi kesan
kepada tahap produktiviti, Justeru, as as teknikal dalam lCT rnampu untuk menangani
proses pendidikan. Sistem maklumat boleh menyelamatkan data pelajar yang begitu
kompleks sebelum mengurangi bebanan pentadbiran.
a.

Asas Teknikal Pendidikan


Data dan maklumat yang diproses kadang kala merupakan data dan maklumat yang
berterusan atau berangkai, contohnya ialah kad laporan presatasi pelajar, gred, data
ujian tahunan, laporan perubatan dan sebagainya. Maklumat ini memerlukan laporan
atau maklumat berterusan. Dengan menggunakan as as teknikal leT, membolehkan
beberapa tugas seperti pengke1asan, kadar perimbangan, nisbah pengeluaran,
pengulangan atau kebergantungan yang menggunakan proses long-linked dapat
diuruskan.

b.

Memperluaskan Rangkaian Maklumat


Pihak pentadbiran dan pengurusan pendidikan juga sering rnenghadapi masalah
kehilangan data penting terutamanya data berterusan. Asas teknikal dalarn organisasi
pendidikan sebenarnya berfungsi menstrukturkan data dan proses pengantaran untuk
menjadikan sistem maklumat berhubungan antara satu dengan yang

Issues in Education, Volume 24,2001

122
lain seterusnya mernaksimakan potensi organisasi. Rakan sekolah dapat mengumpul
data, mengautomatikkan proses dan memaklumatkannya untuk tugas dipelbagai tahap
pembuat keputusan dan di pelbagai peringkat pengurusan sekolah. Dengan maksud
yang lain, semua pihak dalam organisasi boleh berkongsi maklumat dan data tetapi
mereka memprosesnya untuk memperolehi keputusan yang berbeza di tempat yang
berbeza. Dengan itu juga, persoalan untuk kehilangan maklumat tidak terjadi kerana
perkongsian maklumat membolehkan kawalan untuk mengesan semula dan
memperolehi semula maklumat tersebut. Maklumat yang kita simpan mungkin tidak
kita gunakan tetapi boleh digunakan oleh orang lain untuk tujuan tertentu.
c.

Membina Sistem
Perkara penting apabila ICT dapat digunakan dalam pengurusan pendidikan ialah
kebolehan untuk membangun atau mencipta sistem berdasarkan asas teknikal.
Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya
sendiri. Pembangunan sistem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses
maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka, Sistem
maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap
minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain,
sistem maklumat dapat menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi kesan
kepada tahap produktiviti.
INOVASI PENDIDlKAN
Inovasi merupakan salah satu perspektif penting dalarn pendidikan dan pembangunan
sekolah. Kepentingannya lebih nyata dari segi pembaharuan dan peningkatan kualiti
pengajaran, pembelajaran, kurikulurn, pengurusan sekolah, budaya dan sistem
penilaian sekolah. Dari aspek pengurusan sekolah, inovasi akan lebih terserlah jika
seiring dengan pembangunan lCT. Inovasi khususnya inovasi dalam teknologi
memberikan kesan dan perubahan dalam pelaksanaan pentadbiran sekolah serta mutu
pengajaran. Inovasi dalam pendidikan adalah untuk

Masalah Pendidikan,Jilid 24,2001

123
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih inovatif, kreatif, menarik dan
bermakna, Dalam banyak negara membangun, inovasi merupakan satu agenda untuk
memperbaiki produktiviti dan kualiti perkhidmatan terutamanya dalam merubah
pencapaian individu dan syarikat dan berjaya dalam persaingan dunia.
Dalam bidang pendidikan, pengurusan yang inovatif menjadi penting dalam
menyokong perubahan organisasi pendidikan dan pembangunan. lnovasi juga satu
strategi menjadikan sekolah satu temp at belajar paling baik untuk pelajar. Selain itu
ia juga mempengaruhi strategi sekolah, struktur, budaya, kepimpinan, pengurusan
personel dan operasi.
Bidang lCT memberi sokongan kepada inovasi melalui penyediaan perkakasan dan
perisian untuk membina modul, rancangan mengajar, kaedah mengajar, sumber
pelajaran dan menyediakan pelbagai bahan pengajaran. Penggunaan komputer dengan
perisian power point dan disambungkan kepada LCD kemudian dipamerkan diskrin
besar adalah sangat baik, menarik dan merangsang motivasi pelajar berbanding
menghadap buku teks, melihat papan putih dan menyalin perkataan. Pelajar boleh
meminta guru mencetak keluar bahan tersebut atau menyimpannya dalam disket dan
boleh dilihat semula di rumah.
Implimentasi lCT dalam pengurusan pendidikan juga dapat memperkayakan
pengajaran dan pembelajaran melalui inovasi berasaskan pengetahuan, inovasi
teknologi membentuk kurikulum, pembe1ajaran menggunakan komputer dan
sebagainya. Para pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat lebih daripada yang
terdapat dalam buku teks, atau pelbagai sumber sekolah yang terhad melalui
penggunaan lCT. Melayari internet untuk mendapatkan artikel, jurnal, kajian, soalan
peperiksaan, nota rujukan dan sebagainya merupakan satu pembaharuan dalam
budaya pembelajaran. Dalam keadaan ini, inovasi bidang lCT tidak terbatas oleh
keadaan kawasan atau geografi. Inovasi pendidikan mampu menghadapi
pembangunan dan perubahan dalam arus teknologi maklumat. Konsep 'pendidikan
sejagat'

Issues in Education, Volume 24, 2001

124
memberikan pendedahan pendidikan dengan dunia luar yang
mendominankan perkongsian maklumat.
KEPENTINGAN DALAM TINDAK BALAS YANG LEBIH
BERKESAN TERHADAP PERUBAHAN KEHENDAK
MASYARAKAT
Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang telah menerima kamajuan tamadun
sebagai satu realiti dalam kehidupan. Pembudayaan leT dalam kehidupan juga telah
semakin menular dan berleluasa sehinggakan peredaran maklumat tidak dapat
elibendung lagi. Keadaan ini sebenarnya adalah positif. Aplikasi dan implimentasi
lCT di sekolah juga merangsang kepada tindak balasatau perubahan kepada
masyarakat. Jika pihak keluarga pelajar atau masyarakat umum ingin mendapat tahu
mengenai pencapaian sekolah, aktiviti sckolah, laporan, majalah sckolah dan
sebagainya, pihak pengurusan atau pentadbir boleh menyarankan mereka
mendapatkannya melalui internet. Berikan sahaja kepada mereka alamat web,
contohnya http:/ / /www.smktar.com.my. Masyarakat akan terangsang untuk
mendapatkan kemudahan IT. Ibu bapa juga tidak perlu untuk menandatangani laporan
kad kemajuan pelajar, sebaliknya boleh memberikan respon kepada laman web untuk
mendapatkan maklum balas,
Dalam keadaan tertentu, perubahan pembangunan dalam masyarakat pula yang
menyebabkan institusi pendidikan dan sekolah terpaksa merubah budaya tradisi dan
cara manual kepada teknologi dan digital. Sekolah berhadapan dengan masyarakat
berilmu pengetahuan. Sebagai asas pembentukan masyarakat berilmu sepatutnya
sekolah mendahului bidang lain dalam teknologi maklumat ini, Justeru, sekolah yang
masih ketinggalan sepatutnya merubah budaya sekolah mereka dan menjadikan lCT
sebagai keperluan wajib untuk menangani perubahan masyarakat. Usaha kerajaan
mewujudkan sekolah bestari adalah contoh inisiatif untuk merubah budaya dan iklim
sekolah corak tradisi kepada corak berteknologi maklumat. Sekolah yang tidak
berpeluang ditaja oleh kementerian menjadi sekolah

Masalah Pendidikan, filid 24, 2001

125
perintis bestari turut juga digalakkan dengan inisiatif sendiri dan sokongan sektor
awam atau korporat membangunkan ICT di sekolah sesuai dengan cita-cita negara
menjadikan pendidikan yang bertaraf dunia,
PENUTUP
Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin
mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak
bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya
setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam
organisasi berkenaan. Walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan seperti
kekurangan kepakaran dan pengetahun, namun apabila leT sudah menjadi darah
daging, ia akan lebih memudahkan tugas dan kerja pengurusan dan pentadbiran,
Dalam jangka masa yang lama, lCT akan menjadi tools dan lebih berkesan daripada
peralatan fizikal lain seperti mesin taip, fail, rak fail atau aImari fail.

Issues in Education, Volume 24, 2001

126
RUJUKAN
Crawford, R. (1997). Managing
London:Roudedge.

itiformation

technology

in

secondary

schools.

Ibrahim Ahmad Bajunid (2001). "The Transformation of Malaysian society through


technological advantage: ICT and education in Malaysia." Journal Of Southeast
Asian Education, Jilid 2, hlm. 2
The

Conceptual Model (2003, January 9), [3 paragraphs],


www.geocities.com/Athens/Olympus/1512/blueprint/ bpcm.html

http:/

Kemeterian Pendidikan Malaysia, Sekolah Bestari: Objektif Sekolah Bestari (2003;


Januari
13)
[1
paragrapfs]
http:/
/
www.moe.edu.my/smartschool/neweb/objektif.htm

Masalah Pendidikan, Jilid 24, 2001

You might also like