Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BBD 30502

SOSIOLOGI PENDIDIKAN
TAJUK :
PENGARUH SOSIAL TERHADAP
PENCAPAIAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
(FAKTOR PERSEKITARAN)

PENSYARAH :
DR. MIMI MOHAFFYZA BINTI MOHAMAD

NAMA :
NAMA
NUR AMIRA BINTI MOHAMAD

NO. MATRIK
CB130010

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan

MUKA

BAB PERKARA

7.0

SURAT

PENGARUH SOSIAL TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN


TEKNIKAL

7.1

7.2

Faktor Persekitaran

7.1.1

Definisi Faktor Persekitaran

7.1.2

Jenis-Jenis Faktor Persekitaran

7.1.2.1 Persekitaran Keluarga

7.1.2.2 Persekitaran Sekolah

3
5

Kesimpulan

Rujukan

7.0

PENGARUH SOSIAL TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN


TEKNIKAL

7.1

FAKTOR PERSEKITARAN

7.1.1

Definisi Faktor Persekitaran


Kamus Dewan mendefinisikan persekitaran sebagai kawasan di sekeliling

tempat atau kawasan sekitar. Persekitaran merujuk kepada segala benda yang
terdapat di sekeliling (Osman, 2004). Faktor persekitaran mempunyai definisi yang
tersendiri iaitu penyebab atau kejadian yang berlaku di sekeliling individu. Menurut
Badar, Kamaruddin dan Puteh (2005) bahawa faktor sikap dan iklim serta pengajaran
pensyarah merupakan faktor yang paling mempengaruhi pencapaian kecemerlangan
akademik pelajar.

7.1.2

Jenis-Jenis Faktor Persekitaran

Jenis-Jenis
Faktor
Persekitaran

7.1.2.1 Persekitaran
Keluarga

7.1.2.2 Persekitaran
Sekolah

KURIKULUM 1981

Aspek yang berkaitan


dengan hal ehwal tempat
tinggal pelajar dan ibu
bapa, jenis & kawasan,
taraf sosial & ekonomi,
saiz keluarga dan
kemudahan asas.

Suasana sekolah yang


baik di mana keadaan
iklimnya dirasakan selesa,
tenteram, mesra, riang
dengan pembelajaran
yang lancar

7.1.2.1 Persekitaran Keluarga

i. Pendapatan Keluarga

ii. Pendidikan Ibu Bapa

Persekitaran
Keluarga
iii. Peranan Ibu Bapa

i.

iv. Kawasan Kediaman

Pendapatan Keluarga
Kebiasaannya ibu bapa daripada keluarga yang berpendapatan tinggi

memberi dan menggalakkan perlakuan yang berunsur penyelesaian masalah


dalam

pembelajaran

harian

anak-anak.

Sebaliknya,

ibu

bapa

yang

berpendapatan rendah jarang berbuat demikian dalam interaksi harian dengan


anak-anak mereka. Contohnya, bagi keluarga yang berkemampuan, mereka
dapat memberi keperluan yang secukupnya kepada anak seperti pakaian
seragam bersih, buku sekolah serta alat tulis. Kesannya harga kendiri pelajar
tinggi dan mereka akan yakin semasa mengikuti pelajaran yang diajar. Bagi
keluarga yang tidak dapat menyediakan keperluan yang secukupnya harga
kendiri pelajar akan rendah dan mereka akan kurang yakin untuk mengikuti
pelajaran yang diajar.
ii.

Pendidikan Ibu Bapa


Ibu bapa hendaklah mempunyai panduan dan pengetahuan berkaitan

pendidikan yang sewajarnya. Mereka juga perlu menunjukkan contoh sikap


sentiasa mahu mempelajari sesuatu. Selalunya, ibu bapa yang berpendidikan
tinggi amat menitik beratkan pendidikan anak-anak. Mereka menggalakkan
dan membimbing anak mencapai akademik yang lebih tinggi. Kesannya
pelajar akan sedar tentang pentingnya pembelajaran dan perancangan awal
kerjaya. Bagi ibu bapa yang berpendidikan rendah, biasanya mereka tidak
memberi perhatian kepada pendidikan anak kerana mereka kurang
berpengetahuan lalu tidak boleh membimbing kerjaya anak mereka. Kesannya
pelajar akan kurang bermotivasi untuk pencapaian akademik yang cemerlang.
2

iii.

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa bertanggungjawab membentuk sikap yang positif dalam diri

anak-anak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul
dengan orang lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti
sekolah. Ibu bapa yang banyak memberi semangat, dorongan dan motivasi
kepada anak-anak memberi kesan positif. Anak akan lebih bersemangat dan ia
meningkatkan prestasi pelajar. Bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerja
serta tidak menghiraukan anak-anak memberi kesan yang negatif. Mereka
tidak menghiraukan berkaitan pembelajaran dan ia akan menurunkan prestasi
pelajar. Pergaduhan serta penceraian harus dielakkan kerana pelajar yang
datang dari keluarga yang berpisah mendapat gred rendah dalam ujian, sering
tidak hadir ke sekolah dan tidak menyiapkan kerja rumah.
iv.

Kawasan Kediaman
Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan belajar yang secukupnya di

dalam rumah. Anak bukan sahaja dapat mengembangkan kognitif malah jugak
menggalakkan perkembangan efektif anak-anak. Selain itu terdapat juga
kemudahan seperti pusat tuisyen, taska dan cyber cafe.Oleh itu, bagi pelajar
yang pergi ke pusat tuisyen, mereka akan mempunyai seseorang tutor dan
kesannya kemahiran dan pengetahuan pelajar dapat ditingkatkan kerana
menerima bimbingan yang lebih. Bagi pelajar yang tidak dapat pergi ke kelas
pusat tuisyen disebabkan tidak mampu membayar yuran, pemerolehan
pengetahuan mereka bergantung sepenuhnya kepada sekolah dan diri sendiri.

7.1.2.2 Persekitaran Sekolah

i. Pensyarah
/ Guru
v. Media
Massa

Persekitaran
Sekolah

ii. Rakan
Sebaya

iii. Pengurusan
Kelas

iv. Prasarana

i.

Pensyarah / Guru
Pensyarah/guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk

mendidik pelajar. Proses pengajaran berlaku secara formal atau tidak formal.
Mereka juga merupakan pemudah cara kepada pelajar untuk membantu pelajar
menyelesaikan masalah pembelajaran. Guru yang bersifat penyayang dan
cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Sikap pensyarah yang kurang
membantu dan mengajar dengan cara yang tidak menarik atau tidak dapat
memenuhi kelompok pelajar ini menjadikan golongan pelajar gagal belajar
dengan berkesan.

ii.

Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya mendorong kepada pencapaian yang cemerlang

dalam mata pelajaran. Personaliti pelajar akan berubah mengikut rentak


personaliti rakan mereka sama ada terarah kepada tingkahlaku yang positif
ataupun negatif. Pelajar yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar
akan medorong kepada perkembangan intelek dan potensinya ke tahap
optimum. Namun rakan sebaya juga boleh menjerumuskan pelajar kepada
pelakuan salah laku sosial seperti masalah ketagihan rokok, dadah dan
alkohol. Pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebilik atau
sekelas, rakan yang tidak mahu membantu juga memberi kesan kepada
pencapaian pelajar.
iii.

Pengurusan Kelas
Ia merujuk kepada keselesaan struktur kelas iaitu penyusunan perabot,

kemudahan kelas, kedudukan pelajar serta keselesaan pelajar untuk belajar


dalam satu masa. Bahan pembelajaran yang mencukupi amat penting supaya
pelajar bersedia untuk belajar. Jika kemudahan disediakan tidak mencukupi,
pembelajaran akan terbantut dan ia akan menghilangkan minat dan tumpuan
pelajar untuk belajar. Disebabkan hal ini, pelajar tidak faham dan tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya lalu. Keadaan saiz bilik yang
kecil dan mempunyai jumlah pelajar yang terlalu ramai juga akan
menyebabkan suasana yang tidak selesa kepada pelajar dan guru yang
mengajar tidak dapat memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajar.
4

iv.

Prasarana
Bagi mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran yang selesa di

luar bilik darjah, sesebuah sekolah perlu ada prasarana yang lengkap atau
landskap luar bilik darjah yang baik, selamat dan berfungsi. Elemen-elemen
landskap adalah wakaf, meja, kerusi, tumbuh-tumbuhan, air, arca dan
sebagainya. Pembangunan landskap ini dapat mengimbangi pengudaraan alam
sekitar melalui proses-proses seperti fotosintesis dan pengoksidaan yang dapat
memberikan udara segar kepada pelajar. Implikasinya ia bukan sahaja dapat
memenuhi keperluan para pelajar malah memperlihatkan keharmonian sekolah
tersebut secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kualiti pembelajaran
serta pencapaian akademik pelajar.

v.

Media Massa
Pengaruh yang sedang melanda pelajar kita pada hari ini adalah

pengaruh media cetak dan elektronik. Bahan pengajaran dan pembelajaran


boleh diperolehi daripada bahan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem,
radio, televisyen dan komputer. Pelajar juga boleh mencari pelbagai bahan
pembelajaran daripada laman sesawang. Tidak sukar bagi guru serta pelajar
untuk mendapatkan sumber rujukan. Ia boleh digunakan bagi meningkatkan
pencapaian para pelajar.

7.2

KESIMPULAN
Faktor persekitaran merupakan pengaruh yang agak besar untuk membentuk kejayaan

seseorang di dalam bidang akademik sama ada dalam bidang sains ataupun teknikal. Maka
semua pihak perlu melakukan tanggungjawabnya di dalam pembinaan insan. Seseorang
individu perlu mencari keyakinan diri. Seseorang ibu bapa perlu menyediakan persekitaran
yang kondusif bagi pendidikan anak-anaknya di rumah. Seseorang guru perlu menyediakan
bahan yang pembelajaran yang cukup kepada pelajar serta pengurusan dan persekitaran kelas
yang baik. Manakala, sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah
menyediakan persekitaran yang baik bagi menjana generasi yang bakal menggerakkannya
suatu hari nanti.

RUJUKAN
i.

Zakaria Stapa (2012), Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya Dengan


Pembentukan Jati Diri (atas talian)
http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf

ii.

Hasmah binti Iberahim (2014), Pengaruh Faktor Persekitaran Terhadap


Kecemerlangan Akademik Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Serta Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Uthm, (atas talian)
http://eprints.uthm.edu.my/5348/1/HASMAH_BINTI_IBERAHIM.pdf

iii.

Uqasyah (2007), Faktor persekitaran dalam Pembangunan Insan, (atas talian)


http://ukashah.com/2007/08/11/persekitaran-pembangunan-insan/

iv.

Dr.Mohamad Johdi Salleh, Mazliza Kamin & Jane Frances Henry (2012), Kajian
Terhadap Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Dalam Penilaian Menengah
Rendah di Sabah. (atas talian)
http://irep.iium.edu.my/26876/1/Full_Paper__LICER__Faktor_Pencapaian_Akademi
k_PMR_di_Sabah.pdf

You might also like