Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Kod : Permasalahan Fiqh 05 (ii,iii)

Disediakan oleh : Nur Madihah Kamalul Sahar

Perancangan Keluarga (Family Planning)


Konsep perancangan keluarga merupakan salah satu usaha untuk membina
keluarga yang teratur dan terancang mengikut kemampuan pasangan suami isteri.
Salah satu cara untuk merancang keluarga adalah dengan merancang kehamilan.
Konsep ini telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi dengan pelbagai cara
sehinggalah sekarang dengan bantuan teknik dan teknologi yang telah dicipta oleh
para saintis dan doktor.

Pencegahan kehamilan (contraception)


Definisi: Mencegah kehamilan daripada berlaku melalui pelbagai cara iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kaedah semulajadi (natural method)


Bahan kimia (chemical method)
Anti sperma (spermicidal)
Benteng penghamilan (barrier method)
Hormon
Alat pencegah kehamilan dalam rahim (intrauterine device)
Selepas hubungan kelamin (post-coital/emergency)
Pemandulan (sterilization)

Pada zaman Rasulullah S.A.W, konsep pencegahan kehamilan telah disebut iaitu
dengan kaedah azal.
Azal
Definisi: Pada pengertian fuqaha, azal bermaksud suami mengeluarkan zakar
apabila hampir inzal; iaitu terpancar air mani, lalu inzal berlaku di luar faraj isteri.
Hukum:
Ulama berselisih pendapat tentang hukum azal. Ada di kalangan ulama seperti ibnu
Hazam ad-Zhohiri berpendapat haram melakukan azal terhadap isteri secara
keseluruhan. Namun fuqaha daripada empat mazhab yang utama, beserta
Zaidiyah dan Ibadhiyah menyatakan hukum asal azal dibolehkan, iaitu kepada isteri
yang merdeka dengan izinnya.
Dalil:
Firman Allah S.W.T


1

isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang
baik) untuk diri kamu, dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah
sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah
khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang beriman.

Keadaan-keadaan yang dibolehkan melakukan azal


Imam Ghazali telah menyebut beberapa keadaan yang dibolehkan melakukan azal
pada zaman beliau:
1. Bimbang atas hayat si ibu dan kesihatannya disebabkan kehamilan.
2. Bimbang atas kesihatan dan tumbesaran bayi yang masih menyusu dengan
sebab kehamilan baru.
3. Takut tidak berkeupayaan dalam membesarkan anak dari sudut tarbiah dan
pendidikan anak-anak.
4. Takut tidak berkemampuan memelihara anak-anak dari sudut ekonomi
disebabkan bilangan anak yang ramai.
Penggunaan pencegahan kehamilan sementara
Sebahagian fuqaha semasa dan pengkaji memasukkan semua kaedah perubatan
moden untuk menghalang kehamilan yang bersifat sementara bagi wanita adalah
setaraf dengan kaedah azal namun disertakan beberapa syarat-syarat oleh syariat
untuk dipatuhi. Mereka berpendapat dengan keharusan semua cara-cara perubatan
moden tersebut dengan menggunakan kaedah qias dengan kaedah azal untuk
mengharuskan cara-cara mencegah kehamilan.

Penggunaan Alat Pencegahan Kehamilan dalam Rahim


(Intrauterine Device, IUD)
Jenis-jenis alat IUD:
1. Kuprum (Copper IUD)
Mempunyai pelbagai bentuk, disalut dengan kuprum yang nipis.
Ditukar sekali dalam tempoh 2-3 tahun (kecuali jenis Nova-T, yang boleh
diguna sehingga 6 tahun).
2. Disebati dengan bahan perubatan (Medicated IUD)
- Disalut dengan hormon progesteron 2: di pasaran dikenali sebagai Mirena.
1

[Surah Al-Baqarah: 223]

Sejenis hormon yang merangsang persediaan dinding untuk menghadapi kehamilan.

Boleh mengurangkan darah haid (menstrual bleeding).


Ditukar sekali dalam tempoh 4-5 tahun.

Mekanisme tindakan Alat IUD:


1. Menghalang proses penempelan ovum (sel telur wanita) yang telah
disenyawakan dengan membuat perubahan pada lapisan dinding rahim agar
tidak sesuai untuk berlakunya proses penempelan. (melalui tindakan kuprum
dan progesteron)
2. Melemahkan pergerakan sperma.
3. Mengaktifkan pergerakan pada tiub Fallopio 3dan dinding rahim.
4. Kuprum dan hormon progesteron mengganggu sistem enzim pada rahim
menjadikan rahim tidak sesuai untuk penempelan.
Hukum:
Penggunaan alat IUD termasuk salah satu daripada dua perkara:
a. Alat IUD melakukan halangan pada rahim yang menghalang sperma dalam
air mani sampai kepada ovum. Ia boleh diqiaskan dengan membuang mani.
Alat IUD harus digunakan dengan beberapa syarat:
1. Tidak memudharatkan kesihatan wanita sama ada untuk jangka masa
panjang atau pendek.
2. Dengan keredhaan suami dan isteri. Ini diqias kepada azal.
3. Yakin alat IUD menghalang sampainya sperma mani kepada ovum.
b. Adapun jika alat IUD itu diletakkan dan ia menghalang telur yang telah
disenyawakan daripada melekat pada dinding rahim (prevent implantation),
ini tidak termasuk dalam bab azal. Hal ini adalah menggugurkan janin
sebelum ditiupkan ruh. Ini bermaksud persenyawaan telah berlaku, tetapi
belum menempel pada dinding rahim.
Maka, penggunaan alat IUD pada ketika ini ini tidak boleh digunakan
melainkan apabila tidak ada kaedah lain untuk menggantikannya. Selain itu,
bagi wanita yang ingin menggunakan kaedah ini tetapi telah disahkan
terdapat masalah setelah dirujuk kepada doktor, maka tidak boleh kaedah ini
dilakukan ke atasnya.

Hukum penggunaan hormon dan bahan kimia


Mekanisme tindakan hormon

Salur penghubung dinding rahim dan ovari (tempat penghasilan sel telur wanita

a. Menghalang proses ovulasi 4


b. Merangsang perubahan pada pergerakan dan rembesan tiub fallopio
c. Mengubah tekstur lapisan dinding rahim
Mekanisme tindakan bahan kimia
a. Membunuh sperma daripada air mani yang terkumpul di faraj.
Cara-cara ini sekalipun harus dan diqiaskan kepada azal, tetapi telah sabit bukti
akan kemudharatan dan kesan dari penggunaannya.
Apabila dikaji tentang hukum syarak terhadap cara menghalang kehamilan dengan
menghancurkan benih, kita dapati dalil syarak menyimpulkan tidak harus
menggunakan cara tersebut. Melihat kepada sesuatu yang akan memudharatkan
kesihatan manusia, maka jadilah hukumnya haram. Demikian bertepatan dengan
kaedah syarak yang telah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W :
tiada kemudharatan dan tidak memudharatkan
Dr. Rafat Uthman dalam bukunya 5 telah menegaskan dengan ucapannya, adapan
pengunaan pil pencegah kelahiran telah sabit dari segi kedoktoran, ia membawa
sebahagian kemudharatan seperti melemahkan hati dan sebagainya, boleh
mengurangkan kuantiti susu wanita yang menyusukan, mengurangkan nisbah
protein-lemak dalam susu. Dengan itu, para doktor menasihatkan ibu yang
menyusu untuk tidak mengambil pil penghalang kehamilan. Ini mendorong
sebahagian fuqaha berpendapat kepada tidak mengharuskannya dari segi syarak
kecuali apabila sabit dari segi perubatan ia tidak membawa kepada berlakunya
sebarang kemudharatan kepada wanita.
Sesungguhnya kadah-kaedah di atas mempunyai kesan sampingan ke atas
kesihatan wanita dari segi penggunaannya. Doktor wajib mengimbangi antara
maslahah dan mafsadah yang dihasilkan dengan penggunaan kadah tersebut dan
memaklumkan kepada suami isteri dengan amanah dan teliti di samping
menjauhkan unsur-unsur promosi, menyarankan apa jua cara kononnya untuk
mengurangkan bilangan penduduk.
Dalam keadaan pasti berlakunya kemudharatan ke atas suami atau isteri, maka
doktor perlu menyatakan untuk tidak menggunakan kaedah pencegahan kehamilan
ini dan ia adalah lebih baik kerana tidak harus menolak kemudharatan dengan
kemudharatan yang lebih besar atau sama.
Kesimpulan :
4

Pematangan dan pelepasan secara berkala sel wanita yang mengandungi ovum yang
matang dan pengeluaran ovum tersbut daripada ovari, terjadi lebih kurang 14 hari sebelum
haid berikutnya.
5

Al-Ahkam Ad-Diniyyah Fi Tanziimil Usrah caetakan 1991

Garis panduan syarak bagi pengamal perubatan terhadap pencegahan kehamilan


sementara
1. Pelaksana kerja ini mestilah doktor muslimah yang dipercayai dan
berpengalaman. Pelaksanaan oleh doktor lelaki adalah harus jika tiada
doktor perempuan yang mampu melakukannya. Ia perlu sejahtera
daripada fitnah dan mesti ditemani mahram ketika prosedur dilakukan.
2. Keredhaan kedua-dua suami dan isteri
3. Tidak berlaku kemudharatan
4. Tidak harus menggunakan kaedah-kaedah yang membawa kepada
menggugurkan nyawa yang telah disenyawakan, melainkan apabila
tiada lagi kaedah lain yang boleh digunapakai.
5. Para doktor hendaklah mendatangkan saksi terhadap kepentingan
menggunakan alat pencegah kehamilan wanita yang akan digunakan.
6. Tidak membawa kepada pencegahan kehamilan yang kekal. Mestilah
doktor pakar yang menegaskan perkara berikut.
7. Kerajaan tidak boleh menghalang kehamilan, membataskan bilangan
anak, atau keturunan sebagai satu polisi ketetapan dan memaksa
seseorang untuk mengamalkannya. Ini kerana :
Merancang keturunan adalah masalah peribadi yang berkaitan
dengan pasangan suami isteri. Ia berbeza antara sebuah
keluarga dengan keluarga yang lain mengikut situasi dan
keadaan.
Ijmak ulama moden, kebanyakan muktamar dan seminar telah
bersepakat meletakkan undang-undang tidak boleh memaksa
manusia untuk membataskan keturunan dengan apa jua bentuk.
Kaedah kekal pencegahan kehamilan (sterilization)
Sebab-sebab perlu pemandulan dari segi perubatan:
1. Risiko memudharatkan nyawa kepada pesakit jika kehamilan berlaku.
2. Komplikasi daripada kehamilan dan kelahiran. Contoh: Caesarean Section
6
berulang kali
3. Penyakit keturunan (genetic disease.
4. Gagal menggunakan cara lain untuk menghalang kehamilan, dengan umur
menghampiri menopause7 dan cukup bilangan anak.

Kaedah untuk lelaki:

Kaedah pembedahan dalam melahirkan bayi

Putus haid

1. Vasectomy : memotong vas deferens8


Kaedah untuk perempuan :
1. Hysterectomy : membuang rahim
2. Fallopian tubectomy : memotong dan mengikat tiub fallopio
Bagi perempuan, kaedah ini boleh dilakukan ketika Cesarean section, menggunakan
kaedah laparoscopy9, atau laparotomy10.
Hukum:
Pada masa dahulu kaedah mencegah kehamilan dibuat dengan cara memandulkan
suami iaitu mengkasi buah zakar (testis). Nabi Muhammad S.A.W telah melarang
perbuatan ini serta syariat Islam telah mengharamkannya.
Dalil:
Dari Saad bin Abi Waqas berkata, Rasulullah S.A.W menolak permintaan Uthman
bin Madzun untuk membujang (tidak berkahwin), dan kalau baginda izinkan sudah
tentu kami mengamalkan kasi.
Riwayat Sahih Muslim
Kata Ibnu Hajar al-Asqalani: ia adalah tegahan yang mengharamkan dengan
ketiadaan perselisihan di kalangan ulama. Ini kerana:
1. Membawa kepada memutuskan keturunan, mengurangkan umat, dan
menghilangkan unsur-unsur lelaki atau perempuan tersebut, sedangkan
Rasulullah S.A.W menggalakkan meramaikan keturunan.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Kahwinilah orang yang penyayang yang banyak anak, kerana aku
berbangga dengan banyaknya ummat (Riwayat Abu Daud, Nasai, dan
Hakim)
2. Membawa kepada mafsadah iaitu mengazab jiwa, mencacatkannya dan
memasukkan kemudharatan yang boleh membawa kepada kebinasaan. Cara
ini juga membatalkan erti keibuan pada perempuan, mengubah kejadian
Allah dan kufur nikmat, kerana apabila seorang wanita membuang saluran

Salur yang menghubungkan testis (tempat penghasilan mani) kepada zakar lelaki.

Kaedah memeriksa rongga peritoneum (lapisan meliputi organ pencernaan) dan


kandungannya dengan menggunakan laparaskop.
10

Pembedahan atau pemotongan ke dalam rongga abdomen

pembiakannya, akan bertukar kepada bahan untuk seks semata-mata tanpa


hasil.
3. Apabila seorang wanita meminta untuk dimandulkan sedangkan dia mampu
mengandung atas permintaan suaminya, apakah yang akan berlaku
sekiranya suaminya mati atau diceraikan?
Kesimpulan:
Ketetapan Majmak Fiqh Islam Antarabangsa
1. Tidak boleh mengeluarkan undang-undang secara umum menyekat
kebebasan bagi pasangan suami isteri untuk beranak pinak.
2. Haram melumpuhkan kemampuan untuk beranak pinak (berketurunan)
pada pihak suami atau isteri, iaitu seperti memandulkan selama mana
tidak ada desakan yang darurat untuk melaksanakannya, menurut
pertimbangan syariat.
3. Boleh menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang bersifat
sementara dengan bertujuan untuk menjarakkan tempoh di antara dua
kehamilan, atau menghentikannya seketika, apabila terdapat hajat
(mestilah diterima oleh syarak) yang mendorong kepadanya. Mengikut
pertimbangan dan perbincangan di antara suami dan isteri, dengan syarat
tidak berlaku sebarang kemudaratan. Mestilah kaedah yang digunakan
diharuskan, tidak berlaku sebarang penindasan atau penganiayaan bagi
kandungan yang sedia ada.

Keguguran (abortion)
Definisi: Gangguan atau pemberhentian proses kehamilan melalui apa jua cara
sebelum kandungan di dalam rahim itu mencapai umur matang dan mampu
bertahan untuk hidup. Tempoh berlakunya keguguran berbeza mengikut setiap
negara iaitu sama ada berlaku di antara 20-28 minggu atau kurang berat
kandungan tersebut daripada mencapai 500 gram.
Keguguran berlaku samada secara tidak sengaja (accidental abortion), dilakukan
oleh doktor (therapeutic abortion) atas sebab-sebab kesihatan, atau dilakukan
secara sengaja oleh ibu atau orang lain (criminal abortion) tanpa sebab-sebab
kesihatan yang jelas.
Konsep asas: Haram membunuh satu nyawa kecuali kerana darurat yang pasti. Ini
bermaksud haram menggugurkan kandungan melainkan akan menyebabkan
kematian ibu jika kandungan tersebut tidak digugurkan.

Dalil:



11

dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh
Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan sesiapa yang dibunuh
secara zalim, maka sesuangguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa
menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas
bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan
(menurut hukum syarak)

Peringkat Perkembangan Janin Manusia


Fertilization - Persenyawaan antara ovum dan sperma dalam tempoh 24 jam yang
pertama selepas ovulasi (ovulation)
Zygote

- Penggabungan antara kromosom 12 di dalam sperma dan ovum yang


sempurna (46 kromosom)

Morula

- Zygote membahagi kepada 16 sel, bergerak dari tiub fallopio ke


dalam rahim (uterine cavity) selepas 4 hari persenyawaan berlaku.

Blastocyst

- Dalam tempoh 3 hari, morula akan membahagi kepada inner cell


mass (embryonic mass) dan outer cell mass (the trophoblast) setelah
tiba ke dalam rahim (uterine cavity).

Implantation
- Penempelan blastocyst ke dinding rahim (endometrium)
selepas 7 hari persenyawaan.
Embryo
Fetus

- Terbentuk sekitar 3 minggu selepas persenyawaan.


- Terbentuk sekitar minggu ke 9 sehingga tempoh kelahiran.

Permulaan hidup manusia

11

12

[Surah Al-Isra: 33]

Jasad atau struktur yang membawa gen yang mengandungi DNA dan protein dan terdapat
pada nukleus sel

Berselisih pendapat ulama dan para doktor tentang permulaan hidup manusia.
Pendapat yang diterima daripada jumhur dan para pengkaji adalah:
Bahawa hidup manusia bermula dari persenyawaan antara ovum dan sperma
(fertilization) dan menetap dalam rahim (implantation)
Ada juga pendapat lain daripada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa
kehidupan manusia berlaku sesudah 84 hari, 120 hari, 130 hari atau sebulan lebih;
.iaitu garis pemisah antara hidup manusia dan hidup sel
Waktu ditiupkan ruh
Hadis dari Sahih Bukhari:
Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w
bergelar benar dan dibenarkan. sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan
dalam perut ibunya 40 hari, kemudian menjadi alaqah (seketul darah) seperti itu
juga (40 hari), kemudian menjadi mudhghah (seketul daging) seumpama itu,
kemudian Allah utuskan malaikat kepadanya dengan 4 kalimat, lalu ditulis amal,
ajal, bahagia, rezeki dan celakanya. Kemudian ditiupkan padanya ruh.
Sesungguhnya seseorang benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka hingga
jadilah antaranya dengan neraka hanya sehasta, lalu didatangkan kepadanya kitab,
lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu ia masuk ke syurga. Dan
sesungguhnya seseorang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak
antaranya dengan syurga sehasta, lalu didatangkan kepadanya kitab, lalu ia
beramal dengan amalan ahli neraka, lalu ia masuk ke dalam neraka.
Berselisih fuqaha mengenai waktu ditiup ruh kepada dua pendapat;
Pendapat pertama: Jumhur fuqaha di kalangan Hanafiah, Syafieyah, dan Zahiriyyah
berpendapat bahawa ditiup ruh ketika sempurna 4 bulan atau 120 hari.
Pendapat kedua: Ibn Abbas dan dipersetujui oleh Qurtubi bahawa ditiup ruh berlaku
sesudah sempurna 4 bulan dan masuk ke bulan kelima iaitu sepuluh hari
daripadanya, iaitu sesudah 130 hari.
Sebab perselisihan berlaku kerana:
-

Tempoh adakah ia diambil daripada hadis yang menyebut 40 nutfah, 40


alaqah, 40 mudhghah iaitu 120 hari.
Kesan dari ditiup ruh ialah berakhirnya iddah bagi orang yang beriddah
dengan quru atau bulan. (4 bulan 10 hari).

Melihat kepada perbahasan para fuqaha dapat diringkaskan hukum pengguguran


janin dalam Islam kepada dua keadaan.
Keadaan pertama: Pengguguran janin yang berlaku selepas ditiupkan roh padanya
(120 hari atau 4 bulan).

Sepakat fuqaha daripada Hanafiah, Malikiah, Syafieyah, Hanabilah, Zahiriyah, dan


Zaidiyyah atas pengharaman menggugurkan janin pada ketika ini. Mereka
berdalilkan Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang telah disebutkan di atas.
-

Ia dianggap melakukan jenayah terhadap makhluk yang hidup, sempurna dan


bernyawa.
Denda yang dikenakan sekiranya janin itu hidup ketika digugurkan kemudian
mati adalah bayaran diat. Bagi janin yang mati ketika gugur dikenakan
bayaran ghurrah.

Keadaan kedua: Pengguguran janin yang berlaku sebelum ditiupkan ruh.


Pendapat pertama: Jumhur fuqaha sebahagian Hanafiah, sebahagian Malikiyyah,
sebahagian Syafieyyah, sebahagian Hanabilah, Zahariyah dan Zaidiyyah
berpendapat kepada harus menggugurkan janin sebelum ditiupkan ruh mengikut
perincian di antara mereka.
Hanafiah: mengharuskan pengguguran selagi tidak tercipta sesuatu, dan sesuatu
itu tidak berlaku melainkan setelah 120 hari.
Sebahagian Malikiyah dan Syafieyah mengaitkannya dengan sebelum 40 hari.
Sebahagian Hanabilah mengharuskannnya pada peringkat nutfah (mani)
Sebahagian Syafieyyah dan Hanabilah mengharuskannya pada peringkat alaqah
(seketul darah)
Hukum:
Perbahasan fuqaha tentang hukum pengguguran berlaku samada sebelum
ditiupkan roh atau selepasnya; iaitu 17 minggu tempoh kehamilan. Ini bermaksud
janin telah berada pada tahap fetus yang telah lengkap anggota fizikalnya, tetapi
belum matang dan tidak mampu untuk bertahan di luar rahim (before viability of
the fetus)
Kesimpulannya, haram menggugurkan kandungan melainkan dengan sebab pasti
terancamnya nyawa si ibu, berdasarkan pandangan oleh doktor pakar perbidanan
dan sakit puan. Walau bagaimanapun, pengguguran boleh dilakukan dengan
mengambil kira pandangan sebahagian jumhur fuqaha yang berpendapat harus
menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh; iaitu 17 minggu kehamilan
dengan sebab yang telah dinyatakan di atas.
Masalah-masalah
1. Menggurkan janin hasil rogol
Pendapat yang diterima ialah HARUS bagi perempuan yang dirogol untuk
menggugurkan janin sebelum ditiupkan ruh berdasarkan kepada garis

panduan tertentu. Hal ini kerana perkara berikut:


a. Kemudharatan yang lahir akibat dari mengekalkan kandungan tersebut
lebih banyak dari kemudharatan menggugurkan janin tersebut jika ia
dilakukan sebelum janin itu ditiupkan ruh.
Garis panduan yang menentukan harus adalah seperti perkara berikut:
a. Memastikan wanita tersebut memang benar-benar dirogol samada dengan
pengakuan wanita tersebut atau sabit berdasarkan soal siasat polis, laporan
doktor, dan laporan jenayah.
b. Tidak berlaku pengguguran setelah janin itu ditiupkan ruh iaitu sekitar 120
hari.
Dakwaan rogol oleh seorang perempuan akan ditanya di hadapan Allah.
2. Menggugurkan janin hasil zina
Berselisih pendapat fuqaha yang meninggalkan nas tentang hukum
menggugurkan janin zina dengan fuqaha semasa kepada dua pendapat:
a. Pendapat pertama: Sebahagian Malikiyah dan sebahagian Syafieyah
berpendapat kepada harus menggugurkan janin hasil zina jika sebelum
dituipkan ruh. Zarkasi mengaitkannya dengan ketika ia masih nutfah.
b. Pendapat kedua: kebanyakan ulama dan pengkaji semasa berpendapat
haram menggugurkan anak zina.
Pendapat yang diterima ialah HARAM menggugurkan janin zina, sama ada
sebelum atau selepas ditiupkan ruh. Hal ini kerana pengguguran ini sama
seperti jenayah pembunuhan serta berdosa orang yang melakukan
pengguguran tersebut. Wanita tersebut WAJIB untuk bertaubat nasuha
kepada Allah dan menyesali dengan apa yang telah dilakukan serta berazam
tidak akan kembali melakukan perbuatan keji tersebut.
Semoga dengan taubat yang dilakukan, Allah S.W.T akan mengampunkan
dosa besar yang telah dilakukan. Adapun janin yang dikandung tetap HARAM
untuk digugurkan kerana perbuatan tersebut akan mengulangi dosa besar
untuk kali kedua iaitu jenayah pembunuhan janin.
Bahawa taubat diterima dari setiap penjenayah sehingga kepada jenayah
yang paling besar sekalipun; iaitu kufur. Apabila Allah menerima taubat orang
yang melakukan dosa paling besar, diharapkan bahawa Allah menerima
taubat orang yang melakukan kesalahan ini.

Firman Allah S.W.T





13

dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama
Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya,
kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula
berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan
dosanya; akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula
akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, kecuali orang
Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orangorang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan
kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
3. Menggugurkan janin yang cacat (congenital anomalies)
Jenis-jenis kecacatan pada bayi:
a. Kecacatan pada genetik (chromosomal anomalies)
Contoh: trisomy 21 yang menghasilkan Down Syndrome, trisomy 18
b. Kecacatan fizikal (structural anomalies)
Contoh: cystic hygroma, exomphalos, cardiac septal defect, renal
agenesis, neural tube defects
c. Kecacatan biokimia (biochemical anomalies)
Contoh: penyakit kekurangan enzim badan sejak lahir sperti G6PD
deficiency disease, phenylketonuria.
Kaedah untuk mengesan kecacatan pada bayi yang bakal dilahirkan di dalam
janin:
a. Maternal serum screening
Boleh dilakukan pada minggu ke 16-20
Dapat mengesan kecacatan trisomy 21 (Down syndrome), open
neural tube defects, Turner syndrome dan lain-lain.
b. Ultrasonoghraphy14; terutamanya yang bersifat 3 dimensi (3D)
Boleh dilakukan seawal 9 minggu.
13

14

[ Surah Al-Furqan : 68-70 ]

Teknik pengimejan diagnostik berasaskan ultrasound (tenaga bunyi) yang digunakan


untuk menggambarkan struktur badan termasuk tendon, otot, sendi, salur darah dan organorgan dalaman untuk apa-apa patologi atau penyakit.

Antara kecacatan fizikal yang boleh dilihat secara tepat pada


sekitar minggu ke 18-24 adalah seperti kecacatan jantung,
kecacatan sistem penghadaman, kecacatan buah pinggang,
kecacatan tangan dan kaki anencephaly, hydrocephalus, open
neural tube defects,trisomy 21 (Down Syndrome) dan lain-lain.
Amniocentesis15
Dilakukan sekitar minggu ke 16
Cordocentesis16
Dilakukan untuk mengkaji sel janin dari segi kromosom dan biokimia, iaitu
sekitar minggu ke 20
Chorion Villus Sampling (CVS)17
Untuk mengkaji sampel daripada chorionic villus, boleh dilakukan seawal
minggu ke 9.
Fetoscopy18
Untuk melihat keadaan fetus. Hanya digunakan untuk tujuan terapi fetus.
Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD)
Fetal cells in maternal circulation

c.
d.

e.

f.
g.
h.

Hukum :
Pendapat yang diterima ialah pendapat yang mengatakan HARAM
menggugurkan janin sesudah ditiup ruh dan sesudahnya
walaubagaimanapun bentuk kecacatannya. Yang demikian kerana perkaraperkara berikut:

15

Prosedur perubatan yang digunakan dalam mengenalpasti (diagnosis) sebelum kelahiran


akan kromosom yang abnormal dan jangkitan janin, di mana sejumlah kecil cecair amnion
(air ketuban) yang mengandungi tisu janin, diambil sebagai sampel dari cecair amnion atau
kantung amnion yang mengelilingi janin yang sedang membesar. Kemudian sturuktur DNA
janin tersebut diperiksa bagi mengenalpasti penyakit genetik. Menggunakan proses ini
jantina janin juga boleh ditentukan.
16

Ujian genetik yang mengkaji darah dari tali pusat janin untuk mengesan keabnormalan
pada janin.
17

Kaedah diagnosis sebelum kelahiran untuk menentukan penyakit pada kromosom atau
genetik janin. Ia melibatkan pensampelan vilus korionik (tisu plasenta atau uri ibu yang
mengandung).
18

Satu prosedur endoskopi semasa kehamilan untuk membolehkan akses kepada janin,
rongga amnion, tali pusat dan uri ibu mengandung. Satu bukaan kecil (3-4 mm) dibuat di
dalam abdomen, dan endoskop dimasukkan melalui dinding perut dan rahim ke dalam
rongga amnion. Fetoskopi membolehkan pelaksanaan prosedur perubatan yang lain seperti
biopsi atau membuat sinaran laser kepada saluran darah yang tidak normal.

Fuqaha sepakat atas pengharaman menggugurkan janin sesudah ditiupkan


ruh, iaitu setelah berlalu 120 hari. Sekiranya kecacatan ini tidak dapat
dikesan melainkan sesudah berlalu lebih dari 120 hari, maka menggugurkan
janin yang cacat sebelum ditiupkan ruh juga adalah HARAM.
Menggugurkan janin sesudah ditiup ruh adalah dianggap sebagai membunuh
nyawa yang Allah haramkan membunuhnya. Maka kecacatan yang dapat
dikesan pada janin tidak boleh menjadi alasan yang diterima syarak untuk
menggugurkannya walaubagaimana sekalipun bentuk kecacatannya, sama
ada boleh dirawat atau tidak boleh dirawat dan apa juga sebabnya.
Perkembangan sains dan praktikal menunjukkan bahawa sebahagian
penyakit dan kecacatan yang dulunya tidak dapat dirawat, telah dapat diatasi
sekarang. Maha suci Allah yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak
ketahui. Bahkan Dia mengajarkannya mengikut persediaan dan cara-caranya.
Apabila ia adalah kecacatan keturunan untuk menghalang tersebarnya pada
keturunan bolehlah dihentikan kehamilan buat sementara waktu tanpa
memerlukan untuk menggugurkan.
Allah menciptakan janin dalam rahim wanita dan menjadikannya sempurna
dan sebahagiannya kurang sempurna.
Firman Allah S.W.T:







19

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang


kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah
kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari
sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan
kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang
19

[ Surah Al-Hajj : 5 ]

demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan


kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang
mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang
ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur
dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa
kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke
peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang
telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat
bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya,
bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh),
dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis
tanaman Yang indah permai.
Kecacatan adalah kudrat Allah yang menuntut kepada hamba-Nya
meredhainya, dan tidak boleh bertindak menggugurkannya. Menjaga anakanak yang cacat ini adalah sumber kebaikan kepada orang mukmin kerana
mereka akan memperolehi pahala yang besar. Memelihara janin dan tidak
menggugurkannya menjadi sebab banyaknya rezeki.
Sesungguhnya pada pengharaman keguguran memberi pengajaran dan
ikhtibar dan mengingatkan kesempurnaan nikmat Allah kepada hamba yang
sejahtera. Bahawa pada pengharaman pengguguran janin yang cacat
mengajak kita memelihara persekitaran dari pelbagai pencemaran. Yang
demikian merujuk kepada nisbah kecacatan bertambah seiring dengan
peningkatan pencemaran persekitaran dan masyarakat.
4. Menggugurkan janin yang dijangkiti HIV
Kemungkinan janin ditimpa virus HIV daripada ibu yang menghidap penyakit
AIDS20 adalah berada pada kadar di antara 25 hingga 30 peratus. Seterusnya
tidak kurang 70 peratus anak yang dilahirkan oleh ibu yang ditimpa virus ini
tidak ditimpa dengan virus tersebut.
Cara jangkitan virus daripada ibu kepada janin:
20

Sindrom kurang daya tahan atau acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) adalah
penyakit sistem imuniti pertahanan badan manusia yang disebabkan oleh virus
immunodeficiency manusia (HIV). Penyakit yang mengganggu sistem imuniti ini
menyebabkan seseorang dengan penyakit AIDS lebih cenderung untuk mendapat jangkitan,
termasuk jangkitan oportunis (opportunistic infection) dan penyait barah (tumor) yang tidak
membawa kesan kepada manusia dengan sistem imuniti badan yang berfungsi normal.
Keadaan ini bertambah teruk apabila penyakit itu terus menghidapi mana-mana pesakit
hingga ke akhir hayat.

a. Pemindahan darah ibu kepada janin


b. Ketika ibu melalui proses kelahiran.
c. Proses penyusuan badan kepada anak
Memandangkan penyakit AIDS adalah penyakit yang baru timbul, telah
sepakat fuqaha dan pengkaji semasa mengatakan haram wanita yang
ditimpa AIDS menggugurkan kandungannya sama ada sebelum ditiupkan ruh
atau sesudahnya, selagi tidak ada darurat yang lain untuk
menggugurkannya.
Dalil:
-

Menggugurkan kandungan tidak membawa kepada menyelamatkan nyawa


ibu yang mengandung. Selagi ibu itu ditimpa penyakit, kesudahannya pasti
berakhir dengan penyakit, sama ada dia menggugurkan atau mengekalkan
kandungannya. Adapun masalah janin akan terkena penyakit, urusannnya
diserahkan kepada Allah. Takut daripada perkara tersebut (pengguguran janin
yang dijangkiti penyakit) tidak mengharuskan berlaku pelampauan terhadap
janin.

Wanita yang menghidap AIDS itu berlawanan padanya kerosakan yang


disebabkan menggugurkan kandungannya, dengan maslahah mengekalkan
janin, sebagai menjaga haknya untuk hidup, sekalipun janin tersebut lahir
menghidap kurang daya tahan penyakit (immunodeficiency).
Kesimpulan:
Kaedah syarak memutuskan apabila berhimpun maslalah dan mafsadah
dalam sesuatu perkara, dan tidak boleh berlaku maslahah maka hendaklah
menolak mafsadah secara keseluruhannya. Tetapi jika maslahah lebih besar
dari mafsadah yang dihadapinya, maka hendaklah didahulukan maslahah.
Yang demikian itu, maslahah mengekalkan kandungan itu lebih kuat dari
mafsadah yang akan dihadapinya. Hal ini kerana anak yang lahir menghidap
penyakit dengan izin Allah akan diketahui cara menyembuhkan penyakitnya.

Rujukan
1.
2.
3.
4.
5.

Kelahiran & Kematian, PERUBATAN


Perbidanan & Sakit Puan, PERUBATAN (Cawangan Iskandariah)
At-Tobib Adabuhu wa Fiqhuhu, Dr. Muhammad Ali Albar
Obstetric & Gynecology, Dr. Mahmoud E.Salem
Human Embryology, Dr. Hassan Heidar

You might also like