Statistik Satu Bab 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

BAB 2

PENGUMPULAN DATA DAN


KAEDAH PENSAMPELAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mempelajari bab ini, anda sepatutnya boleh:
1. Membincangkan teknik mengumpul data primer seperti temu
duga bersemuka dan melalui telefon, soal selidik melalui pos dan
teknik pengamatan.
2. Memberikan kelebihan dan kelemahan setiap teknik
pengumpulan data.
3. Membezakan di antara data primer dan data sekunder serta
memberikan kelebihan dan kelemahan kedua-duanya.
4. Membezakan di antara kaedah pensampelan berkebarangkalian
dan kaedah pensampelan tak berkebarangkalian.
5. Menerangkan setiap kaedah pensampelan berkebarangkalian dan
mengenal pasti kaedah yang sesuai digunakan dalam keadaankeadaan tertentu.
2.1

PENGENALAN

Di dalam Bab 1, kita telah membincangkan takrifan data. Di dalam bab


ini pula kita teruskan perbincangan tentang data dengan lebih lanjut. Data
dapatlah dianggapkan sebagai maklumat berangka yang kita perlukan
untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dalam situasi tertentu.
Maklumat yang berguna memainkan peranan penting dalam proses
membuat sesuatu keputusan dan membuat sesuatu keputusan
berdasarkan maklumat yang tidak lengkap bukanlah perkara baru dalam
banyak bidang.
Contohnya dalam pemeriksaan kesihatan, hanya
berdasarkan beberapa titik darah yang diuji, seorang
doktor membuat kesimpulan bahawa anda adalah
seorang yang sihat. Hanya dengan memeriksa 30
barangan yang dikeluarkan oleh pekerja-pekerja giliran
malam, seorang pegawai kawalan kualiti di sebuah kilang
membuat kesimpulan bahawa kualiti pengeluaran adalah
terkawal. Pendapat 250 orang pelanggan daripada 300
17

orang yang disoal mungkin menyebabkan pihak


pengurusan sebuah pasaraya mengubah strategi
pemasaran. Dengan lain perkataan, keputusan atau
ramalan yang dibuat hanyalah berdasarkan maklumat
yang dikumpul daripada sampel sahaja. Jadi, dalam
keadaan begini kita rasakan sangat penting untuk
memastikan maklumat berkenaan sebenarnya boleh
mewakili populasi.
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi data
yang kita perlukan. Kita boleh dapatkan data daripada sumber-sumber
yang telah sedia ada seperti data yang diterbitkan oleh pihak kerajaan atau
agensi tertentu. Data jenis ini dipanggil data sekunder. Kita boleh juga
mereka bentuk satu ujikaji untuk mengumpul data yang diperlukan
dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey). Data yang diperolehi
dengan cara begini dipanggil data primer. Kita akan membincangkan
beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul data primer di
bahagian permulaan bab ini dan diikuti dengan perbincangan tentang
beberapa kaedah untuk memilih sampel yang baik daripada sesuatu
populasi yang menjadi tumpuan kajian.
2.2

TEKNIK PENGUMPULAN DATA PRIMER

Data primer ialah data yang dikumpul sendiri oleh penyelidik, khas
untuk kegunaan penyelidikan yang sedang dijalankannya. Mengumpul
data primer memerlukan kita menyoal individu tertentu yang dinamakan
responden untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki, sama ada
secara soalan lisan ataupun soalan bertulis. Borang soal selidik ataupun
temu duga digunakan untuk mengumpul data melalui pos, telefon
ataupun secara bersemuka.
Kita mulakan perbincangan dengan ciri-ciri teknik temu duga berdepan
atau bersemuka, temu duga menggunakan telefon, teknik soal selidik
melalui pos dan seterusnya teknik pengamatan atau pemerhatian.
2.2.1

Temu Duga Bersemuka

Temu duga bersemuka atau temu duga berdepan adalah komunikasi


secara terus di mana penemuduga mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan untuk dijawab oleh responden secara berdepan. Ini merupakan
perbualan dua-hala di antara seorang penemuduga dan seorang
responden. Temu duga bersemuka boleh dilakukan di tempat-tempat
seperti di sebuah kilang, di rumah responden, di pejabat, di pusat
membeli belah ataupun di tempat-tempat lain yang sesuai.
18

Kelebihan temu duga bersemuka:


(i)

Responden berpeluang untuk mendapatkan maklum balas


atau penjelasan lanjut sekiranya terdapat soalan-soalan
yang tidak jelas atau tidak difahami. Penemuduga juga
dapat meminta responden menjelaskan jawapan yang
diberikan sekiranya dirasakan terlalu pendek ataupun
terlalu ringkas.

(ii)

Penemuduga dapat mengesan sekiranya responden


memberikan jawapan yang tidak menyakinkan ataupun
tidak ikhlas.

(iii)

Sekiranya penyelidikan melibatkan proses mengumpul


data yang agak banyak maka teknik ini adalah yang terbaik
sebab teknik seperti temu duga menggunakan telefon
ataupun soal selidik melalui pos adalah tidak sesuai.

(iv)

Interaksi di antara seorang penemuduga yang


berpengalaman dengan seseorang responden akan
meningkatkan peluang setiap soalan yang ditanya itu akan
dijawab.

(v)

Dengan adanya penemuduga, secara umumnya peratus


responden yang sanggup ditemu duga hingga selesai akan
meningkat sebab responden tidak perlu membaca
ataupun menulis, mereka hanya perlu bercakap.

Kelemahan temu duga bersemuka:


(i)

Temu duga bersemuka biasanya melibatkan kos yang


tinggi jika dibandingkan dengan kaedah seperti
menggunakan telefon ataupun pos. Kos yang tinggi
disebabkan oleh perbelanjaan yang perlu dikeluarkan
untuk bayaran kepada penemuduga seperti gaji, elaun
makan dan penginapan.

(ii)

Interaksi bersemuka ini juga boleh menyebabkan


seseorang responden itu cuba mengelak daripada
memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang agak
sensitif, sulit ataupun bersifat peribadi.

(iii)

Penemuduga juga mungkin mempengaruhi jawapan yang


diberikan oleh responden ataupun responden
memberikan jawapan yang dirasakannya jawapan yang
dikehendaki oleh penemuduga.
19

(iv)

Masa yang diperlukan adalah agak panjang sebab bilangan


sesi temu duga yang dapat dilakukan dalam sesuatu jangka
masa adalah terhad bergantung kepada kemahiran dan
bilangan penemuduga.

Contoh penggunaan teknik temu duga bersemuka


Pengkaji pemasaran mengenai penggunaan sabun basuh dan cecair
pencuci pinggan mangkuk akan menemuduga salah seorang ahli
keluarga di rumahnya mengenai jenama sabun basuh dan pencuci
pinggan mangkuk yang diguna oleh keluarga tersebut serta mendapatkan
maklumat-maklumat lain tentang ciri-ciri keluarga seperti pendapatan
bulanan dan bilangan ahli keluarga.
Cuba berikan contoh anda sendiri pula.

2.2.2

Temu duga Melalui Telefon

Penggunaan kaedah temu duga melalui telefon telah menjadi begitu


popular sekarang ini dalam banyak bidang penyelidikan. Kajian juga
menunjukkan bahawa responden lebih mudah memberikan maklumat
yang boleh dipercayai dan terperinci melalui telefon berbanding teknik
temu duga bersemuka. Kualiti data yang dikumpul menggunakan teknik
ini adalah setara dengan maklumat yang dikumpul menggunakan teknik
temu duga bersemuka. Walau bagaimanapun, teknik ini hanya terhad
kepada mereka yang memiliki telefon sahaja.
Kelebihan temu duga melalui telefon:
(i)

Satu kelebihan yang ketara ialah proses mengumpul data


menggunakan teknik ini adalah cepat.

(ii)

Kos yang terlibat adalah tidak begitu tinggi kerana tidak


melibatkan masa dan kos perjalanan seperti dalam teknik
temu duga bersemuka.

(iii)

Teknik temu duga melalui telefon tidak bersifat begitu


peribadi seperti teknik bersemuka. Responden lebih
bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang agak sensitif
ataupun sulit berbanding teknik bersemuka.

20

(iv)

Responden yang dipilih untuk ditemu duga boleh meliputi


kawasan yang luas kerana penemuduga tidak perlu
membuat perjalanan untuk menemui responden.

Kelemahan temu duga melalui telefon:


(i)

Maklumat yang dikumpul menggunakan teknik ini


kemungkinan tidak boleh mewakili penduduk secara
umum kerana mereka yang tidak memiliki telefon secara
automatik akan diabaikan.

(ii)

Jangka masa menemuduga adalah terhad. Responden


akan merasa bosan untuk menjawab soalan sekiranya
temu duga dijalankan terlalu lama. Tidak sesuai ditanya
soalan-soalan yang panjang ataupun sukar.

(iii)

Panggilan telefon yang tidak dijawab, telefon yang sedang


diguna ataupun responden tiada di rumah memerlukan
penemuduga memanggil semula.

(iv)

Tiada peluang untuk membuat demonstrasi jika perlu,


terutamanya bagi penyelidikan yang memerlukan bahanbahan demonstrasi.

Contoh penggunaan teknik temu duga melalui telefon


Kajian tentang keberkesanan penggunaan iklan di radio atau televisyen
boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi responden
menggunakan telefon dengan menyoal adakah mereka masih ingat iklan
yang telah disiarkan pada waktu-waktu tertentu.
Cuba berikan contoh anda sendiri pula.
2.2.3

Soal Selidik

Seterusnya, teknik mendapatkan data yang ketiga ialah dengan soal


selidik. Kadang kala, penemuduga tidaklah begitu diperlukan dalam
proses mengumpul maklumat. Banyak penyelidikan boleh dijalankan
dengan menggunakan soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden.
Soal selidik adalah satu senarai soalan yang dicetak dan bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu penyelidikan yang
dijalankan. Soal selidik ini akan diberikan kepada responden untuk
dijawab sama ada secara berdepan ataupun melalui pos. Walau
21

bagaimanapun, teknik soal selidik melalui pos lebih kerap digunakan. Soal
selidik akan dihantar kepada responden melalui pos dan responden
dikehendaki menjawab dan seterusnya mengembalikan soal selidik
berkenaan kepada penyelidik dalam tempoh yang ditetapkan oleh
penyelidik. Seperti teknik-teknik mengumpul data yang lain, kaedah soal
selidik juga mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu, iaitu,
Kelebihan soal selidik:
(i)

Soal selidik boleh meliputi kawasan yang luas. Responden


yang tinggal di tempat-tempat yang agak terpencil boleh
dihubungi dengan mudah.

(ii)

Responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk


menjawab soal selidik yang diterimanya dan ini akan
memberikan maklumat yang lebih baik kepada penyelidik.

(iii)

Oleh kerana teknik ini tidak mempunyai penemuduga


maka kesilapan dan pengaruh penemuduga dapat
dielakkan.

(iv)

Soal selidik melalui pos juga secara relatifnya tidak


melibatkan kos yang tinggi kerana teknik ini tidak
melibatkan
penemuduga.
Walau
bagaimanapun,
penyelidikan menggunakan teknik ini tidak semestinya
murah. Menghasilkan soal selidik yang berkualiti tinggi
dari segi soalan yang ditanya dan juga kerja-kerja
percetakan adalah mahal. Selain daripada bayaran setem
untuk menghantar soal selidik, penyelidik juga perlu
menyediakan sampul berserta setem untuk kegunaan
responden memulangkan soal selidik yang telah siap
dijawab. Di samping itu ada kalanya penyelidik terpaksa
menghantar soal selidik susulan kepada responden.

Kelemahan soal selidik:


(i)

Kelemahan yang ketara sekali ialah dari segi kadar


sambutan yang selalunya adalah rendah jika dibandingkan
dengan teknik temu duga. Walau bagaimanapun,
penyelidik boleh meningkatkan kadar sambutan dengan
memberikan insentif, menghantar peringatan dan
sebagainya.

(ii)

Responden tidak mempunyai peluang untuk menyoal


sekiranya terdapat soalan yang tidak jelas.
22

(iii)

Soalan-soalan yang ditanya menggunakan teknik ini tidak


sesuai jika terlalu banyak, agak kompleks ataupun sukar
difahami.

(iv)

Penyelidik sukar menentukan adakah soal selidik


berkenaan sebenarnya dijawab oleh responden yang
dimaksudkan. Sekiranya soal selidik tidak dijawab oleh
responden yang dimaksudkan maka sudah tentu ini akan
menjejaskan matlamat asal penyelidikan.

(v)

Mengumpul maklumat menggunakan teknik ini


kebiasaannya mengambil masa yang agak lama kerana
apabila responden menerima soal selidik yang dihantar,
proses selanjutnya adalah diluar kawalan penyelidik
sehinggalah soal selidik berkenaan dipulangkan.

Contoh penggunaan soal selidik


Pengkaji tentang kefahaman dan tahap penggunaan teknologi maklumat
bagi mereka yang terlibat dengan industri kecil dan sederhana di Malaysia
akan menyediakan satu borang soal selidik yang mengandungi soalansoalan berkaitan dengan teknologi maklumat dan borang ini dihantar
melalui pos kepada responden yang telah dikenal pasti untuk diisi dan
dikembalikan.
Cuba berikan contoh anda sendiri pula.
2.2.4

Pengamatan atau Pemerhatian

Akhir sekali ialah teknik pengamatan atau pemerhatian. Teknik


pengamatan adalah satu proses mengumpul maklumat dengan cara
merekodkan corak tingkah laku manusia, objek dan kejadian tanpa
menyoal atau berkomunikasi dengan mereka. Penyelidik yang
menggunakan teknik ini untuk mengumpul maklumat akan memerhati
dan merekodkan maklumat apabila peristiwa itu berlaku. Perancangan
yang teliti dan cara yang sistematik mestilah dilakukan dalam merekodkan
tingkah laku atau kejadian yang berlaku. Oleh itu, penggunaan kaedah ini
memerlukan seseorang yang pakar.
Teknik ini sesuai digunakan dalam kajian seperti mengesan sambutan
pengguna terhadap sesuatu produk baru yang dalam proses untuk
dipasarkan, tawaran istimewa atau reaksi pengguna terhadap sesuatu
konsep.
23

Kelebihan teknik ini ialah dari segi ketepatan maklumat yang diperolehi
sekiranya mereka yang dikaji tidak sedar yang mereka sebenarnya
diperhati. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka menyedarinya,
kemungkinan mereka akan mengubah tingkah laku. Oleh kerana terdapat
banyak kekangannya maka teknik ini tidaklah begitu meluas
penggunaannya.
Contoh penggunaan teknik pengamatan:
Memerhati tingkah laku kanak-kanak bermain dengan satu permainan
rekaan baru untuk mengenal pasti ciri-ciri yang boleh menyumbang
kepada peningkatan jualan.
Cuba berikan contoh anda sendiri pula.
Daripada perbincangan di atas tentang kaedah pengumpulan data primer,
kebaikan dan kelemahan setiap teknik, maka dapatlah kita berikan di sini
secara keseluruhan kelebihan dan kelemahan data primer itu sendiri.
Antara kelebihan data primer ialah ketepatan data itu kerana data tersebut
dikumpul sendiri oleh penyelidik. Penyelidik dapat memilih teknik yang
dirasakan paling sesuai digunakannya untuk mencapai matlamat
penyelidikan. Walau bagaimanapun, proses mengumpul data primer
memerlukan masa yang lama, kos dan tenaga kerja yang banyak.
2.3

DATA SEKUNDER

Anda telah pun mempelajari tentang data primer. Sekarang kita


bincangkan pula jenis data yang kedua, iaitu data sekunder. Data
sekunder adalah data yang telah dikumpul dan direkodkan oleh pihak lain
sebelum wujudnya keperluan semasa penyelidik. Jadi, data sekunder
adalah bersifat sejarah dan telah sedia ada, tidak memerlukan penyelidik
menghubungi responden untuk mendapatkan maklumat. Contohnya,
terdapat begitu banyak data sekunder berkaitan dengan industri insuran di
Malaysia dalam Annual Report of the Director General Of Insurance yang
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan data sekunder berkaitan
dengan pasaran saham di Malaysia boleh diperolehi daripada Bursa
Saham Kuala Lumpur. Kita boleh dapatkan data sekunder daripada
banyak sumber, antaranya ialah surat khabar, majalah, jurnal ekonomi dan
perdagangan, laporan tahunan syarikat, risalah atau percetakan yang
dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan, swasta ataupun
agensi tertentu.

24

Kelebihan data sekunder:


(i)

Aktiviti mengumpul data sekunder terbukti tidak


melibatkan kos yang begitu tinggi berbanding mengumpul
data primer.

(ii)

Menjimatkan masa dan tenaga kerja.

Kelemahan data sekunder:


(i)

Data yang telah dikumpul untuk tujuan asal, mungkin


tidak sesuai untuk kegunaan penyelidikan yang sedang
dijalankan.

(ii)

Tidak dapat dipastikan ketepatan data kerana kurangnya


maklumat tentang bagaimana data yang diperolehi itu
dikumpul.

(iii)

Maklumat yang ada mungkin telah ketinggalan masa dan


tidak sesuai digunakan lagi.
SOALAN DALAM TEKS 2.1

1. Berikan perbezaan di antara data primer dan data


sekunder.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.4

KAEDAH PENSAMPELAN

Apakah yang dimaksudkan dengan pensampelan? Proses pensampelan


sebenarnya adalah teknik yang melibatkan penggunaan sebilangan kecil
item, ahli ataupun elemen daripada populasi sebagai asas untuk membuat
kesimpulan atau ramalan terhadap keseluruhan populasi. Dalam Bab 1
kita telah berikan definisi sampel sebagai subset kepada populasi yang
lebih besar. Tujuan pensampelan dibuat ialah untuk membolehkan
penyelidik membuat anggaran berkaitan dengan ciri-ciri populasi
(parameter) yang tidak diketahui. Oleh itu adalah penting bagi kita
memastikan supaya sampel yang dipilih itu adalah satu sampel yang baik.
Sampel yang baik di sini adalah merujuk kepada sampel yang benar-benar
boleh mewakili populasi. Kita akan membincangkan nanti beberapa
25

teknik atau kaedah untuk memilih sampel yang baik. Sebelum itu,
kemungkinan kita tertanya-tanya, mengapakah sampel sahaja yang dipilih
sedangkan kesimpulan ataupun ramalan adalah terhadap populasi?
Terdapat beberapa sebab mengapa kita memilih sampel. Pertama,
pensampelan sudah pasti mengurangkan kos dan tenaga kerja yang
diperlukan. Di samping itu maklumat penting dapat dikumpulkan dengan
lebih cepat berbanding kaedah banci. Kedua, dalam banyak keadaan,
sekiranya sampel dipilih mengikut cara yang betul, maklumat yang
dikumpul adalah sama baiknya jika seluruh populasi digunakan
terutamanya apabila populasi adalah seragam. Ketiga, dalam kajian yang
melibatkan pemusnahan barangan yang diuji seperti dalam kawalan
kualiti, adalah tidak praktikal untuk menggunakan populasi.
Seterusnya, diberikan definisi kepada beberapa istilah yang akan
digunakan dalam perbincangan kita selanjutnya.
Rangka pensampelan ialah satu senarai ahli atau elemen populasi di
mana ahli-ahli sesuatu sampel itu dipilih. Contoh rangka pensampelan
ialah senarai pengguna telefon daripada buku panduan telefon.
Proses rawak merujuk kepada cara di mana kesudahan ataupun hasil
yang bakal diperolehi tidak dapat diketahui secara pasti kerana ia
bergantung kepada peluang ataupun kebarangkalian.
Populasi seragam merujuk kepada populasi yang terdiri daripada ahli-ahli
yang dianggap tidak berbeza di antara satu sama lain daripada segi sifat
yang dimiliki.
Kaedah atau teknik pensampelan bolehlah dikelaskan kepada dua
kategori iaitu pensampelan berkebarangkalian dan pensampelan tak
berkebarangkalian. Dalam pensampelan berkebarangkalian setiap
elemen dalam populasi mempunyai kebarangkalian tertentu (bukan sifar)
untuk dipilih sebagai ahli sampel. Pensampelan rawak mudah adalah
kaedah pensampelan yang kerap digunakan dalam kategori ini di mana
setiap ahli dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk
dipilih. Dalam pensampelan tak berkebarangkalian, kebarangkalian
memilih elemen tertentu dalam populasi adalah tidak diketahui. Pemilihan
ahli sampel menggunakan teknik ini bergantung sepenuhnya atas
kebijaksanaan dan keperluan penyelidik.
Kita akan tumpukan perbincangan kita dalam bab ini kepada kaedah
pensampelan berkebarangkalian dan akan menyentuh sedikit sahaja
tentang kaedah pensampelan tak berkebarangkalian.

26

SOALAN DALAM TEKS 2.2

1. Apakah

yang
pensampelan?

dimaksudkan

dengan

rangka

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


2.5

KAEDAH PENSAMPELAN BERKEBARANGKALIAN

Semua sampel yang dipilih menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan


pemilihan secara rawak dan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
bias ataupun ketidakadilan dalam proses pemilihan seperti yang terdapat
dalam teknik tak berkebarangkalian. Berikut adalah teknik-teknik
pensampelan yang dimaksudkan.
2.5.1

Pensampelan Rawak Mudah

Pensampelan rawak mudah adalah satu kaedah atau teknik pensampelan


yang agak mudah digunakan. Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap
elemen dalam populasi mempunyai kebarangkalian atau peluang yang
sama untuk dipilih sebagai ahli atau elemen sampel. Kaedah ini sesuai
digunakan sekiranya populasi dikenal pasti mempunyai sifat seragam
ataupun hampir-hampir seragam. Berikut ialah langkah yang biasa
digunakan dalam membuat pemilihan elemen daripada populasi
menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah:
(i)

Dapatkan rangka
dijalankan.

pensampelan

(ii)

Pilih satu cara untuk mendapatkan elemen sampel


daripada rangka pensampelan. Tiga cara yang boleh
digunakan ialah dengan menggunakan jadual nombor
rawak (lihat Lampiran A), penjana nombor rawak ataupun
secara loteri.

(iii)

Cara pemilihan elemen mestilah tidak menjejaskan


kebarangkalian pemilihan elemen seterusnya. Dengan lain
perkataan, pemilihan satu elemen mestilah bebas daripada
pemilihan elemen-elemen yang lain dalam populasi.

27

bagi

kajian

yang

Bagi populasi yang kecil saiznya, kita bolehlah menggunakan cara loteri
untuk mendapatkan elemen sampel. Memilih pemenang bertuah
berdasarkan pemilihan tiket daripada sebuah kotak adalah satu contoh
pensampelan rawak mudah secara loteri. Walau bagaimanapun, sekiranya
bilangan elemen dalam populasi adalah banyak maka cara lain yang lebih
sesuai ialah menggunakan jadual nombor rawak ataupun nombor rawak
yang dijanakan oleh komputer.
Sebagai contoh, katakan seorang penyelidik berminat
untuk memilih sampel yang terdiri daripada pengetua di
sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negeri Kedah
untuk satu kajian mengenai pencapaian pelajar di
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Setiap nama pengetua sekolah kebangsaan yang terdapat di negeri Kedah
akan diberikan satu nombor daripada 1 hingga 354, kemudian setiap
nombor ditulis di atas kepingan kertas dan semua kepingan kertas
bernombor ini dimasukkan ke dalam satu bekas seperti kotak ataupun
mangkuk. Setelah kepingan-kepingan kertas berkenaan dicampuradukkan
sepenuhnya, sekeping kertas dipilih bagi setiap elemen sampel yang
dikehendaki. Jadi, sekiranya sampel yang ditetapkan ialah seramai 55
orang pengetua sekolah, maka langkah pemilihan hendaklah diulang
sebanyak 54 kali lagi selepas kepingan pertama dipilih.
Mencampuradukkan kepingan-kepingan kertas setiap kali pemilihan
dibuat dapat memastikan kepingan yang berada di bahagian bawah bekas
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Cara pemilihan elemen
sampel seperti ini dipanggil pemilihan secara loteri. Cara ini adalah sesuai
sebab saiz populasi tidaklah begitu tinggi iaitu seramai 354 orang sahaja.
Bagi populasi yang bilangan ahlinya adalah besar, penggunaan jadual
nombor rawak adalah lebih sesuai. Untuk menggunakan jadual nombor
rawak, satu nombor bersiri diberikan kepada setiap elemen dalam
populasi. Jadi, kita perlukan rangka pensampelan untuk tujuan ini.
Kemudian, kita bolehlah gunakan jadual nombor rawak seperti Lampiran
A, sekiranya saiz populasi adalah kurang daripada 99,999. Nombornombor lima-digit dipilih daripada jadual berkenaan dengan membaca
bermula di mana-mana lajur atau pun baris. Pembacaan bolehlah dibuat
sama ada ke arah atas, bawah, kiri ataupun kanan. Walau bagaimanapun,
tempat permulaan mestilah ditetapkan pada awal-awal lagi. Contohnya,
katakan kita telah tetapkan tempat permulaan ialah pada lajur pertama.
Nombor pertama dalam lajur ini ialah 37751. Jadi elemen dalam rangka
pensampelan yang telah diberikan nombor 37751 adalah elemen yang
terpilih dan dimasukkan sebagai elemen sampel. Seterusnya, jika kita

28

bergerak ke bawah lajur tersebut, nombor seterusnya ialah 50915, 99142,


70720, . Kita bolehlah membaca nombor-nombor ini sehiggga
kita memperolehi jumlah elemen yang kita inginkan sebagai sampel.
2.5.2

Pensampelan Bersistem

Dalam keadaan-keadaan tertentu kaedah pensampelan rawak mudah


tidak sesuai digunakan. Contohnya, apabila kita hendak memilih 100
invois daripada 3000 invois yang telah difailkan mengikut susunan tarikh
ianya dikeluarkan. Jelas kaedah pensampelan rawak mudah agak rumit
sebab kita mestilah memberikan nombor kepada setiap invois daripada
0001 hingga 3000, kemudian barulah pemilihan sama ada secara loteri
ataupun menggunakan jadual nombor rawak dapat dibuat. Sebaliknya,
kita boleh gunakan satu lagi kaedah pensampelan iaitu kaedah
pensampelan bersistem.
Kaedah ini memerlukan kita menyusun item ataupun elemen yang
terdapat dalam populasi mengikut susunan tertentu seperti mengikut
abjad ataupun tarikh. Satu tempat mula dipilih secara rawak dan
seterusnya setiap elemen populasi dalam rangka pensampelan pada selang
yang ke-i diambil sebagai ahli-ahli sampel. Kaedah ini sesuai digunakan
apabila populasi telah dikenal pasti adalah seragam. Kaedah ini juga
kadang kala dipanggil kaedah selang sama.
Menggunakan kaedah pensampelan bersistem kita akan pilih 100 invois
daripada 3000 invois bagi contoh yang disebutkan di atas. Kita boleh
kenalpasti selang i dengan mendapatkan nisbah N/n di mana N ialah
saiz populasi dan n ialah saiz sampel. Jadi, bagi kes ini i = (3000/100) =
30. Langkah seterusnya memerlukan kita memilih secara rawak satu
nombor daripada 1 hingga 30. Andaikan nombor yang terpilih ialah
nombor 21, maka invois yang ke-21 adalah elemen daripada populasi
yang dipilih sebagai elemen sampel. Elemen sampel yang seterusnya ialah
elemen populasi yang ke-21 + 30 = 51 dan begitulah seterusnya. Maka,
100 elemen sampel yang terpilih menggunakan kaedah pensampelan
bersistem ini ialah invois yang ke 21, 51, 81, 111, 141, 171, 201, 231, 261,
291, 321, 351, 381, 411, 441, 471, 501, 531, 561, 591, , 2931,
2961, 2991.
Walaupun tatacara begini tidaklah sebenarnya satu pilihan rawak tetapi
telah dibuktikan ianya menghasilkan keputusan yang bersifat rawak
sekiranya susunan elemen dalam rangka pensampelan adalah bersifat
rawak.

29

2.5.3

Pensampelan Berstrata

Pensampelan berstrata adalah proses mendapatkan sesuatu sampel


dengan mengasingkan populasi kepada beberapa kumpulan yang tidak
bertindih, dipanggil strata. Contoh strata ialah seperti bidang pekerjaan,
pendapatan, umur, bangsa dan sebagainya. Pemilihan elemen sampel
adalah daripada strata berkenaan. Kaedah pensampelan ini digunakan
apabila penyelidik merasakan strata tertentu adalah berbeza daripada yang
lain-lainya daripada segi ciri penting populasi yang hendak dikaji dan
penyelidik ingin memastikan bahawa ciri-ciri ini diambil kira di dalam
kajian berkenaan. Jika populasi tidak dikelaskan kepada strata terlebih
dahulu, kemungkinan besar elemen-elemen yang terpilih sebagai sampel
akan terdiri daripada kumpulan tertentu sahaja dan menyebabkan sampel
tidak sebenarnya mewakili populasi. Jadi, kaedah ini sesuai digunakan
apabila kita telah kenal pasti bahawa populasi adalah tidak seragam. Dua
ciri penting kaedah ini ialah kita dapati bahawa elemen yang berada di
dalam satu strata yang sama memiliki sifat yang sama sementara elemen
di dalam strata yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza.
Setelah populasi dikelaskan kepada strata, maka sampel bolehlah dipilih
secara berkadaran ataupun secara tak berkadaran. Pemilihan sampel
secara berkadaran memastikan bilangan elemen yang dipilih daripada
setiap strata adalah berkadaran dengan saiz strata berkenaan.
Sebagai contoh, katakan kita hendak memilih 200 orang
pelajar yang mengambil kursus Statistik pada semester
lepas untuk suatu kajian berkaitan prestasi pelajar
mengikut program pengajian. Terdapat seramai 700
orang pelajar yang mengambil kursus berkenaan pada
semester lepas.

Jadual 2.1
Bilangan Elemen yang dipilih Menggunakan
Kaedah Pensampelan Berstrata Secara Berkadaran

Strata
BEc
BBA
BAcc
BPA
Jumlah

Bil. Pelajar
63
378
231
28
700

30

%
9
54
33
4
100

Bil. Dipilih
18
108
66
8
200

Oleh kerana populasi pelajar adalah tidak seragam sekiranya dilihat


daripada segi program pengajian, maka lebih sesuai populasi berkenaan
dibahagikan kepada strata mengikut program pengajian seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.1 di bawah. Sekiranya seramai 200 orang
pelajar diperlukan untuk tujuan kajian, maka seramai 18 orang (9%
daripada 200) dipilih secara rawak daripada strata BEc, seramai 108 orang
pelajar daripada strata BBA, 66 orang daripada strata program BAcc dan
8 orang daripada program BPA akan dipilih.
Dalam pensampelan berstrata secara tak berkadaran, bilangan elemen
yang dipilih daripada setiap strata adalah tidak berkadaran berbanding
dengan bilangan elemen dalam populasi. Sampel yang diperolehi daripada
strata adalah tidak seimbang. Ia bergantung kepada sama ada strata itu
penting ataupun tidak dalam kajian yang hendak dijalankan.
Pensampelan berstrata mempunyai kebaikan dalam keadaan tertentu
dengan memberikan gambaran yang lebih baik terhadap populasi
berbanding kaedah pensampelan rawak mudah mahupun kaedah
bersistem. Jika kita gunakan kaedah pensampelan rawak mudah untuk
memilih pelajar bagi contoh di atas, kemungkinan tiada seorangpun
pelajar daripada strata program BPA terpilih kerana bilangan pelajar BPA
adalah kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah pensampelan
berstrata memastikan sekurang-kurangnya 8 orang pelajar dipilih sebagai
ahli sampel untuk mewakili strata ini.
2.5.4

Pensampelan Berkelompok

Kaedah persampelan berkebarangkalian yang terakhir dibincangkan ini


ialah kaedah persampelan, berkelompok. Kaedah pensampelan
berkelompok selalu digunakan untuk mengurangkan kos yang terlibat
dalam pengumpulan data kerana kadang kala adalah lebih berkesan
membuat pemilihan elemen sampel dalam kumpulan atau kelompok
berbanding memilih secara individu. Terutamanya jika populasi kajian
berselerak dalam kawasan yang luas ataupun penggunaan kaedah
pensampelan rawak mudah didapati tidak begitu sesuai.
Katakan seorang pegawai kawalan kualiti ingin memeriksa satu
penghantaran item makanan untuk diekspot bagi mengenal pasti tahap
kerosakan bagi penghantaran berkenaan. Penghantaran ini mengandungi
1000 kotak yang ditutup kemas di mana setiap kotak diisi dengan
10 item makanan. Untuk menentukan kesegaran makanan, sebanyak
100 item perlu diperiksa bagi setiap penghantaran. Sekiranya kaedah
pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih sampel 100 item,
kemungkinan sehingga 100 kotak terpaksa dibuka oleh pegawai
31

berkenaan. Ini ternyata tidak praktikal. Seboleh-bolehnya beliau ingin


meminimakan bilangan kotak yang dibukanya atas sebab menjaga
kesegaran item makanan berkenaan. Untuk memastikan beliau masih
memeriksa 100 item makanan, beliau bolehlah memilih 10 daripada 1000
kotak dalam penghantaran ini secara rawak dan memeriksa semua item
dalam setiap kotak. Kaedah pensampelan begini dipanggil kaedah
pensampelan berkelompok atau lebih tepat lagi disebut sebagai
pensampelan kelompok satu-peringkat. Setiap kotak mewakili satu
kelompok atau sekumpulan elemen. Setiap elemen dalam kelompok yang
dipilih secara rawak ini akan diambil kira sebagai elemen sampel. Walau
bagaimanapun, kebiasaannya pensampelan berkelompok ini memerlukan
bilangan elemen yang lebih banyak untuk menghasilkan ketepatan yang
sama apabila menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Ini
adalah kerana kecenderungan bagi elemen dalam sesuatu kelompok atau
kumpulan itu bersifat lebih seragam berbanding populasi keseluruhan.
Namun, mengambil kira kos yang tinggi dalam sesuatu keadaan maka
kaedah berkelompok ini adalah lebih berkesan daripada kaedah
pensampelan rawak mudah.
Pertimbangkan contoh tentang suatu kajian berkaitan dengan tabiat
utamakan kebersihan di kalangan isi rumah di bandar-bandar seluruh
Semenanjung Malaysia. Kos perjalanan sudah pastinya tinggi dan masa
yang diperlukan untuk perjalanan juga pastinya panjang. Sebaliknya
penyelidik bolehlah membahagikan populasi kepada beberapa kumpulan
yang lebih kecil yang dipanggil kelompok. Peringkat pertama, penyelidik
bolehlah memilih beberapa buah bandar di Semenanjung Malaysia secara
rawak. Kemudian bagi setiap bandar yang terpilih, satu sampel rawak
taman perumahan pula dipilih dan daripada setiap taman perumahan yang
terpilih, dibuat pula pemilihan isi rumah secara rawak. Kaedah ini
dipanggil kaedah pensampelan berkelompok tiga-peringkat kerana pada
peringkat pertama bandar-bandar dipilih secara rawak, kemudian tamantaman perumahan pula dipilih dalam peringkat kedua. Akhir sekali dalam
peringkat ketiga isi rumah dipilih daripada taman-taman perumahan yang
telah dikenal pasati dalam peringkat sebelumnya.
Contoh kelompok ialah seperti negeri, daerah, mukim, kampung, sekolah
ataupun kilang. Penyelidik hanya perlu menumpukan aktiviti menemu
duga isi rumah yang berada di taman perumahan di bandar tertentu
sahaja.
2.6

KAEDAH PENSAMPELAN TAK BERKEBARANGKALIAN

Sekarang kita bincangkan


berkeberangkalian.

pula

32

kaedah

pensampelan

tak

Pemilihan ahli sampel menggunakan kaedah pensampelan tak


berkebarangkalian bergantung sepenuhnya atas kebijaksanaan dan
keperluan penyelidik. Sampel yang diperolehi dengan menggunakan
kaedah ini adalah satu sampel di mana tatacara pemilihan secara
berkebarangkalian tidak digunakan. Oleh itu, ia mempunyai kekurangan
tertentu dan penyelidik sepatutnya mengambil perhatian tentang perkara
ini.
Kita hanya akan menyentuh secara ringkas sahaja tentang kaedah-kaedah
pensampelan tak berkebarangkalian seperti pensampelan kuota,
convenience dan snowball.
2.6.1

Pensampelan Kuota

Matlamat pensampelan kuota ialah untuk memastikan beberapa


kumpulan kecil dalam sesuatu populasi itu diwakili hingga ke tahap yang
dikehendaki oleh penyelidik sendiri. Teknik ini adalah mudah di mana
bilangan elemen sampel ditetapkan oleh penyelidik terlebih dahulu,
kemudian penyelidik akan memilih elemen sampel sehinggalah kuota
yang ditetapkan tercapai. Kaedah ini selalunya menghasilkan elemen
sampel yang agak bias. Walau bagaimanapun, sekiranya pengutipan data
diawasi dan dibuat secara berhati-hati ia masih dapat menghasilkan
sampel yang baik. Namun, kelebihannya adalah dari segi mudah
dilakukan, melibatkan kos yang rendah dan proses pengutipan data yang
mengambil masa yang singkat.
Contohnya, kajian untuk meninjau pendapat pelajar tentang tempoh
pengajian yang telah dipendekkan di institusi-institusi pengajian tinggi.
Sekiranya seramai 100 orang pelajar akan ditemu duga, penyelidik
bolehlah menetapkan kuota 20% terdiri daripada pelajar tahun
pertama, 30% daripada tahun kedua dan 50% daripada tahun akhir.
Dengan kaedah ini penyelidik akan memilih responden mengikut
kemudahan dan budi bicaranya sehinggalah beliau mencapai kuota yang
telah ditetapkan terlebih dahulu.
2.6.2

Pensampelan Convenience

Kaedah pensampelan ini merujuk kepada tatacara memilih elemen sampel


dengan cara yang paling memberikan kemudahan kepada penyelidik.
Contohnya, dalam kajian di atas, sekiranya penyelidik
menggunakan kaedah pensampelan convenience untuk
mendapatkan
sampel,
maka
beliau
bolehlah
menemuduga seramai 100 orang pelajar yang
ditemuinya di dewan kuliah, perpustakaan ataupun
33

di kantin. Penyelidikan yang memerlukan maklumat


daripada responden yang agak ramai selalunya
menggunakan kaedah ini dan selalunya merupakan
penyelidikan
peringkat
permulaan.
Penyelidikan
tambahan akan dilakukan dengan menggunakan kaedah
pensampelan berkebarangkalian.
2.6.3

Pensampelan snowball

Kaedah pensampelan snowball atau bola salji adalah satu teknik yang
boleh digunakan apabila elemen atau unsur kajian yang diperlukan adalah
sukar dikenal pasti. Pada peringkat permulaannya, responden diperolehi
dengan menggunakan sama ada kaedah berkebarangkalian ataupun
kaedah tak berkebarangkalian tetapi responden-responden seterusnya
diperolehi dengan menggunakan maklumat yang dibekalkan oleh
responden-responden pada peringkat permulaan tadi. Proses ini
diteruskan terhadap responden-responden yang telah dikenal pasti untuk
menghasilkan bilangan responden yang diperlukan.
Contoh kajian yang boleh dilakukan menggunakan kaedah
ini ialah seperti masalah penagih-penagih dadah, aktiviti
samseng yang melibatkan remaja, perniagaan dalaman
(insider trading)
dan
lain-lain
lagi
di mana
responden adalah sukar dikenal pasti dan dihubungi.
Saiz sampel yang agak kecil dan tidak melibatkan kos
yang tinggi merupakan kelebihan kaedah ini. Walau
bagaimanapun, kelemahan kaedah ini ialah kerana
wujudnya unsur bias daripada segi pemilihan responden
kerana seseorang responden yang mengenali seorang
responden yang lain selalunya akan memiliki sifat-sifat
yang serupa.

SOALAN DALAM TEKS 2.3

1. Terangkan perbezaan di
berkebarangkalian
dan
berkebarangkalian.

antara pensampelan
pensampelan
tak

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

34

SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1.

Bagi keadaan-keadaan berikut, nyatakan kaedah pengumpulan


data primer yang sesuai digunakan dan berikan alasan anda.
(a)
Suatu kajian yang dijalankan untuk mendapatkan
pandangan serta ramalan tentang perkembangan industri
insuran negara masa hadapan daripada penguruspengurus syarikat insuran di Malaysia.
(b)
Sebuah lagi cawangan restoran terkemuka telah dibuka di
Bandar A. Pihak pengurusan ingin mengenalpasti berapa
lamakah seseorang pelanggan yang memasuki restoran
berkenaan terpaksa menunggu sebelum dapat membuat
pesanan.
(c)
Mendapatkan maklumbalas tentang cadangan pihak
Kerajaan Negeri Kedah untuk menukar hari cuti hujung
minggu kepada hari Ahad.
(d)
Sebuah bank ingin mengumpul data berkaitan dengan
kekerapan pelanggan menggunakan khidmat nasihat
pegawainya yang ditugaskan di suatu kaunter khas yang
baru saja diwujudkan.

2.

Katakan suatu kajian dicadangkan untuk meninjau pendapat


kaum wanita berkaitan aktiviti jualan murah yang dijalankan oleh
peniaga-peniaga yang didakwa bukan menjual barangan pada
harga yang murah dan apakah langkah-langkah yang patut diambil
oleh pihak berkuasa tentang perkara ini. Bincangkan satu kaedah
pengumpulan data yang terbaik bagi kajian ini.

3.

Nama seramai 250 orang pelajar telah dipilih daripada satu senarai
nama semua pelajar yang sedang belajar di sebuah universiti.
Pemilihan nama pelajar dilakukan dengan cara yang memastikan
setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Setiap
pelajar yang terpilih akan dihubungi untuk mendapatkan
pendapat mereka bagaimana mengatasi masalah tekanan berkaitan
dengan peperiksaan akhir semester.
(a)
Adakah pemilihan 250 orang pelajar dilakukan dengan
menggunakan pensampelan berkebarangkalian? Jelaskan.
(b)
Nyatakan kaedah pensampelan yang boleh digunakan
dalam kajian di atas.
(c)
Terangkan dengan jelas bagaimana sebenarnya pemilihan
250 orang pelajar ini boleh dilakukan untuk memastikan
setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih.
35

(d)

Jelaskan bagaimanakah penyelidik boleh mengumpul


maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.

4.

Kaedah pensampelan berkelompok adalah lebih berkesan dalam


proses mengumpul data primer berbanding kaedah pensampelan
rawak mudah. Bincangkan.

5.

Sebuah syarikat pengeluar minuman ringan dalam tin bercadang


memasarkan minuman ringan berperisa baru. Sebelum
memasarkan produk baru ini secara besar-besaran, Pengurus
syarikat ingin mendapatkan gambaran kasar tentang tahap
sambutan pelanggan. Beliau ingin mendapatkan maklumat
daripada wakil isi rumah berkaitan dengan pendapatan sebulan,
bilangan isi rumah, perasa minuman ringan yang biasa dibeli dan
lain-lain maklumat berkaitan. Kajian akan ditumpukan di kawasan
utara Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang menggunakan
buku panduan telefon edisi Kawasan Utara sebagai rangka
pensampelan. Beliau juga telah menetapkan saiz sampel kajian
seramai 300 wakil isi rumah dari kawasan ini. Terangkan dengan
jelas bagaimana elemen sampel ini boleh diperolehi dengan
menggunakan
(a)
Kaedah pensampelan rawak mudah
(b)
Kaedah pensampelan berkelompok
(c)
Sekiranya beliau menetapkan bahawa seramai 100 orang
wakil isi rumah mestilah dari Pulau Pinang, 60 orang dari
Alor Setar dan 40 orang dari Kangar untuk tujuan
kajiannya, bincangkan kaedah pensampelan yang sesuai
digunakan.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 2.1

1.

Data primer adalah data yang dikumpul sendiri oleh penyelidik


khas untuk kegunaan penyelidikannya sementara data sekunder
pula ialah data yang telah sedia ada dikumpul dan direkodkan oleh
pihak lain sebelum wujudnya keperluan semasa penyelidik.

36

SDT 2.2

1.

Rangka pensampelan ialah satu senarai lengkap ahli-ahli dalam


populasi di mana pemilihan ahli sampel dibuat.
SDT 2.3

1.

Kaedah pensampelan berkebarangkalian memilih ahli sampel


berdasarkan pemilihan secara rawak dan mengelakkan berlakunya
bias sementara pensampelan tak berkebarangkalian, pemilihan
ahli sampel adalah bergantung kepada kebijaksanaan penyelidik.

37

You might also like