Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

KETIBAAN NABI MUHAMMAD DALAM KITAB-KITAB

AGAMA LAMA
PENDAHULUAN
Kelahiran Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir Zaman telah terlebih dahulu diramalkan oleh
banyak kitab-kitab agama orang-orang lama zaman itu. Kitab-kitab agama itu termasuklah kitabkitab Vida, Dasatir dan Injil (Bible). Kenyataan-kenyataan tentang ramalan-ramalan di dalam
kitab-kitab agama itu lazimnya disebut sebagai Khabar Gembira . Orang-orang Islam adalah
memegang teguh keterangan-keterangan ini. Kenyataan-kenyataan ramalan yang dimaksudkan
tersebut adalah sebagai berikut:
KITAB VIDA DAN DASATIR
Salah sebuah kitab agama Hindu yang terkenal ialah kitab Sama Vida. Dalam perenggan 6 dan 8
penggal 11 kitab tersebut ada menyatakan keterangan deinikian.
Ahmad (Muhammad) menerima syariat daripada Tuhannya, sedang syariat itu penuh hikmat
dan ia (syariat) mengambil cahaya daripada Tuhan sebahagian ia (cahaya) diambil daripada
matahari.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah sebuah kitab suci agama Zoroaster
(Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan
lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikutpengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang
sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka
ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka
menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan
menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orangorang Zoroaster dan yang berjiran dengan mere ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah
bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat.
Kitab-kitab tersebut adalah merupakan kitab-kitab yang sangat dihormati dan disanjung tinggi
oleh penganut-penganutnya. Ramalan-ramalan dalam kitab-kitab tersebut kemudiannya telah
menjadi kenyataan. Nabi Muhammad sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab-kitab itu
kemudiannya telah lahir, membuka fikiran manusia ke sinaran yang terang benderang.

KITAB TAURAT
Dalani kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berIirman
kepada Nabi

Musa, katanya:
Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang
Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku
akan menjadikan segala flrmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka
segala yang aku pesankan.
Teranglah dalam ayat ini Tuhan telah menyuruh Nabi Musa supaya beliau menyatakan kepada
kaumnya Bani Israel bahawa kelak Tuhan akan mengutuskan seorang Rasul kepada mereka dan
seluruh manusia yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tetapi daripada bangsa yang
bersaudara dengan mereka, iaitu keturunan Nabi Ismail putera Nabi Ibrahim atau ketuninan Arab
Muda (al-Arab ul-Mustaribah). Dan Rasul yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah
Nabi Muhammad. Bagi mencari asal-usul keturunan Arab Muda itu yang dikatakan bersaudara
dengan Bani Israel, kajian tentang susur-galur keturunan Nabi Ibrahim perlu sekali dibuat.
Mengikut sejarah Nabi Ibrahim mempunyai dua orang putera, selain Nabi Ismail iaitu Nabi Ishak
yang mempunyai seorang putera bernama Nabi Yaakub atau Israel. Inilah sebabnya mereka itu
dikatakan bersaudara.
KITAB INJIL YAHYA LAMA
Dalam kitab Injil Yahya yang digunakan oleh orang-orang Kristian dahulu atau boleh juga
disebut kitab Injil Yahya Lama, fasal 18 ada menyatakan berikut:
Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa
berfaedahlah bagi kamu jika aku ini pergi, kerana jika aku tiada pergi tiadalah Paraclete itu
akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan men yuruh dia kepadamu.
Perkataan Paraclete ini berasal daripada bahasa Greek Tua iaitu Parakletos yang bermakna
Penolong atau Wakil yang boleh juga diertikan sebagai Utusan atau Rasul. Tetapi perkataan
ini kemudiannya ditafsirkan oleh padri-padri Kristian sebagai Roh alQudus (The Holy Ghost).
Dalam bahasa Greek Tua itu juga terdapat satu perkataan yang hampir sama dengan perkataan
itu iaitu Paraklutos ertinya Yang Sangat Terpuji atau dalam bahasa Arab disebut Ahmad atau
Muhammad. Perkataan Paraklutos ini yang sebenamya dicatatkan dalam kitab Injil bahasa Greek
Tua, tetapi kemudiannya telah berubah menjadi Paraclete, kerana mungkin kecuaian penyalinpenyalinnya, sebab penyalin-penyalmn itu kebanyakannya terdiri daripada penuntut-penuntut
padri yang kurang mahir dalam bahasa itu. Atau mungkmn juga perkataan itu sengaja diubah
oleh padri-padn untuk memberi keyakinan kepada penganut-penganut Kristian.
KITAB INJIL YAHYA SEKARANG
Kitab Injil Yahya yang digunakan oleh gereja-gereja Kristian pada masa ini juga membayangkan
tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman itu. Dalam fasal 16 ayat 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 kitab
tersebut Nabi Isa telah menegaskan kepada murid-muridnya, katanya:
Dart hal hukuman sebab penghulu dunia ini sudah dihukumkan. Maka ada lagi banyak
perkara-perkara yang hendak kukatakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada boleh kamu

menanggung dia. Melainkan apabila ia pun datang, iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan
membawa kamu pada jalan segala kebenaran, kerana tiada dengar kelak iaitu akan
dikatakannya, dan dikhabarkannya kelak kepadamu perkara-perkara yang akan datang. Maka ia
akan memuliakan aku kerana dtambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepada kamu
(manusia kemudian). Barang sesuatu yang ada kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku
punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu
dikhabarkannya kepadamu (manusia kemudian). Lagi seketika maka tiada kamu akan
memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan memandang aku pula.
(Injil Yahya 16: 12-17)
Kesimpulan ayat-ayat di atas bolehlah seperti berikut:
Darihal hukuman sebab penghulu dunia ini sudah dihukumkan. Maka ada lagi banyak perkara
yang hendak kukatakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada boleh kamu menanggung dia.
Melainkan apabila ia pun datang, iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan membawa kamu (manusia
kemudian) pada jalan segala kebenaran. Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang
dikatakan datang tadi akan melanjutkan kerja-kerja Nabi Isa.
2. Kerana tiada Ia akan berkata-kata daripada kuasa dirlnya sendiri melainkan barang yang
didengrnya kelak iaitu akan dikatakannya, dan dikhabarkannya kelak kepadamu (manusia
kemudian) perkara-perkara yang akan datang . Umumnya ayat ini menyatakan yang Roh
Kebenaran yang akan muncul itu akan menerangkan kepada seluruh manusia perkara-perkara
yang diwahyukan oleh Tuhan terhadapnya (barang yang didengarkan kelak), dan akan
menerangkan perkara-perkara yang akan datang seumpamanya tentang Hari Qiamat dan
sebagamnya.
3. Maka Ia akan memuliakan aku kerana diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya
kepadamu (manusIa kemudian) . Ayat ini membayangkan bahawa Roh Kebenaran itu akan
memberI kemuliaan kepada Nabi Isa kerana ia akan menerima keterangan-keterangan tentangnya
daripada Tuhan untuk umatnya sebagai contoh tauladan dan ajaran-aj arannya. Mengikut ajaranajaran Kristian sekarang, Nabi Isa adalah penjelmaan Tuhan di muka bumi ini atau Nabi Isa itu
adalah Tuhan Anak (The Son of God), sebab itulah ayat Injil di atas menyatakan, Barang yang
ada kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata
bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusia kemudian) . Ayat
ini boleh ditafsirkan bahawa apa yang ada pada Tuhan Bapa (Allah) terdapat juga Tuhan Anak
(Isa), dan ini bermakna bahawa ajaran-ajaran Tuhan Bapa (Allah) juga.
4. Lagi seketika maka tiada kamu akan memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan
memandang aku pula. Ayat ini membayangkan bahawa Nabi Isa selepas daripada menyatakan
kenyataan-kenyataan itu akan lenyap, tetapi kemudian akan menjelma di dunia ini.
Dan kenyataan-kenyataan dan tafsiran-tafsiran di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Roh
Kebenaran yang dikatakan akan menyambung usaha-usaha Nabi Isa tersebut, tidak salah kalau
dikatakan seorang Pesuruh Allah atau Rasulullah, kerana tugas-tugas yang dibayangkannya
adalah tugas seorang Rasul. Roh Kebenaran itu tidaklah menyeleweng kalau dikatakan Nabi

Muhammad, kerana bayangan-bayangan yang tersebut di dalam ayat tersebut kemudiannya telah
menjadi kenyataan apabila Nabi Muhammad lahir. Cuma yang agak berbeza yang juga mungkin
boleh menimbulkan salah faham ialah ayat, Barang sesuatu yang ada kepada Bapa (Tuhan
Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak
perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu. Ayat ini harus telah menenima perubahan bagi
menyesuaikan dengan konsep tritung gal (trinity) agama Knistian. Huraian ayat ini telah pun
dijelaskan di atas.
KITAB INJIL BARNABA
Kitab Injil Barnaba ini ialah salah sebuah kitab Injil yang telah dibatalkan pengesahannya oleh
padri-padri Kristian dalam satu persidangan tidak lama dahulu, kerana isi kitab Injil tersebut
tidak jauh perbezaannya dengan kitab suci al-Quran, banyak menyebut atau sekurang-kurangnya
membayangkan tentang ketibaan Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir Zaman di antaranya
kenyataan-kenyataan dan bayangan-bayangan (Khabar Gembira) tentang ketibaan Nabi
Muhammad itu adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang
sesudahku (Isa) nanti.
2. Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah
kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang men] adikan kamu.
Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan
(Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang
kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan
mengaturkan Injilku.
Ketika itu berkata Andraus, Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami
(manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, Sesungguhnya dia tidak datang pada masa
kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu
dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikutpengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus-Nyalah Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan
Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan
kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan
penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan
dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan
menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia
(sama dengan Tuhan).
3. Satu rombongan Yahudi telah datang menemui Isa mereka bertanya tentang Nabi yang akan
dibangkitkan di akhir zaman nanti. Maka Isa berkata, Tuhan (Allah) telah menjadikan Nabi di
akhir zaman dan telah meletakkan dalam sebuah qandil daripada cahaya dan menamakannya
Muhammad. Berkata ia, Wahai Muhammad, sabarlah. Lantaran engkaulah aku jadikan makhluk

yang banyak dan aku anugerahkan untuk engkau semuanya. Barangsiapa yang rela kepada
engkau maka rela pula kepadanya dan barangsiapa yang marahkan engkau maka aku terlepas
daripadanya.
(Injil Barnaba, 97).
4. Bertanya murid-murid (murid-murid Isa), Wahai Guru. Siapakah gerangannya laki-laki itu
yang engkau (Isa) katakan yang akan datang ke alam ini? Menjawab Isa dengan perasaan
gembiranya, Sebenamya itulah Muhammad Rasulullah . Dia datang ke alam ini untuk berbuat
balk di kalangan manusia dengan membawa rahmat yang banyak, seperti mana hujan mencurah
bumi yang mengeluarkan buah-buahan sesudah menempuh kemarau panjang. Maka dia
merupakan awan putih yang dipenuhi rahmat Tuhan, iaitu rahmat yang dicurahkan Tuhan
(Allah) terhadap orang mukmin laksana huj an.
(Injil Bamaba, 163)
5. Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan
Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam mi. Tuhan (Allah) mengolokolokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang
mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-lokkan aku di hari Qiamat nanti. Aku
tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang
terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).
(Injil Bamaba, 220: 19 20)
6. Dalam Injil Barnaba itu juga Nabi Isa pemah berkata, Nabi Adam pemah melihat di udara
satu tulisan La ilaha illallah wa Muhammad darRasulullah, Maka Adam berkata kepada Tuhan
(Allah); Aku bersyukur kepada Engkau wahai Tuhanku kerana Engkau telah jadikan aku, dan
berilah kepada aku apakah maknanya, Muhammad dar Rasulullah itu? Tuhan (Allah)
menjawab, Selamat datang engkau wahai hamba-Ku Adam. Sesungguhnya aku katakan kepada
engkau adalah mula pertamanya manusia yang aku jadikan dan tulisan yang engkau lihat ini
sebenamya itulah anak engkau yang akan datang ke alam ini sesudah beberapa tahun nanti. Dia
akan menjadi UtusanKu (Rasul-Ku). Kerananyalah Aku jadikan segalanya. Apabila dia datang
kepada alam. Adalah dirinya itu terletak di dalam satu tempat yang indah, kira-kira 60,000 tahun
sebelum aku jadikan engkau.
7. Di lembaran laIn kitab Injil Barnaba itu Nabi Isa pemah berkata, Di waktu Nabi Adam keluar
daripada syurga (bersama-sama Hawa) ia nampak tulisan di atas pintu syurga. La ilaha illalLah
wa Muhamma dar Rasulullah. Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi ketibaan Nabi
Muhammad adalah sebagai mentaksid atau untuk membaiki penyelewengan yang terdapat di
dalam agama Nasrani (Knistian) dan juga agama Yahudi, di samping untuk mempenlengkapkan
lagi ajaran-ajaran yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul yang terdahulu danipadanya sesuai bagi
seluruh manusia dan sepanjang zaman. Nabi Muhammad telah membawa agama Islam sebagai
agama yang benar, agama yang diredai oleh Allah dan agama yang menyelamatkan manusia
daripada ajaran-ajanan agama yang telah menyeleweng daripada asal.

You might also like