Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

AJ20903

SEJARAH AWAL ASIA TIMUR

SOALAN 5 :
ZAMAN FEUDAL DI JEPUN MENYAKSIKAN BEBERAPA
PERKEMBANGAN PENTING TERMASUK KEMUNCULAN
KAMAKURA SHOGUNATE.BINCANGKAN.

NAMA

MOHAMAD HAFIZ BIN RIDUAN

NO.MATRIK

BA12110192

PENSYARAH

Dr. JAMES ONGKILI

KELAS TUTORIAL

JUMAAT (11.00-12.00 PM)

1.0 PENDAHULUAN

Sistem Feudal adalah satu bentuk pemerintahan berbentuk ketenteraan yang wujud semasa
zaman pertengahan di Eropah iaitu wujud sekitar abad ke-9 hingga ke-15. Secara
umumnya, sistem Feudal adalah wujud dalam sebuah organisasi masyarakat yang
berstruktur dan mempunyai hubungan antara satu sama lain daripada pemilik tanah
sehingga golongan pekerja. Istilah Feudal adalah berasal daripada istilah latin Feodum
atau Feudum 1 yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah sistem politik tidak formal
bagi masyarakat yang hidup pada zaman pertegahan. Definisi klasik yang diberikan oleh
Francois Louis Ganshof (1944) pula, feudalisme adalah satu set hubungan dua hala antara
undang-undang ketenteraan dan kebangsawanan pahlawan, seterusnya mengalami revolusi
dalam tiga teras kunci konsep iaitu ketuanan, orang suruhan dan fief (pemilikan tanah).2 Di
Jepun, sistem feudalisme mula muncul semasa zaman pertengahan yang di dominasi oleh
beberapa keluarga daimyo di beberapa kawasan serta pengaruh ketenteraan Shogun yang
bermula sekitar 1185 hingga 1600. Status Maharaja dikekalkan, namun hanya wujud
sebagai simbolik kepada pemerintahan feudal jepun. Zaman feudal di jepun kebiasaanya
dapat dibahagikan kepada beberapa tempoh mengikut keluarga-keluarga Shogun yang
memerintah. Zaman ini juga dikategorikan sebagai zaman di mana pengaruh golongan
pedagang jepun adalah lemah.3
2.0 SISTEM FEUDAL JEPUN DAN EROPAH : PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
Secara kasarnya, adalah dapat diteliti bahawa sistem feudal Jepun dan Eropah mempunyai
sedikit persamaan pada zaman pertengahan walaupun tidak terdapat sebarang rekod yang
menyatakan bahawa wujud hubungan antara satu sama lain. Kedua-dua negara/benua
membentuk sistem sosio-politik yang sama dengan mengambil corak sistem feudal sebagai
teras kepada pemerintahan.4

2.1 PERSAMAAN SISTEM FEUDAL JEPUN DAN EROPAH


1

Walter A. Shumaker, George F. Longsdorf, The Cyclopedic Dictionary of Law, Harvard University : KeefeDavidson Law Book Company, 2008, hlm.365

Franois Louis Ganshof, Feudalism, Canada : University of Toronto Press, 1996, hlm.3.

W.G.Beasly, The Japanese Experience : A Short History of Japan, London : Weidenfield and Nicholson, 1999
hlm.78-79

Peter Stearns, World History in Documents: A Comparative Reader, London : New York University Press, 2008,
hlm. 100-101.

Pada asasnya, terdapat dua persamaan ketara dalam sistem feudal Jepun dan Eropah iaitu
sistem kelas dan peranan golongan tentera.5 Dalam sistem feudal Jepun dan Eropah adalah
sistem yang wujud telah terbina berdasarkan kelas keturunan (hereditary classes).6 Kelas
keturunan yang diamalkan telah meletakkan golongan bangsawan di bahagian atas, di ikuti
oleh golongan tentera/pahlawan (Jepun/Samurai,Eropah/Knight) berada pada kelas
pertengahan dan golongan petani serta hamba berada pada kelas bawahan. Adalah dapat
dilihat juga bahawa mobiliti sosial kurang berlaku kerana sistem yang feudal telah
menyebabkan berlakunya penetapan tugas/peranan. Sebagai contoh, seseorang anak yang
dilahirkan oleh petani akan menjadi petani manakala seorang anak yang dilahirkan oleh tuan
tanah akan tetap menjadi tuan tanah secara warisan (*pengecualian berlaku pada jepun di

mana Toyotomi Hideyoshi yang merupakan seorang anak petani telah menjadi pemerintah
jepun).7
Seterusnya dalam kedua-dua sistem feudal juga, peperangan yang berlaku telah
menyebabkan tentera/pahlawan menjadi salah satu kelas sosial yang penting. Di Eropah,
golongan tentera dipanggil sebagai knights manakala di Jepun pula adalah dipanggil
sebagai samurai yang akan berkhidmat kepada tuan-tuan tanah. Dalam kedua-dua sistem,
golongan tentera ini adalah terikat dengan kod-kod etik di mana, bagi sistem feudal eropah,

Knights akan terikat dengan konsep chivalry manakala golongan samurai pula akan terikat
dengan prinsip bushido atau jalan seorang pahlawan.8 Persamaan dalam golongan tentera
Jepun dan Eropah juga dapat diteliti melalui melalui pemakaian perisai, penggunaan
pedang, dan kuda semasa perang. Perisai bagi tentera Eropah kebiasaanya diperbuat
daripada besi manakala tentera jepun pula menggunakan perisai yang diperbuat daripada
kulit yang dan juga beberapa pengikat besi.9 Selain itu juga, persamaan yang dapat dilihat
dalam kedua-dua sistem feudal adalah pembinaan istana. Di eropah, istana di bina

W.G.Beasly ,op. cit.,hlm.78.

Yoshiie Yoda terjemahan K.W. Radtke, The Foundations of Japan's Modernization: A Comparison With China's
Path Towards Modernization, Netherlands : BRILL Publication, 1996, hlm.30.

Kallie Szczepanski, Feudalism in Japan and Europe Comparison of the Feudal Systems dalam
http://asianhistory.about.com/od/japan/a/Feudalism-In-Japan-And-Europe.htm, diakses pada Rabu
14 Mei 2014, 1:16 am.

Inazo Nitobe, Bushido : Samurai Ethics and the Soul of Japan Dover Military History, Weapons, Armor, New
York : Courier Dover Publications, 2012, hlm.103.

Kallie Szczepanski, op.cit.

menggunakan batu-batuan, namun di Jepun istana dibina menggunakan kayu berbanding


batu.
2.2 PERBEZAAN ANTARA SISTEM FEUDAL JEPUN DAN EROPAH
Sistem feudal Jepun adalah berasaskan idea dan falsafah awal China iaitu Confucius (551479 BCE). Dalam ajaran confucius, aspek moraliti adalah sangat ditekankan di mana sifat
hormat menghormati perlu wujud antara golongan muda dan golongan tua, antara manusia
dan tuhan, serta antara raja dan rakyat. Prinsip moraliti ini berfungsi dalam sistem feudal
Jepun apabila tugas Daimyo dan Samurai adalah melindungi golongan petani serta
penduduk kampung di kawasan mereka, manakala

dalam proses timbal balik, golongan

petani dan penduduk kampung akan memberikan penghormatan kepada golongan atasan
melalui pembayaran cukai serta pemberian perkhidmatan.10 Sistem feudal Eropah pula
adalah berasaskan undang-undang dan budaya Rom, yang turut menerapkan tradisi Jerman
dan dibantu oleh autoriti serta pengaruh gereja katolik. Hubungan antara golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah lebih berbentuk kontrak sosial yang mana tuan
tanah akan memberikan bayaran serta perlindungan sebagai balasan terhadap kesetiaan
yang diberikan.11
Seterusnya, perbezaan yang ketara juga dapat dilihat melalui kerangka masa
permulaan serta berakhirnya feudalisme di Eropah dan Jepun. Di Eropah, zaman feudalisme
dianggarkan bermula seawal 800 CE . Manakala di Jepun pula, sistem feudal bermula sekitar
1100 di mana zaman Heian telah membawa kepada kebangkitan kuasa Kamakura Bakufu
(Kamakura Shogunate). Berakhirnya zaman feudal di Eropah telah menyebabkan
kebangkitan serta kewujudan negara berasaskan kuasa politik sekitar abad ke-16, namun
zaman feudal di Jepun hanya berakhir semasa berlakunya pemodenan Meiji pada 1868.

12

Selain itu juga, perbezaan turut dipaparkan melalui faktor-faktor pemilikan tanah di Jepun
dan Eropah. Golongan Knights di eropah akan memperolehi tanah daripada tuan tanah
sebagai balasan terhadap perkhidmatan tentera yang diberikan oleh mereka dan knights
mempunyai hak terhadap golongan hamba-hamba yang bekerja di tanah tersebut. Namun
di

10

Jepun pula, golongan Samurai tidak memiliki tanah, sebaliknya perkhidmatan yang

Kishio Satomi , Discovery of Japanese Idealism, London : Routledge, 1924, hlm.114.

11

Kallie Szczepanski, op.cit.

12

Gary K. Bertsch, Robert P. Clark dan David M. Wood, Comparing political systems: power and policy in three
worlds, University of Michigan : Macmillan, 1991, hlm.39.

diberikan akan di balas dengan pembayaran gaji dan kebiasaannya dalam bentuk pemberian
beras.13 Kedudukan wanita dalam sistem feudal Eropah dan Jepun juga mempunya
perbezaan. Kedudukan wanita semasa zaman feudal Eropah adalah dipandang sebagai
golongan yang lemah lembut namun di Jepun, wanita khususnya yang menjadi samurai
perlu setara dengan lelak dan mempunyai semangat berani mati. Seterusnya, perbezaan
kedua-dua sistem feudal juga dapat dinilai melalui pendekatan untuk seseorang tentera
dalam menghadapi kematian. Di eropah, seseorang tentera adalah diharamkan untuk mati
secara sia-sia, dan perlu berjuang untuk terus hidup melalui seruan gereja katolik, namun di
Jepun, kematian seorang tentera dianggap mulia untuk mengekalkan pengormatan, sebagai
contoh, upacara membunuh diri untuk penghormatan dipanggil sebagai seppuku atau
harikiri.

14

3.0 PERKEMBANGAN SISTEM FEUDAL JEPUN ( 11921868)


3.1 Zaman Kamakura (1192-1333)
Zaman Kamakura 1192 hingga 1333 merupakan zaman permulaan kepada penerapan
sistem

feudal

Jepun

di

mana

pendtadbiran

mula

diambil

alih

oleh

Kamakura

Shogunate/Bakufu. Zaman ini dimulakan oleh Minamoto no Yoritomo dan adiknya


Yoshitsune yang telah menewaskan puak Taira dalam peperangan Dan-no-ura.15
3.2 Zaman Pemulihan Kemmu (1333-1336)
Pada 1333, zaman kamakura bakufu telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa yang
dilakukan oleh Zaman Pemulihan Kemmu. Rampasan kuasa yang berlaku adalah diketuai
oleh maharaja Go-Daigo dan beberapa pengikutnya termasuklah Nitta Yoshisada, Kusunoki
Masashige dan Ashikaga Takauji. Oleh itu, pada 1318 maharaja Go-Daigo telah
mendapatkan kuasa semula daripada penguasaan golongan kamakura bakufu dan
mengistiharkan bahawa dia tidak akan menjadi hanya sebagai simbolik dalam pemerintahan.
Maharaja Go-Daigo kemudiannya memindahkan pusat pemerintahannya ke Kyoto di mana
kawasan tersebut adalah bebas daripada kekuasaan sebarang shogunate.16 Go-Daigo

13

Kallie Szczepanski, op.cit.

14

Ibid.

15

Fairbank et.al, East Asia: Tradition and Transformation, Boston : Houghton Mifflin Publishing Co, 1978,
hlm.362.

16

George Bailey Sansom, A History of Japan to 1334 (Vol.1), California : Stanford University Press, 1958,
hlm.22.

seterusnya melancarkan beberapa siri peperangan menentang Kamakura Bakufu namun


perkara ini tidak berlansung dengan lama apabila berlakunya masalah dalaman seperti
pengkhianatan Ashikaga Takuji (melakukan penentangan), kelemahan maharaja Go-Daigo,
dan lain-lain.17 Zaman pemerintahan Go-Daigo berjaya ditamatkan oleh Ashikaga Takauji
pada 20 September 1336 dan buat pertama kalinya puak Ashikaga telah diberikan gelaran
sebagai salah satu Shogun oleh Maharaja baru iaitu Maharaja Suko. 18 Ashikaga Takauji
kemudiannya mati pada 1368 dan digantikan oleh Ashikaga Yoshiakira.
3.3 Zaman Muromachi/Zaman Ashikaga (1336-1573)
Zaman Muromachi adalah zaman di mana Ashikaga Shogunate memerintah. Pemerintahan
yang diterajui oleh keluarga Ashikaga adalah sekitar 237 tahun dari 1336 hingga 1573.
Selepas memperolehi kuasa, puak Ashikaga telah menjadikan Kyoto sebagai bantar utama
untuk keluarga shogun mereka.19 Beberapa perubahan telah dilakukan oleh Ashikaga Bakufu
dapat dilihat sama seperti Kamakura Bakufu seperti penubuhan beberapa badan dan
jabatan bagi membantu kerajaan. Namu pemerintahan Ashikaga tidak dapat membantu
untuk mewujudkan satu pemerintahan berpusat kerana ancaman-ancaman yang dihadapi
oleh beberapa puak lain daripada kamakura dan puak Taira (Kotsuna dan Kiyomori).20
Zaman Muromachi tamat pada 1573 apabila ketua ke-15 mereka iaitu Ashikaga Yoshiaki
telah diusir oleh gerakan penentangan Oda Nobunaga.
3.4 Zaman Azuchi-Momoyama (1569-1603)
Zaman ini merupakan zaman penghujung berlakunya era peperangan di mana Oda
Nobunaga (1534-1582) hampir berjaya membawa Jepun kepada penyatuan ketenteraan,
era kestabilan dan meletakkan Jepun di bawah satu unit politik.21 Penyatuan hanya berjaya
di bawah kekuasaan Toyotomi Hideyoshi (Jeneral Nobunaga) dan Hideyosi mula melakukan
beberapa percubaan untuk menakluki dinasti Ming melalui Korea. Pada 1598, tentera

17

George Bailey Sansom, op.cit., hlm.37.

18

Ibid., hlm.106.

19

Ibid., hlm.143.

20

Ibid.,hlm.177

21

John Whitney Hall, The Cambridge History of Japan( Vol.4), New York : Cambridge University Press, 1993,
hlm.182-183

Hideyoshi kembali semula ke Jepun dan bermula zaman konflik selepas kematian Hideyoshi
pada 18 September 1598.22
3.5 Zaman Edo (1603-1868)
Zaman Edo adalah zaman yang menandakan berakhirnya sistem pemerintahan feudal di
Jepun. Zaman ini diletakkan di bawah penguasaan Shogun Tokugawa yang mana,
penguasaan Jepun berjaya membentuk satu pemusatan kuasa yang baik dengan adanya
pengaruh keagamaan. Zaman ini juga memperlihatkan kemakmuran dan beberapa
pembaharuan telah dilakukan antaranya penubuhan badan kehakiman, mengelakkan
sebarang pemberontakan dan lain-lain.23
4.0 SEJARAH KAMAKURA SHOGUNATE/KAMAKURA BAKUFU (1192-1333)
4.1 PENUBUHAN ZAMAN PUAK MINAMOTO
Kamakura Shogunate atau Kamakura Bakufu merupakan kerajaan yang berbentuk
ketenteraan di Jepun yang diketuai oleh Shogun.24 Tiga Shogun pertama adalah daripada
puak Minamoto yang mengasaskan Kamakura Bakufu, dua shogun seterusnya adalah
dikuasai oleh puak Fujiwara dan enam Shogun seterusnya adalah putera-putera raja Jepun.
Zaman pemerintahan sehingga 1333 ini dipanggil sebagai Zaman Kamakura kerana
penamaan tersebut adalah berdasarkan tempat tinggal Minamoto semasa di lantik sebagai
Shogun.25 Selepas 1230, puak Hojo telah memindahkan pejabat pentadbiran ke Shikken dan
mengambil nama Shogun sebagai gelaran tetap dalam sistem feudal Jepun.26 Sebelum
penubuhan Kamakura Shogunate, kuasa sivil di Jepun adalah dikuasai oleh kuasa Maharaja
serta beberapa pewarisnya yang dilantik daripada pegawai-pegawai Maharaja dan puakpuak bangsawan. Ketenteraan telah dikawal serta di kendalikan oleh kerajaan, namun
berlaku kebangkitan Minamoto no Yorimoto telah membwaka kepada penguasaan
ketenteraan dan perkara ini membawa kepada perang Genpei 1180-1185, yang mana

22

Richard Holmes, The World Atlas of Warfare: Military Innovations that Changed the Course of History, USA :
Viking Press, 1988,hlm.68.

23

W.G.Beasly ,op. cit.,hlm.152-153.

24

Kathe Roth, Japan Ecyclopedia, Harvard University Press,2002,hlm.459.

25

Ibid.,

26

Ibid.,hlm.857.

Minamoto telah berjaya mengalahkan puak Taira. Pada 1192, puak Yorimoto dan Minamoto
berjaya menubuhkan kerajaan berasaskan ketenteraan di Kamakura.27
4.1.1 Kepentingan
Kepentingan awal yang dapat dilihat semasa Zaman Morimoto adalah :
1. Penubuhan Mandokoro sebagai asas kepada pentadbiran kerajaan di mana segala
dasar jepun dibentuk
2. Jawatan Shikken juga merupakan jawatan terpenting dalam pembentukan dasar
Jepun.
3. Zaman ini juga merupakan kesignifikasian kepada pentadbiran ketenteraan (samurai)
yang telah melemahkan institusi beraja di Jepun. Maharaja jepun dilihat sebagai
simbolik kepada pentadbiran Jepun.
4.2 ZAMAN PUAK HOJO.
Selepas kematian Yorimoto, Hojo Tokimasa (balu kepada Yorimoto) dan Hojo Tokimasa
(bekas penjaga Yorimoto) telah menuntut Shikken28 daripada anak Yorimoto iaitu
Minamoto no Yoriie. Tokimasa kemudiannya menyingkirkan Yorie daripada takhta dan
mengangkat adiknya Minamoto no Sanetomo sebagai Shogun yang baru. Walaupun puak
Minamoto masih mengekalkan gelaran Shogun, namun kuasa sebenar adalah terletak di
bawah kekuasaan puak Hojo. Pada 1221, Sanetomo telah di bunuh dan ketiadaan waris
menyebabkan kuasa Shogun dipegang oleh Hojo Masako. Memandangkan puak Hojo tidak
mempunyai wakil yang layak untuk memegang jawatan Shogun, Masako terpaksa mencari
pengganti dan perkata ini telah membawa kepada pelantikan Kujo Yoritsune yang menjadi
Shogun keempat. Perkara ini berterusan sehingga 1324 dan kebiasaanya kuasa Shogun
diberikan dalam kalangan golongan berdarah maharaja tulen seperti puak Fujiwara.29
4.2.2 Kepentingan
1. Zaman berkuasa puak Hojo dalam pentadbiran merupakan zaman di mana kuasa
sivil telah dipegang sepenuhnya Non-Imperial blood.

27

W.G.Beasly ,op. cit.,hlm.152-153.

28

Shikkken : The Shikken effectively governed in the name of Shogus, and were the heads of the Mandokoro
and the samurai-dakoro. They wew sometimes assisted by an co-signatory (rensho) starting in 1224.

29

A Guide to Kamakura , http://www.asahi-net.or.jp/~qm9t-kndu/history.htm, diakses pada 2.36 am, 17 May


2014

2. Zaman ini juga merupakan zaman yang aman di mana penguasaan puak Hojo ini
berlansung selama 135 tahun.
3. Zaman ini turut membawa kepada kebangkitan semua kuasa Maharaja untuk
memperoleh kuasa pentadbiran Jepun (Maharaja Go-Daigo)
4.3 KEJATUHAN ZAMAN KAMAKURA SHOGUNATE.
Zaman Kamakura mula jatuh apabila berlakunya Kemmu Reformation oleh Maharaja GoDaigo. Usaha awal yang dilakukan oleh Maharaja Go-Daigo adalah gagal untuk menewaskan
kamakura, dan maharaja Go-Daigo telah dibuang ke kepulauan Oki. Namun beberapa
laksamana perang Kamakura telah bertindak menyelamatkan Maharaja Go-Daigo dan
perkara ini menyebabkan Ashikaga Takauji dihantar untuk menentang pengkhianatan yang
berlaku. Namun, Ashikaga Takauji turut beralih pihak dan melakukan pemberontakan
terhadap Kamakura Shogunate. Pertempuran yang berlaku menyebabkan hampir 870
samurai Hojo melakukan tindakan membunuh diri di kuil Tosho-ji dan perkara ini
menamatkan pemerintahan kamakura shogunate pada 1333 yang membawa kepada
penguasaan Maharaja Go-Daigo.30
5.0 KESIMPULAN
Era pemerintahan feudal Jepun merupakan satu zaman yang agak unik kerana
perjalanannya

mengalami

evolusi.

Bermula

dengan

Kamakura

Bakufu/Shogunate,

pentadbiran Jepun mula bercorak ketenteraan dan sistem pentadbiran mula berubah bentuk
dengan tertubuhnya Mandokoro. Di bawah penguasaan Kamakura ini jugalah munculnya
istilah shogun sebagai kuasa tertinggi kepada pengaruh pentadbiran dan menjadikan
Maharaja sebagai simbolik kepada negara Jepun. Evolusi demi evolusi yang berlaku
menyebabkan corak pentadbiran berubah dari satu zaman ke zaman yang lain dan perkara
inilah yang dapat dikatakan sebagai perbezaan yang ketara berbanding sistem feudal di
eropah. Zaman feudal ini tamat dengan pemerintahan Shogun Tokugawa yang bermula
pada 1600 hingga berlakunya pemodenan Meiji pada 1868.

30

A Guide to Kamakura, op.cit.

RUJUKAN
SUMBER PRIMER
F. Victor Dickins. 1899. The Origins of the Japanese State. The English Historical Review.
14(54):209-234
Kathe Roth, Japan Ecyclopedia, Harvard University Press,2002,hlm.459.
A Guide to Kamakura. 2014. http://www.asahi-net.or.jp/~qm9t-kndu/history.htm, diakses
pada 2.36 am. 17 May.
Kallie Szczepanski. 2014. Feudalism in Japan and Europe Comparison of the Feudal Systems
dalam http://asianhistory.about.com/od/japan/a/Feudalism-In-Japan-AndEurope.htm. Diakses pada Rabu 14 Mei. 1:16 am.
Kamakura Shogunate. 2014. http://en.wikipedia.org/wiki/Kamakura_shogunate. Diakses
pada 2.24 am. 17 May.
SUMBER SEKUNDER
Fairbank et.al. 1978. East Asia: Tradition and Transformation. Boston : Houghton Mifflin
Publishing Co.
Franois Louis Ganshof. 1996. Feudalism. Canada : University of Toronto Press.
George Bailey Sansom. 1958. A History of Japan to 1334 (Vol.1). California : Stanford
University Press.
Gary K. Bertsch, Robert P. Clark dan David M. Wood. 1991. Comparing political systems:

power and policy in three worlds, University of Michigan : Macmillan.


Inazo Nitobe. 2012. Bushido : Samurai Ethics and the Soul of Japan Dover Military History,

Weapons, Armor. New York : Courier Dover Publications.

John Whitney Hall. 1993. The Cambridge History of Japan( Vol.4), New York : Cambridge
University Press.
Kishio Satomi. 1924. Discovery of Japanese Idealism. London : Routledge.
Peter Stearns. 2008. World History in Documents : A Comparative Reader, London : New
York University Press.
Richard Holmes. 1988. The World Atlas of Warfare: Military Innovations that Changed the

Course of History. USA : Viking Press.


Walter A. Shumaker,George F. Longsdorf. 2008. The Cyclopedic Dictionary of Law. Harvard
University : Keefe-Davidson Law Book Company.
W.G.Beasly. 1999. The Japanese Experience :

A Short History of Japan, London :

Weidenfield and Nicholson.


Yoshiie Yoda terjemahan K.W. Radtke. 1996. The Foundations of Japan's Modernization: A

Comparison With China's


Publication.

Path Towards Modernization. Netherlands : BRILL

You might also like