Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK ISLAM,

TAMAN PEKAN BARU/JALAN ABDUL RAOF DAN DENNISTOWN,


34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
BIL. 2 TAHUN 2014
Tarikh
Masa
Tempat

: 7/9/2014
: 3.30 5.00 petang
: NO 6 JALAN SENTOSA 2, TAMAN KERIAN SENTOSA

KEHADIRAN:
BIL
1.
2.
3.
4.

NAMA
Tn Hj Muhamad bin Jusoh
Mohamad Taharin bin Bharom
Tun Harmadinizwan bin Tun Harun
En Aslan bin Jamil

JAWATAN
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha

En Muhamad Lotpie bin Ahmad Repaad

Bendahari

En Muzkhairil bin Muhamad

AJK

7.

En Kamarudin bin Ramli

AJK

8.

Pn Azlina bt Mohd Yahaya

AJK

TIDAK HADIR (dengan kenyataan)


BIL NAMA
1
Hj Abd Samad bin Shaari
2
Hasniza bt Azizan
3
Rohaiza bt Saad
4
Josri bin Jaafar
5
Mohd Raniza bin Abd Rahman

JAWATAN
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK

AGENDA
1.

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1
1.2
1.3
1.4

1.5

Mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab AlFatihah.
Merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa untuk
bermesyuarat.
Menyatakan faedah dan kebaikan dengan penubuhan persatuan penduduk.
Menyatakan rasa dukacita di atas ketidakhadiran wakil dari beberapa kawasan
walaupun surat jemputan telah diedarkan untuk menjadi jawatankuasa penaja
dalam persatuan.
Menyatakan beberapa masalah yang boleh diselesaikan dengan tertubuhnya
persatuan seperti masalah anjing liar serta masalah longkang tersumbat.
Tindakan : Makluman

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1 TAHUN 2014


Minit Mesyuarat Bil. 1 Tahun 2014 sebulat suara telah diterima dan disahkan tanpa
pindaan.
Pencadang : En Aslan bin Jamil
Penyokong : En Kamarudin bin Ramli

3.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan

ISU YANG DIBINCANGKAN


4.1

Draf Perlembagaan Persatuan


4.1.1

4.1.2
4.1.3
4.1.4
4.1.5

4.2

Draf Perlembagaan Persatuan Penduduk Islam Taman Pekan Baru, Jalan


Abdul Raof dan Dennistown (PPITPB/JAR/D) diedarkan kepada semua ahli
jawatankuasa yang hadir.
Setiausaha membacakan Draf Perlembagaan Persatuan Penduduk Islam
Taman Pekan Baru, Jalan Abdul Raof dan Dennistown (PPITPB/JAR/D).
Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menerima Draf Perlembagaan
PPITPB/JAR/D yang telah dibentangkan.
Pengerusi memaklumkan bahawa Perlembagaan boleh diubah dalam
Mesyuarat Aging Tahunan kelak.
Draf Perlembagaan ini akan dilampirkan sekali bersama Borang Permohonan
Penubuhan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Tindakan : Makluman

Tabung Kewangan, Yuran Ahli dan Yuran Tahunan


4.2.1

4.2.2

4.2.3
4.2.4
4.2.5
4.2.6

Mesyuarat bersetuju supaya satu tabung atau akaun persatuan perlu


diwujudkan bagi tujuan melaksanakan segala aktiviti yang melibatkan
penduduk seperti jamuan, khairat kematian, sukan, kebajikan dan
sebagainya
Pengerusi membacakan cadangan Yuran Tahunan dan Yuran Pendaftaran
seperti berikut:
Yuran Masuk = RM5
Yuran Tahunan = RM15
Memaklumkan bahawa Yuran masuk hanya dibayar sekali sahaja diserahkan
semasa menghantar Borang Penyertaan.
Memaklumkan bahawa Yuran Tahunan pula perlu dijelaskan pada setiap
awal tahun.
Memaklumkan semasa menghantar Borang Penyertaan perlu disertakan
RM20 ( Yuran Masuk dan Yuran Tahunan ).
Memohon agar semua jawatankuasa bekerjasama bagi mempromosi
persatuan penduduk dan seterusnya menggalakkan penduduk agar
menyertainya selepas mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan nanti.
Tindakan : Makluman

4.3

Borang Penyertaan
4.3.1

Pengerusi mengedarkan draf Borang Penyertaan Persatuan.

4.3.2

Mengingatkan kepada semua jawatankuasa borang tersebut hanyalah draf


dan tidak dibenarkan untuk mengedarkan lagi borang sehingga mendapat
kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan.
Setiausaha memaklumkan pendaftaran persatuan penduduk kini
dilaksanakan secara online.
Semua jawatankuasa sebulat suara menerima draf Borang Penyertaan untuk
digunapakai bagi mendaftar ahli persatuan nanti.

4.3.3
4.3.4

5.

HAL-HAL LAIN
5.1 Isu Penduduk Dennistown
5.1.1

5.1.2
5.1.3

5.1.4

6.

Wakil penduduk Dennistown, En Aslan bin Jamil memaklumkan bahawa


penduduk Dennistown telah mendapat notis ke-3 untuk berpindah selewatlewatnya pada 15 September 2014.
Mengharapkan jasa baik semua jawatankuasa yang ada agar dapat memberi
idea serta buah fikiran bagi menyelesaikan masalah ini.
Pengerusi meminta agar semua penduduk bersabar dan akan cuba
berjumpa dengan pihak berwajib bagi melanjutkan tempoh sekurangkurangnya selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha.
Pengerusi menyatakan bahawa ini merupakan salah satu kepentingan
dengan adanya persatuan agar suara penduduk dapat diwakili dan dibawa
kepada pihak yang berwajib.
Tindakan : Makluman

PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan ucapan terima kasih
kepada semua ahli yang hadir dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

( TUN HARMADINIZWAN BIN TUN HARUN )


Setiausaha,
Persatuan Penduduk PPITPB/JAR/D,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.

( MUHAMAD BIN JUSOH )


Pengerusi,
Persatuan Penduduk PPITPB/JAR/D,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.

You might also like