Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 33
BAB | PENGENALAN 1.0 Pengenalan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah mula diperkenalkan dan diterapkan di dalam sistem pendidikan negara kita sejak 1964 lagi. Setelah hampir 35 tahun, perkhidmatan ini masih dianggap sebagai suatu yang agak baru (Mohd Salleh 1993) iaitu pemahaman mengenai perkhidmatan ini masih kurang menyeluruh (Zulkifli 1992). Menurut Suradi (1994) dalam kajian beliau mengenai pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Malaysia, mendapati bahawa walaupun perkhidmatan ini dijalankan tetapi pengendaliannya adalah tidak memuaskan. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan perlantikan kaunselor sepenuh masa di setiap sekolah menengah pada tahun 1996 adalah untuk membangunkan potensi pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan dari aspek keilmuan, sahsiah, kemanusiaan dan berwawasan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berbudaya maju serta mampu bersaing dalam dunia antarabangsa untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan ‘Negara, Wawasan 2020 serta Wawasan Pendidikan yang berteraskan Konsep ‘Zero Defect’ Pada realitinya apakah yang berlaku di sekolah-sekolah menengah di Malaysia jauh dari hasrat serta matlamat Kementerian Pendidikan? Ini telah dikemukakan oleh Md.Jamal (1989) yang berpendapat bahawa di peringkat Kementerian, struktur organisasi dan tanggungjawab telah ditentukan dan difahami terutamanya dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling berada sebagai satu unit di dalam Bahagian Sekolah-Sekolah tetapi di sekolah-sekolah statusnya masih tidak dijelaskan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lai (1996) di beberapa sekolah menengah di Melaka, didapati bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah masih tidak memahami konsep bimbingan dan kaunseling dan mempunyai salah tanggapan bahawa perkhidmatan ini dikaitkan dengan kaunselor sebagai penasihat yang memberi nasihat kepada pelajar. Ini secara tidak langsung memberi gambaran kurang atau tiadanya kesedaran pada pelajar-pelajar mengenai perkhidmatan ini yang turut membawa kepada pelbagai persepsi, pendapat, sikap dan salah tanggapan terhadap perkhidmatan jini, Seterusnya pelajar-pelajar tidak akan menggunakan perkhidmatan ini yang pada asasnya dijalankan untuk kegunaan dan kepentingan pelajar-pelajar sendiri. Kajian mengenai kesedaran pelajar-pelajar tethadap _perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dianggap mempunyai implikasi yang besar untuk kaunselor-kaunselor sekolah menengah yang sedang berkhidmat dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkhidmatan ini Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan beberapa maklumat yang bermakna ‘mengenai kesedaran pelajar di sebuah sekolah menengah di Mentakab, Pahang terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 1.1 Latar belakang Masalah Penyelidikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dan sepatutnya menjadi suatu pengaruh positif ke atas para pelajar sekolah (Wiggins dan Moody 1987). Wujudnya kesedaran pada pelajar tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penting kerana hanya dengan adanya maklumat serta pemahaman yang betul mengenai perkhidmatan ini, pelajar akan menggunakan perkhidmatan ini dengan sepenuhnya. Form (1953) berpendapat bahawa keefektifan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bergantung kepada kesanggupan pelajar-pelajar_menggunakan perkhidmatan ini dan seterusnya kesanggupan ini akan memberi gambaran langsung mengenai sikap pelajar terhadap perkhidmatan ini. Julius (1954) pula menambah bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi efektif jika ia memenuhi keperluan umum semua pelajar serta keperluan spesifik setiap kumpulan utama pelajar dalam sesebuah sekolah. Pelajar-pelajar sekolah menengah adalah di dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun; iaitu dalam peringkat hidup remaja. Menurut West, Kayser,Overton dan Saltmarsh (1991) para remaja tidak mempunyai perspektif’ yang jelas mengenai diri mereka atau mengenai perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Apabila berhadapan dengan masalah, remaja tidak mahu berbincang kerana mereka menganggap bahawa orang dewasa tidak memahami masalah mereka di samping berasa malu untuk bercakap tentang masalah diri (Md. Shuaib 1993). Pelajar-pelajar juga enggan atau tidak selesa berjumpa dan mendapatkan pertolongan daripada kaunselor kerana ‘dual role’ yang dimainkan oleh kaunselor (Lai 1996) iaitu sebagai kaunselor dan guru. Para remaja di Malaysia tidak sama seperti remaja-remaja dari negara-negara Barat yang berani dan bersikap terbuka. Ramai pelajar di sekolah menengah di Malaysia dari segi semula jadi bersikap pemalu, pendiam dan tidak lantang memberikan pendapat. Maka, tidak hairanlah pelajar-pelajar ini suka menyimpan masalah peribadi mereka dan enggan berbincang dengan orang-orang lain (Gan 1989). Keadaan ini menjadi lebih teruk jika seseorang pelajar itu sendiri tidak menyedari bahawa ia mempunyai suatu masalah tertentu (Sharifah Alwiah 1986). Maka, jarang sekali berlakunya rujukan sendiri (‘self-referred’) di kalangan pelajar-pelajar untuk berjumpa dengan kaunselor dan kenyataan ini turut disokong oleh Vreid dan Dyer (1973) yang mendapati bahawa konsep rujukan sendiri dalam kebanyakan sekolah-sekolah adalah suatu mitos. Biasco (1968) mencadangkan bahawa pendedahan mengenai perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta galakan menggunakan perkhidmatan ini perlu diberikan kepada pelajar-pelajar terutamanya oleh guru-guru untuk menggalakkan rujukan sendiri. Guru-guru yang sentiasa bersama dengan pelajar-pelajar adalah lebih arif dengan masalah-masalah pelajar, maka persepsi guru mengenai peranan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah salah satu faktor yang akan mempengaruhi persepsi pelajar- pelajar mengenai kepentingan perkhidmatan ini (Skuy, Hoar, Oakley-Smith dan Westaway 1985). Selain itu, latar belakang sosjal dan kebudayaan pelajar-pelajar seperti jantina, latar belakang sosio-kebudayaan, status sosio-ekonomi, sikap terhadap diri dan kaunselor juga memainkan peranan penting dalam menentukan sikap pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan ini (Form 1953). Menurut Downing dan Harrison (1992) kebanyakan pendekatan kaunseling berfokus kepada apa yang tidak betul pada diri Klien. Maka, pelajar-pelajar sentiasa terdedah kepada gambaran bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk mereka yang bermasalah teruk dan akan wujud stigma untuk meminta pertolongan daripada kaunselor (Wiggins dan Moody 1987). Di samping itu, ramai kaunselor masih dikenal pasti sebagai pemberi nasihat (Van Riper 1971). Di Malaysia, memberi nasihat adalah suatu perkara yang biasa dilakukan, terutamanya oleh orang-orang yang lebih tua kepada golongan muda. Maka, persepsi kaunselor sebagai pemberi nasihat turut dijumpai di negara kita. (Ahmad Shakir 1975, Lai 1996). Pemahaman tentang fungsi dan peranan kaunselor adalah penting. Larson dan Rice (1967) menyatakan kesedaran sepenuhnya tentang sumbangan kaunselor ke atas pelajar-pelajar bergantung kepada penerimaan kaunselor itu oleh pelajar- pelajar. Maka identiti dan imej seseorang kaunselor itu turut penting. Selagi pelajar-pelajar mempunyai penerimaan yang negatif terhadap kaunselor dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, akibat kurang atau tiada kesedaran, matlamat umum menerapkan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah menengah di negara kita tidak akan tercapai, Form (1953) mencadangkan supaya pendidikan mengenai perkhidmatan ini harus diberikan dari awal lagi kepada para pelajar supaya mereka akan mempergunakan perkhidmatan ini. 1.2 Keperluan Dan Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah. Pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia berada dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun, iaitu di peringkat remaja. Peringkat remaja ini merupakan satu tahap yang penting di mana pelbagai perubahan secara fizikal, mental, sosial dan emosi akan berlaku. Ringkasnya seseorang individu di peringkat remaja mula meninggalkan zaman kanak-kanak dan bersedia untuk masuk ke zaman dewasa. Maka, segala perubahan yang berlaku akan menimbulkan pelbagai masalah sama ada dengan diri sendiri, ibu bapa, rakan- rakan, guru-guru atau persekitaran sosial mereka. Menurut Chiam (1984), ramai remaja di Malaysia menghadapi pelbagai masalah. Zulkifli (1992) mengkategorikan masalah-masalah pelajar sekolah menengah sebagai masalah peribadi-psikologikal, masalah penyesuaian terhadap kerja-kerja sekolah, masalah menentu dan merancang masa hadapan mereka, masalah kegiatan sosial serta hiburan dan masalah kewangan. Rohana (1974) pula dalam kajian beliau mendapati masalah perhubungan peribadi-psikologikal dan perhubungan sosial psikologi sebagai masalah utama pelajar-pelajar sekolah menengah. Secara ringkasnya, masalah-masalah pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia berhubung dengan perkembangan fizikal, emosi, sosial, pelajaran, kerjaya dan kehidupan masa depan (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993). Mohd Shuaib (1993) menyenaraikan masalah-masalah remaja pada masa sekarang menurut turutan kepentingan sebagai: 1) masalah rupa paras dan kesihatan; 2) hubungan dalam keluarga; 3) hubungan sosial luar rumah; 4) hubungan dengan jantina lain; 5) masalah akademik; 6) masalah peribadi; 7) masalah kerjaya masa hadapan dan 8) masalah seks. Ini turut didapati dalam kajian-kajian oleh Aminah (1994), R.Jegatheesan (1990) dan Anita (1989) yang menunjukkan bahawa masalah sosial dan kesihatan adalah masalah yang paling ketara antara remaja pada masa kini. Remaja memerlukan pertolongan orang dewasa dalam membentuk nilai- nilai dan dalam memahami diri mereka (Riccio dan Quaranta, 1968). Maka pertolongan yang dapat diberikan oleh kaunselor melalui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penting supaya para remaja dapat berkembang ke arah individu yang bertanggungjawab, dengan penuh kesedaran siapa diri mereka dan dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan yang semakin mendadak dalam kehidupan masa kini (Ligon dan McDaniel, 1970). Selain ibu bapa, orang dewasa yang paling banyak berhubung dengan para remaja ialah guru- guru sekolah. Akan tetapi, fokus utama guru-guru adalah untuk mengajar dan mereka yang tanpa latihan khusus dan kemahiran yang sewajarnya tidak dapat memberi pertolongan kepada semua pelajar mereka. Persoalan yang timbul ialah jarang didapati ibu bapa atau guru yang dapat berempati seperti seorang kaunselor (Mohd Shuaib, 1993). Apabila remaja yang bermasalah tidak mahu berbincang masalah yang dihadapi, mereka akan menyimpan masalah-masalah mereka dan berasa susah hati atau tidak sempura yang akhimya membawa kepada perasaan rendah diri. Kadangkala perasaan rendah diri ini akan cuba diatasi dengan keyakinan diri yang palsu yang seterusnya menjadi satu lagi masalah kepada diri remaja tersebut. Maka, ini menyebabkan wujudnya keperluan untuk suatu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berfokus untuk membimbing dan menolong pelajar-pelajar. Di samping itu para remaja sentiasa memerlukan satu tempat rujukan untuk membantu mereka menghadapi dan mengatasi masalah-masalah mereka. Oleh sebab pelajar-pelajar sentiasa dalam kontek dengan guru-guru, maka pengaruh guru-guru adalah besar dan berkesan ke atas pelajar-pelajar. Jadi, persepsi dan pendapat guru-guru mengenai perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penting dalam mempengaruhi persepsi dan pendapat pelajar tentang perkhidmatan ini. Ringkasnya, semasa berhubung dengan para remaja, seorang kaunselor harus biasa dengan pelbagai pandangan mengenai remaja sama ada di dalam atau di luar sekolah (Riccio dan Quaranta, 1968). Dari segi kemahiran pula, seorang kaunselor sekolah sepatutnya ...... ‘is a skilled person who has a great knowledge of young people’ (Wrenn, 1979 seperti tertera dalam Abdul Latiff, 1994). Selain isu remaja, wujudnya keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah kerana sistem pendidikan di negara kita yang mementingkan pencapaian akademik serta lulus dalam peperiksaan, maka pelajar-pelajar tidak berkembang secara afektif (Amir dan Latiff, 1984). Belajar hanya untuk lulus peperiksaan dan ingin mencapai kecemerlangan akademik sahaja akan mempengaruhi tahap kesihatan mental pelajar-pelajar sehingga kegagalan akan membawa kepada kekecewaan seperti berasa malu, rendah diri dan menerima tekanan daripada ibu bapa. Ahmad Shakir (1975), pula mendapati bahawa orientasi sistem pendidikan kita menyebabkan ramai pelajar sekolah meninggalkan alam persekolahan tanpa menyedari pelbagai jenis pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka dan hanya suka memilih kerja-kerja kolar putih sahaja. Di sini, peranan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penting dalam mengenal pasti dan memperkembangkan potensi-potensi yang sedia ada pada pelajar-pelajar. Ringkasnya, dengan adanya perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, aspek afektif pada para pelajar sekolah menengah yang berada di peringkat remaja dapat diperkembangkan terutamanya kerana sistem pendidikan di negara kita hanya mementingkan aspek kognitif sahaja (Abdul Latif, 1994). Perubahan-perubahan yang juga berlaku dalam sistem pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi menyebabkan pelajar-pelajar memerlukan pertolongan dalam membuat keputusan- keputusan yang berkaitan dengan pemilihan subjek-subjek elektif dalam tingkatan empat berdasarkan kerjaya masa hadapan. Peringkat yang paling penting diberikan bimbingan adalah pelajar-pelajar tingkatan lima iaitu untuk membuat perancangan sama ada mereka ingin melanjutkan pelajaran ataupun mula bekerja (Sharifah Alwiah, 1986). Pendek kata, bimbingan kerjaya adalah penting dalam menolong pelajar-pelajar membuat keputusan dan pilihan yang sesuai dengan dirt sendiri dalam merancang dan membina kerjaya mereka untuk masa hadapan. Keperluan seterusnya perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah- sekolah menengah adalah kerana masalah disiplin (Amir dan Latiff, 1984). 10 Kebanyakan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar di sekolah akan dikendalikan dengan menggunakan pendekatan disiplin tetapi pendekatan ini tidak begitu berkesan kerana masalah-masalah seperti ponteng sekolah, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, melawan guru adalah masih ketara (Nordin, 1985). Peranan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah ia dapat memberi perhatian, sokongan dan pertolongan individu untuk menolong pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin. Menyedari hakikat keberkesanan perkhidmatan ini, salah satu daripada tugas tambahan kaunselor-kaunselor sekolah menengah adalah menolong mengatasi masalah-masalah disiplin sekolah. Daripada kajian oleh Nordin (1985) ke atas 140 pelajar dari tujuh buah sekolah di Seremban, mendapati bahawa 87.82% pelajar bersetuju bahawa peranan kaunseling penting dalam menghadapi masalah disiplin. Perubahan-perubahan dalam persekitaran sosial dan keluarga juga menyebabkan keperluan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah menengah. Kehidupan manusia makin kompleks kerana perubahan-perubahan teknologi yang cepat dan pesat. Pelajar-pelajar dalam proses menyesuaikan diri pada perubahan- perubahan peringkat remaja, perlu juga menyesuaikan diri pada perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran sosial mereka. Ini akan menimbulkan pelbagai masalah emosi dan nilai (Zulkifli, 1992). Dari sudut keluarga pula, bertambahnya bilangan ibu yang bekerja menyebabkan ibu bapa tiada masa untuk membimbing anak-anak mereka kerana desakan dan tekanan kehidupan moden. Maka, para remaja menjadi keliru dan kecewa serta susah untuk mengenal pasti nilai-nilai dan tingkah laku yang sesuai untuk menjalani kehidupan seharian uw (Ahmad Shakir,1975), Oleh sebab kebanyakan masa para remaja berada di sekolah, maka sistem persekolahan memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar-pelajar. Dengan ini, wujudnya keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam menolong pelajar-pelajar menjalani kehidupan mereka yang penuh cabaran dan dugaan. Kepentingan perkhidmatan ini turut diberi perhatian dalam sudut pengarang New Sunday Times (1983), seperti tertera dalam Kolenthei (1988) iaitu “ many parents are either too busy or too preoccupied to attend to the personal problem of their children in school. They (their children) need someone to talk to, someone who can advise them in a language which they can understand, someone who they can trust or turn to in moments of perplexity” Ramai pelajar sekolah menengah di negara kita secara semula jadi bersikap pemalu, ‘reserved’ dan tidak lantang menyuarakan hasrat atau fikiran mereka (Gan, 1989). Maka, apabila berhadapan dengan sebarang masalah, mereka lebih suka menyimpan masalah-masalah mereka tanpa mendapatkan pertolongan. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah (Sharifah Alwiah, 1986). Tidak menyedari adanya sesuatu masalah atau membiarkan sahaja masalah-masalah yang dihadapi akan menimbulkan ketegangan dan gangguan emogi kepada pelajar-pelajar. Lagipun, pelajar-pelajar hanya dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka ke suatu tahap tertentu tanpa apa-apa pertolongan (Loughary, 1961). Melalui perkhidmatan Kaunseling, kesedaran dapat diberikan kepada pelajar-pelajar mengenai masalah yang dihadapi serta mengenal pasti dan memahami masalah-masalah mereka supaya pilihan-pilihan dan keputusan-keputusan yang sewajamya dapat dibuat 12 dalam —mengatasi_ masalah-masalah tersebut. Ringkasnya, _kepentingan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong para remaja belajar untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan lebih baik. Pada masa sekarang, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan di sekolah-sekolah menengah adalah: 1) bimbingan dan kaunseling pelajaran; 2) bimbingan dan kaunseling peribadi/psikologikal/emosi; 3) bimbingan dan kaunseling kerjaya; 4) bimbingan dan kaunseling sosial dan 5) bimbingan dan kaunseling dalam mencegah salahguna dadah Adanya perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tidak bermaksud bahawa setiap pelajar perlu diberikan pertolongan. Apa yang lebih penting adalah perkhidmatan ini sentiasa ada jika ia diperlukan oleh pelajar-pelajar (Loughary, 1961). Di sekolah-sekolah menengah di Malaysia, keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam menolong para pelajar bergantung kepada kaunselor-kaunselor yang telah dilantik. Profesion ini tidak harus dilakukan dengan “setengah hati” dan adalah penting setiap kaunselor memiliki kemahiran dari segi profesional, peribadi, sosial atau agama (Abdul Karim, 1998). Menerusi tugas dan tanggungjawab mereka sebagai profesional yang terlatih, kaunselor- kaunselor boleh menyumbang ke arah mempertingkatkan aspek kualitatif pelajar- pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. 1.3. Jawatan Kaunselor Sekolah Menengah Jawatan kaunselor (lebih dikenali sebagai guru panduan kerjaya dan pelajaran pada masa itu) di sekolah-sekolah menengah di Malaysia bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran pada masa itu) mengesyorkan agar pengetua-pengetua sekolah-sekolah menengah melantik seorang guru bimbingan berdasarkan edaran Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) pada tahun 1964 iaitu “adalah di syorkan bahawa tiap-tiap sekolah rendah dan menengah hendaklah melantik seorang guru bimbingan. Untuk menjadikan kerja guru-guru bimbingan itu berkesan, adalah diputuskan bahawa mereka hendaklah membuat lebih kurang 25 jangka waktu kerja akademik dan dikecualikan daripada kerja-kerja kumpulan dan lain-lain” Dengan pembentukan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah-sekolah maka, satu Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya juga telah diwujudkan di Kementerian Pendidikan pada 1967 sebagai panduan dan bimbingan bagi guru-guru bimbingan, Jawatan guru bimbingan di sekolah-sekolah pula pada masa itu dikenali sebagai Guru Panduan dan Kerjaya atau Guru Panduan Pelajaran. ‘Tanpa panduan yang khas mengenai siapakah yang harus dilantik sebagai guru bimbingan, segala perlantikan dilakukan atas budi bicara pengetua sekolah masing-masing (Mohd Salleh, 1993). Di sini, timbul pelbagai persoalan, seperti adakah guru yang dilantik mempunyai ciri-ciri seorang pembimbing, adakah beliau betul-betul berminat dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan, adakah beliau cukup latihan, kemahiran, maklumat serta pengalaman dalam mengendalikan aspek-aspek pelajaran dan kerjaya? Persoalan-persoalan ini masih timbul pada masa sekarang setelah hampir 35 tahun perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di Malaysia. Satu lagi permasalahan besar ialah guru bimbingan pada masa itu masih perlu mengajar subjek-subjek akademik dan hanya boleh menjalankan aktiviti bimbingan di masa-masa lapang (Iyer 1975). Menurut Mizan et al (1992) beban kerja mengajar yang berat serta perlantikan tanpa ganjaran seperti kenaikan Ppangkat atau gaji menyebabkan tidak ada guru-guru yang secara sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan tugas ini, ‘Dual role’ iaitu sebagai guru mata pelajaran dan guru bimbingan yang dimainkan oleh guru-guru bimbingan menyebabkan profesion ini tidak mempunyai identiti sendiri (Shuaib, 1992). Sehingga awal 90’an, ‘dual role’ guru bimbingan ini juga adalah antara sebab mengapa para pelajar menjadi keliru dengan tugas dan peranan seorang guru bimbingan dan mengapa pelajar-pelajar enggan atau tidak selesa mendapatkan pertolongan daripada guru bimbingan (Lai, 1996). Di peringkat awal, keseluruhan tanggungjawab guru bimbingan adalah ke atas vokasional dan panduan kerjaya (Muhd. Mansur, 1986). Walaupun Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) ada menyenaraikan 4 tugas-tugas guru-guru bimbingan tetapi kajian-kajian i dan Nichols (1975) dan Menon (1983) mendapati bahawa guru-guru bimbingan tidak mempunyai cukup masa untuk menjalankan tugas-tugas mereka kerana beban tugas mengajar yang berat. Yunus (1975) pula menambah bahawa guru-guru yang dilantik sebagai guru bimbingan adalah guru- guru yang mempunyai kurang tugas-tugas lain di sekolah dan bukan berdasarkan 1s kesesuaian, personaliti atau minat guru-guru berkenaan. Ini mewujudkan keadaan di mana tidak semua guru bimbingan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang betul-betul berkebolehan untuk menjalankan tugas mereka sebagai pembimbing (Mizan et al, 1992) Latihan juga menjadi satu isu yang besar kerana pada masa itu bidang bimbingan dan kaunseling adalah suatu yang baru diperkenalkan di negara kita, Antara latihan yang terawal ialah kursus dalam perkhidmatan selama 6 hari yang dijalankan dengan kerjasama UNICEF di Maktab Perguruan Iimu Khas, Cheras Pada 1969. Seramai 275 guru-guru bimbingan telah menghadiri kursus ini, Kursus ini telah berjalan sehingga tahun 1972 dan ditamatkan apabila bantuan kewangan dari UNICEF dihentikan. Selain itu, mulai tahun 1969 hingga tahun 1982, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Kursus Pendedahan Bimbingan dan Kaunseling selama seminggu semasa cuti penggal untuk guru-guru bimbingan, Maka, melihat tempoh latihan yang dilalui oleh seseorang guru bimbingan, adalah tidak mengejutkan apabila Yunus (1975) berpendapat bahawa guru-gura bimbingan pada masa itu adalah guru-guru yang tidak terlatih tetapi terpaksa bekerja dalam satu bidang yang sangat khusus dengan sedikit atau tiada kepakaran langsung, . Selepas tahun 1979, Kementerian Pendidikan telah memberi banyak penekanan dalam bidang latihan kerana kesedaran bahawa tanpa latihan yang mencukupi, guru-guru bimbingan tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Antara latihan tersebut ialah kursus dalam perkhidmatan (KDC) selama dua minggu serta kursus lapan minggu sebagai salah satu syarat perlantikan (Scorzelli, 16 1987). Dengan wujudnya kesedaran ini juga, seramai 3000 orang guru-guru sekolah menengah telah menerima latihan tetapi hanya 700 orang yang masih menjalankan tugas-tugas bimbingan pada 1984 (Amir dan Latiff, 1984). Menurut Menon ( 178} pert tertera dalam Mizan et al (1992) salah satu rungutan guru- guru yang telah menjalani latihan ialah kekurangan latihan profesional dalam bidang bimbingan. Hanya pada tahun 1980 barulah terdapat latihan-latihan profesional yang dirancang untuk personalia bimbingan (Mizan et al, 1992). Oleh sebab perkembangan yang pesat dalam orientasi Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan lebih ramai orang yang mendapat kelulusan dan kemahiran dalam bidang ini sama ada dari dalam atau luar negara, maka tertubuhlah Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) pada tahun 1973 dan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) pada tahun 1979. Dengan tertubuhnya kedua-dua persatuan ini, pengiktirafan telah mula diberikan kepada guru pembimbing dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Di samping latihan, penekanan juga diberikan kepada pencapaian akademik guru-guru bimbingan. _Universiti-universiti tempatan mula memperkenalkan kursus-kursus dalam Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Malaya mula menawarkan kursus peringkat Sarjana pada tahun 1976, Universiti Kebangsaan Malaysia pula memberi kursus Diploma satu tahun bermula pada sesi 1980/81, Universiti Putra Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu) pula mengambil masuk pelajar-pelajar untuk kursus Sarjana Muda pada sesi 1981/82. Bermula pada tahun 1980, Maktab Perguruan Ilmu Khas pula menawarkan sijil-sijil Bimbingan dan Kaunseling untuk guru-guru bimbingan 7 yang lengkap menjalani kursus yang dijalankan selama satu tahun, Mulai 1984, Maktab ini turut memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang telah menghadiri kursus dalam cuti (KDC) sebagai syarat mendapatkan Sijil Khas Bimbingan dan Kaunseling. Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Laporan Keciciran pada bulan Disember 1973 menyarankan agar perkhidmatan bimbingan di sekolah mesti merangkumi perkhidmatan bimbingan peribadi sosial, perkhidmatan bimbingan pelajaran, perkhidmatan bimbingan vokasional dan program mencegah salah guna dadah. (Zulkifli, 1992). Hasil dari laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menegaskan betapa_pentingnya khidmat bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah menengah di Malaysia, maka aspek kaunseling mula diterapkan. Ini di nyatakan dalam Perakuan 79 yang berbunyi: “adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah di laksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-semata kegiatan panduan kerjaya sahaja” Surat Pekeliling Iktisas bilangan 1/1979 pula menggariskan 21 jenis tugas yang meliputi panduan pelajaran, panduan kerjaya, panduan peribadi, rancangan mencegah salah guna dadah dan tugas tambahan iaitu membantu dalam mengatasi masalah disiplin di sekolah-sekolah. Dengan adanya perkhidmatan kaunseling pula pelbagai kekeliruan tanggapan telah timbul mengenai perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta peranan guru bimbingan. Kekeliruan tanggapan ini turut berlaku antara guru-guru dan pihak pentadbir dan yang paling 18 mengecewakan ialah mereka mempunyai salah tanggapan bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar (Suradi, 1994). Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1993) mendapati bahawa ramai pelajar yang mentafsirkan peranan guru bimbingan mengikut pemahaman sendiri. Pelajar-pelajar mula mengenal pasti guru bimbingan dengan pelbagai nama, antaranya ialah, penasihat, guru bimbingan dan kaunseling, guru kerjaya dan guru panduan (Amir Awang, 1984) Pada tahun 1980, Kementerian Pendidikan dalam langkah untuk mengurangkan kekeliruan ini telah menukarkan nama Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Seterusnya, buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah-Sekolah telah diterbitkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 1984 sebagai panduan dan rujukan untuk guru-guru bimbingan. Pada masa ini, guru bimbingan sudah mula dikenali sebagai guru kaunseling atau kaunselor (Suradi, 1994). Pada tahun 1982, pindaan pada surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 yang telah di buat mengatakan “..... bagi sekolah-sekolah menengah pula,seorang guru panduan kerjaya dibekalkan bagi tiap-tiap sekolah _menengah dalam tahun 1983”........ dan beban mengajar ‘guru panduan ialah dua belas waktu seminggu. Waktu- waktu lain hendaklah ditumpukan kepada kerja-kerja panduan ” Pada tahun 1985, Kementerian Pendidikan mempunyai seramai 888 orang guru yang dikelaskan sebagai guru bimbingan tetapi hanya 642 yang menjalankan tugas-tugas sebagai guru bimbingan kerana tanggungjawab utama mereka adalah 19 masih mengajar (Scorzelli, 1987). Menurut Lai, dalam kajian beliau pada tahun 1996, sehingga akhir 80°an perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah- sekolah menengah di Malaysia adalah masih tidak signifikan dan tidak menunjukkan peningkatan Antara faktor penyumbang keadaan ini ialah kekurangan guru bimbingan terlatih dan beban tugas mengajar yang berat. Suradi (1994) dalam kajian beliau tentang pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Malaysia mendapati bahawa ketiadaan semangat pada guru-guru bimbingan dalam mengendalikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat dikaitkan dengan ketiadaan kemahiran pada guru-guru bimbingan yang dilantik. Sungguhpun selepas hampir 35 tahun perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berjalan di negara kita, isu perlantikan kaunselor masih menjadi satu persoalan yang penting. Suradi (1994) mencadangkan bahawa untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor-kaunselor yang dilantik perlulah betul-betul berkelayakan, berkemahiran, berminat serta cukup pengetahuan dalam pelbagai aspek Bimbingan dan Kaunseling. Ini turut disokong oleh Mizan et al (1992) yang mencadangkan bahawa pengalaman mengajar, Pencapaian akademik, latihan profesional, kepekaan terhadap perasaan dan keperluan orang lain, berminat dengan kebajikan pelajar adalah antara’ciri-ciri penting yang harus dipertimbangkan semasa melantik seorang kaunselor. Salah satu cara yang dicadangkan untuk meningkatkan kemahiran para kaunselor ialah dengan menjalani latihan praktikum di bawah seliaan untuk suatu jangkamasa 20 tertentu sebelum taraf profesional dapat diberikan kepada seseorang kaunselor (Suradi, 1994), Menyedari betapa pentingnya peranan kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan efektif di sekolah-sekolah, Dr.Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengumumkan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menugaskan seorang kaunselor terlatih di setiap sekolah menengah (The Star, 20 July 1994). Sebenarnya, hasrat mengadakan kaunselor sepenuh masa telah wujud sejak 1983 lagi, apabila Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu, Datuk Khalil Yaakub mengumumkan bahawa matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk mengadakan kaunselor sepenuh masa di semua sekolah (New Straits Times, 1983 seperti tertera dalam Kolenthei, 1988). Selepas hampir tiga belas tahun baru hasrat ini dapat dilaksanakan iaitu mulai 1996, seorang kaunselor sepenuh masa telah dilantik di setiap sekolah menengah di Malaysia berdasarkan memo antara bahagian/unit KP(PP)00S1/22 yang di hantar ke setiap Jabatan Pendidikan Negeri iaitu “adalah dimaklumkan bahawa setiap Sekolah Menengah di bekalkan satu (1) jawatan Guru panduan Kerja (Kaunseling) secara ‘over and above’. Dengan itu pihak tuan boleh melantik seorang guru bagi setiap sekolah’ menengah untuk mengendalikan kerja-kerja panduan kerjaya/ kaunseling secara sepenuh masa” Maka, pelantikan guru kaunseling atau kaunselor sepenuh masa dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri atas cadangan atau syor Pengetua sekolah-sekolah sekolah-sekolah menengah yang masih menengah. Akan tetapi masih ada |: belum mempunyai kaunselor sepenuh masa (Abdul Karim, 1998). Guru bimbingan dan pelbagai istilah-istilah lain yang telah digunakan berubah kepada hanya 21 kaunselor pada masa sekarang. Pengiktirafan yang diberikan kepada kaunselor sepenuh masa ialah mereka berjawatan sebagai Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah DG3/DG6. Pengiktirafan peranan dan fungsi kaunselor adalah faktor penentu bagi kejayaan atau kegagalan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah (Aminah,1994), Kaunselor sepenuh masa juga tidak perlu lagi mengajar subjek-subjek akademik malahan waktu pekerjaan mereka adalah sama seperti pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan yang lain. Pengiktirafan ini adalah penting kerana ia akan menjamin masa depan profesion kaunselor ini (Shuaib, 1992). Pada masa sekarang, kaunselor-kaunselor di sekolah-sekolah menengah di Malaysia dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang Bimbingan dan Kaunseling. Untuk meningkatkan lagi profesionalisme para kaunselor di negara kita, pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah diluluskan yang membuktikan kesedaran di pihak kerajaan Malaysia tentang kepentingan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada masyarakat di Malaysia. Turut ditubuhkan ialah satu Badan Perlesenan yang bertanggungjawab memberi perlesenan atau pengiktirafan profesional kepada kaunselor-kaunselor supaya mereka yang berkhidmat mempunyai kelayakan akademik, kemahiran serta latihan yang profesional. Peranan kaunselor sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah adalah penting kerana kaunselor mempunyai kemahiran-kemahiran yang biasanya tidak dimiliki oleh guru-guru lain untuk menolong pelajar belajar untuk membuat keputusan-keputusan sendiri dengan efektif (Loughary,1961). Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap kaunselor mempunyai kekuatan dan kelemahan 22 tersendiri. Apa yang penting ialah kaunselor dan semua program perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mesti mengikut prinsip; iaitu dalam menjalankan apa- apa aktiviti pun keutamaan harus diberikan kepada pelajar-pelajar (Carlson Jr., 1991). Menurut Anderson dan Reiter (1994) seorang kaunselor yang ideal sepatutnya mempunyai ciri-ciri berikut; keinsanan, profesionalisme dan kepakaran dalam mereka bentuk program-program, berperanan dalam kumpulan, berfungsi sebagai fasilitator, pakar perhubungan awam dan sentiasa berpandangan jauh ke masa akan datang. Walaupun pada realitinya ia akan mengambil masa yang lama untuk setiap sekolah menengah di Malaysia mempunyai kaunselor sepenuh masa yang profesional tetapi adalah diharapkan ia mula dilaksanakan, terutama jika matlamat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020 serta Wawasan Pendidikan ‘Zero Defect” ingin dicapai, 1.4 Pernyataan Masalah Kajian-kajian terdahulu mengenai _perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah di Malaysia secara keseluruhannya menunjukkan sambutan pelajar terhadap perkhidmatan ini masih sederhana (Suradi 1994) serta pelajar kurang berminat, mempunyai penerimaan yang negatif dan wujudnya pandangan yang negatif terhadap perkhidmatan ini (Loser dan Nichols 1975, Menon 1983, Amir Awang 1984). Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor- faktor berikut: 23 a) Kurang atau tiada kesedaran pelajar-pelajar mengenai fungsi, objektif dan kepentingan perkhidmatan ini; b) kurang kesedaran bahawa perkhidmatan ini adalah untuk semua pelajar dan bukan untuk pelajar-pelajar bermasalah/bermasalah disiplin sahaja; c Kurang kesedaran bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja berfokus kepada panduan kerjaya tetapi juga masalah emosi peribadi; @ pelajar-pelajar tidak faham peranan sebenar kaunselor; ©) Kurang pendedahan dan penekanan perkhidmatan ini di peringkat sekolah rendah dan f) kaunselor-kaunselor sendiri tidak menjalankan tugas-tugas mereka akibat kurang latihan, tiada minat dalam bidang menolong, kurang kepakaran dan pengalaman. Sejak diperkenalkan di semua sekolah menengah di Malaysia pada 1964, perkhidmatan Bimbingan dan kemudiannya perkhidmatan Kaunseling telah berkembang dengan pesatnya, sehingga pada tahun 1996 menyedari kepentingan Perkhidmatan ini dijalankan dengan sempurna di semua sekolah menengah, seorang kaunselor sepenuh masa telah dilantik. Dengan adanya kaunselor sepenuh masa, banyak program serta aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan dengan sempurna kerana kaunselor tidak perlu mengajar subjek-subjek akademik lagi dan tidak lagi menghadapi masalah kekurangan masa. Fokus utama kaunselor sepenuh masa adalah untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling sahaja. Di peringkat sekolah, jawatan Pegawai Bimbingan dan Kaunseling DG3/DG6 atau kaunselor ini diletakkan di tahap 24 keempat, iaitu selepas Pengetua, Guru Penolong Kanan | dan Guru Penolong Kanan 2 (HEM) sebagai memberi pengiktirafan kepada jawatan tersebut. Dengan adanya kaunselor sepenuh masa, segala program dan aktiviti-aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang sepatutnya dijalankan oleh seorang kaunselor sepenuh masa dipercayai sedang berjalan dengan lancar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. 1.5 Tujuan Kajian Setelah lebih tiga dekad perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia, dari segi pelaksanaan, perjalanan harian perkhidmatan ini oleh kaunselor-kaunselor di sekolah masing-masing dan penggunaan harian perkhidmatan ini oleh pelajar-pelajar adalah masih kurang (Aminah 1994). Jika dilihat dari segi perancangan dan kesedaran tentang kepentingan Perkhidmatan ini kepada pelajar-pelajar, memang telah lama wujud terutamanya dengan pembentukan Unit Bimbingan dan Kaunseling di Kementerian Pendidikan Malaysia. Suatu Buku Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984 di samping mengedarkan pelbagai surat pekeliling untuk memperjelaskan kepentingan perkhidmatan ini, mempertingkatkan lagi perkhidmatan ini serta meyenaraikan dengan terperinci tugas-tugas yang harus dijalankan oleh kaunselor- kaunselor di sekolah-sekolah. 25 Dari kajian-kajian terawal yang berkaitan dengan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah di Malaysia yang dilakukan oleh Rohana (1974), Loser dan Nichols (1975), Symons (1977), Menon (1983), Kolenthei (1988), Tan (1990), Maznah (1992), Suradi (1994) dan Lai (1996), walaupun tidak mengkaji mengenai kesedaran pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tetapi antara rumusan-rumusan yang dibuat mengenai pelajar- pelajar adalah sikap dan pandangan yang negatif, sambutan yang tidak menggalakkan, penerimaan yang negatif, salah tanggapan mengenai perkhidmatan ini serta peranan kaunselor, kurang atau tiada minat untuk mendapatkan bimbingan, kurang sokongan daripada para pelajar, sokongan yang dingin dan keengganan pelajar-pelajar untuk berjumpa dengan kaunselor apabila berhadapan dengan masalah. Menerusi kajian-kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pelajar- pelajar sekolah menengah masih tidak memahami peranan sebenar kaunselor dan apakah itu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada hakikatnya, pelajar-pelajar sekolah menengah mengalami pelbagai masalah yang berkaitan dengan diri, keluarga, rakan-rakan, pembelajaran, sosial, persekitaran, kerjaya masa depan, kesihatan dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan wujudnya keperluan untuk perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah. Keefektifan perkhidmatan ini bergantung kepada penggunaannya oleh para pelajar. Hanya jika pelajar-pelajar menyedari kepentingan perkhidmatan ini, mereka akan menggunakannya dengan sepenuhnya. Ramai pengkaji yang membuat kajian di Malaysia telah memberi fokus kepada perlaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah, bidang kerjaya, masalah remaja 26 dan implikasinya kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Abd. Halim, 1984) tetapi kesedaran pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diabaikan. Kajian mengenai kesedaran pelajar-pelajar _terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dianggap mempunyai implikasi yang Penting untuk kaunselor-kaunselor sekolah, khasnya dan para pelajar amnya, Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan beberapa maklumat yang bermakna mengenai kesedaran pelajar-pelajar Sek. Men, Mentakab di Pahang terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Dengan lebih terperinci tujuan kajian ini adalah untuk: 4) mengenalpasti kesedaran pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling; b) mengenalpasti perbezaan kesedaran pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling; ©) mengenalpasti perbezaan kesedaran pelajar menengah atas dan pelajar menengah rendah terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling; d) mengenalpasti penggunaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh pelajar-pelajar dan ©) mengenalpasti keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 1.6 Soalan-Soalan Kajian Bagi mencapai tujuan kajian yang telah disenaraikan, jawapan bagi soalan-soalan berikut ditinjau 27 a) Apakah kesedaran pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling? b) Adakah terdapat perbezaan kesedaran terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pada pelajar lelaki dan pelajar perempuan? c) Adakah terdapat perbezaan kesedaran terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pada pelajar menengah atas dan pelajar menengah rendah? d) Adakah —_pelajar-pelajar_menggunakan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling? e) Apakah keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada pelajar? 1.7 Kepentingan Kajian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan di sekolah-sekolah sebagai suatu perkhidmatan sokongan di mana sasaran utama adalah pelajar- pelajar. Maka, dengan mengkaji kesedaran pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap perkhidmatan itu, kita dapat melihat samada pelajar-pelajar menyedari kewujudan perkhidamatan itu serta menggunakan perkhidmatan tersebut di samping melihat sama ada kaunselor-kaunselor di sekolah-sekolah menengah menjalankan perkhidmatan ini seperti yang harus dijalankan. Oleh kerana kebanyakan kajian-kajian dari awal 70’an hingga ke masa kini mengenai persepsi, sikap, pandangan dan pendapat pelajar-pelajar di negara kita tentang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah lebih ke arah negatif (Rohana 1974, Symons 1977, Menon 1983, Kolenthei 1988, Tan 1990, Suradi 1994, Lai 1996, Rasimah 1997 dan Abdul Karim 1998) maka dapatan kajian ini 28 boleh digunakan untuk melihat sejauh manakah adanya maklumat yang betul tentang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pada pelajar-pelajar di samping kesediaan mereka untuk menggunakan perkhidmatan ini, Dengan ini, tindakan dapat diambil oleh kaunselor-kaunselor dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk mengubah dan memperbaiki pelbagai aspek dalam perkhidmatan ini, seperti memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar mengenai perkhidmatan ini atau meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka supaya mereka dengan sukarela akan menggunakan perkhidmatan ini sepenuhnya. Pelajar-pelajar akan menggunakan perkhidmatan ini hanya jika mereka mengetahui dan memahami apa sebenamya yang dapat diberikan oleh seorang kaunselor (Biasco 1968). Apabila pelajar- pelajar mendapat maklumat yang lengkap serta memahami tujuan perkhidmatan ini akan wujud dengan sendirinya kesedaran tentang kepentingan perkhidmatan ini dalam sebegitu bentuk schingga pelajar-pelajar dengan sendirinya akan menawarkan diri dalam mempergunakan perkhidmatan ini. Maklumat mengenai tahap kesedaran pelajar-pelajar, pemahaman fungsi dan tujuan perkhidmatan ini serta peranan kaunselor juga dapat menolong kaunselor-kaunselor mengenal pasti bahagian-bahagian yang perlu diberi penekanan dan pengukuhan dalam melaksanakan perkhidmatan ini. : Kaunselor sebagai individu yang memberikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesedaran pada golongan pelajar. Pelajar-pelajar akan sedar kewujudan kaunselor hanya jika seseorang kaunselor itu sedia ada secara fizikal dan dapat dilihat serta ditemui (Thompson dan Peters 1966). Jadi, aktiviti-aktiviti dan program-program 29 yang dilakukan oleh kaunselor seperti yang dilihat oleh pelajar-pelajar adalah penting. Ini disokong oleh Van Riper (1971) yang menyatakan bahawa ime} seorang kaunselor ditentukan oleh fungsi yang mereka dipertanggungjawabkan dan perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelajar-pelajar. Kebanyakan program perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan di sekolah- sekolah menengah di Malaysia adalah mengikut tanggapan kaunselor masing- masing tentang apa yang harus mereka lakukan sebagai seorang kaunselor. Ini menyebabkan program-program ini tidak dilaksanakan dengan sempurna (Suradi, 1994), Dapatan kajian ini dapat mengenal pasti situasi sebenar yang berlaku di sekolah menengah dan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini lebih berkesan pada masa akan datang. Antara kepentingan lain kajian ini ialah: 1) hasil kajian ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman pengkaji bukan sahaja dalam mengenalpasti setakat manakah wujud kesedaran pelajar-pelajar tethadap perkhidmatan ini malahan setakat mana perjalanan perkhidmatan sejak adanya kaunselor sepenuh masa; 2) memberi maklum balas kepada kaunselor, pihak pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan dan mana-mana pihak yang terlibat secara Jangsung mengenai tahap kesedaran dan penggunaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh pelajar-pelajar dengan tujuan untuk pengubahsuaian dan penambaikkan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara Malaysia. 30 1.8 Definisi 1.8.1 Kesedaran pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Kesedaran adalah terjemahan dari perkataan B. Inggeris iaitu “awareness” yang mempunyai definisi “the act of having or showing realisation, perception or knowledge’ (Good, 1973) iaitu kesedaran adalah sesuatu tindakan yang menunjukkan adanya pengetahuan atau maklumat serta persepsi mengenai sesuatu perkara itu. Dalam kajian ini, konsep Bimbingan dan Kaunseling ialah kesedaran terhadap perkhidmatan ini. Kesedaran di sini bermaksud pelajar tahu dan memahami tujuan dan objektif perkhidmatan ini serta menggunakannya apabila mereka rasa perlu. Kesedaran pelajar bermakna pelajar-pelajar telah mengenalpasti tentang personaliti, kebolehan, minat serta kemampuan diri sendiri. Antara kaedah yang boleh mambantu seseorang meningkatkan kesedaran ialah melalui ujian minat dan ujianpersonaliti. Sekiranya pelajar-pelajar telah mengambil ujian-ujian ini dan telah mendapatkan penjelasan yang terperinci daripada kaunselor, maka pelajar- pelajar ini telah mendapat maklumat tentang dirinya secara sistematik. Sekiranya mereka tidak pernah terlibat dengan mana-mana ujian, kesedaran yang ada pada pelajar-pelajar hanya’berdasarkan pengalaman dan minat semata-matanya. 1.8.2. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Perkhidmatan Bimbingan dijalankan di sekolah-sekolah untuk memahami pelajar-pelajar dan mengetahui masalah-masalah mereka, Maka, pelajar-pelajar 31 dapat dibantu memahami diri dan persekitaran mereka untuk membolehkan mereka membuat tindakan dan merancang masa depan mereka (Suradi 1994). Melalui perkhidmatan Kaunseling pula, samada kaunseling individu atau kaunseling kelompok, pelajar-pelajar yang bermasalah dibantu untuk menghadapi serta menyelesaikan masalah-masalah mereka di samping belajar membuat keputusan dan pilihan dalam membuat rancangan masa depan ( Milner, 1974). Kementerian Pendidikan (1971) mendefinisikan Perkhidmatan Bimbingan sebagai suatu proses secara bersistem yang bertujuan untuk menolong pelajar melalui peraturan-peraturan tertentu. Perkhidmatan Kaunseling pula ditakrifkan sebagai proses berlanjutan yang dirancang untuk individu tertentu mencapai sesuatu matlamat atau tujuan yang bersesuaian dengan dirinya. Dalam tahun 1984 pula Kementerian Pendidikan mentakrifkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai proses pendidikan yang merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap-sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Shertzer dan Stone (1974) menjelaskan bahawa bimbingan merupakan satu proses untuk membantu individu memahami keperibadian dan dunia mereka. Kaunseling pula merupakan proses interaksi yang dapat menolong seseorang individu itu memahami sahsiah dan alam sekelilingnya. 1.8.3 Pelajar sekolah menengah Pelajar sekolah menengah mengikut keutamaan adalah remaja dahulu dan kemudian baru dilihat sebagai pelajar-pelajar (Riccio dan Quaranta 1968). Pelajar- 32 pelajar sekolah menengah dalam kajian ini adalah dalam lingkungan umur antara 13° hingga 18 tahun dari tingkatan dua dan tingkatan empat dari Sek.Men.Keb.Mentakab. 1.8.4 Kaunselor Pada masa sekarang, hampir semua sekolah menengah di Malaysia mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa yang hanya menjalankan tugas-tugas bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Kaunselor-kaunselor ini dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing- masing atas cadangan yang dikemukakan oleh Pengetua sekolah masing-masing. Kaunselor yang terlatih mempunyai sama ada kelulusan ijazah Sarjana Universiti Malaya, ijazah Sarjana Muda Universiti Putra Malaysia, Diploma Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sijil Bimbingan dan Kaunseling Maktab Perguruan Imu Khas Cheras. Ada juga kaunselor tanpa kelulusan atau latihan formal. Pada masa sekarang, kaunselor-kaunselor sekolah-sekolah menengah di Malaysia sedang cuba menonjolkan identiti dan imej sebagai seorang professional (Lai 1996). Satu senarai tugas [Lampiran (ol yang mengandungi 22 tugas yang perlu dijalankan oleh semua kaunselor di sekolah masing-masing telah. diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan dan rujukan untuk memudahkan kaunselor mengenalpasti apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. 1.9 Limitasi Kajian 1 Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab di Pahang. Oleh itu hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di tempat- tempat lain di Malaysia. Namun begitu, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk menjalankan kajian-kajian yang lebih menyeluruh di sekolah-sekolah menengah di Malaysia di masa akan datang. Kajian ini telah dihadkan kepada pelajar-pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab semasa sesi persekolahan 1999,

You might also like