Isu Sensitif Yg Mesti Di Elakkan-Pengajian Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FAHAMI PERLEMBAGAAN ELAK SENTUH ISU SENSITIF

Bukan semua perkara boleh dibincang terbuka bagi jamin perpaduan, keharmonian
Perlembagaan Persekutuan merupakan udang-undang utama dan tertinggi negara kita. Kefahaman mendalam terhadap
perkara-perkara

asas

dalam

perlembagaan

dapat

membentuk

rakyat

Malaysia

menjadi

warganegara

yang

bertanggungjawab terhadap negara dan masyarakat sekelilingnya. Sekiranya setiap rakyat memahami dan menghayati
beberapa peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan maka kita yakin tidak akan berbangkit isu-isu sensitif
seperti isu perkauman, keagamaan dan soal-soal mengenai kebebasan. Setiap rakyat mesti tahu menjaga batas-batas yang
ditetapkan oleh perlembagaan bagi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Hakikatnya, generasi muda harus dididik mengenai Perlembagaan Malaysia. Sekurang-kurangnya terdapat lima peruntukan
asas dalam perlembagaan yang mesti difahami dan dihayati. Perkara asas terbabit ialah perkara berkaitan bahasa, agama,
hak-hak istimewa Bumiputera, kewarganegaraan dan hak asasi (kebebasan). Sejak dulu lagi perkara terbabit dianggap
sebagai kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini.
Kedudukan bahasa Melayu
Peruntukan berkaitan dengan bahasa disebutkan di bawah Perkara 152 yang menegaskan bahawa bahasa kebangsaan bagi
negara ini ialah Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963(pindaan 197), Perkara 150 Fasal 6A dan Dasar Pelajaran
Kebangsaan turut memperkukuh kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967
memperuntukkan BM sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal. Seksyen 17(1) Akta Pendidikan meletakkan kedudukan BM
sebagai

bahasa

pengantar

utama

dalam

sistem

pendidikan

negara.

Kedudukan BM sebagai bahasa pengantar ilmu juga diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang memansuhkan
Akta Pendidikan 1961. Namun, peruntukan terbabit tidak menghalang atau mengengkang kaum-kaum lain menggunakan
bahasa ibunda mereka termasuk dalam sistem pendidikan. Pengecualian penggunaan bahasa Melayu dibenarkan di bawah
Seksyen 17(2) Akta Pendidikan bagi institusi pendidikan yang bahasa pengantar utamanya bukan bahasa kebangsaan tetapi
BM hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.
Hakikatnya bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menjadi medium penyatuan nasional dan sekali
gus menjadi lambang dan identiti bagi negara. Ia menjadi sebahagian daripada jati diri nasional yang berfungsi sebagai
bahasa penyatu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Proses pemilihan dan penetapan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan kesemua kaum di negara ini.
Sultan, Raja ketua agama Islam
Berhubung dengan agama pula, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama bagi Persekutuan ialah agama
Islam, tetapi agama-agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Institusi yang
ada kaitan langsung dengan kedudukan agama Islam ialah Sultan atau Raja. Perlembagaan menyatakan bahawa Sultan atau
Raja sesebuah negeri ialah ketua agama Islam bagi negeri tersebut. Bagi negeri-negeri yang tidak diperintah oleh Sultan
atau Raja pula akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.
Peruntukan ini sepatutnya diketahui, difahami dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja meletakkan
kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi juga menjunjung tinggi pengamalan keagamaan yang
dilihat selari dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.
Pada dasarnya, pemilihan agama Islam sebagai agama Persekutuan dibuat berdasarkan faktor sejarah dan warisan
sosiobudaya di negara ini. Namun, agama lain di negara bebas diamalkan dan mereka diberi hak untuk membina rumah-

rumah ibadat mereka bagi menjalankan upacara dan peribadatan keagamaan masing-masing. Pembinaan rumah-rumah
ibadat ini mestilah mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan. Kebebasan beragama ini selari dengan Perkara 11
perlembagaan.
Pun begitu, Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apaapa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
Hak istimewa orang Melayu
Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra dinyatakan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Pemberian hakhak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah. Takrif Melayu dinyatakan di dalam Perkara 160 (2)
yang menyebut orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan
bahasa Melayu.
Berdasarkan peruntukan 153 maka dapat difahami bahawa terdapat tiga bidang yang menjadi keistimewaan bagi orangorang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak, iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan. Peruntukan hak
keistimewaan ini adalah diletakkan di bawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong. Baginda atas nasihat jemaah menteri berhak
untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak.
Berkaitan aspek ekonomi, orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digalakkan untuk menyertai sektor
ekonomi, industri dan perniagaan. Ini bagi mengimbangi kedudukan ekonomi kaum lain yang jauh lebih maju berbanding
mereka kesan daripada amalan penjajah. Justeru, mereka perlu dibantu melalui dasar affirmative termasuk mempermudah
kelulusan permit atau bantuan kepada mereka dalam hal-hal berkaitan ekonomi. Manakala di dalam bidang pendidikan pula,
keistimewaan harus diberi kepada mereka dalam soal pemberian biasiswa.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah Perkara 89 dan 90 yang memberikan kuat kuasa undang-undang
perlembagaan kepada undang-undang sedia ada melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh
orang bukan Melayu.
Hak Kewarganegaraan
Satu lagi perkara asas yang wajar diketahui oleh kita selaku warganegara Malaysia ialah perkara berkaitan dengan hak-hak
kewrganegaraan. Perkara mengenai Kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Dalam
konteks ini, Perkara 14 hingga 22 menyatakan mengenai hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
Manakala Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan cara bagaimana seseorang wargannegara boleh terlucut dan
dilucutkan hak kewarganegaraanya.
Secara umumnya kewarganegaraan seseorang itu boleh didapatkan melalui kuat kuasa Undang-Undang, secara pendaftaran
atau permohonan melalui cara kemasukan dan melalui percantuman wilayah. Kewarganegaraan Malaysia melalui cara
Kemasukan terbuka bagi individu atau warga asing yang berumur lebih daripada 21 tahun dan berminat untuk menjadi
warganegara Malaysia.
Antara syarat-syaratnya ialah individu terbabit telah menetap di Persekutuan Malaysia selama sepuluh daripada dua belas
tahun sebelum tarikh permohonan, berniat menjadi pemastautin tetap di Malaysia, mempunyai tingkah laku yang terpuji dan
mempunyai pengetahuan Bahasa Malaysia.
Di sisi yang lain, hak-hak kewarganegara Malaysia boleh terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia jika
melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan. Antaranya individu itu tidak lagi berminat

untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing. Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan jika
individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya. Ini termasuk menjalankan perhubungan
atau perniagaan dengan negara atau musuh negara seperti Israel.
Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada lima tahun secara berterusan
dan tidak pernah melapor atau mendaftardi Pejabat Konsul Persekutuan boleh dilucutkan kewarganegaraannya. Proses
pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan melalui proses kehakiman.
Hak asasi
Satu lagi isu yang sering mengundang kontroversi ialah perkara berkaitan dengan hak asasi. Hak Asasi adalah perkara asas
yang perlu dinikmati oleh rakyat. Terdapat sembilan peruntukan hak asasi di dalam perlembagaan (perkara 5 hingga Perkara
13). Jelaslah bahawa Perlembagaan Persekutuan memperakui dan mengiktiraf hak setiap individu seperti hak untuk
beragama, hak untuk mengumpul harta, hak untuk mendapat peluang pendidikan, kebebasan bergerak, kebebasan
bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Selain itu, setiap warganegara Malaysia tidak boleh dijadikan abdi atau
menjadi buruh paksa oleh mana-mana pihak.
Semua rakyat mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang dan seseorang yang didakwa perlu
mendapat perbicaraan yang adil. Malah, tertuduh juga tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama buat kali kedua,
sekiranya telah dilepas dan dibebas oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.
Hakikatnya, perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan seseorang kecuali atas sebab-sebab keselamatan,
kesihatan awam dan hukuman seperti hukuman kediaman terhad. Bagaimanapun, pergerakan dari Semenanjung ke Sabah
dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen negeri terbabit seperti yang telah dipersetujui ketika
pembentukan Persekutuan Malaysia 1963.
Sayugia diingat bahawa kebebasan yang diberi oleh perlembagaan itu tidak bermakna semua perkara boleh dibincangkan
secara terbuka kerana isu-isu sensitif seperti isu berkaitan agama, bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan Raja-raja adalah dilarang dibicarakan secara terbuka. Isu terbabit perlu difahami dan tidak disentuh sewenangwenangnya demi menjadi perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.
Hayatilah sebahagian daripada petikan Pemasyuran Kemerdekaan 1957: Dan bahawa sanya kerana Perlembagaan
Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan dan keutamaan hak-hak Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah
Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berpelembagaan yang
berdasarkan

demokrasi

cara

Parlimen.

BH13/11/2013

_______________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di bahagian Penerbitan dasar negara, Jabatan penerangan, kementerian Komunikasi dean
Multimedia.

You might also like