Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PENTERNAKAN BURUNG PUYUH

Pengenalan

Sektor penternakan merupakan salah satu daripada cabang-cabang pertanian selain


tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan juga akuakultur. Semua cabang dalam
tersenarai dalam bidang pertanian ini secara umumnya banyak menyumbang kepada asas
pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan peningkatan kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Tujuan Laporan Ditulis.

Tujuan laporan ini ditulis adalah untuk menjelaskan tentang kepentingan bidang
penternakan dan perkaitannya dengan kehidupan manusia. Penternakan burung puyuh ini
merupakan satu cabang bidang penternakan selain penternakan ayam, kambing, lembu, dan
sebagainya. Antara kepentingan bidang ini adalah peranannya dalam membekalkan sumber
makanan (protein) kepada manusia disamping menjanakan ekonomi penduduk.

Latar Belakang Projek Ternakan Puyuh

Projek ternakan puyuh ini (lokasi yang dilawati) terletak di Kampung Lerek, Maras,
lebih kurang 20 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Projek ini telah diusahakan oleh Encik
Abu Bakar bin Hamzah di bawah program Tabung Pembangunan Usahawan Peladang (TPUP),
Pertubuhan Peladang Kawasan Maras / Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau telah memulakan
projek ini pada Ogos 1991 dengan kuantiti burung puyuh permulaan yang dibekalkan oleh
Pertubuhan Peladang sebanyak 500 ekor. Sehingga kini, jumlah ternakan puyuh tersebut telah
mencecah 30,000 ekor. Jenis produk yang diternak adalah daripada jenis puyuh pedaging sahaja.
Ini bermakna, burung puyuh yang diternak ini adalah untuk mendapatkan hasil daging sahaja.

Keperluan dan Peralatan

Reban dan Kotak Induk

Encik Abu Bakar telah membina 10 buah reban yang setiap satunya boleh memuatkan
sebanyak 1000 ekor burung puyuh. Di dalam bangsal, anak-anak puyuh telah diletakkan di
dalam kotak induk. Dalam masa seminggu, sebanyak 400 ekor anak-anak burung puyuh
diletakkan di dalam setiap kotak. Selepas seminggu, apabila anak-anak puyuh ini semakin
membesar, puyuh ini akan dibahagikan kepada dua kotak dengan setiap kotak memuatkan
sebanyak 200 ekor.

Bekalan Anak Puyuh

Encik Abu Bakar telah mendapatkan bekalan anak puyuh pedaging dari pembekal anak
puyuh pedaging IKTA keluaran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Dengan ini, beliau telah
mendapat anak puyuh yang berkualiti tinggi.

Makanan

Encik Abu Bakar telah

menggunakan makanan jenis 'Quail Starter mash' untuk

mempastikan pembesaran yang cepat. Satu beg makanan ini adalah berharga RM 98.00. Maka,
beliau telah membelanjakan wang sebanyak RM 588.00 sehari untuk membeli 6 beg makanan.

Pemprosesan Puyuh

Encik Abu Bakar dan pekerja menyembelih burung-burung puyuh yang sudah matang
sebanyak 4 kali seminggu.Burung-burung puyuh akan disembelih selepas berusia antara 35
hingga 55 hari. Puyuh yang siap diproses telah dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan
sebelum dibungkus.

Perkaitan antara Bidang Penternakan Puyuh dengan Persekitaran dan Manusia.

Sebagai Sumber Ekonomi

Penternakan burung puyuh memberikan pulangan yang besar kepada pengusahanya.


Antara produk yang dijual adalah seperti puyuh hidup, puyuh proses dan puyuh sejuk beku.
Harga bagi seekor burung puyuh hidup ialah RM 1.50 / ekor, puyuh proses pula RM 3.00 / ekor
manakala produk sejuk beku pula dijual dengan harga RM 8.00/kilogram. Pendapatan bersih
yang diperoleh Encik Abu Bakar adalah lebih kurang RM15,000 sebulan. Banyak Permintaan
yang diterima oleh En.Abu Bakar untuk hasil puyuhnya. Antara permintaan yang tinggi adalah
dari restoran-restoran, hotel-hotel, pasar-pasara raya dan kedai-kedai runcit.Beliau turut menjual
hasil puyuhnya di pasar tani

Menyediakan Peluang Pekerjaan

Kegiatan penternakan puyuh ini juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Setakat ini, Encik Abu Bakar telah menggaji 4 orang pekerja dengan gaji bulanan
bersih setiap seorang ialah RM 1050.00. Antara tugas yang dilakukan oleh pekerj-pekerja
tersebut termasuklah memberi makanan, membersihkan bangsal, dan memproses burung puyuh.
Dengan ini, kadar pengangguran dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

Membekalkan Sumber Protein

Hasil produk burung puyuh ini telah membekalkan sumber protein kepada penduduk
setempat dan pasaran luar.Hal ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber protein
yang lain seperti ikan dan ayam. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggilirkan
makanan ini dengan sumber protein yang lain. Penerimaan pengguna tehadap produk puyuh ini
amat positif kerana penggunaannya adalah seperti ayam. Mereka juga ingin mencuba satu cita
rasa yang baru. Produk puyuh juga meupakan sumber makanan yang berkhasiat tinggi. Masa
pemeliharannya yang singkat juga menjadikan produk ini sentiasa ada di pasaran.

Mengembangkan Industri Makanan Sejuk Beku

Industri makanan sejuk beku juga dapat diperkembangkan dengan adanya penternakan
puyuh ini. Hal ini bermakna, produk sejuk beku kini tidak terhad kepada produk ayam dan
daging sahaja. Pengusaha industri ini dapat menambahkan produk mereka dengan produk yang
baru seperi puyuh. Pertambahan prodek sejuk beku ini memberikan pulangan yang lebih kepada
pengusahanya.

Memperkembangkan Industri Restoran, Perhotelan dan Runcit

Trend penggemar makanan masa kini adalah untuk mencuba makanan yang baru. Oleh
yang demikian, permintaan terhadap puyuh amat tinggi. Permintaan yang tinggi ini datangnya
daripada restoran-restoran, hotel-hotel dan kedai-kedai runcit. Bagi pengusaha restoran dan
hotel, mereka dapat menyediakan pelbagai pilihan makanan dengan adanya produk yang baru
seperti puyuh ini. Hal ini akan menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka. Secara tidak
langsung, pendapatan dapat ditingkatkan.

Guna Tanah yang Optimum.

Encik Abu Bakar telah membina reban untuk projek penternakan puyuh ini di atas tanah
miliknya . Sebelum ini, tanah pusaka ini terbiar. Projek penternakan puyuh yang dijalankan di
atas tanah ini benar-benar telah memberi tambah nilai kepada tanah tersbut. Daripada terbiar
begitu sahaja, tanah ini kini telah memberikan pulangan kepada pemiliknya.

Nilai Ekonomi daripada Produk Puyuh

Penternakan puyuh telah lama diusahakan oleh penternak puyuh tempatan dan hasil
utama penternakan ini adalah telur puyuh. Harga telur puyuh di pasaran juga amat tinggi kini.
Contoh:- 50 biji telur puyuh berharga sekitar RM6.80. Manakala pengeluaran daging pula adalah
sampingan daripada penternakan telur puyuh ini. Harga bagi daging puyuh sekitar RM2.40
sehingga ke RM4.50. Sesungguhnya pentenakan puyuh ini telah memberikan pendapatan yang
lumayan kepada pengusahanya.

Selain itu, kerajaan juga telah dapat mengurangkan pengimportan makanan daripada
negara luar. Maka, penjimatan daripada perbelanjaan untuk pengimportan makanan itu tadi dapat
digunakan untuk tujuan pembangunan seperti pembinaan jalan-jalan raya, sekolah, dan
sebagainya.

You might also like