Teori Kognitif Fleksibiliti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEORI KOGNITIF FLEKSIBILITI

Teori kognitif fleksibiliti merupakan tambahan kepada teori-teori pembelajaran yang lain
kerana penggunaan pengetahuan sedia ada secara fleksibel. Selain itu, ianya dianggap
sebagai teori konstruktivisme baru adalah kerana pemahaman dibina menggunakan
pengetahuan sedia-ada bagi memahami maklumat yang diberi dengan lebih mendalam.
Oleh itu, pengetahuan sedia ada itu sendiri dibina dan bukan dikeluarkan daripada ingatan.
Teori ini menekankan pemindahan pengetahuan dan kemahiran melangkaui situasi
pembelajaran peringkat permulaan. Oleh itu, menyampaikan maklumat daripada pelbagai
perspektif dan menggunakan banyak kajian kes daripada pelbagai contoh ditekankan. Teori
ini juga menegaskan, pembelajaran yang berkesan bergantung pada konteks, maka arahan
perlu spesifik. Menurut teori kognitif fleksibiliti, cara belajar mempengaruhi secara signifikan
pada jenis struktur kognitif yang dibentuk. Cara menyimpan serta menstrukturkan
pengetahuan yang diperoleh menentukan bagaimana fleksibelnya mereka apabila mereka
perlu menggunakan pengetahuan itu, bagi menggalakan kognitif yang fleksibel, ia
memerlukan persekitaran pembelajaran yang fleksibel juga.
Dalam persekitaran pembelajaran kognitif fleksibiliti, isi kandungan dan aktiviti
pembelajaran diadakan dalam pelbagai cara. Isi kandungan dipersembahkan dalam
perspektif yang berbeza. Aktiviti pembelajaran pula dirangka supaya menekankan
pembinaan pengetahuan. Aktiviti pembelajaran adalah berdasarkan situasi kehidupan
sebenar. Aktiviti pembelajaran seperti ini dapat memotivasikan pelajar. Ilmu pengetahuan
menjadi mudah hendak dipindahkan kepada struktur pengetahuan pelajar.
Teori kognitif fleksibiliti menekankan perkaitan antara idea secara konseptual.
Pengajaran berasaskan teori fleksibiliti sebaik-baiknya menggambarkan kesukaran yang
biasa dihadapi oleh pelajar. Ilmu pengetahuan menjadi lebih mudah dipindahkan sekiranya
pelajar menyepadukannya ke dalam struktur pengetahuan mereka sendiri.
Teori ini juga menekankan penggunaan pelbagai contoh bagi menggambarkan isi
kandungan, pengetahuan mengikut konteks dan pembinaan pengetahuan. Focus utama
teori kognitif fleksibiliti adalah dunia sebenar yang kompleks dan informasi kurang
berstruktur.

Dunia

sebenar

yang

kompleks

merujuk

konseptual

yang

kompleks.

Informasikurang berstruktur pula bermakna ketidaksamaan bidang pengetahuan daripada


kes ke kes. Perkara ini mempengaruhi bidang pengetahuan yang bakal diperoleh.

You might also like