Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ABSTRAK

Lazimnya, murid-murid sering menghadapi masalah menguasai kemahiran


darab sebarang nombor bulat dengan nombor lebih daripada satu digit. Tujuan kajian
ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kaedah pendaraban Lattice dapat membantu
murid mengatasi kesilapan yang paling dominan dalam menyelesaikan operasi darab
nombor bulat dengan nombor dua digit dan penerimaan murid terhadap kaedah
tersebut. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu
kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data soal selidik dianalisis secara statistik diskriptif
dan inferensi menggunakan perisisn Statistical Package for Social Science Version
18.0 for Windows (SPPS). Sampel kajian terdiri daripada 31 orang murid Tahun Lima
dari SK Tanjong Sepat. Instrumen kajian yang digunakan ialah pemerhatian
berstruktur, soal selidik, ujian pra dan ujian pos dan borang semakan . Kumpul semula
merupakan kesilapan yang paling dominan yang dilakukan oleh murid. Secara
keseluruhannya, skor min untuk keberkesanan kaedah lattice ialah 4.18, ianya berada
ditahap tinggi. Ini menunjukkan persepsi responden terhadap kaedah tersebut adalah
positif. Hasil daripada analisis ujian-t yang dibuat, nilai p yang diperolehi ialah 0.847,
manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Oleh itu, nilai p ini adalah lebih
tinggi daripada 0.05. Perbezaan nilai min skor ujian pra (min=4.06, sp=1.843) dan
ujian pos (min=9.06, sp=0.814) mengalami peningkatan sebanyak 5.0. Ini bermakna
pernyataan, tidak terdapat perbezaan skor murid yang menggunakan kaedah lazim
dengan skor murid yang menggunakan kaedah Lattice dalam menyelesaikan masalah
darab nombor bulat dengan dua digit di tolak. Kaedah ini sangat membantu muridmurid untuk mengurangkan kesilapan mengumpul semula semasa mendarab. Muridmurid dilihat seronok membuat pengiraan darab menggunakan kaedah tersebut.
Kaedah ini juga sesuai untuk diperkenalkan kepada murid di tahap satu.

ABSTRACT

Typically, the students often have trouble mastering multiply any whole number with
more than one digit number. The purpose of this study was to examine the Lattice
multiplication method can help students deal with the dominant error in the operation
of multiplication of whole numbers to solve the two-digit numbers and student
acceptance of the method. The data collected in this study using two methods of
qualitative and quantitative. All datas were analized by Statistical Package for Social
Science Version 18.0 for Windows ( SPPS ). The sample consisted of 31 students from
Year Five of SK Tanjong Sepat. The instruments used were a structured observation,
questionnaires, pre and post test and review form. Regrouping the most dominant
errors committed by students. Overall, the mean score for the effectiveness of the
lattice is 4.18, it is to be ranked high. This shows that respondents' perceptions
method was positive. The results of t-tests shows that the value p is 0.847,which is the
significant value must be less than 0.05. The difference in scores of pre-test (mean =
4:06, SD = 1.843) and post-test (mean = 9:06, SD = 0.814) had an increase of 5.0.
The null hypothesis is there is no differences between the students scores using
standard method with the students scores using latticemethod in solving problems
multiply whole numbers by two-digit numbers is not accepted. This method is very
helpful for students to reduce the errors of regrouping during multiplication. Pupils
are seen having fun in the computation times using this method. This method is also
suitable to be introduced to students at level one.

You might also like