Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.Gurindam.

Gurindam adalah puisi lama yang berasal dari Tamil (India)


Ciri ciri gurindam
a. Sajak akhir berirama a a ; b b; c c dst.
b. Berasal dari Tamil (India)
c. Isinya merupakan nasihat yang cukup jelas yakni menjelaskan atau menampilkan
suatui sebab akibat.
Contoh :
Kurang pikir kurang siasat (a)
Tentu dirimu akan tersesat (a)
Barang siapa tinggalkan sembahyang ( b )
Bagai rumah tiada bertiang ( b )
Jika suami tiada berhati lurus ( c )
Istri pun kelak menjadi kurus ( c )
http://seniurutterapisifuli.wordpress.com/2013/06/21/apa-itu-mantra-gurindam-syairpantun-dan-karmina/
1.1.4

GURINDAM

Definisi dan Ciri


Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit.
Wakaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi
Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai
bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahassa Sanskrit.
Menurut Raja Ali Haji, adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir
pasangannya, tetapi sempurna perkataanya dengan satu pasangannya sahaja,
jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti
jawab (Sutan Takdir Alisjahbana, 1954)

Berdasarlkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir
Alisahbana (1954) menjelaskan pembentukkan gurindam yang biasanya terjadi
daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak.
Tiap-tiaop baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah kalimat
itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah
suku (suku kata) tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada
tetap.

Definisi yang diberi oleh Raja Ali Haji dan Sutan Takdir Alisjahbana ini hanya
menyentuh bentuk sahaja. Menurut Zaba (1962) gurindam merupakan puisi yang
tidak mengandung sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas dan
digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyayikan bagi tujuan hiburan.

Sebelum itu, dalam Pelita bahasa Melayu penggal III (1957), Zaba pernah
mengatakan bahawa, gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair
meleret yang tidak teratur, berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya,
timbangannya dan sajaknya. maka, Jika ada pun perbezaanya antara dua itu ialah
pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu:

a.
Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebih
cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau,
kelakar, dan sindiran giat yang
bermain-main dan menggeli-gelikan hati. Yang
demikian menunjukkan ada kesempatan
boleh melengah-lengahkan masa dan
menyuka-nyukakan hati.

b.
Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut, dan sindir giatnya
selalu tajam
dan bias seperti mengejek, dan selain daripada itu boleh juga isinya
mengandungi perasaan-perasaan hiba-rawan, sedih-sayu, asyik-berahi, khayal,
mimpi dan angan-angan.
Yang demikian menunjukkan ada kesempatan pula
boleh melengah-lengahkan masa
dengan perkara-perkara seperti itu.

Menurut Mohd. Taib Osman (1979), huraian Zaba seperti di atas telaj
meluaskan lagi struktur gurindam dan seloka daripada yang diberikan oleh Sutan
Takdir Alisjahbana ataupun Raja Ali Haji.
Harun Mat Piah (1989), kemudiannya menjelaskan lagi definisi gurindam
berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya
sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap
dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris dengan rimanya
a, a. Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu
keseluruhan idea.
Seperti seloka, gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh
masyarakat Melayu. Bentuk ini lebih formal penggunaanya. Puisi ini mungkin
digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Oleh itu, sangat sukar untuk mencari contoh
gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iaitu Gurindam Dua Belas yang
dihasilkan oleh Raja Ali Haji.

FUNGSI

Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan


untuk tujuan pendidikan dan huburan. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai
dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika
serta dayaintelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan
mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat,
terutama dalam majlis-majlis yang formal
http://salimieimy.blogspot.com/2012/06/definisi-ciri-dan-fungsi-gurindam.html
Apa Itu Gurindam,Pantun,Seoka,Syair,Talibun,Hikayat,Dan Karmia
DIPOSKAN OLEH ADITAMA WAHYU | MINGGU, 08 SEPTEMBER 2013 AT 15.56
0 KOMENTAR
LABELS : ILMU PENGETAHUAN
1. Gurindam
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat
dengan irama akhir yang sama,
yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal,
masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawabannya atau akibat dari
masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.
contoh Gurindam :
Pabila banyak mencela orang
Itulah tanda dirinya kurang
Dengan ibu hendaknya hormat
Supaya badan dapat selamat
http://adithamawahyu23.blogspot.com/2013/09/apa-itugurindampantunseokasyairtalibun.html
Selasa, 15 Mac 2011
Apa Itu Gurindam
'''Gurindam''' merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu
bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari
pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris
biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima aa; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada
idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk
menyatakan keseluruhan idea.

Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau
tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan
beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

Dari segi bentuk ia sama seperti [[talibun]], [[teromba]] atau mantera; tetapi tergolong
sebagai gurindam karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran,
berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeda
dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang
setempat.

Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis
tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya.
Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi
bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi
pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.
http://panitiabahasamelayuskpj.blogspot.com/2011/03/apa-itu-gurindam.html

You might also like