Artikel Moral

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk meningkatkan

perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan
perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke
semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa
terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan
perpaduan rakyat? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,
perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan
sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkahlangkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan
ditingkatkan?
Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan
berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan
rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4,
kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat
Malaysia haruslah hidup bersama secara aman dan saling membantu dan bekerjasama serta
mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan
perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan
mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka
hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti Perpaduan Teras Kejayaan. Aktiviti
sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah
dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di
kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan.
Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian,
sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini,
mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita?
Jawapannya tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang


melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling
memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai
contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari
perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara
sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan

membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan


mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa bersatu
teguh bercerai roboh.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat
dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak
mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan
dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilainilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan
kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai
kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan
menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat
dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki,
ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat
dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar
matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang.
Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana
telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.

You might also like